In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, November 1, 2016

dah tengok new marvel movie : doctor strange ?

assalamualaikum w.b.t

dear diary

siapa dah tengok cerita doctor strange?
angkat tangannnn !!!!

mula-mula sya ingat cerita ni premier bulan november. rupanya dah start dah.
so sya tengok semalam dengan Z.
first time jugak sya masok hall beanie (klcc) ni sebenarnya.
boleh tahan syok .. hiks!
sangat sesuai untuk aktiviti husband and wife. hahahahaha
yang tak kawen lagi, duduk kat seat biasa tu ! kena panah petir baru taw!
tetibe. hahahahahhahaha

ok, nak review / share sikit cerita doctor strange ni.

best ke?


pada sya best la.
pasal cerita kalau magic-magic nih memang febret sya la.
contoh macam now you see me (magic moden) tu ..

jalan cerita dia macam boleh agak la..
well, dah nama pon cerita superhero, marvel pulak tu.. boleh agak la sikit-sikit.
tapi yang best nya cerita ni tak lambat. kira takde la macam part boring nak menunggu hero keluar ke apa ke..

cerita ni pasal doctor stephen strange, sorang surgeon yang power la.
strange tu nama doctor tu la
(pasal Z tanya semalam strange tu apa / sapa. hahahaha)
sebab dia kira macam memang expert, genius, tapi arrogant sikit.
(tak la arrogant sangat macam ironman tu. hahahahahaha)
one day si stephen accident, injured teruk where modern medic tak boleh nak cure dia.
so dia desperately pergi Kamar-Taj kat nepal, and kat sana la dia jumpa the ancient one and menuntut terus.

the ancient one & mordo. doctor strange ni menuntut dengan 2 orang ni la..

so boleh agak la jalan cerita dia.
dah menuntut jadi tere la kan.. kann..


cuma element complicated tu korang kena tengok baru boleh paham kan.
nak cerita payah.

mads mikkelsen ni sya suka dia masa berlakon hannibal. psycho jek. pastu dia makan apa pon macam sedap je sya rasa. hahahahahahha

macam dormammu tu. asal sya rasa dormammu tu comel eh. hahahahahahaha
macam senang bebeno nak defeat si dormammu tu.
kaecilius lagi payah nak lawan kot.

oh, satu lagi.
heroin cerita ni rachel mcadam (dr palmer)
satu benda sya suka dalam cerita ni is watak dr palmer ni tak over sangat. tak banyak pon.
so bagus. muncul bila perlu je ok. hahahahahaha
pastu takde scene macam orang jahat tangkap heroin yadayada which is boring pada sya! nasib baik..

dia ni sweet je kan.. tengok dia berlakon as dr palmer pon stil terbayang watak dia dalam the notebook. betapa power nya cerita tu. padahal bukan best mana pun, hahahahahahaha. cuma dia ada tinggal effect sikit kat kita lepas tengok. kan kan..

ok, sya malas nak spoil.

yang penting, sila tengok.
and laaagi penting, sila tunggu sampai habis.
sebab standard film marvel, mesti la ada post scene kan.
cuma yang haruuuu nya, doctor strange ni ada 2 post scenes.
so sila tunggu sampai keluar kat screen tu :
doctor strange will return

baru blah.

ok?



7 comments:

  1. Salam kenal Sya.....
    Alaaaa.....nampaknya minat kita tak sama. Cerita cerita superhero hakak kurang minat. Tak mampu nak terlebih berimaginasi hakak Sya hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah. alaa... rugi rugi.. hahahahhahahhaha

      Delete
  2. Mcm best cerita ni sis... belum ada masa nak tengok.. hehe..dok dengar member2 citer ja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! sila tengok. xpon tnggu kuar astro je kak. hehehehehe

      Delete
  3. X tgk ag...kite payah sikit nal tgk movie...kecuali kalau tau cite dia best.. Hahaha

    ReplyDelete
  4. macam best je cite magic2 + lawan2, aksi2 ni..mcm sama je minat..

    ReplyDelete