In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Rambling Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Rambling Thoughts. Show all posts

Thursday, November 30, 2017

buat hal betol la nescafe ni

assalamualaikum w.b.t.


sya punya blog berderet entries dalam draft, semua nak siap kan tapi tak sempat. busy betol kat office sekarang. kat rumah jangan cakap la.. having 3 baymax, all 3 pon demanding your full attention+energy, maka nya masa kat rumah tu lagi la tak boleh kacau.

so, just quick sharing / mumbling this morning (sebab tengan panasss)

anyone kat sini peminat nescafe?
sya is kipas besarrrrrrr (huge fan) nescafe.
buit since i met wonda kopi tarik, to be honest, sya jarang betul beli nescafe dah (except their 3 in 1)

yesterday masa keluar beli barang, sya teringat nak beli 1 coffee nak bawak pegi office (my wonda stock dah licin. sobsob), unfortunately wonda takde pulak. so terpaksa la chose apa yang ada.
so sya ambik la nescafe mocha.

kalau ada yang pernah @ suka minum nescafe mocha (can) ni masa zaman dulu-dulu (like 5-6 years ago), nescafe mocha ni sedap gila taw.
lagi sedap dari kopi tarik tu. pekat gila coffee dia, choc taste dia pon macam compliment rasa coffee, eh panjang la nak explain.
masa sya study master dulu, dalam kelas wajib usung nescafe mocha tin ni taw.

tapi sekarang. epic fail ah rasa dia.


what happened nescafe? you used to be my favourite (intonasi ala-ala lagu hotline bling). now kalau jual 5 posen per can pon belum tentu sya nak beli. tapi kalau orang bagi free, amik la.. hahahahahahhaa

nescafe mocha sekarang - cair ya rabbi !
rasa coffee ada takde je.

buat hal betol la nescafe ni !

eeeeeeeeeeeeeee... sambung complain dalam hati.

ok, nak kena sambung meng-index. ada 2 ratus lebih rekod nak kena buat index. ni pon buat hal jugak ni. next month dah start appraisal. urgh!


ok bye!


Wednesday, November 15, 2017

being a mother.. of TWO !

assalamualaikum w.b.t.

longgggggggg hiatus !
tak tau nak start dari mana. macam-macam nak share kat blog, but one thing at a time la. karang muntah pulak.

by the way, heloooooo everybody
(baca macam nada Gru dalam cerita Despicable Me, taw)

where to start eh. hahahhahahahaha. tanya lagi.

ok. camni..

Adam dah ada adik. yeay.
nama adik Adam; Aydan (oh rindu nye )

alhamdulillah.. Aydan was born on mid Aug haritu.
cerita delivery nanti sya share sebab masa dekat-dekat nak bersalin haritu, gigih sya cari review / experience bersalin dengan doctor @ hospital yang sya pilih tu, tapi semua entry lama-lama. so nanti kita share ye.

tak boleh nak taip panjang sebab tengah tepu. banyak sangat dalam kepala.
harini second day kat office. misi mengejar KPI. go go sya !!! (sendiri cheer)

ok la. tu je. nak cakap, rinduuuuuuuuuuuuuuuuu....

ok bye !

missing my dobots



Thursday, October 13, 2016

gegar vaganza musim ke3

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sya adalah manusia paling tak minat drama ngan pertandingan2 nyanyi nih (kecuali the voice. bahahaahahaha) sebab lagu yang dorang nyanyi selalu nya lagu-lagu yang sya tak tau.

ok, tapi kak zaimah share kat facebook pasal peserta gegar vaganza untuk musim yang terbaru nih. 

serious merembesss wehhh.

zarul (umbrella)

shidi (data)

rem


razis ismail

g-mie (screen)

ameng (spring)

intan sarafina

zur eda

azharina

nora

elly mazlein

siti sarah

sya minat nora.
dengan elly mazlein.
dengan azharina.
dengan siti sarah.

eh, senang cerita, sya nak tengok artists perempuan ni.
yang lelaki sya tak kenal.

azharina tu sya tau satu lagu jek. tu pon lagu ost filem melayu febret sya - 
laila isabella.
filem melayu paling sya suka. hiks.

pengacara dia best.

still nabil dengan jihan.

