In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, April 19, 2018

JJCM: House of Kambing, MAEPS Serdang

assalamualaikum w.b.t.

Gru says, "helllooooooooo everybody !"
hehe

harini nak share pasal makan. kena update cepat kalau tak nanti terperam dalam draft lepas tu lupa!

siapa sini suka makan kambing ??!

Sya - hmmm tak suka! hahahahahahhaha

tapi tak bermakna sya tak jejak port-port makan kambing ni (angkat kening)
harini sya ikut misi menjejak menu kambing sedap kat the House of Kambing (MOK), MAEPS Serdang.

kalau siapa yang nak try datang sini, location dia memang dalam MAEPS.
lepas masuk main entrance tu, nanti belok kiri. lepas tu ikut je la signage.
takat MAEPS tu kalau sesat dalam tu takde ape pon. bukan nya jem ke apa. lain la kalau time MAHA. Nauzubillahhhh..  hoho

OK, sambung balik**


Ni picture from FB House of Kambing

unik tempat dia. aman damai kan..


HOK ni kalau nak pergi time weekend kena book dulu tau.
macam harini sya pergi, still ada 3-4 tables yang kosong. ni weekdays. kalau weekend, mau la fullhouse kan..


comel je kedai dia ni. konsep buluh betung (betung tu apa?)

dah tengok-tengok kedai. jom tengok menu and harga pulak, apa yang best kat sini.


harga makanan kat sini pada Sya berpatutan la..
sesuai kalau nak buat makan ramai-ramai.









kalau tengok menu dia, macam semua pon sedap-sedap.
even Sya yang tak makan kambing ni pon tengok gambar macam whoaaaaaa...

tapi since Sya makan dengan orang-orang yang makan tak banyak, so order pon tak banyak la.
(sya paling kuat makan dalam ramai-ramai tu. sigh..)

ni yang kitorang order.
sya share sikit la pasal apa yang kitorang order ni eh..


sya punya je lain. sebab tak makan kambing kan..
so sya order nasi kukus ayam bakar - RM6

presentation dia memang out sikit la.
ayam dia bahagian isi. memang kena dengan jiwa sya.
pada yang tak suka ayam bahagian isi ni, maybe boleh request kat staff kot. ke tak boleh? ntah. huhu

rasa dia, OK la..
sambal hijau tu walaupon rupa dia macam erkkk, tapi tu la penyelamat dish ni. sebab pedas kan.
must request extra sambal next time.

ayam tu rasa macam ayam masak kicap je. nothing special.
ayam lembut, tak crispy. bhahahahahaha. ok, gurau.

untuk harga RM6, ok la pada Sya..
tak mahal, tak murah.
Sya prefer nasik kak wok kot dari nasi kukus ayam HOK ni.

verdict: 2 bintang.



kalau order set untuk kambing bakar @ grill, nasi dia macam ni.
ada nasi kukus, sambal hijau, ulam-ulam and kuah kari kambing tu.

untuk review menu-menu kambing ni, datang from partners in crime di hari kejadian. pasal Sya kenot-go dengan kambing kan.. hoho

ok,  first, kari kambing macam dalam gambar kat atas ni.
kuah dia cair je. ala-ala roti canai punya kuah. dalam kuah ni cuma ada dna kambing. so jangan korek-korek mengharap kan terjumpa secebis daging kambing pulak. karang hampa.

kuah dia light, tak pedas, tapi manis (potong sikit la)
tapi pada yang tak suka pedas and suka manis, maybe ok la kot rasa dia ni.

verdict: 3 bintang @ so-so.

haaa... tapi yang ni pulak memang signature dish la kat kedai tu.

tadaaaaaaa...

signature marinated lamb

grill out mini - RM40
500g kambing grill dengan 2 set nasi kukus.

semua agree yang kambing grill dia sedap.
kuah dia best. kemain semua gigih nak ambil kuah dia tapi semua malas nak mintak sudu. last nya semua pon kuis-kuis, cicah-cicah la dengan timun la, daging kambing la.. hahahahhahahahahaha
Sya peratiii je taw.. klaka betol akak-akak office ni.
hahahahhahahahahahah

verdict: yang ni boleh bagi 4 bintang.

kat sini daging unta pon ada taw.
nak try la nanti.
nanti kalau sya try daging unta grill dia, sya share review kat sini.

now, air pulak. gigih air pon nak share tau. hehe.
sya share gambar dengan harga sekali.


nescafe blended - RM3

sedaaaaaaapppp !
wajib order kalau datang sini.
tapi kalau tak minat nescafe tak payah la..


soda mina - RM5
campuran air sprite, lemon, limau kasturi and pudina.
boleh potong rasa kambing tadi. ye ke? dorang la cakap... hehe


HOK special - RM5.50
campuran sprite, tembikai, lemon, limau kasturi and pudina.
yang ni layaaaannnn. ada isi tembikai potong kiub-kiub comel dalam ni.

dekat sini, waiter tu recommend susu kambing blended (RM6).
dia cakap susu kambing blended dorang memang fresh dari ladang, tak ada bau, dijamin layaaannnn.
so kalau ada yang nak try susu kambing fresh, boleh datang sini taw.
ladang dia betul-betul depan kedai je.

susu kambing ni bagus untuk orang pregnant tapi sya kenotgo. so cam biasa, sya harus la order nescafe walau dimana berada. hehe

ok la.. tu je la review jalan-jalan cari makan untuk harini.

by the way, siapa yang nak cari port best makan kambing, boleh la singgah kat House of Kambing (HOK), Maeps Serdang ni.
yang penting, tempat syok. aman damaii... surrounded by pokok-pokok, nyamaaaannnnn.. hehehe

OK la. till next entry, kayy.

ok bye!

2 comments:

  1. Sya, bash pernah pergi sekali.. tapi sebab bawa lil' sofia, pergi pulak tengahari.. dengan panasnya... hmm..

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete