In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, July 31, 2019

Review Toaster @ Pembakar Roti yang best!

assalamualaikum w.b.t.

morning korangggggg..!

sya dah lama nak share pasal ni tapi kat office busy sikit and sya pon sejenis memanjang takde mood. tengok PC je lemauuu. adoiiii..

ok, nak cerita pasal toaster @ pembakar roti.

first, mesti ada yang kata "hekeleh, toaster pon nak cerita beria. dah berpuluh/beribu toaster aku beli, tak kecoh ponnnnnn"

adududuuuu... jangan begituu.
saya tahu anda power, tapi tahukah anda ada orang yang jenis nak beli toaster pon study beria, google review bagai. tau tak? tau tak? haaa sya la orang tu! hahahahaha

disebabkan kita tahu feeling meng-google sana sini tapi tak dapat jawapan yang kita nak, so sya dedicate la entries review cenggini untuk memudahkan orang kat luar sana.
niat kite baik taw wak... sobsob.

ok, sambung balik.
sebelum ni sya pakai toaster @ pembakar roti hadiah time kawen dulu.
alhamdulillah.. syukur sangat sebab time sya kawen dulu, hadiah boleh kata semua pon membantu pastu yang paling best, hadiah boleh kata semua tak sama. sya pernah baca orang share hadiah kawen die, periuk nasik je dekat 10 bijik. ha kooooo...
ape nak buat dengan periuk nasi sampai 10 tu??
macam-macam sebenarnya.. hahahahaha. tapi tu next time punya cerita la eh. haha

berbalik pasal toaster sya, satu benda yang sya macam tak berapa berkenan dengan toaster sya tu is, dia punya tempat letak roti tu macam terdedah. so kalau lama tak pakai, macam ngeri sikit la. lagi-lagi kalau anda sejenis overthinking cam sya ni. huhu
tu haaaa... kan macam tempat letak roti tu ternganga gituuu... so kalau lama tak guna. mula la sya imagine ada semut masuk la, ade habuk la, berkulat la.. eh macam-macam la!

sya tak sure orang lain simpan camne, tapi kitorang simpan dalam plastic je. bungkus dengan plastic, masuk kotak balik.

on second thought, sya rasa toaster camni boleh je kalau simpan dalam kotak clear @ clear box tu kan? lagi kemas, and hygiene terpelihara. semut pon tak boleh masuk.
ala.. bekas camni ha.. 
adoi, awat la sekarang ni baru terfikir. haha

bekas macam ni kalau kat ikea tu berlambak kan. dari kecik sampai ke besar sampai kita pun muat dalam tu.
cuma kecik-beso kecik-beso je haku tengok kalau yang kat ikea tu pasal jual asing-asing ngan cover/lid. semalam pergi ikea, ter-menyumpah jugak la bila beli bekas, bekas harga lain, penutup/ cover harga lain. menyirappppp mak. hoho

ok, sambung balik.
so sape yang guna toaster macam toaster lama sya tu, jenis terbukak tu, boleh la cari bekas plastic clear macam gambar kat atas. simpan toaster dalam tu bila dah taknak guna. insyaallah selamaat..

tapi macam sya cakap la, sya haritu ngeri sikit dengan toaster lama sebab dah lama tak pakai kan. so sebagai manusia yang malas nak pikir panjang, sya cari toaster baru je.

so misi meng-google pon bermula (see... i told you! sya memang active meng-google. haha)

sebelum tu, nak bagitau, sya tak suka toaster @ pembakar roti jenic macam ni

haaaa jenis ni. sya tak suka. nanti roti sya terkepit, pastu ada garis.
tak suka tak suka.
tapi kalau orang buat kan, sya bedal je. hoho

jom sya share toaster @ pembakar roti yang berkenan naw kat hati ni..

philips toaster HD2581

gigih letak model. hahahahaha.
btw, ni adalah toaster yang sya paling merembesss @ berkenan la. siap hantar gambar kat Z untuk meng-convince kan beliau yang wife dia ni memang nak sesangatttt toaster philips ni.
last nya Z pon pasrah and tolong pilih kan colour. hahahahhahahaha
sya mintak approval Z bukan nak paw die ke apa (hahahahahha), tp sebab taknak ia bising pasal toaster lama tu ada kan. ni dah dapat approval senang, toaster lama tu sya suruh dia letak kat pantry office die je. settle.

