In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

Resipi Leek tumis bersama udang @ Stir fry leek with prawns

assalamualaikum w.b.t.

selamat berpuasa korangggggggg!!!!

harini nak share satu resipi simple tapi sedap gile. serious tak tipu.
resipi leek tumis bersama udang.
omputih panggil stir-fry leek with prawns.

sayur leek ni memang favourite sya. dulu zaman tak kawen lagi, mak selalu masak sayur ni. bila dah kawen ni, ntah.. macam susah pulak nak jumpa sayur leek ni. kalau ada pun macam tak fresh sangat. ke perasaan sya je? ke saye homesick sebenarnya. sobsob..

ok2. sambung balik. resipi ni simple gile. macam tumis sayur biasa je.

-------------
bahan-bahan

- sayur leek
- udang
- bawang besar
- bawang putih
- halia
- sos tiram
- lada sulah & minyak bijan (optional. sya kadang tak letak pun. suka simple lagi)


cara-cara

- tumis bawang besar, bawang putih & halia
- masukkan udang. kacau sapai kulit udang tu merah-merah pink gitu.
- masukkan sos tiram.
- masukkan leek. letak air sikit.
- perasakan dengan garam, lada sulah/minyak bijan (optional).
kalau nak letak secukup rasa ke seindah rasa ke, ikut la..
- bila nampak leek tu dah layu sikit, boleh la dihidang
 siappp!
 -------------

camne rupa sayur leek ni bila dah masak?

tadaaaaaaaaaaa...
 

sedaaaappp. sumpah tak tipu!

boleh la try untuk menu berbuka nanti taw.

ok, tu je untuk harini.
saja share menu simple sebab sya pun kadang-kadang blurrr apa menu berbuka nanti.
so saja share idea kat sini.

selamat berpuasa.
okbye!
 


Monday, November 19, 2018

Resipi biskut kacang peas paling senang, mudah dan sedap

assalamualaikum w.b.t.

harini nak share recipe.
memandangkan sya ni tak pandai sangat masak, kebanyakan menu super senang memang sya akan simpan / share kat blog.

harini nak share resipi biskut mazola kacang peas @ biskut kacang peas yang sangat senang, sangat cepat and sangat sedap. tripple sangat. hahahahhahahahaha.
sumpah tak tipu.
yang ni resipi biskut kacang peas sukatan cup tau.

------------------------

bahan-bahan

1 cup tepung kacang peas 
1 cup tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung (optional)
1/2 cup gula aising 
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam @ agak-agak la
1/2 cawan minyak mazola @ minyak jagung
kuning telur (untuk hiasan)

cara-cara

1. campurkan semua bahan kering dalam satu bekas. gaul rata.

2. masukkan minyak mazola @ minyak jagung, uli sikit sampai jadi doh. uli manja je..

rupa doh

3. bentuk kan ikut bentuk yang kita suka. sapu kuning telur (kalau nak ada effect kuning kat atas kuih la. kalau taknak tak pe..)

4. bakar dalam oven suhu 150c selama 15-20 mins.

------------------------

sya buat biskut ni weekend haritu. saje je buat aktiviti dengan adam time cuti.

oh, ni ha ghupenye hasil tangan anak beranak.

tadaaaa


bentuk bulat ada, bentuk love ada, bentuk bunga pon ada.
hahhahahahahaha.

tak kisah la. janji sedaapppppp.

ok, korang try la tau
dah buat nanti jangan lupa sya pulak.

ok bye!


Wednesday, October 24, 2018

Masak Bayam Brazil @ Brazilian Spinach

Assalamualaikum w.b.t.

nak share pasal sayur. pagi tadi masa sampai office, dari jauh nampak akak-akak tengah bersidang kat tepi mini garden library ni.

tadaaa


mak-mak sungguh lahaiiii aktiviti tu.
pagi-pagi dah meng-harvest hasil mini garden. hahaha.
rupanya tengah pakat ambik hasil pokok bayam brazil.

