In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Sunday, July 15, 2012

Pedih Ulu Hati

Dear Diary

Sya memang ade problem pedih ulu hati nih. Since dulu lagi. And even weird bila ada among my friends yang even tak pernah experienced pedih ulu hati nih camne..

Bila difikirkan balik, kira agak banyak kali gak terjadi. Last jadik rasanya last month. Sampai tido pon susah. Asyik terjage. Perkara wajib kalaw kena pedih ulu hati nih (for me-la) is Tiger Balm!

Arini jadi lagi (pedih ulu hati). Da sapu minyak but still tak OK. Tak boleh jadih nih, esok keje, buatnye tak boleh tdo, alamat nye susah la nak bangun tdo esok pagi!! So, I decided to bangun dari katil, bukak laptop, and google here and there looking for some tips to cure and avoid pedih ulu hati. So I want to share here with all readers. Hopefully it is usefull not only for me but all of you (readers) as well.

Pedih Ulu Hati? Apa tu???
Turut dikenali sebagai ‘gastroesophageal reflux’ (GER) atau heartburn.
Pedih ulu hati ialah disebabkan oleh asid perut yg menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) yg tidak tertutup dengan betul. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.

Cara merawat

1. Antasid.

Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.
NIH BAHAYE NIH. BOLEH SEMBELIT PULAK.. A BIG NOOOO!

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)

Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

3. Alginates

Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

4. Semasa tidur, naikkan kepala katil anda sebanyak enam hingga lapan inci dengan meletakkan blok kayu di bawah kaki katil. Penggunaan bantal sahaja tidak akan membantu.
NIH MUNGKIN BETUL.. MALAM NIH NAK TRY!

Cara Mengatasi/Mengelakkan Pedih Ulu Hati (Sya bold perkara-perkara yang sangat mempengaruhi pedih ulu hati derdasarkan pengalaman saye sendiri)

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan-makanan berikut:
- mengandungi rempah
- pedas
- menggunakan banyak perasa
- berlemak
- coklat - ADOI..PETANG TADI MAKAN CHOCOLATE..TSK..TSK..
- kafein
- berpudina
- alkohol

4. Pakai pakaian yang longgar terutama di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa tiga jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Sekian..


# Selalu jugak minum Gaviscon bile pedih ulu hati. Tapi same jek! Huhuhu. Maybe tak serasi dengan Sya kot..

2 comments: