In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, February 21, 2017

dining in the dark, KL. wajib cuba!

assalamualaikum w.bv.t.

dear diary

harini rasa fresh. sebab baru lepas habis kan 2 cawan coffee.
energy membuak-buak (hyperbola)

so nak update pasal - Dining in the Dark KL.


untuk yang tak tau dining in the dark ni apa, boleh google or refer dekat official website dorang

restaurant ni rated as best restaurant in KL untuk celebration / special occasion dalam tripadvisor.
so kalau korang search dalam tripadvisor, korang akan nampak rating untuk dining in the dark ni yang paling tinggi la.

boleh refer sini untuk check senarai restaurants best kat KL untuk celebrate birthday / anniversary, etc.
kat sana korang boleh baca macam-macam tips and reviews.

ok basically, this is the first restaurant in malaysia dengan konsep makan dalam gelap.
memang gelap betul taw. bukan sikit punya gelap. hehehe

sya cerita sikit la eh supaya korang boleh imagine kat sana macam mana.
dining in the dark ni dekat area bukit bintang.

memang happening la kawasan ni waktu malam kan
boleh waze je. dia dekat kawasan banyak pub / bar. so kena tengok-tengok sikit sebab nanti akan nampak satu sign restaurant ni, dia kat tingkat atas.
gelap macam suspend je masa nak naik tangga ke atas tu.
tapi suspend versi romantik la.. sebab ada lilin kiri kanan.. bunga sekuntum dua.. 
hahahahahahha

masa sampai-sampai je, dorang akan serve kita welcome drinks and main simple game. pakai blindfold, cari clip kertas dalam bekas beras. saja je ni nak bagi warm up sikit before masuk tempat tu.



before masuk tempat makan tu, dorang akan explain kita tentang dining in the dark ni. konsep dia, apa kita akan experience nanti, etc.
then dorang akan confirm /discuss kita punya food restrictions.
kita kena inform food allergy korang, apa yang korang tak boleh makan.
contoh macam, no alcohol, vegetarian ke, no raw meat ke, no seafood ke, no lamb / beef ke, kena specify semua.


lepas tu kat dalam ni tak boleh bawak masuk handphone. jam pon tak boleh. so semua barang ni kena simpan dalam locker.

then  dorang akan introduce staff yang akan attend to and guide kita masa kat dalam. so staff yang attend to all guest kat dalam tu adalah orang-orang yang visually impaired taw. yang ni serious kagum. huhu.

punya gelap kat dalam tu, nak masuk kena pegang bahu waiter / staff, dia akan guide kita ke seat. sampai kat seat, then dorang akan explain sudu kat mana, tissue kat mana, semua lah setting table kita tu. sambil dia cakap tu, kita meraba-raba la based on description dia. staff yang guide kitorang haritu was Radha. Memang baik, and sangat la soft spoken.

ni picture dari google. so kena pegang bahu partner kita. kalau korang datang in group, setting camni la.
ok, bila dah kat dalam, confirm la excited nak makan kan.


first, dia serve appetizer, time ni la start cabaran pertama where korang kena raba-raba sikit, makan slow-slow and cuba teka apa yang korang makan. later dia akan suruh kita guess ingredients dalam makanan tu.

then followed by soup, main course, sampai la ke dessert. dorang akan serve satu-satu, and bila kita dah habis makan, dorang akan tanya how's the food, and teka apa yang kita makan.

overall, makanan dia biasa je pada sya. untuk kos yang kita bayar, boleh makan lagi sedap dekat fine dining / fancy restaurants lain.


tapi kena faham konsep restaurant ni.
dia nak kita guna kita punya sense of taste and rasa betul-betul ingredients dalam makanan kita.
so memang ada certain dishes tu, memang menonjol naww la rasa dia.
contoh cam dessert ada tamarind, urghhhh masamm terok! 
macam sya cakap, dia nak kita rasa makanan tu. so memang macam-macam rasa la.
hahahhahaha

makanan dia pon pelbagai contoh macam appetizer je comes in 4 different makanan, serve dalam bowl kecik-kecil. 4 makan berbeza, ko explore la satu-satu. tu baru appetizers.
belum yang lain-lain lagi. hahahahhaha

so dalam banyak-banyak tu mungkin ada satu or dua dishes yang tak kena dengan tekak kita sikit la. hehehe

BUT most important, experience kat dalam tu memang priceless.

this is definitely a must try kalau korang tak pernah been to any restaurant berkonsep macam ni.