Sya first time tengok & dengar. mula-mula macam was-was jugak, betul ke boleh makan. sebab pokok dia cantik.
untuk meng-convince-kan diri sendiri, sya google pasal bayam brazil ni.
rupa-rupa nya macam-macam boleh masak. makan gitu buat ulam pon best orang cakap sebab sayur dia rangup crunchy gituu

Sya share some pictures and idea masak bayam brazil sya dapat dari group

1. sup bayam brazil


bayam brazil dengan suhun


sup sayur campur bayam brazil

2. gulai lemak bayam brazil

 ha.. gulai lemak ni memang sya punya forte la. bhahahahhahahahahahahha
angkat bakul. takde lah, sya suka gulai lemak. so selalu la masak.


gulai lemak bayam brazil dengan udang


gulai lemak bayam brazil dan labu

3. tumis bayam brazil


4. bayam brazil goreng belacan


5. bayam brazil goreng tepung

ha yang ni simple tapi mengancam


merembes tengok kan


uuuu dappppp nye...


ok, balik ni nak buat la.


nyesal pulak ambik banyak ni je tadi. adoii

takpe, kite try dulu. kalau paduuuu, esok kita petik lagi.
tak saba!

ok bye.



Tuesday, October 16, 2018

Resipi sauteed pea sprouts @ tumis pucuk kacang yang paling simple senang cepat dan sedap

assalamualaikum w.b.t.

harini nak share resipi senang gila. hahaha.
sebab ada yang tak familiar dengan pea sprouts ni, so sya nak share resipi pea sprouts yang senang sungguh la haaaaaii. kira kalau memang nak kejar masa malas nak masak renyah-renyah kat dapur, sila beli pea sprouts ni!
contohi lah saya.
hahahahhahahahaha

pea sprouts ni jenuh sya pikir apa nama melayu dia. rupanya pucuk kacang (translate gitu je ghupe nye. haha). boleh google camne rupa dia. 

ok, so ni dia resipi tumis / goreng pucuk kacang (sauteed pea sprouts)

1. panas kan 3-4 sudu minyak (minyak masak @ minyak olive)
2. masukkan bawang putih. halia, bawang (bawang optional. ikut selera korang la. sya kadang-kadang letak, kadang-kadang tak letak)
4. bile dah naik bau, masukkan sos tiram & pucuk kacang @ pea sprouts.
5. biar dalam 1 minit camtu sampai nampak daun dia layu sikit.
6. siap dah. dah boleh masuk mangkuk.

pea sprouts ni tak sedap kalau overcooked. so jangan goreng sampai layu sangat pulak.



ni masa mula-mula masuk dalam kuali.


ni dah boleh makan dah.



boleh la mix and match dengan pape lauk pon. time dalam gambar ni sya masak tomyam je.
nampak tak dia macam penyeri kat situ. cewahhhh.

pinggan mangkuk ni semua hadiah time kenduri kawen dulu. sampai sekarang guna. sapa la yang bagi haritu eh.. ngeee

ni contoh mix and match dengan lauk sambal ikan cencaru.
sambal ikan cencaru tu sebenarnya ter scroll ig tengok orang update makan sambal cencaru, dah sya pon terjebak sekali. huhu

ok, la. nak share tu je.
sya share recipe yang simple, cepat and confrm jadi je. kot la boleh benefit orang yang macam sya jugak. ngeeee

ok, makan pea sprouts ingat sya tau.
lebiu.

ok bye!

Wednesday, June 14, 2017

nak potong bawang pon boleh jadi hal ke??

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

ok, tajuk over sangat kan.. huhu

sebenarnya ternampak kawan sya share kat facebook.
pasal cara potong bawang.
sebenarnya setiap masakan ada cara potong bawang dia.
macam sya, sya amalkan cara- ikut suka laaa nak potong camne pon. 
tapi kalau yang strict tu, dorang memang follow.
ada yang kata cara potong bawang ni mempengaruhi rasa masakan. 
mak aihhhhhh... gitu sekali. huhu



haa... ni haa....

menung kejap sya..
pasal sya tumis sayur potong separuh bulat.
sya masak sambal pulak potong bulat.
tak ke tunggang langgang, acanerr tuh.
hahahahahahahahahahahahhahahhahaha

tak kisah la. janji kena selera kita lakibinianakberanak, layaaaaannn...

tapi esok-esok kalau terigat, sya follow la style potong gini.
boleh?

ok, nak share tu je sebab baru ternampak tadi.

ok bye.