both colour hitam & putih tu pon sya suka.
ya alllahhhhh.. sukar nya membuat pilihan..
hahahahahhaaha

ni features toaster philips yang sya sesangat tu:


dia punya basket ke apa panggil tu eh, yang tempat kita masukkan roti tu, boleh angkut terus bawak keluar. so kerja-kerja pembersihan senang dijalankan. ecewahh

pastu kalau korang perasan, dia punya tempat letak roti tu ala-ala tempat nak bakar ikan kan? hahaha. so senang kalau kita nak buat roti bakar ber-inti meriah, so tak risau inti dia luruh/tercicir ke bawah. eh paham tak apa sya cakap ni? huhu


boleh letak sepasang roti terus kat 1 slot tu. tengah2 tu boleh letak siap-siap tomato, pepperoni, cheese, or pape la. uuuuuu daaaap nye. rasa nak makan subway pulak
#tetibe

power kan? selalu toaster kita tu kita letak butter kaya nutella jam je kan kan kan..
ni kita boleh buat macam sandwich tu. uuuuu.. osemmmm! haha

yang ni feature yang macam takde motip pada sya tapi takpe, kita share jugak la.
toaster philips ni jugak boleh panas kan roti ke or pape la dengan cara macam dalam gambar kat atas ni. hmmmm... pape la..

so ni la toaster paling berkenan.
dah survey harga, dalam RM 85 kot paling murah. maybe kalau ada electronic sale ke apa boleh dapat murah lagi.

tapi...
tapi tapi tapiii..

tengah sya nak check out / bayar toaster philips ni. tetiba tangan tergatal google pasal toaster lagik.
and sya terjumpa la toaster ni ha

philips HD2595
masalah nya, toaster philips toaster HD2595 ni tak jumpa pulak kat malaysia (time sya nak beli tu la)

masa tu sya dah macam ralat nak  beli toaster philips tadi. sebab teringat motipp utama beli toaster baru adalah kerana hygiene toaster lama yang tidak menepati piawaian sya.
so kalau sya beli toaster philips tadi, problem sama jugak - tempat bakar roti tu ternganga.

so sya search balik model lain. this time, misi kita mencari bread toaster with lid cover @ pembakar roti dengan penutup.

huh, sekali taip terus jumpa! hahaha


ha, settle terus problem!

harga pulak cuma RM 45 je.
hahahhaha

sya terus order dari shopee!
tak sampai 3 hari dah selamat sampai kat rumah.

tadaaaaaa...!!!


sempoi je kan 


dia ada penutup @ lid cover tu. so tak payah risau berhabuk ke apa ke.
pastu boleh bukak bawah dia tu kalau nak cuci @ buang sedak roti ke apa.

tapi paling suka part lid dia tu la..


boleh kata hari-hari la buat roti bakar. hahahahahahaha.

senang cite, memang puas hati la toaster ni!
harga pun murah.
suka suka suka!
hiks

ok, so siapa yang ada suka roti bakar pastu nak cari pembakar roti yang best and hygiene terpelihara, sya highly recommend morgan toaster MTS-22C ni! sekali dengan model sya share sekali. hahahaha

ok, bye!


Thursday, May 2, 2019

Young Living vs Narinar vs Ronella. Korang pilih yang mana?

Assalamualaikum w.b.t.

harini ada masa sikit nak update pasal task terbaru yang tengah menyemakkan kepala Sya. tak semak sangat sebenarnya, tapi kalau species memang survey beria, memang sedikit semak tu tak boleh nak avoid la. hoho

kisah nya, Aydan kerap betul batuk + flu. rasa nya dari baby, dah 2 kali kot warded sebab ni. Abang Adam dulu, jarang sangat nak batuk / flu. dulu time Adam, Sya guna krim Tropika. lepas mandi sapu kat dada and tapak kaki. tak tau la kalau minyak tropika tu yang bagus or memang Adam sejenis yang susah nk batuk/flu (Sya rasa faktor yang kedua ni)

Tropika Baby Herbal Cream. Sekarang dah tukar packaging dah.
 tapi Aydan, dia tak sesuai dengan krim Tropika tu. Aydan ada problem sensitive skin, ada eczema yang quite severe masa baby dulu (now alhamdulillah), kalau sapu krim tropika ni, macam melepuh kulit die. uwaaaaa


sya pernah try jugak minyak tenang anakanda, sama jugak.
kulit dia tak sesuai. merah lepas sapu tu.
minyak ni ramai jugak share/recommend kata minyak ni bagus.

