In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, May 31, 2013

Siapa Kata Sharing is Caring??!!!

Dear Diary Korangg...!!

Nak tanye, sape kat sini yang tak beli or book lagi doorgift (like mugs, chocolate, glass jars, etc), paper bag, favour box, or pape la wedding stuff???
Selalu kalaw Sya mintak quotation, confirm they'll sound something like this;
< 100 pcs         : RM 15
100-300 pcs     : RM 12
300 - 500 pcs   : RM 10
500 - 1000 pcs : RM 8
>1000 pcs        : RM 5
> 2000 pcs       : RM 3
Pernah tak korang nak beli benda tu dalam 100pcs tapi harga cam *$@#!*&%$$#. So korang pon tak jadi. Pernah tak?? Pernah  tak?? Nampak tak betapa beza nya harga kalau kita beli in bulk?

Sya ada idea. Apa kata kite share?? 

So, saya menyeru kepada semua yang nak kahwin, marilah kita bersatu-padu, kita order bersama-sama. Yang untung kita jugak. Sekiann..
Hehehehehehehe
P/S : Sya tengah survey paper bag/favour box ni. Tapi nak beli dalam 700 pcs jek. Adoii..

cantek kan? tapi kotak ciknonet camni boleh isi ape jer???

Kad kahwin in English

Dear Diary

Pasal Wedding Invitation..

Sekarang baru bulan 2. Lambat lagi.. Ada 9 bulan lebih kurang.. So kad kahwin bukan la satu benda yang Sya nak kene rushing-rushing or pening-pening fikir. Let it be Sep or Oct punya activity! hehehe

Until last week, my Nigeria friend baru balik dari Nigeria and dia bawak balik ole-ole dari Nigeria. Baju yang corak-corak (macam batik pon ada). Sya chose colour hijau macam pucuk pisang tu.

So, ada la sembang-sembang pasal kahwin and Sya cakap dun worry. At least a month before wedding, Sya akan pass wedding card kat dia.

Nampak macam takde masalah kan?? Tapi masalah! Bila fikir balik, mana pulak dia nak paham ayat "walimatul urus", "kami berharap kehadiran pihak tuan/puan dapat bersama menyerikan lagi", "setepak sireh", etc.

wahhh2.. dia pon pahaaammmmm sangatt kan!

Ada idea tak kat mana nak tempah Wedding Invitation @ Kad Kahwin bahasa Inggeris?

DIY awal-awal da pangkah sebab malas + tak confident. Huhu

Sya ingat nak tempah je dalam 500 pcs. Boleh bagi kat bosses yang kurengg paham bm..

OK gk kan??


Friday, May 17, 2013

Cantik ape wife Jehan Miskin!!!

Dear Diary,

Rasanye sume pon da taw Jehan miskin da kawen. Sya pon google la pictures dorang sebab excited sangat nak nengok bini Jehan. Lagi-lagi pulak adik Sya kate wife die orang Korea. Perghh.. makin excited la!

Sya viewed some of their pics dari blog murai, rotikaya, etc. Tapi tak berape best la bile ade yang komen kate wife die tak cantik la. Siap ada yang kate Jue lagi cantik la. Ha.. yang pasal Jue lagi cantik tu memang cam bangang sket. Sya tak boleh kalau orang compare dengan EX nih. Bayang kan kalau orang cakap kat kite "Eh, ex-gf tunang awak yang dulu tu kan lagi cantek@KURUS dari awak." 
Tak rase cam $%^@%^#$&???

Lagi satu, Sya tak paham in what sense orang boleh kate person A lagi cantik dari person B. Ibarat cakap Che' Ta  (Rozita Che' Wan) lagi cantik dari Erra Fazira. Sya rase same je cantik nye. Kadang-kadang Erra pakai baju putih, nampak lagi lawa dari Che' Ta, kadang-kadang Che' Ta pakai skirt pendek merah nampak lagi lawa dari Erra. So benda ni subjektif. Lagipon tak elok la compare-compare kecantikan orang nih. Lagi-lagi kalau yang meng-compare tu pon tak berape nak cantik kan.. hehe. Guro..