Tuesday, June 13, 2017

Resipi cendawan enoki goreng yang sangat senang, cepat and confirm sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hi semuaaaa. puasa tak? =)

lama tak update kan sebab busy campur penat. serious penat bulan puasa ni. tak tau la kenapa. pastu mengantuk je kat office sebab tak dapat coffee kan.. lagi satu bila dah masuk #teammakmak ni kena bangun prepare sahur bagai. ok, tu, next time kita sembang-sembang.

harini nak share recipe simple sebab sya baru buat. kebetulan ada cendawan enoki dalam peti ais. asal nya cendawan tu nak buat tomyam
tapi sebab tak jadi, kita tukar menu.

ni dia recipe cendawan enoki goreng yang super simple, senang gila, cepat kot, plus confirm menjadi dengan jaya nya.

---------------------------------------------

Recipe Cendawan Enoki Goreng senang gila.

bahan-bahan

1. cendawan enoki 1 / 2 packet
2. tepung goreng serbaguna (sya guna tepung goreng serbaguna bestari)
3. telur sebijik
4. serbuk pati ayam (separuh sudu kecik je sya letak)
5. blackpepper (optional)

tepung goreng serbaguna bestari.

cara-cara

1. potong akar cendawan enoki. pastu basuh bersih-bersih.
2. celup cendawan dalam telur, lepas tu salut dengan tepung tadi. 
ikut la style macam mana pon.
kalau kreatif nak buat sebatang-sebatang pon boleh.
sya tak berapa rajin, ambik segenggam, celop teros dalam telur, terus golek dalam tepung.
hahahahhaa
3. pastu goreng kan dalam minyak panas.

dah siap, angkat dan serve.


ni rupa cendawan enoki goreng sya.

don't judge the book by its cover.
nampak je macam tak semenggah lagi tak consistent, tapi rupa dia sedap ok.
hahahahhaha

yang kaler gelap tu bukan apa, tu yang last-last dah tu. minyak dah gelap sikit. hahaha
yang nampak macam tebal dari orang lain tu sebab sya nak habis kan tepung.
nampak tak kat situ, tak kisah cmne style pon, rasa dia tetap sedap.
(confident)

ok, yang ni wajib try taw.
kalau korang nak masak tapi macam lauk takde campur malas, korang masak cendawan enoki goreng ni je. makan ngan nasik panas. potong cili, letak kicap.
nak upgrade nampak semenggah sikit? standby sambal ikan bilis goreng.
fuhhhhh.. confirm hancur diet. hahahaha

ok, la. tu je untuk hari ni. 

dah ada idea nak masak apa untuk berbuka nanti?
=)



Thursday, June 1, 2017

Resipi pasta bolognese yang super simple, cepat dan mudah. Idea menu berbuka.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini kita share lagi menu berbuka puasa kot ada yang mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka nanti.

ni menu yang simple sangat, sesuai kalau tengah tak berapa ada energy tapi kena masak jugak. hehehehe. yang penting nak prepare pon cepat. tak payah bersilat kat dapur.
sya suka masak pasta ni sebab tak payah spend masa lama. tapi sebab tekak kampung, seminggu sekali makan pasta pon sya rasa macam dah kerap sangat. kalau boleh nak nasik jugak!

jom sya share recipe pasta bolognese yang simple, senang dan cepat ni.

------------------------------

bahan-bahan

pasta (ikut la nak pasta apa pon)

4 ulas bawang putih (cincang/potong dadu)
1 biji bawang merah (cincang/potong dadu)
daging / ayam cincang
hot dog (optional)
tomato puree / sos bolognese prego
capsicum
oregano / italian herbs / blackpepper (ikot selera sendiri)
susu full cream / fresh milk (optional)
garam

cara-cara

rebus pasta. tos kan. then letak tepi pasta ni dulu.
boleh pilih nak guna spagheti ke, macarroni ke, spiral pasta ke, etc.

untuk kuah:
1. Mula-mula panas kan minyak sikit. nak guna olive oil boleh, nak guna minyak masak traditional tu pon boleh.
2. Tumis bawang merah and bawang putih yang dicincang.
3. Masukkan tomato puree @ sos prego bolognese. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kering kisar dalam 1-2 sudu.
4. Masukkan oregano @ italian herbs @ blackpepper. Ni ikot selera masing-masing. Macam sya, sya masukkan tiga-tiga ni sekali. hehehehhee
5. Bila dah masak blup blup tu (hehe), masukkan hot dog and capsicum. capsicum ni depends, kalau suka rangup, tak payah masak lama sangat.
6. Masukkan susu full cream @ fresh milk. Ni kalau nak bagi rasa ada lemak-lemak gitu. Sya ikot mood. Macam kalini, sya masukkan sikit, Dalam setengah kotak susu full cream tu.
7. Masukkan garam. Gula tak payah la.. Kalau nak masuk jugak, masuk je la.. Takde sapa nak marah.

