In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, April 14, 2017

resipi rendang ayam senang, mudah, cepat lagi sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini nak share recipe rendang ayam senang gila sesuai untuk orang yang nak cepat @ student / orang bujang yang duduk umah sewa.
ikut kan resipi rendang ayam berlambak kat internet kan.
tapi ni sya nak share versi rendang express yang tak payah nak pakai banyak bahan.
senang gile kompem lelehhh. ecewahh

------------------------------------------
bahan-bahan
(ni kuantiti untuk makan 1 - 2 orang)

- ayam 3 ketul (sya guna bahagian ribs yang size kecik. potong kecik-kecik, cepat masak, senang nak makan)
- 2 bijik bawang merah (blender / tumbuk)
- 2 bijik bawang putih (blender / tumbuk)
- halia 3cm (hahahha. selalu orang guna inci kan. blender/tumbuk jugak)
- 1 batang serai (tumbuk. ikut suka nak tumbuk hancur ke nak tumbuk separa hancur)
- 3 sudu cili kering blender / kisar (cili boh pon boleh. tapi kalau guna cili boh tak payah masukkan asam keping dah)
- 1/2 sudu kerisik
- 1 asam keping
- setengah kotak santan tak kisah brand apa (sebab sya masak 3 ketul ayam je)
- garam & gula

cara-cara

1. tumis semua bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
2. masukkan cili kisar /blender @ cili boh. tumis sampai cili masak.
3. masuk kan kerisik, sambung tumis.
4. masukkan ayam. tambah air sikit. (kalau terbanyak air, jangan panik, buat api kuat sikit, tunggu sampai air kering sikit. hehehehe)
5. agak-agak ayam dah nak masak, masukkan santan and asam keping.
6. masukkan garam dan gula. tak nak gula pon takpe. santan tu dah lemak-lemak manis dah.

settle.
------------------------------------------

kalau ada daun kunyit, boleh potong-potong tabur.
nampak la berseni sikit kan..

kerisik tu takde pon takpe.
sya dulu tak letak kerisik pon sebab tak jumpa kat mydin. rupanya tempat dia tersorok sikit.
tapi kalau ada kerisik tu, rasa la macam rendang professional sikit. 
hahahahahhaha

kepekatan rendang tu ikot selera / tekak sendiri.
macam sya, ada hari sya suka pekat-pekat. so sya lebih kan bahan-bahan tumis tu.
ada hari sya nak cair sikit.
ada hari sya suka rendang berapi punya pedas. so sya siap ketuk 4-5 batang cili padi, humban sekali dalam tu.
ada hari sya suka extra santan. ada hari sya suka light je santan nye.
ikot mood la.
tu yang syok kalau masak sendiri tu.

tapi kalau dah kawen kena la tanya teammate korang tu.
contoh macam sya ada hari sya memang nak kawkaw punya pedas, memang pasrah la tengok Z time makan tu.
tu belum kalau dia ulang-alik toilet lagi,
so kalau dah kawen, sila kawteam ngan partner dulu hokkay.

btw, gambar rendang dah siap dalam kuali sya tak sempat nak ambik
gambar masa tengah makan ada la.

nahhhhhh.. hasil rendang ayam senang gila tapi sedap masak malam tadi.


ni picture masa makan malam tadi.

family sya datang dari perak, abah siap bakar kan lemang lagi.
heaven wehhhh!

so far lemang terbaik dalam hidup is lemang abah buat.
sebab : santan memang heaven punya.
lepas tu abah memang particular time buat lemang 
dulu kecik-kecik masa tolong selalu kena marah sebab ada je tak kena contoh masa masukkan pulut terhentak buluh tu la. tu pon abah bising! hahahahahahahhaa. klaka!)
masa bakar lemang tu memang tak boleh tinggal.
kena mengadap lemang tu.
monitor api, pusing-pusing kan so that semua bahagian masak sekata.
memang takde kerak lemang lah! 

sedap nyaaaa.. baru makan malam tadi tapi dah teringat balik. 


ok bye (dato aliff syukri)




4 comments:

  1. hari tu pun masak rendang ayam jugak. makan dengan nasik sodap, makan dengan roti pun sodap. yummehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. makan panas2. uuuuuu...

      tp sya xpenah makan ngan roti lagi. hehehe

      Delete
    2. Makan rendang dengan roti sedap, sya... especially kalau bakar roti dengan butter.. pergh berlemakkk

      Delete
    3. ye ke? sya tertinggal la nih! ok, weekend ni nak try. haha

      Delete