In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Wednesday, July 31, 2019

Review Toaster @ Pembakar Roti yang best!

assalamualaikum w.b.t.

morning korangggggg..!

sya dah lama nak share pasal ni tapi kat office busy sikit and sya pon sejenis memanjang takde mood. tengok PC je lemauuu. adoiiii..

ok, nak cerita pasal toaster @ pembakar roti.

first, mesti ada yang kata "hekeleh, toaster pon nak cerita beria. dah berpuluh/beribu toaster aku beli, tak kecoh ponnnnnn"

adududuuuu... jangan begituu.
saya tahu anda power, tapi tahukah anda ada orang yang jenis nak beli toaster pon study beria, google review bagai. tau tak? tau tak? haaa sya la orang tu! hahahahaha

disebabkan kita tahu feeling meng-google sana sini tapi tak dapat jawapan yang kita nak, so sya dedicate la entries review cenggini untuk memudahkan orang kat luar sana.
niat kite baik taw wak... sobsob.

ok, sambung balik.
sebelum ni sya pakai toaster @ pembakar roti hadiah time kawen dulu.
alhamdulillah.. syukur sangat sebab time sya kawen dulu, hadiah boleh kata semua pon membantu pastu yang paling best, hadiah boleh kata semua tak sama. sya pernah baca orang share hadiah kawen die, periuk nasik je dekat 10 bijik. ha kooooo...
ape nak buat dengan periuk nasi sampai 10 tu??
macam-macam sebenarnya.. hahahahaha. tapi tu next time punya cerita la eh. haha

berbalik pasal toaster sya, satu benda yang sya macam tak berapa berkenan dengan toaster sya tu is, dia punya tempat letak roti tu macam terdedah. so kalau lama tak pakai, macam ngeri sikit la. lagi-lagi kalau anda sejenis overthinking cam sya ni. huhu
tu haaaa... kan macam tempat letak roti tu ternganga gituuu... so kalau lama tak guna. mula la sya imagine ada semut masuk la, ade habuk la, berkulat la.. eh macam-macam la!

sya tak sure orang lain simpan camne, tapi kitorang simpan dalam plastic je. bungkus dengan plastic, masuk kotak balik.

on second thought, sya rasa toaster camni boleh je kalau simpan dalam kotak clear @ clear box tu kan? lagi kemas, and hygiene terpelihara. semut pon tak boleh masuk.
ala.. bekas camni ha.. 
adoi, awat la sekarang ni baru terfikir. haha

bekas macam ni kalau kat ikea tu berlambak kan. dari kecik sampai ke besar sampai kita pun muat dalam tu.
cuma kecik-beso kecik-beso je haku tengok kalau yang kat ikea tu pasal jual asing-asing ngan cover/lid. semalam pergi ikea, ter-menyumpah jugak la bila beli bekas, bekas harga lain, penutup/ cover harga lain. menyirappppp mak. hoho

ok, sambung balik.
so sape yang guna toaster macam toaster lama sya tu, jenis terbukak tu, boleh la cari bekas plastic clear macam gambar kat atas. simpan toaster dalam tu bila dah taknak guna. insyaallah selamaat..

tapi macam sya cakap la, sya haritu ngeri sikit dengan toaster lama sebab dah lama tak pakai kan. so sebagai manusia yang malas nak pikir panjang, sya cari toaster baru je.

so misi meng-google pon bermula (see... i told you! sya memang active meng-google. haha)

sebelum tu, nak bagitau, sya tak suka toaster @ pembakar roti jenic macam ni

haaaa jenis ni. sya tak suka. nanti roti sya terkepit, pastu ada garis.
tak suka tak suka.
tapi kalau orang buat kan, sya bedal je. hoho

jom sya share toaster @ pembakar roti yang berkenan naw kat hati ni..