Settle, boleh serve.

------------------------------

 macam sya, sya suka pedas. so kalau bolognese ni, at least 2 sudu cili kering blender tu sya akan masukkan. OR, kalau malas nak masukkan cili kering (sebab malas nak tunggu cili tu masak), sya masukkan sos cili extra pedas. Sos ni memang kaw kaw dia punya pedas taw. Bukan macam sos cili biasa tu.

Lepas tu, yang lagi power, sya masukkan cili padi sekali. bhahahahahahha.


haa... cenggini lah rupa kuah bolognese sya.
fusion sangat dengan ada cili padi nya tuu.

capsicum untuk Z, cili padi untuk sya. hahahahahahaha



time ni sya masak pasta penne. penne ni sya beli brand apa ntah, punya la besar size dia. hahahahaha.
sebab spaghetti bolognese selalu sangat, tu yang try penne bolognese.
sama je rasa dia, rupa je lain.

ok, lah. tu je nak share.

so dah idea nak masak apa untuk berbuka nanti?

ok bye.


Wednesday, May 31, 2017

Idea menu berbuka puasa: Resipi Gulai Lemak Kobis dan Kacang Panjang

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

rajin pulak sya update ginih kan. hehehehe

saja nak share menu berbuka puasa. punca nya sebab sya pon kadang-kadang blurr nak masak apa. so start harini kita share la menu kalau kita sempat masak and sempat update blog. ngeee

so anyone yang tengah mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka puasa, boleh la kita sharing is caring kat sini, ok.

so ni menu untuk berbuka puasa semalam


menu semalam:

1. ikan kembung goreng salut tepung bestari
2. sambal sotong
3. gulai lemak kobis campur kacang panjang

sya share sekali recipe gulai lemak kobis yang tersangat la simple, cepat dan confirm sedap, versi bujang (sebab bahan-bahan dia express je. hahahahahahahaha)

-------------------------

 Resipi Gulai Lemak Kobis & Kacang Panjang (kuning)

bahan-bahan
1 biji bawang merah (blender)
4 bawang putih (blender)
kunyit 1 inci (blender)
kobis (potong kasar)
kacang panjang (potong la ikut suka)
1 ketul kiub ikan bilis (haaa.. ni orang malas punya style. hahahaha)
santan pekat @ santan kotak kara (setengah kotak)

cara-cara
masukkan semua bahan diatas kecuali kobis dan kacang panjang.
bila dah masak blup blup, masukkan sayur kobis dengan kacang panjang.
kacau sampai masak.
ikot selera, sebab ada yang suka lembik, ada yang suka rangup-rangup sikit.
macam sya, kobis sya suka lembik, kacang panjang tu sya sya kuranggg sikit kalau dia lembik. so sya masukkan kobis dulu, kacau kejap, then baru masukkan kacang panjang.
pastu masukkan garam.

settle.

-------------------------

ada yang suka hiris je bawang tu, taknak blender. pon boleh.
sya ikot mood. even gulai lemak ni pon kadang-kadang sya buat gulai lemak putih je..

macam semalam, sebab sya blender bawang/bahan-bahan untuk buat sambal sotong tu, so alang-alang, sya masukkan je sekali bawang/bahan-bahan untuk gulai lemak nih.
senang kerja! hahahaha

ok, tu je untuk harini.

ok bye.



Wednesday, May 17, 2017

resipi kek batik paling senang, cepat, mudah, dan confirm sedap !

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini sya nak share satu recipe kek simple tapi dekat dihati. ecewah

resipi kek batik.
yeayyyy! (kite pulak terlebih happy. hehe)

ni baru buat last week. tak sampai bapa hari dah licin.
yang bedal sya dengan Z.
ustaz adam dia tak layan. dia layan secret recipe je.
bhahahahahahahahaha

ok, ni recipe kek batik paling simple, cepat and confirm jadi dengan sedap nya. hiks!

