In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, February 2, 2017

Review D-BOX GSC ioi city mall putrajaya

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

harini nak share pasal GSC D-BOX je sebenarnya. hehehehehe
mesti korang semua dah pernah try kan. sya baru first time. tu yang saja nak share kat blog. nanti dah tua boleh korek-korek balik cerita lama. hiks!

ok, D-BOX tu apa sebenarnya? 
D-BOX adds magic to films by introducing a new experience: immersive motion.
dalam bahasa simple nya, D-BOX tu kerusi dalam cinema tu gerak-gerak. hahahahhaahahha



kalau scene orang bergaduh ke apa ke, dia pon vibrate la. kalau action tu, intense sikit la gerak dia. siap senget-senget kiri, kanan, belakang.

tapi jangan risau, takde la extreme sangat pon. kita still boleh menikmati popcorn walaupon tengah-tengah scene action tu.
eh, ke sya sorang je?
sebab jeling2 orang depan, takde yang makan popcorn je memanjanggg.
sya sorang je mulut tak berenti mengunyah. bosan popcorn, nugget pulak. dah bosan nugget, layan meatball. pastu popcorn balik. sebab tu sya slim. bhahahahahhaha (mencik mencik!)

ok, sambung**

according to GSC (boleh tengok kat website dorang), D-BOX ni tak sesuai untuk beberapa golongan macam dalam list kat bawah ni:

1. ibu mengandung
2. orang tua
3. orang yang ada masalah jantung, darah tinggi, asma, etc.
4. orang yang ada masalah sakit belakang, tengkuk, tulang belakang, kecederaan saraf, etc.
5. orang yang ada masalah kesihatan
6. orang yang baru lepas buat operation

lepas tu diingatkan jangan nak minum air panas time kat atas seat tu. takut ada yang mandi air panas.

tu je la kot..

tapi jangan risau..
kalau macam tengah tengok movie tu tetiba rasa macam tak selesa kot la bergegar sangat ke, or korang memang jenis nak jugak minum air kopi panas dalam wayang tu, so boleh kurang kan intensity motion tu atau pon off je terus. sama jugak macam kalau korang rasa macam nak pergi toilet tapi tengah scene best, so nak hold dulu, maka kurang kan la intensity dia. off terus ke. balik toilet, on balik. hahahhahaha


macam ni. dia ada 3 level. boleh tambah sampai max, or kurang kan sampai lowest intensity, kalau nak off, cara dia tekan je button - tu sampai dia menyala warna merah (off).

tu je la kot.
overall, memang new experience la pada sya.
lagi kalau korang tengok action movie.
tapi nak kata wow tu takde la sangat.
yang tak pernah try, sila la try.
nak repeat lagi maybe tak kot.
sebab leceh la. tak selesa nak mengunyah.
bhahahahahhaahahhahahahhhaa

D-BOX ni ada kat selected cinemas je. kalau nak check D-BOX ada kat GSC mana, boleh check kat website dorang.


ok bye (dato aliff syukri)


3 comments:

  1. Wah! Belum pernah try lagi D Box... Bagusnya dah ada dekat je. Bukan sya sorang je yang baru nak try... hahahaha

    ReplyDelete
  2. dkt tp bila dah ade bos kecik ni mcm xdpttt je pegi

    ReplyDelete