note : teringat dulu sya kemain stress bila mak ngan abah nak tengok cerita ni. hohohohoho

 ahad ni start
apa lagi. jom tengok nanti kat astro ria @ astro ria HD !!!

ok bye (dato aliff syukri)

                                                                                 

Sunday, September 11, 2016

filem pekak : ko dah kenape??

assalamualaikum wbt

dear diary

kecoh bape hari kat fb pasal filem pekak nih. firstly nak bagitau, setiap orang ada hak and opinion and rasional tersendiri. tak perlu argue.



sya bukan la open minded sangat. lagi-lagi sejak dah tua nih. sya tak minat violence. jahat. tapi tengok videos orang share kt facebook, banyak yang teruk. video perempuan kena sepak terajang kat kedai dobi, video lelaki belasah wife dekat petrol station, video dera kucing, banyak lagi. selambe semua pakat share.

pasal sex. honestly, sya rasa orang berzina tersangatla deserved to be rejam sampai mati. yes, ko berzina? sila mereput! ko bertaubat? tu hal ko dengan tuhan.

motif intro ginih? entah. hoho.

untuk filem pekak, sya rasa banyak mesej yang nak disampaikan. pasal masalah remaja, parenting style orang kita, violence, sex bebas, dadah, etc. banyak sangat. dari segi moral, message i.e. betapa penting nya pilih kawan yang betul, karma (ko buat damage kat orang, bentu tu pusing kat ko balik-zahiril), pasal menipu, pasal percaya sangat dekat anak, etc.

yang hentam pulak, tu hak masing-masing.

cuma yang sya tak faham untuk yang komen camni - 
"oh nanti nak bawak anak-anak cuti sekolah masuk panggung tengok cite pekak moga dorang "dapat pengajaran" dari filem ni" 
bagi yang lurus, ini actually sebuah sarcasm yang dikomen bila ada insan lain komen pasal moral dari filem pekak. 

ko dah kenape wehhh? bawak anak gi tengok cerita pekak?

bukan ke pekak ni klasifikasi tontonan 18 tahun keatas. #$&@!?€¥&!!!

fuhhhhh...

sya pulak panas baca.

sebenarnya sya tak minat orang bangkang komen orang. ko nak sokong sila komen sokongan ko, nak bangkang sila komen yang ko bangkang. jangan nak pergi dekat komen-komen orang yang menyokong, lepstu ko hentam kemain siap perli-perli. macam ko paling betul. ko share macam-macam videos kat facebook tu takpe pulak??? 

ceh. ini semua poyo!


Friday, September 2, 2016

ko seronok eh bahagia atas penderitaan orang lain?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary



pagi-pagi ni sya terjebak baca luahan hati. ramai betul

pasal DCHL @ franzacure.

jahat.


Monday, August 22, 2016

cara bayar ptptn guna kwsp

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

dekat facebook, sya suka baca pasal issue ptptn ni tapi sya tak pernah komen. termasuk la kalau ada kawan-kawan yang post @ share post pasal ptptn, sya rasa so far sya tak pernah comment lagi. sebab sya perasan, ptptn ni macam issue sensitip pada setengah orang.

dulu hot pasal nak mansuh kan ptptn. sampai budak-budak universiti sanggup tidur dalam khemah, berarak usung sepanduk, mintak ptptn dihapuskan. sya setuju part yang nak mintak free education, lower kan interest, tak payah ada tuition fees yadayada, but mansuh ptptn? habis budak-budak dari kampung, orang-orang susah, nak study macam mana??

teringat dulu masa sya study, perit kot awal-awal sem takde laptop. terpaksa buat muka tebal pergi semua lab computer, tumpang buat assignment. bila lecturers dah masuk @ class dah start, pindah lab lain pulak. kalau lab yang bukak malam-malam, terpaksa tebal muka tanya sorang-sorang "lama lagi tak? lepas ni saya ye"
(buat muka paling sweet. alhamdulillah... berjaya. hahahahahhaha. guro2..)

bila duit ptptn masuk je, first thing sya beli - laptop.
ya allah.. indah nya dunia ada laptop. terus dapat first class.
hahahhahaha
(malas nak cerita panjang. kita buat kesimpulan macam tu jek, boleh? hahahaha)

tu belum masuk dengan duit ptptn tu la bayar duit buku, buat belanja makan, bayar duit yuran kelab, buat belanja time outing, yang kena duduk luar tu jangan cerita la, sewa rumah, bills, etc. semua dari ptptn.

