In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, April 23, 2019

Misi mencari mesin basuh paling bagus

Assalamualaikum w.b.t.

Sya tengah on a mission ni. Sya kalau bab meng-survey ni. memang sampai masuk mimpi la. hahahaha

kisah nye washing machine kat rumah rosak. Sya guna mesin basuh brand Toshiba, beli kat Senheng back in 2015 masa mula-mula kawen dulu (blushingggg. bhahahahhahahahahaha) sekali last month dia buat hal daaaaaahhhhh...

Bila on je dia keluar E4 @ E6 error. Panggil this one Chinese guy datang rumah untuk tengok & repair, diagnosis: panel rosak.
Thats why air tak masuk dia cakap. OK la.. kos untuk repair panel Toshiba problem dalam RM450+, sebab nak order panel baru kan.
Ikutkan Sya malas nak repair sebab kos repair pon dah lebih separuh harga machine tu, baik beli baru je kan.. tapi sebab dah orang tu sampai rumah, repair je la.

Tapi tu la.. nak kata takde rezki dengan machine basuh tu, panel tu takde stock pulak.
Soooooooooo.... machine baru la jawab nya.

OK, survey machine basuh pon bermula.

First, mesin basuh lama kapasiti 8kg je.
Tak syok. Sebab tak boleh basuh comforter tebal.
So this time, kita aim besar sikit. At least 10kg.

Second, top load vs front load. 
Kalau ikutkan Sya ni, merembes tengok front load washing machine. Lagi pulak kalau tengok catalog, front load ni macam futuristik sungguh ghupe die.
Dengan features bombastic anti bacteria la, anti wrinkle, segala macam anti la.
Tu belum save energy, save water, siap kalau baca katalog dia, di-ceramah nya kita pasal green world, global warming, eh macam-macam la.

Sya baca review kat threads / forum, blogs, etc. ada yang complain kata dorang rasa tak confident sebab macam sikit nau pulak air guna. Siap ada yang cakap baju dorang lepas basuh bau detergent kuat.
Ah sudaaaahhhhhhh..
melecet wehhh pakai baju sabun tak betul bilas. Haha.
Tapi Sya baca yang comments balik, dorang kata kalau prefer guna banyak air, guna function bedding ke blanket ke whatever la. So OK la.. ada la solution kan. Tapi Sya dah tak syok la. Sya dah la memang kalau basuh baju tu suka air banyak. Puas hati tengok kain-kain tu tenggelam terus. Hahahhaa. Lagi 1, front load ni mahal banyak jugak la dari top load. Hmmm... tau terus mana yang harus dipilih. hahaha.

So, Sya decide beli Top Load washer.

Third, brand.

Ni memang Ya Ampunnn la. Paling confused part ni. Ni part paling lama. Pasal bila tanya orang, macam-macam brand keluar. Sudah nya dekat 10 brands Sya list kan. Tak membantu kan?? Hahahaha

So buat survey sikit, ada setengah brands ni customer service dia macam out sikit. Call susah, panggil tak datang.
Haaaaa part ni penting jugak. Sya teringat brand TAKASIMA (jangan beli woi. depressed kalau deal dengan dorang. CS cakap lain, technician nak lain, sudah nya dorang boolayan kita. Memang pangkah besar la TAKASIMA ni. MOHON JANGAN BELI TAKASIMA unless anda penyabar macam Nur tv3 tu)

OK, sambung balik.

Sya baca review, Samsung antara brand yang paling han** customer service nye. Call susah angkat, nak schedule orang datang rumah punya la payah, tu ada few yang share la.
Again, kadang-kadang benda ni nasib kan. Rezki Allah mudahkan, customer service rep yang angkat time kita call tu bagus, Kadang dah qada' dan qadar, jumpa yang tak ikhlas, malas layan.
Takpe la.. yang penting husnuzonnnn (sempat selit. nak cool kan diri sendiri sebenarnya. hoho)

Lepas tu kalau korang perasan, ada setengah brands ni cantik2 design nya. Macam kena dengan selera. Ada certain brands tu macam di tahun 2019 pon design dia ala2 rumah arwah opah punya machine basuh. Ha niiii pun mempengaruhi gak ni.

Dan, HARGA....!

So Sya list kan antara brand yang Sya berkenan : Samsung (masih ada niat nak beli), Electrolux, Panasonic.

Tips tambahan

Akak office Sya cakap, cari stainless steel drum. Lagi tahan dari plastic biasa tu katanye.

