In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, November 27, 2014

Etika telefon paling BASIC! [Telephone Etiquette]

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Sya cuba sehabis baik untuk tak masok kan langsung pasal kerja kat sini.
I will not talk about bosses, colleagues, customers, students, tak kisah la complaints ke, compliments ke, memang Sya TAK KAN share dalam blog. 

Tapi ni special case.
Sebab nih rasa nya is something to do dengan kehidupan kita diluar waktu kerja jugak.
Pasal etika bila cakap dalam phone.
Actually more to karenah-karenah manusia dalam phone la..


First, extension Sya ni memang paling active pasal dah kite bahagian user services kan.
Orang tertinggal barang pon call kite.
Pernah ada sekali tu ada uncle call, tanya pasal benda yang takde kaitan langsong. 


          Contoh Pelek (tapi cute) nombor 1:
Uncle A: Hello. Ini XXXX ke?
Sya : Yes, how can I help you?
Uncle A: Saya mau tanya, itu Econsave Kampar dekat mana ya?
Sya : Econsave? Uncle tau Muzium Bijih Timah? Econsave sebaris dengan muzium. Opposite OIC Cafe / Ghani Corner.
Uncle A: Itu Econsave lori boleh masok ka?
Sya : Tak sure la uncle. I drive haritu, pass by that area, tengok gate macam tak bukak je. I tak sure gate untuk lorry
Uncle A: Lori boleh masok ka? (repeat)
Sya : I tak sure la uncle..
Uncle A : Erkk..Aaa... (taktaw nak cakap ape tapi Sya taw Sya tak jawab ape yang die nak)
Sya : Belom boleh shopping lagi uncle.. Econsave belom bukak lagi
Uncle A: Owhh.. belom boleh shopping lagi ka? Owh OK2 Thank you amoii. Thank you. Thank you.
          Pelek nombor 2
Sya : Hello XXXX. How can I help you?
Caller B: Ms Yap!
Sya : Sorry?? How can I help you? (mula-mula takpaham. ape tu "misyap"??)Caller B: Ms Yap!
Sya : Do you want me to transfer your call to Ms Yap?
Caller B: Yes.
Sya : (dalam hati) APTB
          Pelek nombor 3
Phone berbunyik. Baru nak cakap hello, tetibe:
Sya: Hel..(TAK sempat cakap hello)Caller B : Syaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (insert suara paling nyaring, paling bergema dalam bumi Kampar)Sya : Laju-laju slow kan volume. Hari-hari camni boleh pekak dowh!
          Pelek nombor 4
Sya : Hello XXXX.
Caller C : Hello
Sya : Hi. How can I help you?
Caller C : Who's this???
Sya : Tarik napasss. Kasi coooool!
          Pelek nombor 5
Sya : Hello XXXX
Caller D: Hello is this XXXX?
Sya : Yes..? (malas nak cakap panjang)
Caller D: XXXX kan?
Sya : pause kejap. (dalam hati) kalau asik ulang XXXX, sampai bileeee la nak abes..!

Banyak lagi phone calls pelek-pelek.
Tu belom kalau yang call tapi cakap tersekat-sekat neves ke ape ntah, Sya pon tak tau. 

Call lepas tu cerita dok ulang-ulang macam pusing-pusing tang situ.

Kadang-kadang tu ada yang parents call on behalf of anak dorang.
Sya kalau parents yang call, nak reject dorang punya request tu memang tak sampai hati la.
Uhukkkk
Not fair taw main parents2 pulak budak-budak nih!
Huhu.

Ada yang call macam nak marah tapi bukan marah.
Memang species cakap macam marah.
Tak ke pelek???

Pape pon, Sya memang salute la kat people out there yang kerja kat call centre, yang kerja as receptionist, etc. Confirm phone calls lagi pelek dorang penah hadapp kan! Memang korang sabar gile la.. Kudos guys!

Sunday, November 16, 2014

Pizza Hut Jam-Packed Pizza

Assalamualaikum w.b.t.

Dear Diary

Harini happy for 3 reasons. First, sebab puas hati rest kat rumah. Tido-makan-solat-tido. Camtu la cycle harini. 

Second, sebab harini berjaya beli few barang dalam to-buy-list. Plus, harga murah lak tu. Settle few parts. Yang tak beli lagi tu, next weekend lak sambung.

Third, sebab dah rasa Pizza Hut Jam-Packed Pizza. Nak pegi dari last week tapi asek tak sempat. Busy la konon..

Ni kalau picture dalam website / ads PizzaHut

Dalam picture, macam style gile. Rasa macam pizza time valentine. Nampak cantik and nampak sedap gile. Sya ajak adik Sya teman time tu. Dia pon excited bila tengok pic Pizza nih. So kitorang pon order la dengan excited nye!

Bila sampai je pizza tu, speechless!


Picture takde edit. Hehehe. Sya expect sebijik dalam gambar, bila sampai camni, Sya blurr teros. 

Tapi don't judge the book by its cover.. Rupa tak cantik tapi rasa not bad. Sedap gak la.. Best sebab pizza dia macam stuffed crust tu. Worth jugak la. Sape yang tak try lagi tu, sila cuba. Tapi expectation tu jangan high sangat lagi- lagi part presentation dia! Hehehe. Sya kalau pizza hut ni suka pasta actually. Sebab sedap and paling penting sebab murah. 

Harga: A'la carte (reg) RM30.90, (large) RM40.90.

Tuesday, October 28, 2014

Preparation. Nak practice pakai shawl

Assalamualaikum w.b.t.


