In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, October 28, 2014

Preparation. Nak practice pakai shawl

Assalamualaikum w.b.t.


Dear Diary

Tajuk nampak sangat noob bab-bab fashion hijabista! Hahahaha

Ya Allah.. asal pompuan zaman sekarang sume cantik-cantik ek? Kalau tengok kat instagram tu, budak sekolah cantik, budak kat universiti cantik, makcik-makcik cantik, pendek kata semua pon cantik la! Mencabar gila jadik perempuan zaman sekarang. Lagi-lagi kalau tak tau pakai shawl, anda tertinggal! Hahahaha. Takde kaitan!

Sya dah lama dah nak try fashion hijabista lilit-lilit nih. Lagi-lagi semenjak ter-record cerita Hijabista kat TV9 tu, makin membuak nafsu nak pakai lilit-lilit. Hahaha. Selama ni, niat tu ada, tapi tak confident. Sya pulak surrounded by manusia terlebih jujur. Member-member semua species kalau tak cantik ke apa, main nak bash jek! Hahaha. Tapi syukur la. Daripada surrounded by people hipokrit. ko buat salah pon kawan-kawan ko support siap doakan, better dapat yang jujur ye daaak?

Nak jadi cerita, haritu Sya try la pakai shawl lilit. Mashaallah susah gila! Dah tu asek nak senget jek. Bila sebelah tu terpanjang, lepas dah lilit tu ada lebih pulak. Kadang-kadang tengah lilit-lilit ter-pendek, lilit separoh kepala, pastu tak sampai nak pin kat depan. OK, takpaham takpe. Hahaha. Pendek kata memang susah la pakai shawl nih! Kalau pakai bawal tu, pejam mata dah siap. Nih mata dah terbeliak tapi tak menjadi jugak! Kagom dari jauh sape-sape yang pandai pakai shawl pastu kemas jek. Tapi Sya tak give up. Sya try jugak lilit-lilit sampai berpeluh-peluh dalam bilik. Last nya jadik la jugak.

So dengan bangga tapi tak berapa confident, Sya attend wedding pakai shawl. Feedback memberangsangkan! Ada yang bagi feedback positive tapi terpaksa censored kat sini pasal takot ada yang benci pulak baca. Hahaha. So Sya semangat nak move ke next level bab pakai shawl lilit-lilit nih. Sya pon on PC, beli shawl online! Hahahaha. Apa yang Sya beli?

1. Shawl Palestin
Pic google jek.

2. Shawl Glitter
Taktau nak panggil ape. Sya panggil glitter2 je la
Source from shalws-house.

3. Shawl Halfmoon
Source from Hijabzone7

Ye.. Sya tau orang lain dah ber-abad dah pakai, Sya baru terhegeh nak beli. Tapi biar la. Chekgu cakap "Biar lambat asal selamat."

Pastu last week Sya cari Kiwi Kleen Fabric Starch tu sebab baca kat blog ada yang kata kalau pakai menda nih, shawl jadi senang bentuk. OK, sebagai insan innocent and over excited, weekend haritu Sya g Tesco nak carik bende nih!
Sya carik sampai ke tempat ayam/ikan, tapi tetap tak jumpa. Tapi sebab still excited nak pakai shawl, Sya beli la mende nih: Easy On Fabric Starch. Sama jek function tapi performance tak sure. Eceh!


OK, jangan terkejot pasni kalau Sya upload picture sambil hashtag #hijabista .
Hahahaha.
Kita jumpa kat Hijabista TV9 K.
Selamat ber-lilit.
*verrangaaannnnnnnn..*

Friday, September 19, 2014

Dulu benci gile!

Dear Diary


Orang pernah cakap jangan benci kat sesuatu tu, nanti suka. Ha, jadik kat Sya la..!!

Sya species tak minat sangat lagu-lagu melayu (ala..radio pon bukan play sangat lagu melayu. banyak lagu indon je..)