kitorang spend dalam sejam setengah dalam tu but tak perasan pon sebab rasa macam cepat gila. lepas tu since dalam tu no handphone at all, sejam setengah tu memang korang akan mengadap je la partner korang. kitorang masa kat dalam tu, gelak je memanjang. lepas tu dok meraba-raba dalam gelap. hahahaha. kelakar gila bila ingat. eh, bukan raba tak semenggah macam ahli wechat tu, ni meraba tangan sebab nak pass air la, nak past makanan yang kita tak suka la.
macam sya, sya tak suka salmon. so dish yang ada salmon, meraba nak pass kat Z. hahahhahaa. 
tu belom kalau nak paww air ke apa ke. serious kelakar.
hahahahhaaha

memang best la experience time tu.
#sumpahbest

last sekali bila dah keluar, dorang akan bagi kita card comel ala-ala cert nih. hehe

so, siapa yang tak pernah try, or yang tengah cari restaurant best kat area KL untuk any occasion / celebration macam birthday ke, anniversary ke, farewell ke, nak treat special dinner untuk partner korang, boleh la datang ke dining in the dark, bukit bintang, KL.

korang jugak boleh buat surprise untuk pasangan korang contoh macam nak celebrate or buat surprise birthday / anniversary, etc. sebab lepas makan kat dalam tu nanti, masa keluar, staff akan tolong buat surprise and bawak kita ke alfresco (ada satu area kat balkoni). kat situ nanti boleh la sambung celebrate birthday / anniversary, etc. sambil makan kek.
best :)


ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, February 16, 2017

takoyaki sedap @ japan boat takoyaki, ioi city mall putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa suka makan takoyaki, angkat tangan !

sya??
biasa je..
takde la suka sangat pon..

tapi haritu, ada member share gambar makan tako tao,
dah tiba-tiba merembes rasa nak makan jugak.
nak cari tempat jauh-jauh macam leceh, so sya pun memulakan pencarian mencari takoyaki sedap kat putrajaya nih.
pernah try yang jual kat tepi jalan, tapi hampa..

sekali ada orang share kata takoyaki kat sini best.

tadaaaaaa


japan boat takoyaki, ioi city mall putrajaya.

hahahahahahahahhaha
memang cunnn sangat la sebab dekat dengan rumah kan.
sya pergi dengan penuh semangat.
orang kata selalu kat sini beratur panjang.

time sya pergi tu takde pon.
maybe sebab baru balik kerja kot.
(semangat.. balik kerja terus seranggggg)



tu nampak tak boat comel tu?

harga dia 1 boat RM4.90. ada 3 bijik takoyaki dalam tu.
kalau ambik combo 3 boat, RM12.
nak beli yang set dengan air pon boleh.

so rasa-rasa sya beli berapa?
hehehe

kat sini takde kerusi ke meja nak makan. so cuma boleh beli, dan blah a.k.a tapau je la..

mula-mula kitorang beli 1 boat je, sebab nak rasa boleh pergi ke tak rasa dia.
tapi bila dah rasa, memang tak menghampakan.
so before balik, sya beli combo yang 3 set tu terus.
layannnnn..



ni la rupa dia..
nampak cam serabai serabut selekeh, sume la kan?
(sebab tapau, so tunggang terbalik dalam plastic. hehe)

tapiiiiiii

rasa dia best !
sedap !

sya suka spicy. tak la spicy sangat pon sebenarnya..

serious sedap!

so orang putrajaya nak makan takoyaki sedap,
sila serang japan boat takoyaki !
yeayyyyy


ok bye (dato aliff syukri)



Wednesday, February 15, 2017

KFC cheesy mushroom baru. yang best dan yang tak best.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa tengok iklan KFC cheesy mushroom kat tv and terliur, sila angkat tangan !
(sya angkat tinggi-tinggi)

sya bukan la peminat kfc ni. suka chicken texas lagi.
tapi iklan dia tu. perghhh..

dah lama pasang hasrat nak try yang cheesy mushroom tu, tapi baru semalam berkesempatan.
kitorang pergi kfc ioi city mall putrajaya.


semalam kitorang bedal semua sekali. kemain. hehehe

ok, start dengan kfc cheezy mushroom crunch.
set 2 ketul ayam, air, coleslaw, mashed potato anddddd sos cheesy mushroom.



sya baca komen-komen, ramai kata sos dia cair.
macam mushroop soup campbell campor cheese je.

tapi masa kitorang try semalam, ok je pada sya.
sedap la jugak.
takde la cair, ok.
mushroom pon boleh rasa, nampak la beberapa ketul mushroom dalam tu.
takde la DNA mushroom semata kan..


makan ayam goreng gaul dengan 3 benda nih, pakai tangan.
fuhhhh.. heaven !
hahahahahhahahahahhahhaa

so, kfc cheezy mushroom crunch is paling sedap.