lepas tu Adam dulu, kalau batuk selsema lebih 3 hari, Sya bawak pergi sonotron terus. kat Bangi. Alhamdulillah, Adam serasi dengan sonotron. 

tapi Aydan, adoiiiii...
ni la nak cite ni. Sya pernah bawak Aydan sekali pergi sonotron. turned out, memang Aydan tak boleh langsung. masa tu dia baby lagi, kebetulan kat muka ada sikit-sikit flare eczema, balik tu hamikkkkkk... muka naik biji-biji macam ada air tu. bile pecah, jadi la eczema basahhhhh. merahhh pipi. fuhhh.. mencabar kan dobot seketol tu.

sya join group eczema mommies. selalu discuss pasal eczema dalam tu. macam-macam tips la dapat.
latest ni Sya macam terjebak dengan essential oil. ramai jugak mommies yang share kata essential oil ni bagus / serasi dengan anak dorang.

setelah mengumpul survey dan reviews dari real PENGGUNA (takmo review or testimoni from sellers / agent. huhu), sya shortlisted kan 3 brand essential oils yang sya berkenan.


1. YOUNG LIVING

 Young Living Essential Oils (YLEO )

young living ni rasa nya tak payah introduce kot. macam semua orang kenal.
yang best nya young living ni selain products and brand dia yang memang dah well-known, sya ada kawan-kawan yang jadi agent sah YL. so senang kalau nak beli / refer cara guna ke apa.

cuma yang sya macam serabut tu, bila sya tengok kawan-kawan sya macam campur-campur EO ni. kira EO blend baru, custom ikut function yang dorang nak. menarik.. tapi untuk orang yang tak tau pape macam Sya, pening la pulak.

lepas tu, Sya tengok kawan-kawan Sya yang terjebak, tu diaaaaa...
dorang punya koleksi yleo penuh 1 box.
interesting, tapi Sya boleh bayangkan kalau Sya terjebak sekali apa jadi.
mau la Z peninggggggg sekali. hahahahaha.

so kalau Sya beli Young Living, Sya kena menuntut teknik-teknik memblend minyak dia supaya boleh dapat result tiptop macam kawan-kawan Sya yang selalu share kat ig/fb tu.


2. NARINAR


Narinar ni pulak Sya dengar dari mommies dalam group eczema.
dari dulu lagi selalu dengar, tapi biasa la.. Sya ni tak berapa convince sangat dengan essential oil ni sebenarnya.. takkan la minyak titik-titik gitu je pon boleh powerrr sampai boleh bagi tido la, boleh hilang batuk la, gitewwww..
ni dulu punya cite la.. haha

sampai la bila join group, kadang-kadang naik topic essential oil ni, then mak-mak share experience dorang, sya terbukak sikit la hati nak explore sikit.

ok, sambung pasal Narinar..
Narinar ni yang syok dan tak syok nya, dia ada 4 jenis je essential oils. hahahahahaha

gambar 4 jenis essential oils dengan fungsi of each eo.
sempoi je kan. hahahhahahahaha.

baru ni Narinar launched satu lagi essential oil baru which is Roselove


macam menarik kan, tapi Sya tak suka color pink. ngeeee
 yang ni special untuk orang perempuan especially mak-mak because kate nye, bagus untuk hormone kita yang senang haywire ni. hahahhaa
promote good mood, and macam-macam la function dia. wallahualam..

ada mommies yang share kata bau rose dia best. ha yang tu sya suka.
sya suka bau air mawar mustika ratu. dulu time sekolah pernah terbeli toner mustika ratu, bau rose. wangi gileeeeeeeeee.
tapi breakout muka lepas pakai. mencik!

 
3. RONELLA


yang ni sya berkenan dengan baby series dia.



selain essential oils, balm pon ada
 


 simple, straighforward, tak confused, rasa nak beli semua kan.
hahahahhahahahaha

-------------------------

OK, habis dah.

so ada 3 brands yang Sya berkenan. banyak lagi brands kat luar sana cuma macam Sya cakap la, 3 brands ni Sya shortlisted kan sebab real experience dari kawan-kawan and mommies kat group.

kalau korang pon tengah fasa nak membeli macam Sya, Sya nasihat kan beli la dari kawan-kawan yang jadi agent. kita support each other. dengan kawan-kawan ni senang sebab papehal korang boleh tanya je takyah lapik-lapik. lagi best kalau member kamceng, kot kalau tak best ke, boleh sound terus. bhahahahhahahahahahahahahaha #jangantiruyangni

kalau takde kawan yang jadi agent @ seller, beli lah dari agent yang sah ye..

Sya???
 haaa... Sya tengah study lagi ni. nanti dah beli kita update kat sini dengan review sekali. ok?

ok bye!

Tuesday, April 23, 2019

Misi mencari mesin basuh paling bagus

Assalamualaikum w.b.t.

Sya tengah on a mission ni. Sya kalau bab meng-survey ni. memang sampai masuk mimpi la. hahahaha

kisah nye washing machine kat rumah rosak. Sya guna mesin basuh brand Toshiba, beli kat Senheng back in 2015 masa mula-mula kawen dulu (blushingggg. bhahahahhahahahahaha) sekali last month dia buat hal daaaaaahhhhh...

Bila on je dia keluar E4 @ E6 error. Panggil this one Chinese guy datang rumah untuk tengok & repair, diagnosis: panel rosak.
Thats why air tak masuk dia cakap. OK la.. kos untuk repair panel Toshiba problem dalam RM450+, sebab nak order panel baru kan.
Ikutkan Sya malas nak repair sebab kos repair pon dah lebih separuh harga machine tu, baik beli baru je kan.. tapi sebab dah orang tu sampai rumah, repair je la.

Tapi tu la.. nak kata takde rezki dengan machine basuh tu, panel tu takde stock pulak.
Soooooooooo.... machine baru la jawab nya.

OK, survey machine basuh pon bermula.

First, mesin basuh lama kapasiti 8kg je.
Tak syok. Sebab tak boleh basuh comforter tebal.
So this time, kita aim besar sikit. At least 10kg.

Second, top load vs front load. 
Kalau ikutkan Sya ni, merembes tengok front load washing machine. Lagi pulak kalau tengok catalog, front load ni macam futuristik sungguh ghupe die.
Dengan features bombastic anti bacteria la, anti wrinkle, segala macam anti la.
Tu belum save energy, save water, siap kalau baca katalog dia, di-ceramah nya kita pasal green world, global warming, eh macam-macam la.

Sya baca review kat threads / forum, blogs, etc. ada yang complain kata dorang rasa tak confident sebab macam sikit nau pulak air guna. Siap ada yang cakap baju dorang lepas basuh bau detergent kuat.
Ah sudaaaahhhhhhh..
melecet wehhh pakai baju sabun tak betul bilas. Haha.
Tapi Sya baca yang comments balik, dorang kata kalau prefer guna banyak air, guna function bedding ke blanket ke whatever la. So OK la.. ada la solution kan. Tapi Sya dah tak syok la. Sya dah la memang kalau basuh baju tu suka air banyak. Puas hati tengok kain-kain tu tenggelam terus. Hahahhaa. Lagi 1, front load ni mahal banyak jugak la dari top load. Hmmm... tau terus mana yang harus dipilih. hahaha.

So, Sya decide beli Top Load washer.

Third, brand.

Ni memang Ya Ampunnn la. Paling confused part ni. Ni part paling lama. Pasal bila tanya orang, macam-macam brand keluar. Sudah nya dekat 10 brands Sya list kan. Tak membantu kan?? Hahahaha

So buat survey sikit, ada setengah brands ni customer service dia macam out sikit. Call susah, panggil tak datang.
Haaaaa part ni penting jugak. Sya teringat brand TAKASIMA (jangan beli woi. depressed kalau deal dengan dorang. CS cakap lain, technician nak lain, sudah nya dorang boolayan kita. Memang pangkah besar la TAKASIMA ni. MOHON JANGAN BELI TAKASIMA unless anda penyabar macam Nur tv3 tu)

OK, sambung balik.

Sya baca review, Samsung antara brand yang paling han** customer service nye. Call susah angkat, nak schedule orang datang rumah punya la payah, tu ada few yang share la.
Again, kadang-kadang benda ni nasib kan. Rezki Allah mudahkan, customer service rep yang angkat time kita call tu bagus, Kadang dah qada' dan qadar, jumpa yang tak ikhlas, malas layan.
Takpe la.. yang penting husnuzonnnn (sempat selit. nak cool kan diri sendiri sebenarnya. hoho)

Lepas tu kalau korang perasan, ada setengah brands ni cantik2 design nya. Macam kena dengan selera. Ada certain brands tu macam di tahun 2019 pon design dia ala2 rumah arwah opah punya machine basuh. Ha niiii pun mempengaruhi gak ni.

