In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Kampar. Show all posts
Showing posts with label Kampar. Show all posts

Friday, July 15, 2016

best spots in asia for 2016

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa kaki travel?
sya bukan. hehehehe

saja nak share.


nak details, boleh baca kat sini

ipoh kat nombor 6.
as orang perak, sya blur teros apa ada kat ipoh.
yang confirm best, makan ah.
hahahahahhahahaahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)


Friday, April 22, 2016

edde restaurant, kampar

assalamualaikum wbt

dear diary

tgif. yeayyy!

ok, harini sya buat post pasal Restoran Edde kat Bandar Baru Kampar. 
motif, sebab rindu kampar. sobsob

weekend baru ni sya dengan adam balik kampar. best gile! hahahahaha

malam tu plan nak pergi makan dekat konda kondi ipoh tapi mak sya tak approve pulak sebab nak pergi berdua je. so tukar plan. konda kondi next time hokkay

since tak dapat pergi, sya ajak adik sya pusing-pusing kampar. motif sebenarnya nak beli something, so nak survey tapi dah malam, memang tak nampak la. hahahahaa

edde restaurant ni consider baru jugak la.. located betul-betul sebelah my all time favourite-restoran haji ghany (they got the best susu lembu in the town! hahaha), depan econsave.

ok, so nak mengomen sikit. mana tau kot owner dia terbaca ke, boleh jugak sya sampai kan satu dua message. boleh gitu?? hahaha

edde bubur ayam

ni memang favourite adik sya. pasal dia dari kecik memang suka bubur. sya kurang sikit. 
but somehow bubur ni kena la dengan tekak sya.
sedap.
dia macam just nice. tak sarat sangat, tak kosong sangat. 
plating selekeh sikit. but its sokkayy. kan kan..


close up sikit.


edde tomyam special

yang ni serious sya tak expect dia besar gitu. puas hati nh! kalau makan sorang tak habis unless kalau meratah la. kalau makan dengan nasik, sya rasa tak boleh habis kot.
ni pon berbaloi. confirm akan order lagi next time.

ni haa.. adik sya si gemok tu makan dengan nasik dengan telor dadar. takde nasik rasa tak complete hidop. hahahaha

ok, dah tunjuk apa yang best, nak tunjuk yang tak best pulak.

....

....

....

tadaaaaaa

chicken chop

yang ni serious fail. major drawback dekat gravy.
tengok pic pon dah boleh imagine kot rasa blackpaper sos die.
yang ni mohon la improve. serious. bayang kan sya terpaksa buang semua yang ter-contact (eceh), terkena sos tu. serious..

improve la ye..

please please...

by the way, sya share kat sini contact number diorang. kot nak buat lunch satu office ke, dinner satu family ke apa, boleh la call untuk book dulu

Tel : 05-465 9290

---------

ok bye (dato aliff syukri)











Monday, December 8, 2014

Klinik Pergigian Bandar Baru Kampar

Dear Diary

Assalamualaikum w.b.t

Ini entry untuk diri sendiri and orang-orang Kampar.

AFAIC, dekat bumi Kampar yang kecik nih, cuma ada 3 klinik gigi je. My favourite is Klinik Pergigian Bandar Baru Kampar. Sya suka sangat clinic nih for three reasons:
  1. Service dia best. Dentist/Dr. tu buat dengan gentle nye.. Dr. suka share advices
  2. Ambience dalam clinic. Rasa macam welcoming gitew. Magazine banyak! Cleo, Female, Cosmopolitan, sume magazine ladiesss. Takde la boring kalau kene tunggu.
  3. The Dentist - Dr ensem & wangi! OK, ni actually the utmost reason laa. Hahahahahha. Guro2!
Clinic opens Mon - Sat : 9 am - 5 pm. Mon, Wed & Fri, dorang extend operating hours sampai pukul 9.30 pm.

Wajib buat appointment especially time hujung tahun sebab semua orang pon baru nak buat dental claim. Termasok la Sya! Huhu

Contact number : 05-466 3666

Tengok budak-budak yang buat appointment pasal braces, rasa macam nak pakai braces pulak. Cute pulak nengok orang pakai braces nih. Ngeeee



Notes : Entry ini adalah untuk diri sendiri sebab selalu lupa no. phone clinic pastu selalu confused hari apa yang bukak sampai malam. Dah hujung tahun nih, claim jangan tak claim!!

Tapikan.. tak tau kenapa. Bila nak jumpa dentist je, jantung mesti berdebar. Cuak gile! Padahal takat scalling, pastu nak beli colgate ke listerine ke ape, nak berdebar pemende nyee kan. huhu. Sebab tu la dentist ensem itu penting. Ok, xde kaitan!