-----

second, kfc cheezy mushroom burger.


rupa dia memang TAKK la macam ginih kan.
dah sah-sah iklan suka hyperbola.

dia cuma zinger burger kfc yang ditambah dengan sos cheesy mushroom dalam sesudu dua.
boleh imagine?
rasa dia- boleh la..
kalau compare ngan zinger burger, yang ni sedap la sikit sebab ada sos cheesy mushroom kan.
lagipun harga sama je dengan set zinger burger biasa tu.
kalau siapa suka zinger burger, mesti suka burger ni.


so, kfc cheezy mushroom burger adalah average je pada sya.
so so..

-----

ok, yang ketiga, kfc chewy cheese spinach.


ok, yang ni serious. kena tarik nafas panjang sikit.

ko tengok iklan dia camne..


boleh senyum wehhh cheese dia kalau tengok dalam iklan kfc tu.
gila tak merembes nak try.

sebab few years ago, pernah kfc keluarkan cheewy cheese camni jugak.
and memang boleh tarik cheese dia walaupon tak boleh senyum cam dalam iklan tu.
sya ingat lagi bawak family makan. puas hati la..

tapi kfc chewy cheese versi 2017 ni memang dahsyat.



5 ketul comel chewy cheese spinach harga RM6.90



bila patah kan, ni hasil dia.
jangan kata cheese nak senyum, cheese semua takut-takut duduk dalam tu punyala nak tunjuk betapa minoriti nya puak cheese dalam ball tu.
paham tak?

eeeeee.. yang ni hangin betul la!
ni dah masuk kategori menipu. over naw.
jibby tol perangai kfc ni taw.

so yang ni memang pesan siap-siap, JANGAN ORDER yang ni weh.
kalau nak jugak, ikut la..

ok, tu je untuk harini.


ok bye (dato aliff syukri)


Monday, February 13, 2017

Mentor Milenia 2017. Dua protege pilihan Akim dan Hazama

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

lama tak update sebab busy.
kat office busy dengan macam-macam kerja, kat rumah busy dengan 2 ketol baymax.
so memang tak sempat langsung nak update.

harini ambil masa sikit, update blog. tu pon sebab excited. hahaha

ok, sambung**

pasal mentor milenia 2017.
punca terjebak dengan mentor milenia ni, tak lain sebab si Epul aka Usop.
hahahahahahahahhaa

siapa yang tak tengok lagi audition si epul ni, boleh la tengok kat youtube.
comel gile. hehehehehe

so kebetulan malam tadi episod pertama mentor milenia 2017.
malam tadi cuma ada 6 org peserta buat persembahan.
dorang 6 orang ni mewakili Akim & Hazama. Black dengan Tomok next week.

from 6 orang, dorang ni dah select 3 orang the best from each team. so malam tadi kira macam penyingkiran pertama la where both Akim dengan Hazama pilih 2 orang untuk setiap team.
so 2 orang la tersingkir malam tadi. gituuu..

ok, sya malas nk komen banyak pasal sya ni kalau nyanyi pon sumbang.
so kita komen yang mana sesuai ngan level kita la..

untuk team Akim, 2 protege yang Akim dah pilih malam tadi : Anna & Elica.
Anna malam tadi nyanyi lagu jeritan batin ku. sedap. sya rasa dia peserta ke2 best la malam tadi.
Elica nyanyi lagu bini mentor dia (lagu pelangi senja), ok la suara.. suara dia macam remind kita dekat farah af2.
ingat tak?

untuk team hazama, 2 protege dia: Balqis & Usop (yeayyyyyy. hahahahaha)
Balqis ni lawa. muka macam juliana evans sikit. malam tadi nyanyi lagu "perawan atau janda"
adoii. potong gila sya rasa. nasib la episod 1.
lagu perawan atau janda ni, dia macam kena stamina kuat taw.
tapi lagu tu macam tak menaikkan kepower-an balqis.
eh, mandai pulak komen orang. hahahaha

sya pernah try nyayi lagu ni sorang-sorang depan cermin, memang semput sikit la nak maintain suara sambil terkedek-kedek kan, dengan kena control nafas lagi,
tapi macam sya cakap la, wow tu takde la kalau nyanyi lagu ni.

ok, sambung
usop pulak..
usopppppppppp...!!! (jerit macam peminat kpop jerit)
usop nyanyi lagu aiman tino.
serious siapa kutuk aiman tino, sya tampor manja pipi tu. sebab apa? sebab laki den nama Aiman. hahahahahahha

nah tengok video persembahan usop.



lagu permata cinta. dah macam lagu mat rempit sya rasa. apadaaa aiman tino nih. hehehehe.

tapi still, Usop paling best malam tadi. yeayyy
(komen bias. mohon faham. hehehe)

ok, tu je.

ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, February 2, 2017

Review D-BOX GSC ioi city mall putrajaya

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

harini nak share pasal GSC D-BOX je sebenarnya. hehehehehe
mesti korang semua dah pernah try kan. sya baru first time. tu yang saja nak share kat blog. nanti dah tua boleh korek-korek balik cerita lama. hiks!

ok, D-BOX tu apa sebenarnya? 
D-BOX adds magic to films by introducing a new experience: immersive motion.
dalam bahasa simple nya, D-BOX tu kerusi dalam cinema tu gerak-gerak. hahahahhaahahha



kalau scene orang bergaduh ke apa ke, dia pon vibrate la. kalau action tu, intense sikit la gerak dia. siap senget-senget kiri, kanan, belakang.

tapi jangan risau, takde la extreme sangat pon. kita still boleh menikmati popcorn walaupon tengah-tengah scene action tu.
eh, ke sya sorang je?
sebab jeling2 orang depan, takde yang makan popcorn je memanjanggg.
sya sorang je mulut tak berenti mengunyah. bosan popcorn, nugget pulak. dah bosan nugget, layan meatball. pastu popcorn balik. sebab tu sya slim. bhahahahahhaha (mencik mencik!)

ok, sambung**

according to GSC (boleh tengok kat website dorang), D-BOX ni tak sesuai untuk beberapa golongan macam dalam list kat bawah ni:

1. ibu mengandung
2. orang tua
3. orang yang ada masalah jantung, darah tinggi, asma, etc.
4. orang yang ada masalah sakit belakang, tengkuk, tulang belakang, kecederaan saraf, etc.
5. orang yang ada masalah kesihatan
6. orang yang baru lepas buat operation

lepas tu diingatkan jangan nak minum air panas time kat atas seat tu. takut ada yang mandi air panas.

tu je la kot..

tapi jangan risau..
kalau macam tengah tengok movie tu tetiba rasa macam tak selesa kot la bergegar sangat ke, or korang memang jenis nak jugak minum air kopi panas dalam wayang tu, so boleh kurang kan intensity motion tu atau pon off je terus. sama jugak macam kalau korang rasa macam nak pergi toilet tapi tengah scene best, so nak hold dulu, maka kurang kan la intensity dia. off terus ke. balik toilet, on balik. hahahhahaha


macam ni. dia ada 3 level. boleh tambah sampai max, or kurang kan sampai lowest intensity, kalau nak off, cara dia tekan je button - tu sampai dia menyala warna merah (off).

tu je la kot.
overall, memang new experience la pada sya.
lagi kalau korang tengok action movie.
tapi nak kata wow tu takde la sangat.
yang tak pernah try, sila la try.
nak repeat lagi maybe tak kot.
sebab leceh la. tak selesa nak mengunyah.
bhahahahahhaahahhahahahhhaa

D-BOX ni ada kat selected cinemas je. kalau nak check D-BOX ada kat GSC mana, boleh check kat website dorang.


ok bye (dato aliff syukri)


Wednesday, February 1, 2017

kelas mengaji al-quran untuk anak-anak. jom celik tajwid!

assalamualaikum w.b.t.

harini sya  nak share pasal kelas pengajian al-quran.

sya rasa as parents, kita nak terbaik untuk anak-anak kita. bukan setakat nak cemerlang dalam akademik je, tapi agama pon sama.
tolongggg la. ajar anak mengaji. make sure anak baca lancar. tajwid betul. tersangat la berguna dunia akhirat.

jujur sya share pengalaman masa belajar dulu, ada je kawan-kawan yang tak lancar mengaji.
ada yang baik, memang calon muslimah, tapi bacaan agak berterabur, tajwid lintang pukang. serious terkejut. tapi salah dia ke?
sekurang-kurang nya dia bersungguh nak betulkan bacaan dia.

so tolong la parents. ni tanggungjawab kita.
dari kecik kita dah patut tekan kan ilmu agama, mengaji semua ni.

so atas sebab ni, sya nak share pasal kelas mengaji oleh ustaz marzuki.
ni khas untuk orang-orang sekitar Bangi, Putrajaya, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

-------------------------

ok, kenapa gigih nak share kelas ustaz marzuki?
ustaz-ustaz lain tak share pon. eh.

sebelum tu meh nak share biodata ustaz marzuki sikit.

