In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, September 25, 2018

Jom makan makanan Jepun kat Family Mart, IOI City Mall Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

sya ada benda nak share ni! ngeee
tapi kita siap kan entry ni dulu sebab dah lama peram kat dalam draft.

harini nak share pasal Family Mart dulu. pada yang tak tau or maybe dah tau, sya still nak bagitau, Family Mart dah ada kat Putrajaya. yeay!

Family Mart ni sebenarnya kedai serbaneka macam 7e tu. tp sebab dia asal dari jepun, so banyak barang / makanan minumam jepun yang boleh dapat kat sini.

tapi yang best nya dia sebab dia ada banyakkkkkkk makanan jepun.
ada onigiri, bento, ada sandwich, snacks air kopi @ ice blended pon ada.
paling special kat sini sya rasa soft ice cream and oden dia.

aaaaaaaaa. sambil taip ni sambil membayang kan sedap nye oden panas-panas. makan bersila atas sofa sambil tengok tv.
ok, ni hyperbola. yang ni sebenarnya oden versi buat sendiri.
kita cerita sekarang ni pasal oden family mart!

ok , sambung balik

sya first time makan oden family mart ni masa kat sunway velocity.
amaaannnnn.. takde la panjang sangat orang beratur,

tapi kat ioi mall @ putrajaya..

nahhh!

panjang queue


panjanggggggggggg


sya cuba beratur for 5 minutes. tapi give up.

nasib baik ada express lane.
tapi kaunter express ni bukan untuk order oden eh. barang lain boleh.

so disebab kan tak nak mensia-sia kan 5 minit masa yang beratur tu, sya pergi express lane and order je ice cream.
next time ok oden. next time..


 ni ha!
soft ice cream matcha / green tea and melon.
both sedap.

nanti kita repeat makan oden.

sekarang still beratur panjang tak hingattt.
or maybe next time kat tempat lain la. 

ok lah. tu je..
makan oden family mart jangan lupa sya taw!
hiks!

ok,bye!

Monday, December 4, 2017

moogoo starter pack yang tengah murah

asalamualaikum w.b.t.


semalam sya pergi ioi city mall sebab nak cari cream aydan. gigih cari caring pharmacy. kat putrajaya cuma ada 2 outlets je : ioi city mall dengan suria mall putrajaya.

dekat dalam caring tu punya la ramai manusia. ok, biar la..

nak share ni:


moogoo eczema starter pack yang tengah murah kat caring pharmacy.
hahahahhaha.
gigih sya kat blog kan..

haaaa... actually share ni sebab sya tak tau kot ada yang lagi murah sebab so far kat lazada, shopee, 11street semua still sya tak tak jumpa yang below RM 150. so sya rasa ni murah jugak la.

lagi 1, size dia besar la kalau nak compare dengan buds organics, etc. dalam starter pack moogoo ni ada 4 items:

- 1x Milk Wash 500g
- 1x Irritable Skin Balm 120g
- 1x MSM Soothing Cream 75g
- 1x Udder Cream 120g

sya rasa ramai yang tau kot apa yang best nya moogoo ni.
ke tak tau?? hehehehe

ok la. tu je.
kata sharing is caring..
kan.

ok bye !


Thursday, June 15, 2017

Sushi King Ramadhan Buffet, Alamanda Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morninngggggggg!
harini sya lambat sikit update sebab baru lepas berdiscuss dengan akak bilik sebelah. hahahahahahaha.

ok, kalau sebelum ni share pasal recipes la apa, harini nak share pasal ramadhan buffet pulak. Mana la tau kot ada yang tak tau nak masak apa untuk menu berbuka, and plan nak gantung kuali. ha, jom try kat sini.

Sushi King Ramadhan Buffet.
hahahahahhaha. ingat kan apa la tadi kan..

OK, first kalau korang nak enjoy buffet sushi king ni, korang kena check dulu outlets mana yang ada, sebab bukan semua outlets offer ramadhan buffet.


nah, senarai outlet.



ni pulak harga ramadhan buffet kat sushi king.
harga ni tak termasuk gst and service charge.

please note that ada beza harga untuk member and non member.

untuk senarai menu yang available, boleh refer dekat website / facebook sushi king malaysia.

so, best ke ramadhan buffet sushi king ni?

ok, kita cerita sikit eh.

kena walk in booking. tak boleh book online, or via phone call.
boring kan? tapi most restaurants pon camtu..


sya request Z book kan dulu while sya siap-siap barang adam sume.
masa Z book ni, table semua dah penuh. so duduk la macm bar setting ni. 

dah nama pon buffet kan, so semua sushi atas belt tu korang boleh pilih je. so far syok sebab memang dorang refill cepat. takde la macam tertunggu-tunggu contoh nya - bila la inari boat nak lalu ni.
haa..takde macam tu. don't worry. pantas je.

buffet setting untuk bento/rice meal, sya tak ambik gambar sebab dia kat sebelah hujung. ada meja dorang susun semua rice meal atas tu.

untuk air pulak, ada 2 options - Honey Lemon Tea & Blackcurrant Lemon
sya suka honey lemon tea tu.
kalau nak sky juice, or air green tea (hot/cold) boleh request dengan waiter/waitress. nanti hantar.

ok, jom tengok apa sya makan.

round 1:

edamame tu favourite ustaz adam. wajib ada tu. hehe
untuk round 1, sya makan rice meal ni. sorry gambar tak berapa semenggah. hahaha
sya amik rice meal yakiniku. ni memang favourite la.
selalu kalau makan bento, kita pasrah je dengan portion beef, or ayam (tori karaage) or salmon tu kan, but bila buffet ni, boleh adjust ikot selera.
macam sya, semangkuk rice meal tu, sya makan dengan 3 plates tori karaage and yakiniku. puas hati betol. hahahahahhahahaha



yakiniku.
rice meal nya semangkuk je, tapi lauk-lauk yang banyak.
best la pada sya, sebab boleh customize ikut selera.


round 2: amik rice meal yang kedua pulak.
pastu macam biasa, customize lagi. hehehe


ebi fry nigiri
round 3: baru la sya makan sushi pulak.
tapi tak banyak la.. time ni dah start sengkak dah. hahahha
semalam sya tak makan sushi salmon langsung. sebab ntah. macam takde rasa pulak. huhu

pada yang minat salmon, don't worry, ada je salmon sushi tu ;)



dessert kitorang makan ice cream.
sya suka betul matcha ice cream ni.
kadang rasa nak beli letak kat rumah tapi tak tau kat mana nak cari,
ada idea tak kat mana nak beli ice cream matcha sedap?
huhuhuhu


refill matcha ice cream buat kali ke-sejuta.

kalau time biasa, payah sikit nak order matcha ice cream ni sebab dia cuma boleh add on kalau kita order bento.
so kalau pergi sushi king, sya mesti tanya Z, "nak bento tak?"
motif nya sebab nak tumpang add on ice cream je. hahahahaha
kalau Z taknak, sya macam alaaaaa....

so bila time buffet ni, memang heaven ah melayan ice cream.
adam pon tompang sekaki.

so, best tak buffet ramadhan sushi king?
pada sya best, although ada few benda / menu yang boleh di improve.

berbaloi tak?
kalau korang species makan macam kitorang, i would say memang berbaloi. hehe


ni yang sya sorang makan.

tak termasuk Z. kalau korang tengok Z punya plates, lagi puas hati.
hahahahahahahhaha

so kalau ada sesapa yang nak try sushi king buffet ramadhan; memang recommended la.

ok, tu je untuk harini.
jom sambung buat kerja.

ok bye!




Friday, May 26, 2017

Pablo Cheesetart, IOI City Mall Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

happy fri-yayyyy !
harini sya nak share sikit review pasal pablo cheesetart.

pada yang suka sesangat, cheesetart, orang kata wajib pergi pablo cheesetart ni. orang la kata...

haritu kemain viral kat facebook.
sebab haritu sempena grand opening dorang, dorang buat promotion buy 1 free 1. sya tengok die punya beratur tu.. perghhh...
ada sumber mengatakan untuk hari pertama tu, ada yang beratur sampai 4 jam weh. awak sanggop??

sya tak sanggop. hahahahaha
so sya tunggu sampai habis promotion grand opening dorang tu, baru la sya terjah. hehehehe


gini la suasana masa grand opening tu.
sya idok leee.. mau ada yang kena buat cpr kat situ. hahaha


ni pulak suasana masa sya pergi semalam.


seee... aman damai. baru la nak beli pon hati tenang. eceh!

jom cuci mata sikit.




ok, yang ni sya tak berkenan betul.
buat la semenggah sikit paperbag tu.
leceh nak bawak sebab takde tempat handle.
paling tak pon tebuk la lubang sikit, boleh gak selit jari, barula senang nak bawak kesana kemari.