philips toaster HD2581

gigih letak model. hahahahaha.
btw, ni adalah toaster yang sya paling merembesss @ berkenan la. siap hantar gambar kat Z untuk meng-convince kan beliau yang wife dia ni memang nak sesangatttt toaster philips ni.
last nya Z pon pasrah and tolong pilih kan colour. hahahahhahahaha
sya mintak approval Z bukan nak paw die ke apa (hahahahahha), tp sebab taknak ia bising pasal toaster lama tu ada kan. ni dah dapat approval senang, toaster lama tu sya suruh dia letak kat pantry office die je. settle.

both colour hitam & putih tu pon sya suka.
ya alllahhhhh.. sukar nya membuat pilihan..
hahahahahhaaha

ni features toaster philips yang sya sesangat tu:


dia punya basket ke apa panggil tu eh, yang tempat kita masukkan roti tu, boleh angkut terus bawak keluar. so kerja-kerja pembersihan senang dijalankan. ecewahh

pastu kalau korang perasan, dia punya tempat letak roti tu ala-ala tempat nak bakar ikan kan? hahaha. so senang kalau kita nak buat roti bakar ber-inti meriah, so tak risau inti dia luruh/tercicir ke bawah. eh paham tak apa sya cakap ni? huhu


boleh letak sepasang roti terus kat 1 slot tu. tengah2 tu boleh letak siap-siap tomato, pepperoni, cheese, or pape la. uuuuuu daaaap nye. rasa nak makan subway pulak
#tetibe

power kan? selalu toaster kita tu kita letak butter kaya nutella jam je kan kan kan..
ni kita boleh buat macam sandwich tu. uuuuu.. osemmmm! haha

yang ni feature yang macam takde motip pada sya tapi takpe, kita share jugak la.
toaster philips ni jugak boleh panas kan roti ke or pape la dengan cara macam dalam gambar kat atas ni. hmmmm... pape la..

so ni la toaster paling berkenan.
dah survey harga, dalam RM 85 kot paling murah. maybe kalau ada electronic sale ke apa boleh dapat murah lagi.

tapi...
tapi tapi tapiii..

tengah sya nak check out / bayar toaster philips ni. tetiba tangan tergatal google pasal toaster lagik.
and sya terjumpa la toaster ni ha

philips HD2595
masalah nya, toaster philips toaster HD2595 ni tak jumpa pulak kat malaysia (time sya nak beli tu la)

masa tu sya dah macam ralat nak  beli toaster philips tadi. sebab teringat motipp utama beli toaster baru adalah kerana hygiene toaster lama yang tidak menepati piawaian sya.
so kalau sya beli toaster philips tadi, problem sama jugak - tempat bakar roti tu ternganga.

so sya search balik model lain. this time, misi kita mencari bread toaster with lid cover @ pembakar roti dengan penutup.

huh, sekali taip terus jumpa! hahaha


ha, settle terus problem!

harga pulak cuma RM 45 je.
hahahhaha

sya terus order dari shopee!
tak sampai 3 hari dah selamat sampai kat rumah.

tadaaaaaa...!!!


sempoi je kan 


dia ada penutup @ lid cover tu. so tak payah risau berhabuk ke apa ke.
pastu boleh bukak bawah dia tu kalau nak cuci @ buang sedak roti ke apa.

tapi paling suka part lid dia tu la..


boleh kata hari-hari la buat roti bakar. hahahahahahaha.

senang cite, memang puas hati la toaster ni!
harga pun murah.
suka suka suka!
hiks

ok, so siapa yang ada suka roti bakar pastu nak cari pembakar roti yang best and hygiene terpelihara, sya highly recommend morgan toaster MTS-22C ni! sekali dengan model sya share sekali. hahahaha

ok, bye!


Thursday, May 2, 2019

Young Living vs Narinar vs Ronella. Korang pilih yang mana?

