In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, June 13, 2017

Resipi cendawan enoki goreng yang sangat senang, cepat and confirm sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hi semuaaaa. puasa tak? =)

lama tak update kan sebab busy campur penat. serious penat bulan puasa ni. tak tau la kenapa. pastu mengantuk je kat office sebab tak dapat coffee kan.. lagi satu bila dah masuk #teammakmak ni kena bangun prepare sahur bagai. ok, tu, next time kita sembang-sembang.

harini nak share recipe simple sebab sya baru buat. kebetulan ada cendawan enoki dalam peti ais. asal nya cendawan tu nak buat tomyam
tapi sebab tak jadi, kita tukar menu.

ni dia recipe cendawan enoki goreng yang super simple, senang gila, cepat kot, plus confirm menjadi dengan jaya nya.

---------------------------------------------

Recipe Cendawan Enoki Goreng senang gila.

bahan-bahan

1. cendawan enoki 1 / 2 packet
2. tepung goreng serbaguna (sya guna tepung goreng serbaguna bestari)
3. telur sebijik
4. serbuk pati ayam (separuh sudu kecik je sya letak)
5. blackpepper (optional)

tepung goreng serbaguna bestari.

cara-cara

1. potong akar cendawan enoki. pastu basuh bersih-bersih.
2. celup cendawan dalam telur, lepas tu salut dengan tepung tadi. 
ikut la style macam mana pon.
kalau kreatif nak buat sebatang-sebatang pon boleh.
sya tak berapa rajin, ambik segenggam, celop teros dalam telur, terus golek dalam tepung.
hahahahhaa
3. pastu goreng kan dalam minyak panas.

dah siap, angkat dan serve.


ni rupa cendawan enoki goreng sya.

don't judge the book by its cover.
nampak je macam tak semenggah lagi tak consistent, tapi rupa dia sedap ok.
hahahahhaha

yang kaler gelap tu bukan apa, tu yang last-last dah tu. minyak dah gelap sikit. hahaha
yang nampak macam tebal dari orang lain tu sebab sya nak habis kan tepung.
nampak tak kat situ, tak kisah cmne style pon, rasa dia tetap sedap.
(confident)

ok, yang ni wajib try taw.
kalau korang nak masak tapi macam lauk takde campur malas, korang masak cendawan enoki goreng ni je. makan ngan nasik panas. potong cili, letak kicap.
nak upgrade nampak semenggah sikit? standby sambal ikan bilis goreng.
fuhhhhh.. confirm hancur diet. hahahaha

ok, la. tu je untuk hari ni. 

dah ada idea nak masak apa untuk berbuka nanti?
=)



7 comments:

  1. Blh try wat petang ni.ade je cendawan enoki dlm peti ais..beli awal pose aritu..haha. tqqqq bagi idea!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. sile buat. aku buat bagi adam, kemain suke die. lagi2 yg extra tepung tu. hahahahahaha

      Delete
  2. Cendawan goreng menjadi pilihan. Cicah sambal pulak tu. fuhhh sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. cicah sos thai pon layannn.. hehehe

      Delete
  3. boleh try nih macam menarik dan sedap je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting senang gila kak.. hehehe

      Delete
  4. Sya....! Bash dari dulu lagi nak buat dan nak update kat blog sebab banyak lebih buat bubur sofia tapi tak terbuat-buat... Alahai. Tapi yang bash nak buat tu yang sehelai-sehelai tu. Nampak boleh gumpal-gumpal macamni pulak eh macam lagi senang je.. wahaha!

    ReplyDelete