so sya suka ptptn.
sya sokong ptptn. sya rasa thankful ada ptptn.
sya tak suka orang tak bayar ptptn pastu nak melenting. patut nya tak bayar diam-diam, jangan cerita kat orang. ni tak, kat facebook bukan main lantang marah ptptn sebab amik duit dia. tak ke secara tak langsung kita announce pada dunia yang kita tak bayar hutang?

latest sya terbaca yang tak bayar ptptn sekarang dah tak kena listed dalam ccris lagi kan.
ok la tu..
mane taw pasni interest pulak dah takde.
kan kan..

ok, sya nak share cara-cara nak settlekan hutang ptptn guna kwsp.

sya copy dari nazri nasir. saja taknak edit. hehehehe

------------

Disini saya sharekan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk settle PTPTN ni. Moga bermanfaat :

1) Aktifkan i-akaun di kiosk KWSP 
2) Register i-akaun di laman web KWSP
3) Print Out Penyata terkini di kiosk KWSP
4) Pergi ke cawangan PTPTN dan 
5) Cakap nak settle hutang tertunggak pakai KWSP akaun 2.
6) Pegawai PTPTN akan uruskan pembayaran
7) Dalam 1-2 minggu KWSP akan call untuk pergi cawangan KWSP dan buat thumbprint.
8) KWSP akan uruskan selebihnya
9) Selepas dalam 1bulan hutang PTPTN akan settle.

credit to : nazri nasir

------------

ok, harap membantu.

akhir kata, terima lah serangkap dua kata dalam versi gambar.









ok bye (dato aliff syukri)


Friday, August 5, 2016

telekung siti khadijah

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

semalam kak anne bukak cerita pasal telekung siti khadijah.
puncanya kakak-kakak office baru order. sya ingat nak try order la nanti.
mana tau, lepas ni berkobar-kobar boleh solat on time.
ngeeee

sebenarnya sya baru je tau pasal telekung siti khadijah ni.
punca nya..
nah!




so bila kak anne bukak cerita pasal telekung nih, sya pon teringat pasal member sya yang kebetulan haritu ada bukak cerita pasal telekung siti khadijah nih.

so sya bukak la website tempat kak anne beli tu..

then first picture yang keluar..




yang nih ke pon? ke ada model lain??

but nak cakap, 
eeee... tak sama langsung!
ok, part ada mole je la kot yang sama.
ceh! hahahahahahahahha

actually nak bagitau, kalau orang bagitau kata "eh muka ko macam muka angelina jolie la" 
tak pon
"babe, ko kalau sengih sebijik macam muka lisa surihani, kalau tunduk macam fasha sanda, kalau pandang atas macam muka fazura"

jangan bulat-bulat percaya!

ok, bye (dato aliff syukri)





Tuesday, August 2, 2016

wonda kopi tarik. wajib try!

assalamualaikum w.b.t.


lama tak update sebab busy betul lately.
semalam sya cuti, emergency. stress!

tapi duduk rumah sehari memang syok.
mengadap adam dari pagi.
boleh mandi lama-lama (adam behaved dalam play yard. hahahahaha)
boleh kemas apa yang patut
(Z tanya "kemas apa je lagi eh harini?" nangisssss)
boleh try / test few items yang sya beli online tapi selambe tak pernah keluar plastic pon (nanti sy share. some of them serious sangat awesome) 
paling syok sebab boleh mengadap adam la.
insyaallah moga ada rezeki boleh retire awal. aamiin.. 

ha, lupa motif update blog kali ni.
actually sya tengah nak buat review pasal stroller taw. tapi busy.
update sikit-sikit kat draft bila ada masa (nampak sangat bakal update entry membebel. hahahahaha)

ok la, nak menyeru kat semua coffee lover;




sila try wonda kopi tarik.
yang ni sya letak kt office.
kat umah pon sta standby jugak.

nak share, sedaaaapp...
tarik dari belon panas kot.
hahahahaha




sekarang ni kira coffee febret sya la.
starbucks? ape tu? tak pernah dengar la. hahahahaha

try, please.. please please please
(Z kata sya suka paksa orang try. mana ada! ni ajak la. hahahahahaha)

try taw. bila try tu ingat kat sya eh eh eh..
ecewahhh.

ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, July 28, 2016

nak tambah satu lagi

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

pagi tadi masa masa breakfast roti canai garing 2 keping dengan janna nick.




"sya, kite rasa macam nak tambah satu lagi?"

"kann.. sedap kan"

"bukan roti canai la! baby"

"tambah baby?!"

"a'ah"

-------------------------------

usyyy
kembar janna nick ni memang buat hal la pagi nih.
nak menambah sorang lagi baby?
baby kitorang sebaya, lahir sama tahun, sama bulan, beza 3 hari je.

isk.. buat hal betul!
jangan haku yang terjebak sudaaaahhh.

**meremang bulu roma**


Wednesday, July 27, 2016

perodua bezza : best ke? bezza ke samma je?

assalamualaikum w.b.t.


morning.

teringat haritu bersembang pasal perodua bezza.
the first ever sedan by perodua.

boleh tahan jugak. cantik.
lagipun perodua ni, pada sya bagus. yang penting malaysia punya brand. support kereta buatan malaysia ok. hehehe
sya baca komen-komen kat facebook, fuhh,
ramai eh anti kereta malaysia.
sya baca budak-budak study oversea bangga kalau nampak kereta malaysia atas jalan.
budak-budak study oversea la..

**sambung balik**

sya tak pandai pasal kereta. so i'm not in a position where sya boleh mengomen pasal perodua bezza ni.
yang sya tau ada 1.0L and 1.3L.
so 1.30L - road tax & insurans mahal daripada 1.0L.
ha boleh, gitu je pemahaman sya??
hahahahahahaha

ok, guro..
takmo cerita benda hardcore sangat, pasal engine la hape la.
pasal tu semua boleh check dekat website perodua.

jom tengok harga perodua bezza.

-------------
1.0 Standard G MT – RM37,300
1.0 Standard G AT – RM39,300
1.3 Premium X MT – RM42,800
1.3 Premium X AT – RM44,800
1.3 Advance AT – RM50,800
-------------

not bad kan. sesuai untuk golongan yang berpendapatan suam-suam kuku macam sya.

then jom tengok colour yang ada pulak.

ada 6 warna. sya share pictures dari website perodua, boleh kita cuci mata sama-sama.


ivory white


glittering silver


ebony black


lava red


ocean blue


sugar brown


sya suka colour gold. tapi colour gold takde pulak.
so, bye perodua bezza.
hahahhahahaha

saja je share pasal perodua bezza ni.
seronok tengok macam-macam kereta proton/perodua keluar kan.
moga makin success.
moga makin improve.

sya nak beli kereta ke?
hmm.. tak minat kereta sebenarnya. minat handbag lagi.
hahahahahahahahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)






Monday, July 25, 2016

d.o.w.n.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morning.
ogim! (oh god, it's monday)

makan tak kenyang.
tidor tak lena.
mandi tak basah.
time gosok gigi pon teringat.
down nye rasa..


yup!
nothing haunts us like the things we didn't buy.

parah gini!
parah.
parah.

hmm.. bye.



Saturday, July 16, 2016

hadis palsu

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

stress kalau cakap pasal hadis palsu ni. sebab banyak sangat sekarang. lagi stress bila ada yang kita memang pegang or percaya sebab dari dulu memang hadis tu popular and passed on  dari sorang ke sorang.


sya rasa info ni useful so sya save kat sini. Info ni sya dapat dari facebook DrMaza.

---------------
Ciri Hadis Palsu

Hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah. Contoh yang dibawa oleh Ibn Qayyim iaitu hadis palsu: “Sesiapa yang mengucap Lailaha illaAllah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya”.(al-Manar al-Munif, m/s 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

-Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: “Terung itu ubat bagi segala penyakit”. Contoh lain: “Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Membanyak airmata dan ia disucikan oleh 70 nabi”. (m/s 52)

-Antara lain beliau menyebut ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan. Banyak contohnya, antara yang disebut; hadis palsu“Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun”. Contoh lain;“Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit”. Contoh lain: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”. (m/s 55)

Contoh lain: “Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir”. Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis ayam jantan: “Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu “Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat” (riwayat Bukhari dan Muslim). (m/s 56)

Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.

--Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata. Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan soleh. (m/s 57)

-Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta. Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (m/s 67-76)

-Contoh hadis palsu lain: “Pelangi di langit itu adalah tengkok ular yang berada di bawah Arsy”. Juga hadis palsu: “Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak” (m/s 60)

-Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam Bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (m/s 64).

Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.

-Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: “Memakan ikan melemahkan jasad”. Contoh lain: “Ada seseorang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang”. Contoh lain: “Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas”. (m/s 65). Banyak hadis yang seperti ini kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’ yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan peniagaan mereka.

Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca. Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini. InshaAllah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.

---------------

p/s : tapi kan kalau ikot kan sya la kan, kalau benda tu baik, ok je kalau amal kan.
contoh, baca alfatihah 3x sebelum keluar rumah nescaya Xxxxxxxx (contoh)
then elok la baca.
tapi yang tak elok nya bila hadis palsu, tu makna nya mereka-reka, sama macam menipu.
yang tu sya benci.

lagi satu, pernah tak baca kat facebook orang share kata buat amalan jangan harapkan balasan. contoh; dhuha sebab nak kaya; sedekah sebab nak tambah rezeki, etc.
yang ni pendapat sya lain sikit.

tapi takpe lah. pape pon moga kita semua dilindungi & semua amalan kita diterima Allah s.w.t.

ok bye korang







Friday, July 15, 2016

best spots in asia for 2016

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa kaki travel?
sya bukan. hehehehe

saja nak share.


nak details, boleh baca kat sini

ipoh kat nombor 6.
as orang perak, sya blur teros apa ada kat ipoh.
yang confirm best, makan ah.
hahahahahhahahaahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)


Wednesday, June 22, 2016

hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang bercinta

assalamualaikum w.b.t.

dear diary.

harini cuti so sya berehat kat rumah golek-golek dengan my 2-baymax.
alhamdulillah..

tiba-tiba sya terjumpa ni and sya rasa sya wajib simpan and kongsi dengan semua orang.


Allah..

jom audit diri kita.
muhasabah balik.
bila kita bercinta, Allah kita letak kat mana?

astaghfirullah..

dah masuk waktu zuhur.
"pergi solat sayang"


Monday, June 20, 2016

lift rosak & isnin gembira (happy monday)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

mondayyy! urghh.

harini nak share pasal lift.

hari isnin adalah hari paling sh** kalau ada apa-apa spoil.
harini hari isnin.
harini lift rosak.
stuck at level 17.
pffttt

dari tingkat 17, sya dukung adam (9kg+), bag adam (3-5kg), bag sya (1kg),
turun tangga sampai ke level ground floor.

hantar adam kat school (bs),
drive pergi office.

sampai tempat parking.
parked kereta.
check jam, lambat 15 minit.

jalan laju-laju.
then nampak dari jauh..


tangga lagi..?!
sh**!

disclaimer : tiada carutan dalam entry ni. thanks.

Tuesday, June 14, 2016

berkat ramadhan #ramadhan2016

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

iman kita ni turun naik kan?
macam main saham

semalam tengah drive pergi checkup adam
terdengar dekat radio

-------------------------------

الله الله الله الله
 Ø§Ù„له الله لا اله الا الله 

Bulan kemuliaan bulan kerahmatan
Bulan keampunan bulan Ramadhan

Mari beribadah agar bahagia
Kebahagiaan dan kenikmatan
Untuk mengharap keampunan
Rukuk dan sujudlah kepada Tuhan

Beristighfar dan bertasbih
Bertahlillah dan bertakbir
Tuhan mengampun segala dosa
Selamatkan daripada seksa

Berzakatlah dan bersedekah
Bersatu padu bermuafakat
Bertaubatlah kepada Tuhan
Bermohonlah pada yang Esa

-------------------------------

fuhhh

menusuk!
huhu

pastu malam lepas isya', sya browse internet.
search pasal ada satu barang ni.
kebetulan my 2 baymax tido, laaaagi la sya boring.

then sya ternampak ni


lagi bertambah menusuk ke isik!

ok, jom.
jom jom jom.
jom semua orang yang baca ni.

muhasabah jap.

note: sya tadi rushing sebab ada task kena buat. tak habis taip teros publish. hahaha
sya kadang-kadang kalau sorang-sorang tiba-tiba terbaca pasal anak, mesti touching.
lagi kalau part pasal nurturing / shaping behaviour anak.
risau..
sumpah tak tipu.
risau sebab tau sya tak perfect mana.