Assalamualaikum w.b.t.

harini ada masa sikit nak update pasal task terbaru yang tengah menyemakkan kepala Sya. tak semak sangat sebenarnya, tapi kalau species memang survey beria, memang sedikit semak tu tak boleh nak avoid la. hoho

kisah nya, Aydan kerap betul batuk + flu. rasa nya dari baby, dah 2 kali kot warded sebab ni. Abang Adam dulu, jarang sangat nak batuk / flu. dulu time Adam, Sya guna krim Tropika. lepas mandi sapu kat dada and tapak kaki. tak tau la kalau minyak tropika tu yang bagus or memang Adam sejenis yang susah nk batuk/flu (Sya rasa faktor yang kedua ni)

Tropika Baby Herbal Cream. Sekarang dah tukar packaging dah.
 tapi Aydan, dia tak sesuai dengan krim Tropika tu. Aydan ada problem sensitive skin, ada eczema yang quite severe masa baby dulu (now alhamdulillah), kalau sapu krim tropika ni, macam melepuh kulit die. uwaaaaa


sya pernah try jugak minyak tenang anakanda, sama jugak.
kulit dia tak sesuai. merah lepas sapu tu.
minyak ni ramai jugak share/recommend kata minyak ni bagus.

lepas tu Adam dulu, kalau batuk selsema lebih 3 hari, Sya bawak pergi sonotron terus. kat Bangi. Alhamdulillah, Adam serasi dengan sonotron. 

tapi Aydan, adoiiiii...
ni la nak cite ni. Sya pernah bawak Aydan sekali pergi sonotron. turned out, memang Aydan tak boleh langsung. masa tu dia baby lagi, kebetulan kat muka ada sikit-sikit flare eczema, balik tu hamikkkkkk... muka naik biji-biji macam ada air tu. bile pecah, jadi la eczema basahhhhh. merahhh pipi. fuhhh.. mencabar kan dobot seketol tu.

sya join group eczema mommies. selalu discuss pasal eczema dalam tu. macam-macam tips la dapat.
latest ni Sya macam terjebak dengan essential oil. ramai jugak mommies yang share kata essential oil ni bagus / serasi dengan anak dorang.

setelah mengumpul survey dan reviews dari real PENGGUNA (takmo review or testimoni from sellers / agent. huhu), sya shortlisted kan 3 brand essential oils yang sya berkenan.


1. YOUNG LIVING

 Young Living Essential Oils (YLEO )

young living ni rasa nya tak payah introduce kot. macam semua orang kenal.
yang best nya young living ni selain products and brand dia yang memang dah well-known, sya ada kawan-kawan yang jadi agent sah YL. so senang kalau nak beli / refer cara guna ke apa.

cuma yang sya macam serabut tu, bila sya tengok kawan-kawan sya macam campur-campur EO ni. kira EO blend baru, custom ikut function yang dorang nak. menarik.. tapi untuk orang yang tak tau pape macam Sya, pening la pulak.

lepas tu, Sya tengok kawan-kawan Sya yang terjebak, tu diaaaaa...
dorang punya koleksi yleo penuh 1 box.
interesting, tapi Sya boleh bayangkan kalau Sya terjebak sekali apa jadi.
mau la Z peninggggggg sekali. hahahahaha.

so kalau Sya beli Young Living, Sya kena menuntut teknik-teknik memblend minyak dia supaya boleh dapat result tiptop macam kawan-kawan Sya yang selalu share kat ig/fb tu.


2. NARINAR


Narinar ni pulak Sya dengar dari mommies dalam group eczema.
dari dulu lagi selalu dengar, tapi biasa la.. Sya ni tak berapa convince sangat dengan essential oil ni sebenarnya.. takkan la minyak titik-titik gitu je pon boleh powerrr sampai boleh bagi tido la, boleh hilang batuk la, gitewwww..
ni dulu punya cite la.. haha

sampai la bila join group, kadang-kadang naik topic essential oil ni, then mak-mak share experience dorang, sya terbukak sikit la hati nak explore sikit.

ok, sambung pasal Narinar..
Narinar ni yang syok dan tak syok nya, dia ada 4 jenis je essential oils. hahahahahaha

gambar 4 jenis essential oils dengan fungsi of each eo.
sempoi je kan. hahahhahahahaha.