Staff dekat Homepro kata, cari panel dekat atas, bukan kat depan. Sebab kalau kat depan high chance untuk panel tu exposed dekat air ke apa. So tu antara punca panel cepat rosak.

contoh panel kat depan




contoh kat panel belah atas / belakang

macam washing machine Toshiba Sya yang lama tu, kadang tu Sya siap letak bakul baju kat atas panel, sebab lenguh pegang bakul lama-lama.
Ya amponnnnn.. mau hangin Z baca ni. hahaha
 
So ye kot, better beli panel macam kat contoh gambar no 2 ni.
Akak office Sya yang lain pulak cakap, jangan lenjan mesin basuh sampai sehari 3 kali ko pusing tak. Tu pasal cepat rosak. Guna la sehari sekali ke, selang sehari ke..
OK yang ni Sya mengaku la. Memang Sya lenjan sehari sampai ntah bape round machine tu buat kerja. OK, pasni kita buat jadual pembersihan la nampak nya.

OK, Sya share machine basuh yang Sya berkenan dengan harga sekali tau.

1. Electrolux 10kg EWT105WN 



Price : RM 1,199 (HomePro)
Warranty : 2 tahun
TAPI.. panel kat depan. So tak masuk list final la...

2. Electrolux 12kg EWT125WD



Price : RM 1,758 (Lazada)
Warranty : 2 tahun
Sama juga, panel kat depan. So tak beli..


3. Panasonic 10KG NAF100A1 



Price : RM 1,199 (Lazada / Shopee)
Warranty : 1 tahun
Kejap naw 1 tahun kan..


4. Panasonic 13.5kg PSN-NAF135X4 ECONAVI





Price : RM 1,788 (Senheng)
Warranty : 1 tahun
Yang ni dilema sikit.

Kalau beli dari Senheng website @ kedai, warranty dapat extra 1 tahun lagi.
So total 2 tahun la (sebab member).
Kalau beli thru Lazada @ Shopee Senheng, dapat discount RM50, tapi warranty setahun je la..

Sya fikir RM50 untuk extra 1 tahun warranty, ok sangat apa.
TAPI, kena tau yang barang-barang ni suka buat hal after 3-4 tahun camtu. Senang cite, bila semua warranty dah habis, dia pon mula la problem. Macam berjanji pulak. Mencik.
 So macam takde function pulak warranty tahun kedua tu. Sebab Sya confident the first 2 years tu memang die behaved punye la.

Nampak tak dilema disitu??

OK, next.


5. Samsung 10kg WA10J5710SG





Price : RM 1,199 (Lazada / Shopee @ RM1,259 (HomePro)
Warranty : 1 tahun



6. Samsung 12kg WA12J5750SV





Price : RM 1,599 (HomePro)
Warranty : 1 tahun

yang ni Sya suka sebab ada colour hitam jugak.
Macam comel kan. Boring la asek colour putih/ grey je.

OK, cukup la tu. Letih pulak survey.
 Kalau ada suggestion boleh share taw.

Nanti Sya share Sya beli yang mana. 
Ikutkan hati, harini jugak nak beli. Tapi tu la.. sama jugak. Kena tunggu dekat seminggu jugak untuk orang tu deliver @ hantar ke rumah.

nanti Sya update.
OK bye.

9 comments:

  1. pinas..ko basuh tgn je laaahhhh..bhahahahahhaa...ade ke lenjan mesin basuh sampai baper kali dalam sari..huhu..plan mana pinasss...plannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. plan kelaut. biase laaaa.... pasni insafff la nampak nye

      Delete
  2. aku pakai yg no 4 tu-panasonic 13.5kg. Best sbb blh masuk toto sekali..senang xyah hantar dobi ble anak terkencing..hehe. Setakat ni xde masalah, beli dgn sengheng. Aku xberani front load nnti takut mende lain yg masuk dlm..haruuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyy. high5! same la jann. aku br je beli. insyaallah lusa sampai la. hahahahahhaa. aje ye wehhh. aku tgk yg kes kt kedai dobi main2 masok dlm tu pastu x leh bukak tu pon antara bende menyeram kan gk la. hoho

      Delete
  3. ala baru baca blog awak... ai bRu beli brand toshiba di sen heng, review dr dr salesgirl tu lebih pd toshiba..wpun plan asal ai nk beli samsung atau panasonic...samsung katanya ramai costomer hntr service, panasonic pun sama jg sejak dia tambah air panas tu..jd lastly ai decide toshiba as her suggestion..🤦🏻‍♀️🤗.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kot awak.. sya punye toshiba je kot kurang bernasib baik sikit

      yg penting jgn buat cm sya, pusing machine sehari sampai 3x. agak nye tu yg xlama hayat machine tu. hehe

      Delete
  4. Yg paling best I Guna brand Samsung.. 10 thn dah pakai 7kg.. Dah x boleh basuh dah..motor dia rosak

    ReplyDelete
  5. Aisehman.. sama la rumah i sehari pusing baper kali ... sian mesin tu.. ni dah buat hal, tak leh nak spin. Nak beli baru. Rasa nak beli mcm awak jg kott

    ReplyDelete
  6. Rumah sy pakai national(Panasonic).. da 15tahun++ ok lagi..hampir tiap Hari pusing..so, Kalo rosak pasni, sy mungkin beli brand Panasonic Gak la kot..

    ReplyDelete