OK, jom tengok pics dorang (Sya yang nak tengok sebenarnye. Hehe)

 Wife Jehan
Cantik sebenarnye die ni. Tapi tak paham sape yang bagi die scarf tak complete nih??? Adoii. Rase nye kalaw die pakai tudung bawal pon cantek nih! Tapi lesung pipit memang comel. I loikeee!

Sepadan je Sya tengok. Kan..?? kan..??

Tapi mak Jehan ni memang cantik. Mak wife Jehan pon cantik. cam pelakon. Boleh imagine time muda camne.. Kagommm.. 

Prewedding dorang rasenye. Tak ingat. Cantek ape wife Jehan

Nak buat pre-wed photoshoot jugak la (ewahhh. Hahaha)

Sya rase cantik jugak wife Jehan nih. Kadang-kadang Sya tengok muke die ade ala-ala Amber Chia sket. Sikit je la.. Hehehe

Moral of the story: Sume org cantek. Jangan kutuk orang. Tapi kalaw orang tu buat phuiii, tu laen cite. hahahaha

Notes: Wedding of Jehan Miskin, Pre-wed of Jehan Miskin (sume Sya google je)

Wednesday, May 15, 2013

White Lace

Dear Diary,

Lame gile tak update blog. Progress takde nak update ape kan?? Sya stop dulu wedding progress. Maybe July baru sambung. Sebab June definitely will be a hectic month sebab ada few things nak kena settle.

OK, ni saja nak share cerita and nak bagi cuci mata sket. Sya selalu jugak dapat email, message (mula-mula Sya pelek. camne pulak boleh dapat no hp nih. Then baru teringat pasal ads sewa baju tunang. Hehehehe)

Sya received banyak requests sebenarnya pasal lace and tailor. Ada yang mintak tolong belikan, carikan, check kan harga, macam-macam la. So far Insyaallah tak pernah lagi Sya reject. Cuma kalaw yang request Sya tanya harga ngan tailor, yang tu Sya memang tak boleh nak jawab la. Sebab rasa nya better tanya sendiri. Tapi takpe, orang kata malu bertanya sesat jalan kan... (Sya la tu.. Malu nak tanya orang sampai ter-bagi undi rosak time PRU13 aritu. Iskk2)

Dalam ramai-ramai yang request. Dewi (kalau dewi baca entry nih, hope u don't mind that I share here) antara yang paling comel! Hehehehe. Tersangat la polite. Sayu hati baca. Hehehehehee

OK, malas nak cerita panjang. So activity weekend aritu Sya survey kain lace warna putih as requested. Nak tengok pictures?? 

White Lace Type 1: RM35 per meter 
Yang ni Sya survey kat satu kedai je. Tak larat nak pegi next kedai sebab nya kebetulan haritu tersangat la panas.. (Eh. skang panas gile kan? Malam-malam tido pon panas. Aircond 24 hour bukak. Masaaakkk la nak baya bill letrik bulan nih)

 White Lace Type 1
Sya cam suka lak lace ni. Sebab lembut tapi bunga die timbul. Tapi da plan takmo pakai lace untuk baju nikah. Camne nih??? Dilema la.. 

 White Lace Type 2 : RM25 per meter
Yang ni sebijik cam baju tunang Sya aritu. Tetiba lak Sya dapat idea. Idea apa? Haa...tu kena tunggu Sya check budget dulu. No budget no talk. (Sedihh..tetibe! Hahaha)


White Lace Type 2
Sya nak amik gambar nyonya tu pon sebok nak goyang-goyang kan lace tu. Dia budget cam membantu Sya.
Siap cakap "hmm..OK? OK??" (asking whether what she did will make it (the lace) looks better in pic)
Sya pulak dalam hati "Could you please stop doing that" 
tapi yang keluar kat mulot "OK. OK.". Ceh!


Kalau ada yang interested especially those from Perak, boleh la datang ke Kampar (Cewahh! boleh jadi Duta pelancongan Kampar nih) Sebab kalau korang beli banyak rasanya boleh nego lagi. Tapi kalau setakat nak 2 meter, 3 meter, better La pegi je kat Jackel ke apa. Tak berbaloi. Kampar sangat la panassss (tetibe downgrade Kampar. Apekahhh??? Hahaha)

Ok, sekian update untuk dis week. Ngeeeeee =)




Saturday, April 27, 2013

Catering & Butik Pengantin for KL Reception. Booked!