baru ni Narinar launched satu lagi essential oil baru which is Roselove


macam menarik kan, tapi Sya tak suka color pink. ngeeee
 yang ni special untuk orang perempuan especially mak-mak because kate nye, bagus untuk hormone kita yang senang haywire ni. hahahhaa
promote good mood, and macam-macam la function dia. wallahualam..

ada mommies yang share kata bau rose dia best. ha yang tu sya suka.
sya suka bau air mawar mustika ratu. dulu time sekolah pernah terbeli toner mustika ratu, bau rose. wangi gileeeeeeeeee.
tapi breakout muka lepas pakai. mencik!

 
3. RONELLA


yang ni sya berkenan dengan baby series dia.



selain essential oils, balm pon ada
 


 simple, straighforward, tak confused, rasa nak beli semua kan.
hahahahhahahahaha

-------------------------

OK, habis dah.

so ada 3 brands yang Sya berkenan. banyak lagi brands kat luar sana cuma macam Sya cakap la, 3 brands ni Sya shortlisted kan sebab real experience dari kawan-kawan and mommies kat group.

kalau korang pon tengah fasa nak membeli macam Sya, Sya nasihat kan beli la dari kawan-kawan yang jadi agent. kita support each other. dengan kawan-kawan ni senang sebab papehal korang boleh tanya je takyah lapik-lapik. lagi best kalau member kamceng, kot kalau tak best ke, boleh sound terus. bhahahahhahahahahahahahahaha #jangantiruyangni

kalau takde kawan yang jadi agent @ seller, beli lah dari agent yang sah ye..

Sya???
 haaa... Sya tengah study lagi ni. nanti dah beli kita update kat sini dengan review sekali. ok?

ok bye!

Monday, October 8, 2018

Unifi, Maxis Fiber buat promotion kaw kaw. Habis kita yang subscriber sedia ada ni macam mana?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

saja nak share apa jadi last week.

sya pernah update kat sini, pasal unifi vs maxis fibre. then sya decided utk subscribe maxis fibre. tiba-tiba last week kawan sya whatsaapp, promote TM unifi. kata nya ada promo gile-gile


TM Unifi

30 mbps - RM 79
100 mbps - RM 129

tersembur air kopi woiii
apahal murah ni?

tapi sya tak boleh easily lompat ke unifi. sebab maxis fibre sya tak cukup 2 tahun lagi.
since ada 24month-contract, kalau terminate, mau RM 600 - RM 700 gak penalty dia kan. ntah

so sya cool down dulu. takpe, kita study slow-slow.
sya pon tukar pada mode nerd, dah get ready nak study, buat kira-kira semua, bila sya bukak website maxis fibre...
hamikkkk !


maxis fibre 

30 mbps - RM 89
100 mbps - RM 129

what theeeeee....

korang tau tak berapa harga plan maxis fibre sebelum ni?


ni ha!

sya amik yang plan 30 mbps, sebulan RM 189 exclusive gst taw (merasa la kejap haritu takde gst)
RM 189 ! ni dia boleh buat promo selamberrr RM 89 tapi yang kita current subscriber ni lagi selamberr bayar dekat RM 200 bulan-bulan. apahal??
mak mendidihhhhh!

time ni tak fikir apa dah. 
teros whatsapp Z kata kita pegi maxis center balik ni. apa nak jadi, jadi la.
sya nak tukar yang harga baru ni.
kalau dia tak bagi, kita terminate maxis fibre!

gituuu. punya firm. hehe. Z pon on je la pasal dia taw bini dia tengah mode mendidih kot. kalau tak ikut kan, maw kemurungan. hahahaha

bila Z kata "OK", tetiba rasa lega sikit.
rasa macam, separuh dah settle.
so sya pon godek-godek website maxis fibre, baca FAQ semua, then terbaca yang ni:
----------------------
Can I upgrade/downgrade from my existing Maxis Fibre Internet service (4Mbps/6Mbps/10Mbps/30Mbps)?