ok, jom rasa pablo tart ni.
apa yang best sangat dengan pablo cheese tart sampai beratur kemain tu??


pablo cheesetart RM 8.90
kita start dengan the famous pablo cheesetart ni.


betol la macam dia dok share dalam facebook bagai tu.
memang cheese dia meleleh.
taaaapiiiii..
cheese dia maca tak cukup paduu pada sya.
crust/pastry luar tu keras =(
sya rasa, compare pablo cheesetart dengan hokkaido cheese tart , sedap lagi cheese tart hokkaido!

pablo chocolate tart. RM 9.90
next, pablo chocolate mini tart.

ni sedap.
yang ni kalau compare dengan hokkaido, pablo punya lagi sedap!


pablo matcha tart. RM 9.90
pablo matcha mini tart.
yang ni pon not bad.
kalau korang bukan peminat tegar matcha, boleh makan ni. sebab rasa matcha dia tu tak strong sangat.
tapi kalau korang suka matcha, mungkin macam tercari-cari rasa matcha tu.
rasa matcha dia macam light gitu..
tak tau nak cakap sedap ke tak.

so, best tak pablo cheesetart ni?
pada sya ok la..
kalau tak pernah try, boleh la try. sebab sya rasa benda ni subjective. ada yang kata pablo laaaaagi sedap dari hokkaido. ada yang kata hokkaido lagi sedap.
ada jugak yang kata "cheese tart mak aku buat lagi sedap"
so depends pada selera.

contoh macam si dobot adam ni.
suka pulak dia dengan pablo cheesetart.


berselera betul dia dengan pablo cheesetart.
maknanya lain orang lain selera la. kan kan kan..
hehehehehehhee

tapi dengan ekonomi sekarang ni, sya rasaboleh tahan jugak harga mini tart dekat RM10 seketol.
sekali-sekala boleh la..

ok la. tu je untuk harini.

sya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua yang melawat blog sya ni.
kalau ada salah silap, sya mintak maaf. 0-0 ok.
moga ramadhan kali ni, lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni, aamiin..

xoxo

Tuesday, May 9, 2017

taro pie mcdonald's vs taro pie burger king

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morning everyone, rise and shineeeee! =)
dah breakfast?

petang semalam masa ambil ustaz adam dari umah babysitter, ingat nak pergi burger king. tapi kat putrajaya mana ada burger king drive thru. mcdonalds drive thru ada la.. so sya cancel la plan. tunggu Z balik baru pergi sama-sama. kalau nak pergi mall berdua dengan adam macam susah sikit sebab adam tengah mood suka explore + tengah lasak. so macam tak sesuai. nak lepas kan, risau pulak.

punca nak makan burger king sebab taro pie.

owh, siapa sini suka taro pie, angkat tangan !
sya?? sukaaaaaa sesangatt wehh! hehehe
selalu sya beli taro pie mcdonald's. tapi da musim dia. macam sekarang mcdonalds tengah keluarkan pineapple pie, and the latest - karipap pie.
ntah camne rasa dia ntah. not a fan of karipap, to be honest.

ok, sambung**

sya first time makan taro pie burger king last few days, so here i am - gigih update blog pasal taro pie. bhahahahahhahaha

antara taro pie mcdonalds dengan taro pie burger king, mana lagi sedap?
ni opinion ikot selera / tekak sya.

taro pie mcdonald's

picture semua dari google image taw.
ni ads masa mcdonalds keluar kan taro pie dengan mcflurry mango tak silap.



camni la rupa taro pie mcdonald's
sedap. dalam banyak-banyak pie kat mcdonald's tu, taro pie paling sedap.
second, banana pie.
hehehehe
sya suka sebab ade taro (yum) chunks tu. dapdap.


taro pie burger king


yang ni latest ads kat burger king.


camni la rupa taro pie burger king.
dia punya chunky yum tu tak sebanyak / sebesar mcdonalds.
tapiiiii, dia creamy wehhh!

kalau ikot tekak "asek nak makan sedap" sya nih, taro pie burger king lagi sedap!
sebab filling dia creamy.
korang tengok gambar pon boleh taw.
sya beli satu pastu share dengan adam.
ingat kan dia tak suka, suka pulaaaaaaakkkk.
adoi

pie crust kat luar tu, both mcdonalds and burger king, lebih kurang je rasa dia.
memang crispy, sedap.

