In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, May 6, 2016

beli barang kat LAZADA tapi barang salah, or tak sama macam description?

assalamualaikum wbt

dear diary

its fri-yayyy!!

siapa suka shopping kat LAZADA, angkat tangan? 
(maka berjuta lah orang angkat tangan.. hahahahaha)




sya tak payah explain la pasal lazada pasal sya rasa lazada ni sekarang tengah hot kaw-kaw. 
dulu masa zaman study sya layan beli barang kat mudah, lelong, dengan ebay. 
lepas tu dah kerja layan groupon, mydeal, milkadeal, macam-macam la. 
sekarang lazada pulaaaakkk....!!

ok, sya memang kaki lazada (confession of a quite-ekonomi-gawat shopaholic)
sebab?
sebab murah. sebab majority free post. sebab banyak voucher. sebab banyak discount code. sebab ada special discount on special day for credit/debit card holders (ikot bank), and macam-macam lagi la!

tapi harini nak cerita pasal unfavorable experience shopping with lazada

siapa pernah shopping lazada tapi barang yang korang dapat tu tak best? low quality. item tak match dengan description, or salah size?

siapa pernah?

haaaa.. tu topic kita harini. cewahh

masa pantang haritu, sya hari-hari shopping lazada (sebab tak boleh keluar rumah kan). almost hari-hari jugak la van pos laju berenti depan rumah. kadang-kadang benda simple je, contoh pacifier clip la, tudung aidijuma (sehelai je pon), macam-macam lagi la. ada kadang tu barang tak sampai RM10 pon tapi gigih van pos laju berenti depan rumah nak hantar. hahahahaha

**ok sambung**

selepas berjuta kali shopping kat lazada, ni first time sya dapat barang salah. salah size lak tu!

mula-mula macam frustrated habis. lepas tu pasrah. lepas tu macam ahh lantak la benda murah je pon. 

tapi one day sya bangun pagi and rasa macam "nak feedback la kat lazada la"
saja nak bagitau..

so sya called lazada

mengadu domba la pasal beli barang salah size. tapi sya cerita simple jek (ntah sejak bila sya jadik pendiam ni. haha)

customer service operator yang attended to sya punya issue tu punya la baik weh!

cakap soft, siap macam "hmm..macam tuu.." comel je. sya ni lemah sikit kalau orang cakap comel-comel lagi kalau perempuan. melting wehh. nak marah tak jadik! hahahahahahahahaha

barang sya ni from oversea. so lambat nak dapat. kalau nak tunggu new items sent to sya lagi sekali, memang mereput la biskut kat dapur. so dia kata dia compensate balik harga barang yang sya beli tu dalam bentuk voucher lazada. cool!

bila dia tanya "boleh ke cik syafinaz?" hati dah macam "boleh sangat!" 
tapi dengan cool nya sya cakap "ok, but do send me an email first
kekdahhnya poyo gitu?? hahahahaha. sebab sya takut sya salah dengar. ha....

so nak summarize balik kalau barang salah, what we should do?

1. check first. make sure item memang confirm tak match dengan description or salah (sebab banyak kes orang beli tak baca description. contoh gamba letak 10 helai baju. jangan expect kita dapat 10 helai. gambar tu illustration je kadang-kadang. BACA! jangan malas. pesanan dari seorang librarian)

2. Once confirmed, call Lazada. Get ready with order ID / number. They will ask for this info first. Then baru explain. Discuss. 

3. They will send an email explaining further action required. Macam kes sya, dorang hantar email request kita reply email tu, explain apa issue dengan barang kita received tu. Keep it short yet concise (tak payah nak KISS sangat la. hahaha). Simple one will do. Tak payah nak cerita detail sangat macam "pada 1 hb saya telah membeli sebuah bla bla.." TAK PAYAH. semua dah ada dalam system. Contoh beli baju size S tapi dapat XL. cakap jek "I bought a dress in S size but I received the XL-size" contoh.. simple-simple jek, jangan buang masa. Attach bukti (snapshot je la kan)

4. Lazada will send a voucher code or arrange for a replacement/compensation, together with dorang punye apology la kan.. So, layan...

Macam kes sya, since barang tu dari oversea, sya tak perlu pulang balik barang yang salah tu. Which means, voucher dapat, barang salah pon sya dapat, barang baru yang betul pon dapat.

yeay!

saya sukaaaaa lazada.

ok, bye (dato aliff syukri)


9 comments:

  1. penah beli barang kat n**e ..

    masa tu dalam pantang gak...hahahha...orang dalam pantang memang shopping online kan...

    dapat barang bukan macam yang kita bayangkan..frust..

    lepas tu terus pangkah website tu...terus serik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nile eh? hahahahhahahahaa. kite suka online pasal kdg2 tu xde teman nak g shopping. so banyak gak senarai websites yang kite pangkah! hahahahahahhaa

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya baru kena nie. Haha. Nak tanya laa. Nak guna voucher tu kena beli barang lagi ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry.. overlooked your comment.

      voucher tu boleh guna untuk beli apa-apa barang pon dalam lazada. tak semestinya kena order barang yang sama balik.

      Delete
  5. Saya baru kena nie. Haha. Nak tanya laa. Nak guna voucher tu kena beli barang lagi ke??

    ReplyDelete
  6. penah x beli brg dr lazada tp brg nye xsampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah je beli barang lazada tak sampai.

      kes nya sya chose shipping method yang free. pos biasa. pastu tak tau la macam mana sistem pos tu, sebulan jugak baru nak hantar ke rumah. kebetulan kat rumah tak ada orang, dorang sent balik parcel tu ke lazada. pon berminggu jugak baru sampai.

      so moral of the story, kalau shipping cost ada charge, proceed je. macam sya nak jimat konon, pergi choose others (standard delivery yang free). last nya tak sampai-sampai.

      but lazada refund balik duit. dorang pon akan refer pos status tu. cuma lambat la..

      Delete