--------------

bahan-bahan

1 pack biskut marie (patah kan. sya patah 4)
1 packet milo (dalam 200 gram. lebih sikit pon takpe)
 1 ketul butter yang kecik tu (250 gram)
1/2 tin susu pekat
 serbuk koko (dalam 2-3 sudu. ni optional. kalau ada, cantik sikit kejadian kek batik tu. kalau tak dia macam malap sendu sikit warna dia. tapi ikot la..)
telur 2-3 biji (optional. tak nak letak pon takpe. tapi kalau letak, dia gebuuuu sikit)

------------------------------

cara-cara

panas kan butter sampai cair (api slow)
masukkan je semua bahan kecuali biskut marie dalam kuali.
kacau jangan berenti. kalau lenguh, tukar tangan.
kacau sampai keluar bubble blup blup blup tu (maksud nya dah masak la)
masukkan biscuit marie. kacau / gaul sekata.
masukkan dalam bekas. tekan-tekan supaya dia jadi padat.
tunggu sejuk sikit, then masuk dalam fridge.
lepas tu potong, serve.

--------------

part potong dengan serve ni sya fail sikit.



rupa kek batik kitorang.
senget-senget sya potong. biar la.. janji rasa bau dan warna tu maintain. hehe

#serioussedap..

tu je untuk harini. jom sambung buat kerja!


ok bye (dato aliff syukri)


Friday, April 14, 2017

resipi rendang ayam senang, mudah, cepat lagi sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini nak share recipe rendang ayam senang gila sesuai untuk orang yang nak cepat @ student / orang bujang yang duduk umah sewa.
ikut kan resipi rendang ayam berlambak kat internet kan.
tapi ni sya nak share versi rendang express yang tak payah nak pakai banyak bahan.
senang gile kompem lelehhh. ecewahh

------------------------------------------
bahan-bahan
(ni kuantiti untuk makan 1 - 2 orang)

- ayam 3 ketul (sya guna bahagian ribs yang size kecik. potong kecik-kecik, cepat masak, senang nak makan)
- 2 bijik bawang merah (blender / tumbuk)
- 2 bijik bawang putih (blender / tumbuk)
- halia 3cm (hahahha. selalu orang guna inci kan. blender/tumbuk jugak)
- 1 batang serai (tumbuk. ikut suka nak tumbuk hancur ke nak tumbuk separa hancur)
- 3 sudu cili kering blender / kisar (cili boh pon boleh. tapi kalau guna cili boh tak payah masukkan asam keping dah)
- 1/2 sudu kerisik
- 1 asam keping
- setengah kotak santan tak kisah brand apa (sebab sya masak 3 ketul ayam je)
- garam & gula

cara-cara

1. tumis semua bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
2. masukkan cili kisar /blender @ cili boh. tumis sampai cili masak.
3. masuk kan kerisik, sambung tumis.
4. masukkan ayam. tambah air sikit. (kalau terbanyak air, jangan panik, buat api kuat sikit, tunggu sampai air kering sikit. hehehehe)
5. agak-agak ayam dah nak masak, masukkan santan and asam keping.
6. masukkan garam dan gula. tak nak gula pon takpe. santan tu dah lemak-lemak manis dah.

settle.
------------------------------------------

kalau ada daun kunyit, boleh potong-potong tabur.
nampak la berseni sikit kan..

kerisik tu takde pon takpe.
sya dulu tak letak kerisik pon sebab tak jumpa kat mydin. rupanya tempat dia tersorok sikit.
tapi kalau ada kerisik tu, rasa la macam rendang professional sikit. 
hahahahahhaha

kepekatan rendang tu ikot selera / tekak sendiri.
macam sya, ada hari sya suka pekat-pekat. so sya lebih kan bahan-bahan tumis tu.
ada hari sya nak cair sikit.
ada hari sya suka rendang berapi punya pedas. so sya siap ketuk 4-5 batang cili padi, humban sekali dalam tu.
ada hari sya suka extra santan. ada hari sya suka light je santan nye.
ikot mood la.
tu yang syok kalau masak sendiri tu.

tapi kalau dah kawen kena la tanya teammate korang tu.
contoh macam sya ada hari sya memang nak kawkaw punya pedas, memang pasrah la tengok Z time makan tu.
tu belum kalau dia ulang-alik toilet lagi,
so kalau dah kawen, sila kawteam ngan partner dulu hokkay.

btw, gambar rendang dah siap dalam kuali sya tak sempat nak ambik
gambar masa tengah makan ada la.

nahhhhhh.. hasil rendang ayam senang gila tapi sedap masak malam tadi.