ok la. nanti balik nak singgah tapau taro pie burger king Alamanda la.
dapnyeeeee...


ok bye (dato aliff syukri)


disclaimer : pictures from google image

Thursday, March 2, 2017

tips and review: festival makanan antarabangsa putrajaya 2017 - original thai food

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

morning. the earth says hello
(sebab tengah mengunyah chocolate)

harini nak share pasal festival makanan antarabangsa putrajaya 2017.
haritu dorang panggil festival makanan thailand ke pesta makanan thailand ke hape ntah.
buat kat presint 14. kitorang pergi lepas magrib.
jom layannn..

firstly, ni festival makanan thailand. so haruslah makanan thailand.
so chicken chop, pasta, semua tu takde eh.
sya gitau siap-siap takut ada yang hampa.

soalan paling ramai tanya especially kalau bawak family:
ramai orang tak? crowded tak?
jawapan dia yes. tapi tak se-crowded jalan tar time dekat-dekat nak raya.

picture ni sya ambik time paling peak / crowded la.
still ok.
bagus orang putrajaya.
bertamadun semua.
takde nak rushing main gesel-gesel ke, mendengus tepi telinga kita ke apa.
ok, cool semua.
hehehehe. tak, ni betul taw.
syukur malaysia aman (alhamdulillah)


ramai kan.
tapi aman..
hehehe

lepas tu banyak canopy dorang bukak. ada kerusi meja untuk makan.
so pada yang nak makan kat sana, pon boleh.
kerusi meja banyak. but of course penuh kan.
yang ni sya harap kalau orang putrajaya baca, pada yang suka makan kat tempat-tempat camni, harap lepas makan tu terus bangun la.
boleh nak ambik masa 2-3 minit nak bagi makanan turun ke apa, tapi kalau rasa tak perlu tu, bangun je la.. kita considerate sikit to others eh..
kalau rasa memang species / style suka menyandor pas makan dalam sejam dua, tapau, pastu makan kat rumah la better. tak pon dalam kereta.
ok?
good !



soalan seterusnya.

best tak makanan kat sini?
jawapan dia, biasa-biasa je.
boleh la. nak kata sedap gila teringat-ringat, tak. tapi nak kata tak sedap tak boleh telan, pon tak jugak.

next..

ok tak harga? murah tak? ke mahal?
jawapan dia, TAK MURAH.
harga kat sini, antara harga OK ke mahal. tu je range dia. murah memang takde.


contoh macam cucuk-cucuk ni.
harga bermula dari RM2.
mahal ke murah?
aipp. sapa jawab murah tu??

jawapan dia- mahal.
sebab kat pasar malam RM1 je.
tapi ada yang size besar-besar sikit, harga dia RM3, RM4, and RM5.
yang ni kira ok la. sebab size dia besar sikit.
takde jual kat pasar malam.



yang bebola daging tu dalam picture macam kecik. tapi sebenarnya besar gak la.
size macam bakso yang dah kembang dalam sup tu.
separuh size penumbuk.
harga RM5.
kira dalam banyak-banyak cucuk tu, dia paling exclusive, premium, semua la! hahahaha
sebab dia sorang jer harga RM5 secucuk.


ni kedai jual cucuk jugak.

tak payah survey.
harga semua sama.
jangan nak try tengok kedai hujung kot dia jual murah 5 posen ke, memang tak.
HARGA SAMA.
ha, caps lock terus.

so kalau nampak makanan berkilau macam melambai-lambai macam eh nak lah, beli je terus kat situ.



ayam bakar madu.
nampak madu, teros cancel.
hahhahhahaha.
tak minat sangat sebab tak kena pada sya ayam bakar tapi manis-manis pulak.
sya suka spicy.



ni macam skewers la.
thailand ke? ntah. hahahahahahahahhahahaha



ice-cream kelapa.
ni trademark la kalau thailand kan.
ramai jual.
so kalau terlepas, depan-depan ada lagi.
sedap.
tak payah pergi sangkaya.
heheheheheh



yang ni buat kudap-kudap.
boleh test kat situ dulu sebelum beli kot takut tersalah membuat pilihan.
hahahhahahahha



ha.. yang ni menarik perhatian sya, tapi sya tak beli.

alang-alang, nak cerita pasal air pulak.

