Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika sedang berjalan di Jalan Jeram, Manir, di sini.
Katanya, suspek kelihatan agak lemah dan kelaparan setelah empat hari menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa.
"Kita percaya suspek keluar untuk mencari makanan selepas bersembunyi di dua lokasi dipercayai di kawasan rumah kosong serta kawasan padang berhampiran kampung berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai bertindak agresif dengan menikam mangsa, Mohd Shukri Husin, 34, sebanyak enam kali sehingga mati di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu
Insiden itu dikatakan bermula apabila mangsa, yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, hadir di tempat kejadian bersama keluarganya bagi menyemak status perkahwinan suspek yang bakal berkahwin dengan adik mangsa.
Setelah tembelang sebenar suspek diketahui, dipercayai berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan tersebut.
Menurut Wan Abd Aziz, kira-kira pukul 1.40 tengah hari semalam, seorang tukang rumah yang juga rakan mangsa tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi menyerahkan pisau yang digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, selepas kejadian tersebut suspek berjumpa rakannya itu di Manir bagi menyerahkan pisau berkenaan dan meminta tukang rumah tersebut menyimpannya.
"Suspek sempat memaklumkan kepada rakannya bahawa dia telah menikam orang dan memintanya menyimpan pisau sepanjang 35 sentimeter (cm) itu.
"Setelah membaca akhbar berhubung insiden itu lelaki berkenaan berasa takut dan mengambil keputusan menyerahkannya kepada polis," katanya.
Sumber: Utusan Online

----------



finally tertangkap jugak.
jahat. 
moga dapat balasan setimpal.

moga family mangsa sabar & kuat.
moga kita and family kita dilindungi, always.
aamiin.