Dear Diary

Aiman gitaw Sya yang catering, butik pengantin, etc. untuk KL reception nanti dah booked! Yeay! Settle satu hal! Kitorang booked Butik Nelly Za (decided by FMIL actually..hehehehe)

Sya tengok make-up dorang nampak cam OK. So tak payah hire MUA-la. Jimat....! hehehehehehe


one of their clients. Comel kan pengantin nih. Kalau La Sya kurus, Sya pon pakai dress putih jugak. tapi sebab TAK kurus....maka simpan dulu La angan-angan tu. Huhuhu

Nih package offered by Butik Nellyza;

Pakej Perkahwinan Lengkap 2013

Pakej Lengkap Nelly Za - RM20,000

 - Katering(min 1000pax)
Nasi hujan panas/nasi minyak, nasi putih
Ayam masak merah/ayam goreng berempah
Daging kurma/rendang
Dalca sayur, papedom, Ulam, sambal belacan/acar buah 3 rasa
Buah tembikai dan oren
Kordial sirap masam manis/Oren, air mineral
Cendol/teh tarik
Bubur kacang
Set hidangan pengantin(10pax meja beradab pengantin)
Kek 3 tingkat, 1 meja kek
30 meja bulat, 300pcs kerusi bersarung
4 set meja VIP dan 4 set serving dome
2 set buffet station
Pelayan beruniform
Hidangan pengantin : Ayam golek, siakap masam manis, udang galah, buah hiasan, Mix fruit,
masakan ayam, masakan daging, fresh orange.

Candy Booth atau Pop Corn Booth (pilih salah satu)
a) Candy Booth
    Chocolate Fountain, Cup cake, Apam Polkadot, Candy, Bamboo Sticks, Cake Pop/Lollipop, Jelly  Bean, Marsmallow, Candy, Gum Ball, Table, Table Cloth, Skirting, Signage, Plate, Tissue, Balloon Stick
b) Corn Booth
     Pop Corn, Paper Bowl, Cup cake, Apam Polkadot, Canopy, Table, Table Cloth, Skirting, Signage, Balloon Stick  

- Makeup, Baju dan Pelamin
2x solekan
2 pasang baju sanding lace@songket(L&P)
Aksesori dan dandanan
Pelamin Roman 4 Tiang/3 panel/Gazebo/3 Frame(bunga artificial)
Gerbang(arch)
4 bunga laluan(walkway)
Red Carpet

- Fotografi(nikah dan sanding)
1 storyboard album 8x12
1 sticky album
120 pcs gambar 4R
3 pcs gambar 8R & 1 frame 8R
CD(unlimited shot)
FOC : Bunga tangan dan bantal nikah. 


Mode: Tak saba nak kawen! Ngeeeeeee =)

Wednesday, April 17, 2013

My Weight Loss with Atkins. Yeay!

Dear Diary

Lame gile tak update blog. Nak kate busy, takde La busy pon. Tapi since internet usage kt office skang kene monitor, then tak boleh la nak berjimba blogwalking la bagai. Iskkk2..

Previous entry Sya ada cakap nak start ber-Atkins kan? So arini nak share hasil berAtkins after 3 weeks. Hehehehe (gelak evil)

Sya start Atkins 3 weeks ago (on Wed). Today Wed (after 3 weeks), Sya nak summarize apa yang Sya experienced ngan Atkins nih;

----------------------------------------------------------------------------------------

First week
1. Rasa cam takde mood je memanjang. Pastu rasa nak marah orang. Pergh.. bahaya.. hohoho

2. Hari-hari mengantuk! Serious tengok PC-mengantuk, tengok orang-mengantuk, tengok makanan-mengantuk, tengok bantal jangan cakap-la. Selalu malam-malam Sya layan movie kt HBO, etc. tapi bila start Atkins, no more. Pukul 10 da landing atas katil! (Please note that Atkins-induction tak boleh minum coffee/caffeine. Tahannn je la.. huhu)