✔ Lulusan bidang Al-Quran Wal Qiraat Shoubro Mesir
✔ Pernah berkhidmat di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hj Hassanal Bolkiah Brunei
✔ Hakim musabaqoh Al-Quran
✔ Imam terawih sekitar Bangi & Putrajaya

ni versi skema. versi simple nya, ustaz marzuki ni dah la berpengalaman, lepas tu tersangat la sempoi & best bila mengajar.

sempoi macam mana? best??
approach yang fresh, anak-anak jadi bersemangat nak belajar.
tak percaya?
pergi try sebulan.
kalau balik tu rasa boring ke, ngantuk ke time mengaji, sila komen kat sini balik.
serious weh!

Ni sedikit info tentang kelas pengajian al-quran untuk pelajar sekolah menengah & sekolah rendah

πŸ…Ύ Satu kelas 5 org sahaja (maksimum)
πŸ…Ύ Seminggu 2 kali (1 bulan 8 kali)
πŸ…Ύ Konsep: 1 to 1 (Tasmie)
πŸ…Ύ Masa belajar: 1 jam
πŸ…Ύ Hari: Sabtu dan Ahad sahaja
πŸ…Ύ Waktu: 8.30 pagi-9.30 pagi/ 9.30 pagi-10.30 pagi/ 10.30 pagi-11.30 pagi



kelas akan diadakan di:
No. 31-1-1 A, Jalan PB2B Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi

untuk lebih lanjut boleh refer facebook page Hadiiqotul Quran

ada kelas lain lagi, untuk dewasa, kanak-kanak seawal 4 tahun pon boleh.
boleh contact ustaz marzuki untuk arrange waktu.

Boleh call / message / whatsapp :
019-2029251


yang penting, kelas terhad untuk 15 orang je. So register cepat.
Kalau lambat, tunggu sampai next batch ada kosong.
huhu




jom belajar mengaji, jom celik tajwid!

ok bye, assalamualaikum!

p/s : suka tengok qari junior kat tv. untung makayah dorang kan..
moga adam pon jadi qari jugak. aamiin :)



Tuesday, January 31, 2017

pengunjung mati dibaham harimau di zoo china

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

traumatized pagi-pagi sebab tertengok video pasal sorang laki kena baham harimau kat zoo wilayah ningbo, china.


punca nya bila mangsa, zhang, dengan family dia and kawan dia pergi zoo.
anak-anak and wife dia elok masuk beli ticket.
yang zhang dengan member dia ni boleh pulak avoid nak bayar ticket punya pasal,  panjat tembok nak masuk zoo.

dah panjat, end up dalam tempat harimau.
tak tau la salah landing ke, kot tak tau peta dalam zoo tu ke apa kan, ke dorang ingat harimau kat zoo nih jinak ke, tak tau la..
kawan dia yang sama-sama panjat tu tak turun lagi. zhang ni yang turun dulu.
sadis pulak bila baca kronologi cerita nih.

 dalam video tu boleh dengar la orang jerit-jerit semua.
sya paling ngeri part bila lelaki tu macam tepis-tepis harimau tu tapi time tu dia pon dah tak larat dah pasal kena serang ngan sekor harimau. ada lagi dua ekor tengah keliling dia.

pastu dalam video tu boleh dengar bunyi mercun tak silap, team zoo tu baling sebab nak halau harimau-harimau tu tapi tak berjaya.

dah la benda ni jadi depan semua pengunjung zoo.
semua pakat keluar hp record. 

adoii. sya ngeri betul benda-benda camni.
tak habis lagi ngeri ni. rasa nak muntah.

ni kalau sya gitau Z ni confirm kena membebel sebab tengok video-video camni.
selalu kalau rumah Z tapis dulu. sebab bukan apa, sya ni species suka terbawak-bawak lepas tengok.

ada la yang tak jejak zoo dah lepas ni. baru haritu sembang-sembang pasal zoo. uwaaaa

kes ni dapat kecaman ramai pihak sebab ramai yang blame lelaki tu.
seekor harimau tu pulak kena tembak mati.
ramai yang cakap macam tak patut bunuh harimau tu sebab bukan salah harimau tu.
dah memang nature harimau kan..
ntah la..

siapa berani tengok la..



peninggg.. rasa nak muntah

bye.