harga air kat festival sini starting from RM3 untuk gelas kecik.
takde air RM1 ke RM2 ke eh.
paling murah RM3.
size glass dia besar jugak walaupon dia cakap kecik.
kira mahal seringgit la sebab air yang sama, kat pasar malam RM2 je,
tapi OK la. air dia pon sedap-sedap.
macam pasar malam, beli air ni macam pertaruhan sikit.
kadang sedap, kadang tak.
kat sini confirm sedap, insyaallah.
sya beli air durian belanda. (takde pulak gambar)
ok la. tapi Z kata ada yang lagi sedap.
nanti kita carik.



sya nak beli teh ais tu nampak dia tarik bukan main tinggi.
not a fan of teh tarik actually.
sya suka teh ais. takmo tarik-tarik.

Z siap cakap, beli la. dia tarik tu (buat muka kagum)
pastu tambah "tinggi dia tarik yanggg, siap dari belakang. tu peluh semua pon ada tu"
terus tak jadi beli.
mencik !


ni macam roti tissue.
makan panas-panas, sedap la crispy. makan lambat, liat sikit.
ikut taste korang la.



ni kedai jual air mangga paling besar sya rasa.
actually ramai jual air mangga.
tak boleh nak suggest mana sedap sebab sya tak minat air mangga.
kembanggggg..
huhu



yang ni comel kan.
tapi rasa dia, fuhhh.. out sikit.
sya makan 1, Z makan 1. pastu ada kat dapur tu takde sapa nak makan.

harga RM5 sepacket / sebekas.


yang belah kanan ni sedap. macam kuih pokis inti kaya.
febret ustaz adam nih. makan kemain comot.


yang ni la. sedap. inti kaya.
harga sama jugak, RM 5 sebungkus.


sya beli laksa siam (laksa thai)
ada satu kedai je jual (yang sya perasan)

sya belajar makan laksa thai ni masa study kat matriks kedah dulu.
sebab kat changlun kan.. so banyak la makanan thailand sya makan.
cuma laksa thai kat sini kurang berlemak pada sya, tapi stil sedap sebab pekat.

harga laksa thai - RM7.
mahal sebenarnya sebab laksa nya secoet je.
tapi ok la, nak jumpa selalu susah kan.




satu lagi makanan yang banyak gila jual kat sini is kerabu maggie.
jalan 2-3 langkah orang jual.
jalan depan sikit, kerabu maggie lagi.

harga kerabu maggie?
RM7.
mahal ke murah?
hahahahahahahhahaha


sya tak beli kerabu maggie sebab lagi paduu kalau buat sendiri.
lagi pulak sya tak berapa minat udang kalau size tak menepati piawaian, so memang tak beli la.


tomyam of course la ada kan !


antara yang popular kat situ. punya ramai beli.
tapi sebenarnya semua kedai pon ramai orang beli.


nasik goreng ni pon ramai gila orang beli.
die buat style nasi goreng pataya.
nanti dia balut dengan telur.
sya perati, ada hotdog je bersepah.
ayam taknampak pon. tak tau la kot ayam invisible ke apa.
so, sya tak beli.
sya tak suka hotdog. ada certain hotdog je sya suka.



nenas madu thailand.
yang ni febret sya.
sedapppppp. manisss menusuk kalbu.


yang ni satu lagi febret baru.
sya beli jeruk mangga, jeruk sengkuang, jeruk buah salak.
heaven wehh.

tapi sya makan jeruk nih ikut jadual la. huhuhu


jeruk kering pon ada tapi sya tak minat sangat.


yang ni sya perasan ramai orang beli.
mangga jeruk yang ada cili bagai tu.
ramai beli. sedap la kot kan..
wallahualam..

so, best tak?
boleh la..

better la dari pasar malam. sebab kat sini ada makanan yang jarang jumpa kan..
cuma standby la duit lebih sikit. lagi-lagi kalau bawak anak-anak.

cuma hampa sebab takde pon orang banana nutella pancake. uwaaaaaa
lagi satu, bukan makanan je ada.
barang-barang pon ada jual.
tapi sya tak explore yang bahagian bukan makanan tu.
except yang first jual toto la, bantal la, tikar la.
sya beli bantal kekabu 2 bijik.
senang kalau orang datang rumah.
hehehehehe

so siapa yang tak pergi lagi, jom !

eh, soalan last. parking banyak tak?
insyaallah ada. paling tak pon exercise la sikit. hehehehe


ok bye (dato aliff syukri)

disclaimer: pictures without watermark are taken from google image.