In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, May 19, 2016

resipi kerepek wonder cheese paling simple, senang, mudah

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

quick update ni

nak share recipe kerepek wondercheese yang tengah hot tu

see.. artist pon tengah musim mengadap wonder cheese nih. 
tu belum baca comment spam promote my ig lagik. 
told you! 
kira memang ketinggalan zaman la kalau tak makan wonder cheese ni. 
tak up-to-date. 
tertinggal boat.
*insert kata-kata nista*
hahahahaha

ni kawan sya yang share.. 

------------------------------------------

bahan-bahan
1. kulit popia 1 packet
(sya selalu beli brand kawan pasal dia paling murah. ekonomi gawat kot.. sobsob)
2. super ring 3 packets 
(kenapa banyak sangat? sebab super ring ni berhantu sikit. takut nanti tak sempat nak buat wondercheese super ring nya dah lesap. uh, seraaamm...)

cara-cara
1. lerai kan kulit popia
2. gunting ikut design yang kita nak. 
if empat segi is too mainstream, potong la zig zag ke, segi tiga ke, bulat ke
3. goreng kulit popia 
make sure minyak banyak and api slow. tapi kalau suka kerepek hangit macam sya, boleh je guna api besar
4. tos kan. angkat and letak atas pinggan with tissue
layerkan tissue banyak sikit. 
make sure guna tissue dapur. macam sya, terlebih bijak, guna tissue biasa tu. satu hal lak bila melekat kulit popia dengan tissue. dah la tissue biasa mahal dari tissue dapur. gawat gawat..
letak tepi. biar sejuk.

*sambung*
5. super ring tadi blender kering 
6. tabur atas kulit popia goreng tadi tu

siap..!
boleh la update status fb ke ig ke, share dalam group ke bagitau berjaya buat wondercheese superduper jimat ni!

kalau nak lagi sedap plus ada bajet lebih, beli cheese powder. 
tak payah pakai super ring. lagi umphh. colour pon cantik.
tapi kalau dah alang-alang beli cheese powder, baik beli yg sebalang yang orang jual dah siap tu.
 (if you know what i mean)
hahahahahaha
ok, guro-guro..

soalan: sama tak rasa macam wondercheese jual kat kedai/ig/fb tu?

hmm.. jujur eh..
dia macam..
kita compare bag LV original dengan LV grade AAA. 
maksud nya?? 
ikut penerimaan/tekak masing-masing..

ok, jom buat! 
kebetulan sya ada popia kat rumah. beli tahun lepas tak masak-masak lagi.

ok, bye (dato aliff syukri)


11 comments:

  1. yui xpnh rasa lg..kira tak up to date la ea..hahaha

    ReplyDelete
  2. tq share resepi, nak cuba buatlah sebab anak suka makan nih, beli sebekas, tak samapi sehari habis, baik mak dia buat sendiri kot dapat lagi banyak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. jimat banyak nih. sbbmodal pon xsampai 5 hengget ;)

      Delete
    2. Yunk kalau pakai cheese powder siap goreng popia tu terus gaul ke yunk?

      Delete
  3. kawan kita ada jual. rase dah hehe cuma cpt hausla hahaha. dia guna cheese powrder kot tp bg saye rasa dia mcm pekat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. klw gile cheese, lagi pekat lagi ngancam. tp lepas tu pening. yg suke rase pekat, tp xminat part masin die tu. huhuhu. try guna super ring la.. xpon gune keropok cheezels tu. less cheezy. tp super ring lagi power la

      Delete
  4. Hai saya ada jual cheese powder. Boleh whatsapp +6 010 924 0548 untuk pertanyaan lanjut 😊

    ReplyDelete
  5. Kalau guna powder cheese time kulit popia panas2 tu dah kena gaul ke ?

    ReplyDelete