Tuesday, December 2, 2014

Giant Kampar. Finallyy

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Kampar tengah havoc sekarang sebab Giant dah pon start its operation in Kampar (just 3 mins drive from Tesco Kampar. Hahaha)

Finally, yesterday (1hb December 2014), Giant officially starts beroperasi untuk orang-orang Kampar dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya untuk shopping, beli barang dapur, etc. Sya of course excited for 3 reasons. First, sebab now dah ada 1 lagi port baru nak beli barang-barang dapur. Second, mak dah boleh makan sizzling mee kt foodcourt giant tu. Sizzling mee kat foodcourt Tesco mak Sya geli sebab aritu staff dia kantoi buat apa ntah. malas nak cite kat sini. Sya bedal jek. Mak jek sensitippp bebeno. Takat korek gigi, tak basoh tangan teros selok mee, cakap sambil masak TAK pakai mask pastu hmm malas nak sebot, dan banyak aksi-aksi lain tu, biasa lah tu..kan..kan..kan.. (sambil taip sambil kembang tekak). Last reason- sebab my sister keje kat Giant Kampar tu. Well done mokmok!  Selame nih aku membebel sebab ko tak nak further degree kan, last nya ko dapat gak naek berkat ke-poyo-an ko yang takboleh lambat even 1 minute tu! Phuiii!! OK, so for these 3 reasons, sya pon excited la drove my car semata-mata nak jejak kaki kat Giant tu.

Tapi half way je. Then decided to patah balik. Cancel! Ramai gila umat...! Penohhh. Bak kata colleague Sya "tsunami manusia". Kereta jam sampai 2 traffic lights. Parking penoh sampai orang parking atas tanah kosong, masok sampai ke hutan sebelah. Belom campor ngan drama-drama macam tanah lecak, tayar kereta terbenam terpaksa call for bantuan, dan macam-macam lagik benda pelek yang jadik during the 1st day opening of Giant Kampar! Masyaallah.. hebat nya penangan Giant.. (mode:exaggerate

First day, sesak gile! jalan confirm bergesel! Taksanggop ah!!

So, harapan nak pegi time first day, punahh. Harini Sya pegi lagik! Saja cuba nasib. Alhamdulillah. Second day dah kurang orang. Parking pon ada. Or maybe sebab Sya datang time tu pukul 11 pg. Memang bukan peak hour la kan..

So saje amik picture sebab nak share kat member sebenarnya. Nak gitau Kampar dah ada Giant. Mesti nak kata "ala...Giant jek pon" Well, biar la! Kampar maju 2020!

Second day, 11 a.m., amannnn....

 Harap-harap staff kt foodcourt semua semenggah la.. Nak buat aksi pape pon, sila la dibelakang tabir.. Huhu

 Sejuuuuk mata tengok meja bersih, lantai berkilat, staff semua semenggah. Harap-harap kekal la for at least setahun lagik. Huhuhu

Mr DIY in Giant Kampar

Mr DIY nih Sya TAK berapa minat! Bukan apa, die macam berantu sikit. Masok takde motipp pon confirm bila keluar nanti bawak ber-plastic2 kat tangan! Sabar je la.. Kadang-kadang time tengah cuci mata dalam kedai tu bila ternampak barang-barang die, mesti macam: "eh, mende ni banyak gile function die" "nanti boleh la guna time bla bla" "haaa, benda nih la yang aku nak carik aritu" and banyak lagi suara-suara halussss yang haunting dalam kepala. Tapi bila dah beli, dah sampai umah, ade certain barang tu terperap je langsong tak guna. Berantu betol!

Uncle Jack in Giant Kampar
Ha, yang ni bagos. Sya suka karipap. Senang nak mengaripap nanti! Yeayy!!

Majulah Kampar untuk Negara!

Wednesday, May 15, 2013

White Lace

Dear Diary,

Lame gile tak update blog. Progress takde nak update ape kan?? Sya stop dulu wedding progress. Maybe July baru sambung. Sebab June definitely will be a hectic month sebab ada few things nak kena settle.

OK, ni saja nak share cerita and nak bagi cuci mata sket. Sya selalu jugak dapat email, message (mula-mula Sya pelek. camne pulak boleh dapat no hp nih. Then baru teringat pasal ads sewa baju tunang. Hehehehe)

Sya received banyak requests sebenarnya pasal lace and tailor. Ada yang mintak tolong belikan, carikan, check kan harga, macam-macam la. So far Insyaallah tak pernah lagi Sya reject. Cuma kalaw yang request Sya tanya harga ngan tailor, yang tu Sya memang tak boleh nak jawab la. Sebab rasa nya better tanya sendiri. Tapi takpe, orang kata malu bertanya sesat jalan kan... (Sya la tu.. Malu nak tanya orang sampai ter-bagi undi rosak time PRU13 aritu. Iskk2)

Dalam ramai-ramai yang request. Dewi (kalau dewi baca entry nih, hope u don't mind that I share here) antara yang paling comel! Hehehehe. Tersangat la polite. Sayu hati baca. Hehehehehee

OK, malas nak cerita panjang. So activity weekend aritu Sya survey kain lace warna putih as requested. Nak tengok pictures?? 

