In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, June 15, 2017

Sushi King Ramadhan Buffet, Alamanda Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morninngggggggg!
harini sya lambat sikit update sebab baru lepas berdiscuss dengan akak bilik sebelah. hahahahahahaha.

ok, kalau sebelum ni share pasal recipes la apa, harini nak share pasal ramadhan buffet pulak. Mana la tau kot ada yang tak tau nak masak apa untuk menu berbuka, and plan nak gantung kuali. ha, jom try kat sini.

Sushi King Ramadhan Buffet.
hahahahahhaha. ingat kan apa la tadi kan..

OK, first kalau korang nak enjoy buffet sushi king ni, korang kena check dulu outlets mana yang ada, sebab bukan semua outlets offer ramadhan buffet.


nah, senarai outlet.



ni pulak harga ramadhan buffet kat sushi king.
harga ni tak termasuk gst and service charge.

please note that ada beza harga untuk member and non member.

untuk senarai menu yang available, boleh refer dekat website / facebook sushi king malaysia.

so, best ke ramadhan buffet sushi king ni?

ok, kita cerita sikit eh.

kena walk in booking. tak boleh book online, or via phone call.
boring kan? tapi most restaurants pon camtu..


sya request Z book kan dulu while sya siap-siap barang adam sume.
masa Z book ni, table semua dah penuh. so duduk la macm bar setting ni. 

dah nama pon buffet kan, so semua sushi atas belt tu korang boleh pilih je. so far syok sebab memang dorang refill cepat. takde la macam tertunggu-tunggu contoh nya - bila la inari boat nak lalu ni.
haa..takde macam tu. don't worry. pantas je.

buffet setting untuk bento/rice meal, sya tak ambik gambar sebab dia kat sebelah hujung. ada meja dorang susun semua rice meal atas tu.

untuk air pulak, ada 2 options - Honey Lemon Tea & Blackcurrant Lemon
sya suka honey lemon tea tu.
kalau nak sky juice, or air green tea (hot/cold) boleh request dengan waiter/waitress. nanti hantar.

ok, jom tengok apa sya makan.

round 1:

edamame tu favourite ustaz adam. wajib ada tu. hehe
untuk round 1, sya makan rice meal ni. sorry gambar tak berapa semenggah. hahaha
sya amik rice meal yakiniku. ni memang favourite la.
selalu kalau makan bento, kita pasrah je dengan portion beef, or ayam (tori karaage) or salmon tu kan, but bila buffet ni, boleh adjust ikot selera.
macam sya, semangkuk rice meal tu, sya makan dengan 3 plates tori karaage and yakiniku. puas hati betol. hahahahahhahahaha



yakiniku.
rice meal nya semangkuk je, tapi lauk-lauk yang banyak.
best la pada sya, sebab boleh customize ikut selera.


round 2: amik rice meal yang kedua pulak.
pastu macam biasa, customize lagi. hehehe


ebi fry nigiri
round 3: baru la sya makan sushi pulak.
tapi tak banyak la.. time ni dah start sengkak dah. hahahha
semalam sya tak makan sushi salmon langsung. sebab ntah. macam takde rasa pulak. huhu

pada yang minat salmon, don't worry, ada je salmon sushi tu ;)



dessert kitorang makan ice cream.
sya suka betul matcha ice cream ni.
kadang rasa nak beli letak kat rumah tapi tak tau kat mana nak cari,
ada idea tak kat mana nak beli ice cream matcha sedap?
huhuhuhu


refill matcha ice cream buat kali ke-sejuta.

kalau time biasa, payah sikit nak order matcha ice cream ni sebab dia cuma boleh add on kalau kita order bento.
so kalau pergi sushi king, sya mesti tanya Z, "nak bento tak?"
motif nya sebab nak tumpang add on ice cream je. hahahahaha
kalau Z taknak, sya macam alaaaaa....

so bila time buffet ni, memang heaven ah melayan ice cream.
adam pon tompang sekaki.

so, best tak buffet ramadhan sushi king?
pada sya best, although ada few benda / menu yang boleh di improve.

berbaloi tak?
kalau korang species makan macam kitorang, i would say memang berbaloi. hehe


ni yang sya sorang makan.

tak termasuk Z. kalau korang tengok Z punya plates, lagi puas hati.
hahahahahahahhaha

so kalau ada sesapa yang nak try sushi king buffet ramadhan; memang recommended la.

ok, tu je untuk harini.
jom sambung buat kerja.

ok bye!




5 comments:

  1. wow menarik tu, sedap ice cream tu

    ReplyDelete
  2. alamak terliut dah. dah agak lama tak makam sushi.

    ReplyDelete
  3. Uih memang berbaloi buffet ni! Especially since boleh sesuaikan instead of stick to apa yang ada dalam set.

    ReplyDelete
  4. Tak makan pun sushi king Ramadhan tahun ni. Rasa cepat je Ramadhan.

    ReplyDelete