Dan, HARGA....!

So Sya list kan antara brand yang Sya berkenan : Samsung (masih ada niat nak beli), Electrolux, Panasonic.

Tips tambahan

Akak office Sya cakap, cari stainless steel drum. Lagi tahan dari plastic biasa tu katanye.

Staff dekat Homepro kata, cari panel dekat atas, bukan kat depan. Sebab kalau kat depan high chance untuk panel tu exposed dekat air ke apa. So tu antara punca panel cepat rosak.

contoh panel kat depan




contoh kat panel belah atas / belakang

macam washing machine Toshiba Sya yang lama tu, kadang tu Sya siap letak bakul baju kat atas panel, sebab lenguh pegang bakul lama-lama.
Ya amponnnnn.. mau hangin Z baca ni. hahaha
 
So ye kot, better beli panel macam kat contoh gambar no 2 ni.
Akak office Sya yang lain pulak cakap, jangan lenjan mesin basuh sampai sehari 3 kali ko pusing tak. Tu pasal cepat rosak. Guna la sehari sekali ke, selang sehari ke..
OK yang ni Sya mengaku la. Memang Sya lenjan sehari sampai ntah bape round machine tu buat kerja. OK, pasni kita buat jadual pembersihan la nampak nya.

OK, Sya share machine basuh yang Sya berkenan dengan harga sekali tau.

1. Electrolux 10kg EWT105WN 



Price : RM 1,199 (HomePro)
Warranty : 2 tahun
TAPI.. panel kat depan. So tak masuk list final la...

2. Electrolux 12kg EWT125WD



Price : RM 1,758 (Lazada)
Warranty : 2 tahun
Sama juga, panel kat depan. So tak beli..


3. Panasonic 10KG NAF100A1 



Price : RM 1,199 (Lazada / Shopee)
Warranty : 1 tahun
Kejap naw 1 tahun kan..


4. Panasonic 13.5kg PSN-NAF135X4 ECONAVI





Price : RM 1,788 (Senheng)
Warranty : 1 tahun
Yang ni dilema sikit.

Kalau beli dari Senheng website @ kedai, warranty dapat extra 1 tahun lagi.
So total 2 tahun la (sebab member).
Kalau beli thru Lazada @ Shopee Senheng, dapat discount RM50, tapi warranty setahun je la..

Sya fikir RM50 untuk extra 1 tahun warranty, ok sangat apa.
TAPI, kena tau yang barang-barang ni suka buat hal after 3-4 tahun camtu. Senang cite, bila semua warranty dah habis, dia pon mula la problem. Macam berjanji pulak. Mencik.
 So macam takde function pulak warranty tahun kedua tu. Sebab Sya confident the first 2 years tu memang die behaved punye la.

Nampak tak dilema disitu??

OK, next.


5. Samsung 10kg WA10J5710SG





Price : RM 1,199 (Lazada / Shopee @ RM1,259 (HomePro)
Warranty : 1 tahun



6. Samsung 12kg WA12J5750SV





Price : RM 1,599 (HomePro)
Warranty : 1 tahun

yang ni Sya suka sebab ada colour hitam jugak.
Macam comel kan. Boring la asek colour putih/ grey je.

OK, cukup la tu. Letih pulak survey.
 Kalau ada suggestion boleh share taw.

Nanti Sya share Sya beli yang mana. 
Ikutkan hati, harini jugak nak beli. Tapi tu la.. sama jugak. Kena tunggu dekat seminggu jugak untuk orang tu deliver @ hantar ke rumah.

nanti Sya update.
OK bye.

Wednesday, August 29, 2018

tips jaga anak kecik-kecik or anak rapat-rapat

assalamualaikum w.b.t.

lama tak update blog kan.