White Lace Type 1: RM35 per meter 
Yang ni Sya survey kat satu kedai je. Tak larat nak pegi next kedai sebab nya kebetulan haritu tersangat la panas.. (Eh. skang panas gile kan? Malam-malam tido pon panas. Aircond 24 hour bukak. Masaaakkk la nak baya bill letrik bulan nih)

 White Lace Type 1
Sya cam suka lak lace ni. Sebab lembut tapi bunga die timbul. Tapi da plan takmo pakai lace untuk baju nikah. Camne nih??? Dilema la.. 

 White Lace Type 2 : RM25 per meter
Yang ni sebijik cam baju tunang Sya aritu. Tetiba lak Sya dapat idea. Idea apa? Haa...tu kena tunggu Sya check budget dulu. No budget no talk. (Sedihh..tetibe! Hahaha)


White Lace Type 2
Sya nak amik gambar nyonya tu pon sebok nak goyang-goyang kan lace tu. Dia budget cam membantu Sya.
Siap cakap "hmm..OK? OK??" (asking whether what she did will make it (the lace) looks better in pic)
Sya pulak dalam hati "Could you please stop doing that" 
tapi yang keluar kat mulot "OK. OK.". Ceh!


Kalau ada yang interested especially those from Perak, boleh la datang ke Kampar (Cewahh! boleh jadi Duta pelancongan Kampar nih) Sebab kalau korang beli banyak rasanya boleh nego lagi. Tapi kalau setakat nak 2 meter, 3 meter, better La pegi je kat Jackel ke apa. Tak berbaloi. Kampar sangat la panassss (tetibe downgrade Kampar. Apekahhh??? Hahaha)

Ok, sekian update untuk dis week. Ngeeeeee =)




Wednesday, February 13, 2013

Butik Pengantin Part 2 : Butik Shaadi & Hana Bridal (Hana Beauty And Bridal)

Dear Diary

Haritu Sya ada share pasal butik pengantin and now nak sambung share pasal next butik pulak. Actually kat Kampar tak banyak sangat butik. So takde la pening sangat nak buat decision. Cuma limited options, perhaps can be a prob jugak.

Sya malas nak cerita panjang sangat pasal package dorang sebab basically lebih kurang je. Kita cerita apa yang extra, OK?

---------------------------

Butik Shaadi

Kalau tengok location butik nih memang rasa macam no comment. Kedai nih kat tingkat atas, deretan rumah kedai kat sebelah Pasaraya Minat. Kalau dari jauh nampak macam Xberape-stylo! hoho

Tapi, bila masok baru noticed yang best jugak butik nh! Banyak options dari segi baju. Baju serious cantik2! Taktipu! huhu

Pakej Dewan start at RM 2,500. Which covers pelamin 3 panels, flower stands, red carpet, etc. but BAJU pengantin excluded.

Pelek tak?? In fact semua package tu takde baju. Untuk pakej rumah ada pulak? Typo ker? Ter-tinggal?? Iskk.. ntah la. tanya la adik yang jaga butik tu, dorang kata memang takde baju.
La.. kata "pakej". Adoii

---------------------------

Butik Hana Bridal (Hana Beauty And Bridal)

Kebetulan ada orang kampung Sya kerja kat sini. Package memang murah. Pakej Dewan RM 2,750 tapi mak aihhh macam-macam ada! Siap baju nikah, baju sanding, baju songket malam berinai, busana 7 jenis (kimono, sari, etc.), pelamin sanding, pelamin nikah, make up 3x, henna, bantal ottoman tu, macam-macam la. Hebat kan??

TAPI, options untuk baju pengantin memang limited! Baju tak banyak choice. Pastu macam biasa, takde "wedding package" or "pakej perkahwinan" kat Kampar nih yang complete. Ada je yang tertinggal.

So apa yang exclude? Red carpet ngan flower stands.

Sya sembang ngan adik kat Hana Bridal tu and dorang suggest pelamin roman pillar sebab besar (sebab Sya request 5 panels tapi dorang takde)


Contoh Pelamin Roman Pillar. Sya google je.