Yes, you can choose to migrate to the new Home Fibre Internet package. The contract will be refreshed and restart for another 24 months.

Can I upgrade/downgrade from the current Maxis Fibre Internet service (10Mbps/20Mbps/30Mbps)?

Yes, you can upgrade from a lower speed plan to higher speed plan without any additional charge. Alternatively, you can also downgrade from a higher speed package to a lower speed package with a charge of RM50. The terms of your contract will continue.
----------------------
perghhhh.. 
lagi rasa tak sabor-sabor nak serang maxis center ni.

so sya punya plan:  nak request tukar package @ plan. kalau susah sangat, kita upgrade je. ambik 100 mbps. baru RM 129. 
(gigih susun ayat dalam kepala)

sampai je kat maxis center alamanda, sya pon start susun ayat.
"saya punya plan lama, plan baru sekarang..."
(baru nak membebel)
tak sempat habis ayat, staff tu terus tanya, "puan nak tukar ke plan baru?"

haaaaaa.. yes! that's it ! u read my mind bro. den nak plan yang baru tuuuu. 
hahhahahahhhhhahahhaa
ni dalam hati je la. haha

so, kita pendek kan cerita, akhirnya berjaya la tukar ke plan yang baru.
plan yang sama sebenanrnya, speed sama, harga je baru. tu yang penting. ngeee

staff tu cakap, dia akan submit semua, tapi kena tunggu dah approved dulu, then automatically sya akan follow (harga) plan yang baru.

lepas tu kitorang dapat tukar router baru sekali sebab router kitorang version lama. yang penting FOC. yeay !

hari selasa kitorang request untuk tukar plan maxis fibre kitorang tu, hari sabtu dapat notification

"You've updated your MaxisONE Home Broadband rate plan. Account XXXXX on 06/10/2018, 05:55."

double yeay.

so instead of bayar RM 189 sebulan, now bayar RM 89 je.

so pada siapa yang guna unifi @ maxis fibre tapi still harga lama, sila serang TM center @ maxis center berdekatan untuk tukar plan korang tu.

i is happy. hiks

sekarang tengah tunggu maxis rep call untuk set date nak pasang router. eee... tak sabar..!



ok bye.

Wednesday, August 29, 2018

tips jaga anak kecik-kecik or anak rapat-rapat

assalamualaikum w.b.t.

lama tak update blog kan.

Aydan dah setahun. yeayyyyyy. cepat nye la masa kan.. ingat lagi dulu time Adam, masa umur setahun je both Z and Sya decided nak ada adik.
Hahahahhahahaha

But this time idok la. challenging sungguh ada 2 ketol dobot ni.

ada jugak orang tanya, macam mana jaga bila ada anak rapat-rapat ni.
masa kitorang ada Aydan, abang Adam baru setahun 9/10 bulan cmtu. of course memang challenging + hectic ohoiiiiiiii. hahahahahahhaha

so berbalik pada persoalan, macam mana handle anak rapat-rapat ni?

ok, sharing session. jawapan yang pertama is...

sila beli play yard. hahahhahahhahahahahhaa


sebenarnya nak buat review pasal playyard.
sya guna haenim play yard.

tapi nak review pon macam tak sempat je, so kita share gamba je la eh.
ngeeeeeee

ok la. nanti kita sembang panjang. rindu pulak dekat 2 ketol dobot ni.