Aydan dah setahun. yeayyyyyy. cepat nye la masa kan.. ingat lagi dulu time Adam, masa umur setahun je both Z and Sya decided nak ada adik.
Hahahahhahahaha

But this time idok la. challenging sungguh ada 2 ketol dobot ni.

ada jugak orang tanya, macam mana jaga bila ada anak rapat-rapat ni.
masa kitorang ada Aydan, abang Adam baru setahun 9/10 bulan cmtu. of course memang challenging + hectic ohoiiiiiiii. hahahahahahhaha

so berbalik pada persoalan, macam mana handle anak rapat-rapat ni?

ok, sharing session. jawapan yang pertama is...

sila beli play yard. hahahhahahhahahahahhaa


sebenarnya nak buat review pasal playyard.
sya guna haenim play yard.

tapi nak review pon macam tak sempat je, so kita share gamba je la eh.
ngeeeeeee

ok la. nanti kita sembang panjang. rindu pulak dekat 2 ketol dobot ni.



Monday, May 15, 2017

akademi kepimpinan pendidikan tinggi (AKEPT), bandar enstek

assalamualaikum w.b.t.

goood morning sunshine
=)

harini nak share pasal akademi kepimpinan pendidikan tinggi (AKEPT)

sebab nya sya baru balik dari 2 hari bengkel kat sana.
saja gigih buat entry ni kot ada yang macam sya.
sya haritu sebelum pergi, kemain google taw. sebab sya tak familiar dengan kawasan ni.

AKEPT ni located at bandar enstek.
cantik jugak bandar enstek ni.
tenanggg je siang-siang. sya tengok bandar enstek ni macam tak havoc sangat. rumah pon banyak yang baru nak naik and cantik-cantik.
tapi of course tenang lagi putrajaya kan.. hahahahahhaha

tapi malam-malam pulak boleh tahan havoc. hiks


dalam kawasan akept.
cantik je.. sya rasa tempat ni guna bila ada bengkel or activities je kot.
sebab time kitorang pergi tu, macam takde orang je.
tapi serious cantik kawasan sini.


sampai-sampai sya register and ambik kunci bilik dulu sebab nak letak barang semua.
actually takde barang pon sebab sya tak plan nak stay kat sini.
datang bawak laptop je. hehehe


masa tengah ambik mood nak check in bilik..



ni bilik sya. ok la kan.. 


bilik kat sini memang selesa. sesuai la untuk orang yang datang nak focus.
ecewah! hahahahahahhaha


sebab semua orang datang sini atas urusan kerja, maka nya kawasan ini adalah penting!



ni toilet dia. bersih and kemas. kat belah kanan tu actually ada ruang lagi tapi tak kuasa la nak ambik gambar the whole toilet.
of course toiletries were all provided kan.
so anyone yang bakal berbengkel kat sini, tak payah susah-susah nak bawak sabun ke shampoo ke toothbrush bagai (sambil nyanyi lagu toothbrush)


ok,  ni pulak lobby akept.
berkilat berkilau semua la.
senyap sunyi aman damai jeeee... suka betol sya tempat nih! hehehehe


masa sya haritu, kitorg kat level 2.

--

now kita masuk part makan pulak.

part makan ni memang heaven la kalau pergi training apa-apa pon kan..
hahahahahahahha


breakfast on the first day.
memang menguap la lepas tu.
ada menu lain lagi macam bihun / mee, roti bakar egg toast, macam-macam la.
tapi mesti la sya chose nasik lemak dulu kan.
irresistible! hahahahahaha


ni lunch. bersepah!
ada air cendol bagai. menyandar lepas makan! hahahaha



ni pulak lunch second day.

sehari makan sampai 5 kali.
nasib la bengkel 2 hari jek.
kalau seminggu, sebulan?? boleh imagine? hahahahahahha

jangan tanya mana saucer. pindah tempat sebab kak nida ajak duduk sini. angkot yang muat tangan je. hahaha

ni picture masa minum pagi, day 1.
suka view kat sini. amannnn (ulang lagik! hahahahahhahhaa)

sya datang sini berdua dengan colleague. 
tapi sebab time ni Z outstation, so sya tak boleh nak stay.
kalau tak, sya dah hangkut Z dengan adam sekali stay sini dengan sya.

kebetulan colleague sya dapat bilik level 2, sya pulak dapat level bawah. 
so sya bagi je kunci bilik sya kat colleague sya.
sebab habis training je day 1 tu, sya terus balik sebab kena ambil adam kat rumah babysitter.
luckily from putrajaya to bandar enstek cuma dalam 40 minit macam tu. so ok la..
the next day dalam pukul 7 pagi sya gerak datang bandar enstek balik.

so ok la. pada yang bakal berbengkel dekat akept ni, selamat berbengkel.

ok la, sya ade talk pulak pagi ni.


ok bye (dato aliff syukri)