ni picture masa makan malam tadi.

family sya datang dari perak, abah siap bakar kan lemang lagi.
heaven wehhhh!

so far lemang terbaik dalam hidup is lemang abah buat.
sebab : santan memang heaven punya.
lepas tu abah memang particular time buat lemang 
dulu kecik-kecik masa tolong selalu kena marah sebab ada je tak kena contoh masa masukkan pulut terhentak buluh tu la. tu pon abah bising! hahahahahahahhaa. klaka!)
masa bakar lemang tu memang tak boleh tinggal.
kena mengadap lemang tu.
monitor api, pusing-pusing kan so that semua bahagian masak sekata.
memang takde kerak lemang lah! 

sedap nyaaaa.. baru makan malam tadi tapi dah teringat balik. 


ok bye (dato aliff syukri)




Monday, December 5, 2016

resipi: kuew teow konjac goreng

assalamualaikum wbt

dear diary

good morninggggg. dah breakfast?

harini simple update. nak share resepi kuey teow goreng guna mee / kuey teow konjac.

taw tak apa tu mee konjac?
pergi tanya budak-budak atkins. hahahahahahahaha

dulu zaman sya diet atkins dulu, belum ada lagi product mee / nasi kurus ni.
time tu, es dengan ef tu pon belum kurus lagi. belum bercinta lagi gamaknya. hehehe
time tu yang ada shirataki noodle brand apa ntah, yang beli kt jusco tu.

ok, melalut. sambung balik **

sya beli ni sebab saja nak try. walaupon dah tak buat diet atkins lagi, tapi sya still lagi tengok dari jauh taw. hahahaha

sya tak nak diet atkins ke?
geleng laju-laju.
next year la kita diet atkins eh. bhahahahahahhahahahhahahahaha

ok2, so nak taw tak apa rasa mee / kuey teow / nasi konjac nih??



ni rupa dia. cute kan

---------------

resipi kuey teow goreng (kuey teow konjac)

bahan-bahan

1. kuey teow / mee konjac

\

nak masak dia sama je macam masak mee / kuey teow biasa tu.
basuh sikit, then rendam kejap dengan air panas. sya rendam kejap je. dalam 4-5 minit je.
lepas tu tos kan.

2. bawang merah, bawang putih, halia, etc.
masuk la apa lagi yang korang rasa nak masukkan.


bawang merah dengan bawang putih potong + smash ngan pisau. hehehe
sya masukkan bawang blender sikit.

3. sayur : tauge / sawi / daun bawang, cili, etc.

sayur dengan bahan-bahan penyeri.

kebetulan kat rumah cuma ada broccoli. so sya guna broccoli je.
nak masukkan fishcake tapi takde.
 kat rumah ada hotdog, so humban je hotdog sekali.
capsicum pon sya masukkan sekali. hahahahaha


4. ayam cincang tak berapa nak halus sangat.
ikut la, kalau suka kecik-kecik, potong la kecik-kecik.


kalau suka banyak, boleh masukkan banyak. ikut laaaa..


5. telur.
telur takde gambar. sorry. hehe


6. bahan-bahan tumis 
cili kering blender / cili boh
kicap
sos cili / tomato
sos tiram
ikut la nak taruk apa
kalau tengah diet atkins especially yang tengah nak orientasi (induction. hahaha), then kena minus la benda-benda yang high carb / sugar tu.
or consider guna kicap and sos yang low carb.

cara masak

cara masak dia sama je macam masak mee / kuey teow goreng biasa**

tumis bawang, masuk kan cili. masak sampai pecah minyak
masukkan ayam, sos, kicap, etc. masukkan garam sekali.
last sekali masukkan hot dog / fishcake, sayur & kuey teow /mee konjac.
masukkan telur sekali. gaul semua.

pastu adjust-adjust la. 
siap.


ni rupa bila dah siap.

rasa dia not bad la..
tapi sedap lagi kuey teow biasa.
dia rasa macam kuey teow degil sikit.
paham tak camne tu?
hahahahahahha

so, pada yang tengah diet atkins / low carb, boleh cuba. tapi sekali sekala la.
jangan makan selalu.

kenapa takleh makan selalu?
malas nak explain. dah lama benti jadi penasihat atkins tak bertauliah ni.
hahahahhahahahhahahahahaha


ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, October 27, 2016

resipi cekodok pisang sedap paling senang mudah pejam mata jek

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

simple update.
pasal cekodok pisang.

sya suka pisang. cekodok pisang lagi la sya suka.

kat rumah memang sya suka beli pisang sebab senang nak bagi adam makan kalau tetibe dia lapar ke, nak mengunyah ke. kadang-kadang tu sampai jadi terlebih masak sebab pisang lambat makan.

contoh macam semalam. ada 2 bijik pisang tak habis. masak sangat.
so apa lagi. kita mengcekodok la.

bahan-bahan

1. pisang
2. tepung gandum
3. gula
4. soda bicarbonate (optional)
5. garam


cara- cara

semalam ada 2 bijik pisang terlebih masak.

kupas kulit pisang. letak dalam mangkuk

rupa pisang terlebih masak

lenyek. nak bagi hancur halus ok, nak bagi ketul-ketul sikit pon ok. ikot selera la..

pisang lenyek

masukkan gula 3 sudu  (gula merah ke putih ke tak kisah la),
soda bicarbonate secoet (lebih kurang secubit dua, sya taruk kat hujung sudu), 
garam secoet (secubit dua), and masukkan tepung gandum.
gaul rata.

macam mana nak agak banyak mana tepung?
sya pon tak pandai. hahahahahaha.
so mula-mula kita masukkan 2-3 sudu tepung dulu. 



bila dah kacau semua, kalau tekstur dia still cair sangat / watery (sebab sya pakai pisang cavendish. dia macam berair sikit), then tambah tempung 2-3 sudu lagi.

tambah tepung lagi sebab macam cair

sampai la dapat tekstur yang kita berkenan.

rupa bancuhan cekodok pisang yang dah ready

lepas tu, kalau still tak confident, buat pilot test dulu.
hahahahahahahahha

macam sya, sya goreng dalam 2 ketul dulu.
macam dalam gambar ni ha..

seketul dah masuk mulut untuk acara food testing

pastu rasa la.
kalau puas hati, then goreng la semua. kalau tak puas hati macam lembik sangat ke, then tambah tepung. kalau keras kenyal, tambah pisang balik (sebab dah terlebih tepung. hahahahaha)

macam sya, ni dah kira terbaik la. memang selera sya.
sya suka cekodok banyak pisang. lembut.
baru syok.

gambar dah siap goreng semua sya tak ambik, sebab adam dah bosan teman sya goreng cekodok kat dapur. hahahahhahahahaha

eh jap, apa kes cekodok pisang pon nak share recipe? budak tadika pon tau kot!
hahahahhahahahaha
well, saja je.. korang semua pandai buat cekodok eh?

ok bye (dato aliff syukri)




Monday, August 29, 2016

nah resipi kerabu maggie paling senang : kenapa baru tau kewujudan makanan nih?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

happy mondayyyyyyawningggg..

siapa pernah makan kerabu maggie?
sya tak pernah.
tak pernah tu takpe lagi, sya tak pernah tau pon wujud kerabu maggie ni ha..
hahahahhahahha

taw pon lepas ternampak post by kakak member sya.
merembes betul sya tengok "hasil" dia.
so sya nak share kat sini. kot ada yang tertinggal boat macam sya, boleh la kita kejar boat balik. huhuhu

resipi kerabu maggie ni ada macam-macam versi.
ni antara yang tersenang pada sya.

---------------------------------------------

kerabu maggie seafood @ kerabu mee siam

1. mee serda 4 bungkus
mee serda tomyam shrimp

2. sediakan bahan-bahan ni:
bawang putih 2 ulas - cincang halus 
tomato 2 biji - potong dadu 
daun ketumbar - hiris 
limau kasturi 1 biji - potong dua
cili api - potong nipis-nipis
carrot - potong dadu

Add caption

3. udang / sotong - celur sekejap dlm air mendidih campur garam
(tak payah lama sangat. agak-agak masak)

janggut mana janggutt????

4. rebus mee serda. toskan and masukkan perencah dan semua bahan kat atas kecuali limau.



5. gaul sebati, last sekali baru perah limau.

limau kalau terlebih-tak syok. huhu

6. settle. boleh makan.

ni versi banyak sangat udang ni. serabut pulak sya. hahahaha

credit : facebook page

---------------------------------------------

senang je kan?

honestly, sya suka samyang lagi.

hahahahhahahhahahahhaha

ok bye (dato aliff syukri)