In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, June 2, 2017

Kerajaan umumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 sempena Aildilfitri 2017

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

tadi ternampak kawan share yang kerajaan dah announce pasal Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri 2017 kepada penjawat awam satu malaysia.

-------------------------

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.
Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

-------------------------



So tamat lah sudah persoalan pasal "bonus" raya tahun ni. hehehhe
pada sya, ok lah. syukur alhamdulillah.. lepas la nak pergi makan sedap-sedap.
nak beli baju kurung sepasang dua kat jalan tar tu pon boleh ni rasa nya. hehe

dulu masa awal-awal masuk government, menung jugak bila mengenangkan pasal bonus nih.
ye la.. duduk private bonus memang syok la kan.. berbulan-bulan dapat.
tapi kerja government pon syok jugak.
dapat ramai kawan =)


ok, lah. nak share tu je. harini nak masak apa eh untuk berbuka..

ok bye (dato aliff syukri)

5 comments:

  1. Wahhh untungla... Alhamdulillah, rezeki eh 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillahh.. (dah habis pon duit nya. huhu)

      Delete
  2. taun depan kalau xleh keje gov jugak, aku nak sambung master in business..haha, merajuk! bye2 librarianship

    ReplyDelete
    Replies
    1. what makes you think that once you've completed your mba, you will leave the librarianship field then? bhahahahahahahhaha. macam tuan syed. lompat mba last nye balik ngajo budak2 library jugak :p

      tp aku sokong ko nak ambk mba. actually nak amik course pape pon aku sokong. go jan, gooo!!!

      calculator standby taw. hahahahahahahhahahhahahha

      Delete
  3. Bestnya dan untungnyaaaaa Sya!!!! 😍

    ReplyDelete