Wednesday, March 21, 2018

#syaboughtthis : mombella baby teether

assalamualaikum w.b.t.

harini saja ambik masa sikit sapu sawang. hahahhahhahaa

saja nak share pasal teether.

masa time Adam, teething toys ni bukan la satu keperluan pada Sya. tapi time Aydan kalini, lain sikit. sebab teething toys ni perlu untuk sya distract Aydan from menggaru. hahahahaha. btw, pada yang tak tau, aydan ada mild eczema. mild je ikut kan tapi sebab on-off yang quite kerap, so i need help la. lagi satu, eczema baby ni macam ada satu habit taw - menggaru. bila stress or nangis ke, mula la tangan tu nak menggaru telinga. hadoi.

ok, sambung pasal teether, at first sya plan nak beli Sophie the giraffe tu.



comel kan. jangan kata baby, mak baby pon rasa nak geget. hahahaha

tapi tengah syok-syok survey nak beli kat mana, sekali banyak pulak post pasal mold dalam Sophie the giraffe ni.

ni haaaa


pastu ada banyak la lagi yang share pictures kulat dalam toys ni.

ni Sya quote sikit apa Sya baca from The Sun Online

-----
Dr Ackerley, The Hygiene Doctor, told The Sun Online that black mould can produce toxins that can cause allergic reactions. Moulds can produce toxins such as mycotoxins which are poisonous and which can cause allergic reactions in some people so it is best not consumed, particularly by babies.

She recommends buying toys that can be easily disinfected and dried after it has been washed to avoid it becoming stagnate inside.
-----

then, tak jadi la beli si sophie nih.

lepas tu dah malas nak fikir, Sya google je best teethers for babies.
Keluar la semua recommended teethers dengan review and price nya sekali. Settle! hahahahaha

Sya beli mombella baby teethers.
Ada 2 jenis Sya beli:
Mombella dancing elephant teether & Mombella teether mushroom


tadaaaaa... mushroom soothing teether colour orange, dancing elephant teether tu colour blue.


So, best ke mombella teether ni?

dari segi nak basuh, sya rasa senang. lepas tu Sya suka dancing elephant tu sebab macam best pulak bend dia, picit-picit, hahaha. tapi Aydan lagi suka mushroom.

cuma yang tak syok nya, dia main gigit-gigit 3-4 minit, sekali dia ternampak baby wipes / wet tissue, terus campak teether, merangkak nak ambik wet tissue pulak. iskkkk..

still can't beat this - Aydan's favourite.
pantang dapat, mesti nak masuk mulut, gigit+hisap hujung tu. uwaaaaaa

ok, sya nak share tu je harini.

ok,bye !

Monday, December 4, 2017

moogoo starter pack yang tengah murah

asalamualaikum w.b.t.


semalam sya pergi ioi city mall sebab nak cari cream aydan. gigih cari caring pharmacy. kat putrajaya cuma ada 2 outlets je : ioi city mall dengan suria mall putrajaya.

dekat dalam caring tu punya la ramai manusia. ok, biar la..

nak share ni:


moogoo eczema starter pack yang tengah murah kat caring pharmacy.
hahahahhaha.
gigih sya kat blog kan..

haaaa... actually share ni sebab sya tak tau kot ada yang lagi murah sebab so far kat lazada, shopee, 11street semua still sya tak tak jumpa yang below RM 150. so sya rasa ni murah jugak la.

lagi 1, size dia besar la kalau nak compare dengan buds organics, etc. dalam starter pack moogoo ni ada 4 items:

- 1x Milk Wash 500g
- 1x Irritable Skin Balm 120g
- 1x MSM Soothing Cream 75g
- 1x Udder Cream 120g

sya rasa ramai yang tau kot apa yang best nya moogoo ni.
ke tak tau?? hehehehe

ok la. tu je.
kata sharing is caring..
kan.

ok bye !


Monday, May 8, 2017

nintendo di tahun 2017

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

cepat nye la cuti habis, dah start monday balik. uwaaaaa
takpe, kita layan kan ajeee..

sya saja nak share kat blog. pasal nintendo.

siapa ingat lagi game masa kita kecik-kecik dulu?
haaa...jangan nak tipu kata tak pernah main eh. hahahahahaha

sya dulu mmg pro habis main nih. memang antara yang ter-tere la kalaw among cousins tu. hahahahhaa

dulu masa pregnant adam, sya teringin naww nak main game ni.
tapi tak jumpa.
sekali haritu, Z belikan sya. yeayyy!

so memang kalau ada free time bosan-bosan tu, sya mengadap benda ni la.
tapi tak lama pon. paling lama pon setengah jam.
bila dah tua ni, nafsu nak main game pon dah tak berapa ada
(ecewaaaaah. padahal sebab berebot dengan anak. stress mak!
sya nak main, adam pon sebok nak main jugak. saba je laaaa... last nya, tutup! dua-dua takleh main. padan muka kitorang. iskk)

super mario. ni level 2 baru. hahahaha

guna tv kecik kat rumah.

ada orang cakap game ni lama-lama boleh rosak tv.
ye ke? ntah la. layannnn...

selain super mario ni, sya layan contra.


tapi sebab memang dah tere kan, sekali hadap terus settle semua level. camno?? hahahahhaha


satu lagi battle city @ tank.


mesti pernah main kan..
hahahahaha

sya masa first time nak main tu, stress betul sebab asek kena tembak.
ajak Z join, dia sebok dengan game dia.
tapi bila nampak bini dia stress naw siap mengucap "ya allah' "eeeeee" "urghhhhh" eh macam2 lagi la, last nya Z turun padang.
team ngan bini dia menembak musuh.
lepas la level tinggi sikit..
bhahahahahhahahaa

mengimbau betul main game ni.
hehehehehhehehee

ok la, nak share tu je.
sebab semalam is gadget-day. so kitorang semua mengadap game termasuk la ustaz adam tu. hahahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)




Wednesday, April 19, 2017

review : Unifi vs Maxis Fibre

Assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini nak share pasal internet / wifi kat rumah.
ingat tak post sebelum ni sya share pasal cara tukar dari postpaid ke prepaid?
well, salah satu sebab nya; sya pasang internet kat rumah.
so sya rasa tak perlu dah commit dengan postpaid plan sebelum ni.

sya bukan la heavy internet user.
guna internet pon untuk facebook, shopping dengan whatsapp.
owh, satu lagi, untuk google. sebab sya suka meng-google.
tengah tengok tv tetiba rasa sakit perut, terus google
"lower abdomen pain"
over kan. bhahahahahhahhahaha

ok, untuk internet kat rumah ni, sya dah plan lama jugak.
kadang-kadang tu tengok Z main game pastu membebel pasal tak boleh connect la, internet slow la..
tu belum kalau sya guna hp dia, tengok-tengok tengah bukak internet speed test.
nampak naww laki den tengah frust ngan internet speed.
so sebagai seorang wife mithali, akhirnya sya decide nak pasang je kat rumah.
adam boleh tompang sekaki tengok minion.

ok, sambung**

untuk wifi, sya study dua ni:
unifi and maxis fibre.

ni sya share maxis home fibre plan yang sya dapat dari website maxis.

lowest plan is RM 139 untuk 10 mbps.
oleh sebab sya plan nak ambil yg laju sikit, sya aim plan untuk 30 mbps.

maxis fibre ada 2 plans untuk 30 mbps.
plan pertama, RM 179 - voice call kena bayar.
plan kedua, RM 189 - unlimited / free voice call.



untuk unifi pulak, RM 199 untuk plan 30 mpbs.
tapi untuk voice call, kena bayar.

untuk plan 30 mbps, maxis fibre memang dari segi harga.
lepas tu download dengan upload, both 30 mbps.
untuk unifi, walaupon plan 30 mbps, tapi download je 30 mbps.
upload 10 mbps je.
(although it depends on coverage jugak kan..)
so, maxis fibre wins.

dari segi free gift / items included dalam package,  unifi lagi best.
sebab dapat free DECT phone.
maxis fiber pulak, walaupon ada plan yg offer unlimited calls, tapi dia tak bagi phone.
so kita pulak kena sediakan sendiri.

lepastu unifi ada free hypptv.
tapi ntahpape la channel yang dia bagi free tu kan..

so untuk benda-benda free ni, unifi menang.