3. Kalau squatting (ambik barang ke, kat toilet ker, etc.) bila bangun rasa cam tompok-tompok sikit dunia a.k.a rasa nak pitam (Sya rasa maybe because we consume NO sugar at all. Buah pon tak boleh makan. Tu yang rasa cam nak pitam tu. Kalau tak silap, THOSE WITH HIGH BLOOD SUGAR TAKLEH BUAT AKINS TAW)

4. Always rasa nak makan. Yang ni memang Sya pasrah je. Mana pulak nak cari makanan time pukul 3, pukul 4, etc. Tak kan nak suka-suka kuar office kan??

Second week. 
1. Still rasa takde mood.

2. Still rasa mengantuk

3. Still rasa nak pitam after squatting few seconds.

4. TAPI nafsu makan tu da start kurang

Third week.
1. Mood OK (sebab berat turun. Orang tegur da kurus sket. Hahahaha. Suke perasan taw! Hahaha)

2. No more mengantuk (unless kalau tak cukup tido la..). Tapi BORING always. Hehehe

3. Still rasa nak pitam (ni tak taw la nak buat camne. Huhu)

4. Selera makan takde. Kadang-kadang tu rasa malas nak makan. Penah sekali Sya keluar lunch lambat, perot da nyanyi-bergendang bagai, tapi bila tengok makanan rasa takde selera. TAPI still kena makan. Huhuhu
----------------------------------------------------------------------------------------

OK, tu je experience so far. Huhu. Tunggu 4th week pulak =)

Nak taw total weight loss so far??

First 2 weeks – Lost 6 kg
Third week – Lost 3 kg

So total weight Loss with Atkins – 9 kg in 3 weeks. 

Sya plan nak buang lemak-lemak lagi 10 kg nih (tapi ada yang kata takot tak seswai. Tapi tak kisah la!) . Wish me luck, pls.. So sape yang plan nak “shedding for the wedding”, jom2. welcome to the club. Hehehehe


Ingat nak cari buku nih. 2-3 menjak nih tetibe rase semangat nak belajar masak. Huhuhuhu. Tapi library takde pulak. Iskk..




Tuesday, March 26, 2013

Atkins Diet for Beginner

Dear Diary

Fruz gile. Berat Sya naek. Sya obes!!! sedihhh.. =(

Sya nak try Diet Atkins. Nih pon Darina yang semangat promote aritu. Tapi Sya reject mentah-mentah. Sya carik buku kat library, jumpe this book "Atkins Made Easy"


Dah bace dah! Confirm esok Sya nak try. Kite ber-experiment ngan Atkins pulak this time. Honestly Sya tak berapa suka Atkins Diet nih sebab NO carb especially during Induction (actually boleh tapi limit to max 20 gram per day)

OK, since Sya dah baca buku tu, Sya nak share kat sini some info pasal Atkins Diet (though Sya taw ramai yang dah taw)

Atkins Diet ada 4 Phase/Stage ; Induction, Ongoing Weight Loss, Pre-Maintenance, Lifetime Maintenace

Tapi since Sya beginner (esok baru nak start), so kita sembang pasal INDUCTION je la ek..

Summary apa yang Sya baca;

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ada 20 basic RULES tapi Sya highlight yang paling penting

1. EAT (no limit) poultry, fish, meat, egg 

2. AVOID/NO shortenings, margarines, sauces

3. NO FRUIT, pasta, grains, STARCHY VEGETABLES, legumes, FLOUR, SUGAR, CAFFEINE (pengsan)

4. NO NUTS (during induction)

5. NO DAIRY products except certain types of cheese and butter

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sya join Kelab Diet Atkins (KDA Malaysia) and most of them comment kata Atkins tak susah sangat sebab NO STARVING. Avoid carb jek. Tapi carbohydrate pon ada banyak jenis. Contoh nya sos. Sos pon carbohydrate jugak. Hadoii...!

Tapi yang penting NO starving. At least pasni kalaw ngedate still boleh makan sedap-sedap kan? Ngeeee =)

Dah lame tak makan Nandos. hoho