In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, June 1, 2017

Resipi pasta bolognese yang super simple, cepat dan mudah. Idea menu berbuka.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini kita share lagi menu berbuka puasa kot ada yang mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka nanti.

ni menu yang simple sangat, sesuai kalau tengah tak berapa ada energy tapi kena masak jugak. hehehehe. yang penting nak prepare pon cepat. tak payah bersilat kat dapur.
sya suka masak pasta ni sebab tak payah spend masa lama. tapi sebab tekak kampung, seminggu sekali makan pasta pon sya rasa macam dah kerap sangat. kalau boleh nak nasik jugak!

jom sya share recipe pasta bolognese yang simple, senang dan cepat ni.

------------------------------

bahan-bahan

pasta (ikut la nak pasta apa pon)

4 ulas bawang putih (cincang/potong dadu)
1 biji bawang merah (cincang/potong dadu)
daging / ayam cincang
hot dog (optional)
tomato puree / sos bolognese prego
capsicum
oregano / italian herbs / blackpepper (ikot selera sendiri)
susu full cream / fresh milk (optional)
garam

cara-cara

rebus pasta. tos kan. then letak tepi pasta ni dulu.
boleh pilih nak guna spagheti ke, macarroni ke, spiral pasta ke, etc.

untuk kuah:
1. Mula-mula panas kan minyak sikit. nak guna olive oil boleh, nak guna minyak masak traditional tu pon boleh.
2. Tumis bawang merah and bawang putih yang dicincang.
3. Masukkan tomato puree @ sos prego bolognese. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kering kisar dalam 1-2 sudu.
4. Masukkan oregano @ italian herbs @ blackpepper. Ni ikot selera masing-masing. Macam sya, sya masukkan tiga-tiga ni sekali. hehehehhee
5. Bila dah masak blup blup tu (hehe), masukkan hot dog and capsicum. capsicum ni depends, kalau suka rangup, tak payah masak lama sangat.
6. Masukkan susu full cream @ fresh milk. Ni kalau nak bagi rasa ada lemak-lemak gitu. Sya ikot mood. Macam kalini, sya masukkan sikit, Dalam setengah kotak susu full cream tu.
7. Masukkan garam. Gula tak payah la.. Kalau nak masuk jugak, masuk je la.. Takde sapa nak marah.

Settle, boleh serve.

------------------------------

 macam sya, sya suka pedas. so kalau bolognese ni, at least 2 sudu cili kering blender tu sya akan masukkan. OR, kalau malas nak masukkan cili kering (sebab malas nak tunggu cili tu masak), sya masukkan sos cili extra pedas. Sos ni memang kaw kaw dia punya pedas taw. Bukan macam sos cili biasa tu.

Lepas tu, yang lagi power, sya masukkan cili padi sekali. bhahahahahahha.


haa... cenggini lah rupa kuah bolognese sya.
fusion sangat dengan ada cili padi nya tuu.

capsicum untuk Z, cili padi untuk sya. hahahahahahaha



time ni sya masak pasta penne. penne ni sya beli brand apa ntah, punya la besar size dia. hahahahaha.
sebab spaghetti bolognese selalu sangat, tu yang try penne bolognese.
sama je rasa dia, rupa je lain.

ok, lah. tu je nak share.

so dah idea nak masak apa untuk berbuka nanti?

ok bye.


5 comments:

  1. wah sedapnya nampak. menu pun simple yang amat. tq ya share resepi. family ain dah la penggemar western2 ni ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Nak share resepi ye sis. Thanks

    ReplyDelete
  3. Siqah memang pakai prego je. Hehe. Senang kan

    ReplyDelete