moga adam jadi anak taat, soleh, berjaya dunia akhirat.
moga adam inherits all the positive traits yang ada pada sya and aiman.
semua yang negatives & khilaf kitorang, mohon sangat allah protect dari adam.
aamiin..

haa, mula la mata ni nak banjir kat office nih.
mencik taw.

updated on 14 June 2016, 12.52 pm



Friday, June 3, 2016

share benda baik, islamik, bermoral, tapi rekaan semata-mata?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

few days ago, masa scroll facebook feed, sya ternampak ada kawan-kawan share satu post ni.
sya terkesan jugak la..
nah, baca and ambik yang positive ok

--------------------------






--------------------------

lepas baca rasa apa?
rasa nak berselawat?
good. alhamdulillah..

post ni agak viral jugak la.
again, good. alhamdulillah..
menunjukkan orang malaysia suka sebarkan benda baik-baik.

tapi masalah nya, semalam kawan sya post ketidak-senang-an beliau dengan post ni.
happened that "family mat salleh" yang diceritakan oleh kakak ni sebenarnya kawan dia sendiri.
and this morning, kawan-kawan sya start share.
another viral.



the mother then made an attempt to clarify yang benda tu tak betul.



ni family yang dikatakan "mat salleh" tu.

actually according to kawan sya, memang dorang ni ada ala-ala mix look.
plus dorang converse in english.
and their baby, comel gile kan.
betol la kalau tengok memang ingat anak "mat salleh" bak kata akak tu


awaaaakk, rambut kite same la, eh. hahaha

pada sya, bagus kita share benda-benda bermoral.
nasihat, cerita-cerita yang ada nilai murni etc,
tapi kalau kita sampai terpaksa create fake story, just untuk sampai kan message tertentu,
then it shows betapa tenat nya society kita sekarang

tenat..
serious tenat..

btw, such a cute family.
comel kan..
ngeee

ok bye (dato aliff syukri)



Monday, May 9, 2016

bila kawan-kawan ber business

assalamualaikum wbt


dear diary

pagi tadi buka email, ada terselit satu email facebook notification dengan subject

A friend wants you to like a Page on Facebook

korang pon mesti pernah/selalu dapat jugak kan. lagi-lagi kalau korang ada ramai kawan-kawan yang ber-business.

macam sya, hari-hari naik post kawan-kawan promote barang.

pastu ada jugak request untuk like page, etc.

so hari ni sya nak menyeru semua kawan-kawan, jom la kita like page kawan-kawan kita ni sebagai tanda support. kalau boleh beli, lagi bagus. kalau mahal setakat 1-2 hinggit, paham-paham je la.. dorang meniaga kecik2. ada yang kadang tu buat dropshipping. 

anggap je la sedekah.. dorang murah rezeki, kita pon murah rezeki. win-win!

kalau tak mampu nak beli, atau pon macam tak logic nak beli (contoh memang kita bukan target audience nya),  kita tolong support, like, or share pon dah bagus dah tu



sya tak minat business. mungkin minat ada, tapi tak kuat. orang berniaga kena kuat. kena kental. kena sabar.

Z suka business. pernah jugak Z tanya sya, "tak minat business?"

selalu sya cakap "tak minat". or "entah"

lepas ni nak cakap "insyaallah"

insyaallah, kalau ada jodoh sya dalam dunia business ni, insyaallah nanti sya berniaga la pape..

jangan terkejut kalau lepas ni sya pass business card or flyers; "Nasik Lemak Sya" or "Karipap Sya" or "Donut Sya", etc.

hmmm.. nama pon tak catchy langsung! nampak sangat...! hahahahaha

ok, bye (dato' aliff syukri)









Thursday, May 5, 2016

LEMONADE

assalamualaikum wbt

dear diary

harini geram sebab official video clip lagu - Hold up (complete with intro - chapter denial tu) dah been took down (i guess from) youtube. why why why??

ke sya yang search tak jumpa. mustahil..

sya kipas susah mati beyonce. dari sekolah lagi.

so nak share

contemplating on buying this album

11 chapters in  #lemonade



tapi ekonomi gawat.

facepalm!

hahahahhaa

kalau dengar lagu / tengok clip beyonce jangan lupe kite okkay!

ok bye (dato' aliff syukri)