tapi maxis offers unlimited/free iflix access untuk plan 30mbps and ke atas.
menarik...

dari segi installation, sama je. both foc, takde charge pape pon.
tapi ada jugak sya baca kat website pasal wiring/cabling ke camne ntah.
kalau lebih/panjang, ada additional charge.
yang ni kena check balik.

oh, satu lagi, both maxis home fibre and unifi ada contract 24 bulan @ 2 tahun.
so kalau terminate awal ada penalty.
and kalau korang pindah rumah, korang nak dorang install balik kat rumah baru kan, automatically contract korang tu dorang reset balik.
so start balik contract 24 months tu.

setelah ber-discuss laki-bini, kitorang decided ambil maxis fibre.
sya pon apa lagi, terus google review la apa la pasal maxis fibre ni.
sya study review users maxis fibre kat putrajaya. so far semua komen kata puas hati.

kat website maxis ada la meng-highlightkan pasal Maxpert setup la bagai.
sya study la sikit pasal maxpert.



ini je rupenye
tapi ok la. kalau orang noob macam sya, sya suka services ginih.
memang kita interrogate la orang yang datang install tu.
tapi sebab ada Z, so sya biar Z handle.
let him talk / discuss dengan staff maxpert tu.
sya pulak?
sya duduk diam-diam, jaga diri, jaga ikhtilat.
bhahahahahahahahahhahaahhaha

ok, masa nak subscribe maxis home fibre ni, sya ada terbaca yang maxis ada offer add-ons. tapi cuma untuk pengguna maxisOne plan.

maxisOne plan tu apa?
maxisOne plan tu pengguna maxis postpaid.
macam sya. hiks!

apa add-ons yang maxis offer?
dengan cuma tambahan RM 1 @ sehinggit, kita boleh dapat chromecast and wifi extender.

so sya apa lagi, sehinggit je wehhh!
sampai kat maxis center tu, orang tu takde cerita pon pasal add-ons ni, sya yang buat-buat tanya.
padahal memang dah tekad.

sya share sikit kat bawah pasal chromecast and wifi extender.

----------

chromecast

Just Plug and Play Connect Google Chromecast to the HDMI port on your TV and you’re good to go! Be in control of the content that appears on your TV with just a push of a button on your devices, be it a smartphone, tablet or laptop. Whether it’s music, movies or TV series, you can now enjoy them all on the biggest screen in your home with friends and family!

dia sama macam apple tv.
sebelum ni kitorang guna apple tv je kalau nak play apa-apa dari hp.
tapi sya suka lagi chromecast ni.
sebab macam laju je.
or maybe sebab apple tv tu kadang-kadang sya pening sikit kot.
nak kena connect wifi la apa. kadang-kadang disconnect sendiri la.
yang chromecast ni sebab staff yang install tu dah setting kan siap-siap, so everytime sya nak play pape kat tv from hp, just connect je dari hp. settle.
cepat, pantas, syok.

pastu chromecast kecik comel macam pendrive dobott.
apple tv pulak size mcm powerbank versi transformer. sebab dia sleek gituuu.
ok, xpaham takpe. haha

wifi extender


 wifi extender ni sesuai kalau rumah besar.
macam kitorang tak perlu pon sebenarnya.
tapi sebab tambah RM 1 dapat both, so harus la grab kan.

wifi extender ni memboleh kan coverage internet / wifi korang lagi luas la.
contoh cam rumah 2 tingkat ke, or rumah macam ada pulak wings kiri kanan ke, or kalau ada pulak macam bilik tersorok/tercerok ke..

now dah ada maxis fibre ni, kalau kat rumah bila boring-boring je layan iflix sambil lipat kain. memang syok lah.

sekarang tengah mood layan tv series charmed.
ingat tak cerita zaman kita kecik-kecik dulu.
sukaaaaaaaa!


sya suka naww cole turner.
tapi yang sya tengok ni baru season 1.
uwaaaaaaaa
layan je la.. 


ok bye (dato aliff syukri)