Rasa macam nak ambik ngan Hana Bridal tapi hati cam was-was. Sebab yang jaga nih budak-budak sekampung. Takut apa kita cakap/request, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Issskkk.. korang rasa??

Monday, January 21, 2013

Butik Pengantin Part 1 : Binari vs C'Daa D'inai

Dear Diary

Sya B2B budget ciput selera besar!

Sadiss..

Harini survey butik pengantin. Saje jek.. So far baru 2 butik.

Sya nak compare price.

Pakej untuk Dewan which includes;

1. Pelamin Dewan 3 panels
2. Sepasang baju (L&P)
3. Veil & Kasut
4. Accessories
5. Make-up
6. Red carpet
7. Stand Flower (6)
8. Pintu gerbang
9. Set Renjis, payung, kipas, bantal, etc.

* Nih basic la.. Kalaw nak tambah lain boleh je. Sya ingat nak tanya kalau pelamin 5 panels kena tambah berape. Tapi malas nak duduk situ lama-lama! Nanti la baru tanya. Huhu *

First butik Binari. Location of course Kampar, Perak.

Harga RM 3,200. Sya jumpa songket yang Sya suke kat sini. Rasa nak teros book jek. Tapi tahannnnn dulu. Sebab tak abes survey. Kang nyesal! hoho


Second Butik C'Daa D'Inai. Kat Kampar jugak.

Harga RM 2,600. Siap bagi voucher RM 300 (Confused jap. Belom book da dpt voucher)! Pastu akak tu kata sometimes dia provide teros 10 stand flowers. Whoaaaa.. Yang nih best! Da boleh imagine da nak move satu or dua pastu letak kat tepi guest-note area/booth. Boleh camtu? hehehe

Baju kat sini memang cantik-cantik. Kalau nak yang modern cam dress siap tepek-tepek bunga, pearls beads bagai, train panjang gila, sume ada kat sini. Tapi songket kurengg. Frust teros..

Tapi Sya gelak-gelak lepas kuar kedai. Sebab rasa seronok jugak survey-survey nih ek! Hehehehehehehehe

Sya nak pelamin camni sebenarnya..

Lupa nak check dorang ada or tak. Nanti La double check.

Selalu package from butik ade apa ek? Ada pape tertinggal tak??

p/s : Sya rasa macam murah lak package kat Perak nih. Ker biasa je?? Takde experience. (Aahhh..! murah pon duet hantaran da abes. Sape nak jawab? Iskk!)


Sunday, May 13, 2012

Design baju tunang Part 2: hunting kain lace

Dear Diary,

actuaLLy this supposed to be my Last month's story..or in easier way, cerita basi! huhu.
But as I said, I want to just share whatever interesting things I found, here.

So, aritu pusing-pusing cari kain lace. and I found these two shops. Quite oldskool.hehehe (new term tu..).

OK, at the first shop, I found the first lace. Exactly like what I've imagined. But colour? Limited-la... Only beige, striking yellow (like the one I uploaded here), black, striking pink and striking bLue. So, basicaLLy coLour memang Sya tak berape prefer sangat..sebab terang mak ngah!

Here are some of the pics. But sorry sangat..because seriously bLurry and tak cLear.
Reason? --> I used my sister's phone.

Yet still I bought 2m lace with beige/light choc colour. Hahaha.

Sya main lipat je without any seni applied. huhu

cLoser Look..sorry, bLurry..

This one after I combined with the plain chiffon bought 2days after =p

OK. Price? RM 20 per meter. (ActuaLLy RM25. Tapi sebab my colour tu memang almost habis, so die seLambe bagi RM20) OK-la..boLeh try and error. I dun have any experience of buying lace. Lagipon tak rugi pon if suddenly I decided to change to new design for my E!
Next, I went to another shop.Oldskool jugak.. And I found another type of lace. Quite same tapi this one is prettier. Sebab ape, more colours available and the flowers lebih timbul. Bile pegang, boleh rase benang die, obvious!hehehe

See...!more colours.These are some of them.

And I bought this lace. 2m also!

Price? OK..for this type of lace, the price is slightly higher. (Lagipon die tebal sket)

Price is RM35.. Tapi sbb kedai nak tutup and since he thought I'm a chinese girl (bile sampai teros die bagi ceramah bahase cine. Berie uncle tu mintak maaf when I said I'm a malay) so he gave me RM65 for 2m lace. Discount RM5..huhu

If u r good in bargaining, please go to the shop and mintak murah. Sya sangat tidak pandai!Sekian..

#panjang kan cite arini..weLL..cuti, memang takde keje la kan..hehehe. So, let's plan what we should do with the lace bought. Pulakkk...huhuhu