Dear Diary

Tajuk nampak sangat noob bab-bab fashion hijabista! Hahahaha

Ya Allah.. asal pompuan zaman sekarang sume cantik-cantik ek? Kalau tengok kat instagram tu, budak sekolah cantik, budak kat universiti cantik, makcik-makcik cantik, pendek kata semua pon cantik la! Mencabar gila jadik perempuan zaman sekarang. Lagi-lagi kalau tak tau pakai shawl, anda tertinggal! Hahahaha. Takde kaitan!

Sya dah lama dah nak try fashion hijabista lilit-lilit nih. Lagi-lagi semenjak ter-record cerita Hijabista kat TV9 tu, makin membuak nafsu nak pakai lilit-lilit. Hahaha. Selama ni, niat tu ada, tapi tak confident. Sya pulak surrounded by manusia terlebih jujur. Member-member semua species kalau tak cantik ke apa, main nak bash jek! Hahaha. Tapi syukur la. Daripada surrounded by people hipokrit. ko buat salah pon kawan-kawan ko support siap doakan, better dapat yang jujur ye daaak?

Nak jadi cerita, haritu Sya try la pakai shawl lilit. Mashaallah susah gila! Dah tu asek nak senget jek. Bila sebelah tu terpanjang, lepas dah lilit tu ada lebih pulak. Kadang-kadang tengah lilit-lilit ter-pendek, lilit separoh kepala, pastu tak sampai nak pin kat depan. OK, takpaham takpe. Hahaha. Pendek kata memang susah la pakai shawl nih! Kalau pakai bawal tu, pejam mata dah siap. Nih mata dah terbeliak tapi tak menjadi jugak! Kagom dari jauh sape-sape yang pandai pakai shawl pastu kemas jek. Tapi Sya tak give up. Sya try jugak lilit-lilit sampai berpeluh-peluh dalam bilik. Last nya jadik la jugak.

So dengan bangga tapi tak berapa confident, Sya attend wedding pakai shawl. Feedback memberangsangkan! Ada yang bagi feedback positive tapi terpaksa censored kat sini pasal takot ada yang benci pulak baca. Hahaha. So Sya semangat nak move ke next level bab pakai shawl lilit-lilit nih. Sya pon on PC, beli shawl online! Hahahaha. Apa yang Sya beli?

1. Shawl Palestin
Pic google jek.

2. Shawl Glitter
Taktau nak panggil ape. Sya panggil glitter2 je la. 
Source from shalws-house.

3. Shawl Halfmoon
Source from Hijabzone7

Ye.. Sya tau orang lain dah ber-abad dah pakai, Sya baru terhegeh nak beli. Tapi biar la. Chekgu cakap "Biar lambat asal selamat."

Pastu last week Sya cari Kiwi Kleen Fabric Starch tu sebab baca kat blog ada yang kata kalau pakai menda nih, shawl jadi senang bentuk. OK, sebagai insan innocent and over excited, weekend haritu Sya g Tesco nak carik bende nih!
Sya carik sampai ke tempat ayam/ikan, tapi tetap tak jumpa. Tapi sebab still excited nak pakai shawl, Sya beli la mende nih: Easy On Fabric Starch. Sama jek function tapi performance tak sure. Eceh!


OK, jangan terkejot pasni kalau Sya upload picture sambil hashtag #hijabista .
Hahahaha.
Kita jumpa kat Hijabista TV9 K.
Selamat ber-lilit.
*verrangaaannnnnnnn..*

Friday, September 19, 2014

Dulu benci gile!

Dear Diary


Orang pernah cakap jangan benci kat sesuatu tu, nanti suka. Ha, jadik kat Sya la..!!

Sya species tak minat sangat lagu-lagu melayu (ala..radio pon bukan play sangat lagu melayu. banyak lagu indon je..)

Pastu dulu pernah la ter-nyampah kat Najwa Latipp nih (amponnn dikkk). Sebab rase die pelek, pastu suke pakai pelek-pelek. Pastu kan.. nak jadi kan cite.. Sya went through tough time since few weeks ago, So kepala tengah serabut. Sya asik tukar playlist dalam walkman. Mula-mula playlist penuh lagu sedih-sedih, heartbroken la, bla bla.. Pastu da puas dengar lagu sedih-sedih, tukar lagu kasi up mood. Lagu nak inspire to move on. Lagu-lagu girls' power, lagu menyumpah orang, etc.. Pastu, ntah camne boleh tersesat, termasok satu lagu Najwa Latipp nih. Tajuk dia AdaMu (the only lagu melayu dalam playlist time tu)

Somehow rasa cool je bila dengar..

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Sejukkk sikit dengar lagu nih. OK, sekarang Sya kipas-susah-mati (die hard fan) Najwa Latippp. Aippp, sape kutuk Najwa Latipp, Sya rotan!! Hahaha


Tuesday, September 2, 2014

Private sementara waktu utk remove entries tak berkaitan

Saturday, August 30, 2014

Istikharah


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

"Lelaki yang jahat, jodoh nya perempuan yang jahat, Lelaki yang baik, jodoh nya perempuan yang baik"



Ya Allah, Sya bukan maksum, banyak weaknesses, banyak nak improve. Tapi pertemukan la dengan jodoh yang baik.. Amin..

Saturday, February 8, 2014

Thank you so much my dear friends, bloggers!!

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Tarik nafas...fuhh

Lama jugak blog ni kena peram. Thanks pada yang concern, yang contact Sya thru email, yang pm Sya kat facebook, yang call and message pon ada. Tak sangka although kita kenal dalam dunia blog ni, tapi boleh keep in touch kan kan..

Thanks a lot. Appreciate all ur concerns. Yang bagi support suruh Sya jangan sedih tu, I terharu sangat uolls..

My humble thanks to all of you.

Regards,
SYA

p/s: Ada yang remove Sya dari blog list ke? Add balik, tak kira!!! Hahahahahaha