Pastu dulu pernah la ter-nyampah kat Najwa Latipp nih (amponnn dikkk). Sebab rase die pelek, pastu suke pakai pelek-pelek. Pastu kan.. nak jadi kan cite.. Sya went through tough time since few weeks ago, So kepala tengah serabut. Sya asik tukar playlist dalam walkman. Mula-mula playlist penuh lagu sedih-sedih, heartbroken la, bla bla.. Pastu da puas dengar lagu sedih-sedih, tukar lagu kasi up mood. Lagu nak inspire to move on. Lagu-lagu girls' power, lagu menyumpah orang, etc.. Pastu, ntah camne boleh tersesat, termasok satu lagu Najwa Latipp nih. Tajuk dia AdaMu (the only lagu melayu dalam playlist time tu)

Somehow rasa cool je bila dengar..

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Sejukkk sikit dengar lagu nih. OK, sekarang Sya kipas-susah-mati (die hard fan) Najwa Latippp. Aippp, sape kutuk Najwa Latipp, Sya rotan!! Hahaha


Tuesday, September 2, 2014

Private sementara waktu utk remove entries tak berkaitan

Saturday, August 30, 2014

Istikharah


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

"Lelaki yang jahat, jodoh nya perempuan yang jahat, Lelaki yang baik, jodoh nya perempuan yang baik"



Ya Allah, Sya bukan maksum, banyak weaknesses, banyak nak improve. Tapi pertemukan la dengan jodoh yang baik.. Amin..

Saturday, February 8, 2014

Thank you so much my dear friends, bloggers!!

Dear Diary


Assalamualaikum w.b.t

Tarik nafas...fuhh

Lama jugak blog ni kena peram. Thanks pada yang concern, yang contact Sya thru email, yang pm Sya kat facebook, yang call and message pon ada. Tak sangka although kita kenal dalam dunia blog ni, tapi boleh keep in touch kan kan..

Thanks a lot. Appreciate all ur concerns. Yang bagi support suruh Sya jangan sedih tu, I terharu sangat uolls..

My humble thanks to all of you.

Regards,
SYA

p/s: Ada yang remove Sya dari blog list ke? Add balik, tak kira!!! Hahahahahaha

Tuesday, September 10, 2013

Kenapa MERAH itu CLICHE?

Dear Diary,

Dulu masa tengah busy dengan wedding preps, banyak la makcik-makcik and cousins Sya bagi idea colour apa sesuai dengan Sya. Sya species suka kaler-kaler yang tak bright sangat. Bukan sebab kaler tu tak cantik ke apa, tapi Sya rasa tak seswai ngan Sya. Sya tak confident nak ber-colour blocking la bagai. Especially sejak abes study, social skills Sya nih makin menurun. Nak tegur orang tak pandai, nak start conversation tak reti, kadang-kadang jumpa ex-classmate pon boleh tak taw nak cakap apa. Terok kan?? Sebab tu self-esteem pon rasa cam da kritikal sekarang ni. 

OK, pasal merah. Makcik-makcik ramai suruh Sya pakai warna merah. Alasan cliche - sebab merah meriah. Merah compliment orang kulit cerah. Ye ker??? Maybe.. Tapi Sya tak suka merah!

Tapi, bila tengok Neelofa, tetiba rasa nak try merah.

ni merah ke maroon??? hehehe

Cantik jugak merah.. Actually da lama perasan.. Nak try ke tak nih.. Iskk.. Tak confident tapi nak try.. 

Shea Rasol. Dulu Sya rasa cam pelek je dressing dia. Tapi lama-lama sweet pulak. Yang merah ni Sya rasa paling comel.

P/S: Skang mode blogwalking fashionista / hijabista blogs.. Meleleh air liur tengok dorang. Envy their confidence.. Hohoho.



Thursday, August 29, 2013

Make-up

Dear Diary,


Teringin nak belajar make up la..



Tapi risaw jugak. Sebab make-up nih kalaw da terjebak tak boleh tinggal. Contoh nya my sister. Before pegi mane-mane mesti nak kena ada foundation + eye liner + blusher. Tu kira basic la..

Isk.. nak belaja make-up ker tak nih. Kalau tak make up, bila muka nak cantik??? 
Try practice pakai lip balm dulu la.. hoho