In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Wednesday, July 31, 2019

Review Toaster @ Pembakar Roti yang best!

assalamualaikum w.b.t.

morning korangggggg..!

sya dah lama nak share pasal ni tapi kat office busy sikit and sya pon sejenis memanjang takde mood. tengok PC je lemauuu. adoiiii..

ok, nak cerita pasal toaster @ pembakar roti.

first, mesti ada yang kata "hekeleh, toaster pon nak cerita beria. dah berpuluh/beribu toaster aku beli, tak kecoh ponnnnnn"

adududuuuu... jangan begituu.
saya tahu anda power, tapi tahukah anda ada orang yang jenis nak beli toaster pon study beria, google review bagai. tau tak? tau tak? haaa sya la orang tu! hahahahaha

disebabkan kita tahu feeling meng-google sana sini tapi tak dapat jawapan yang kita nak, so sya dedicate la entries review cenggini untuk memudahkan orang kat luar sana.
niat kite baik taw wak... sobsob.

ok, sambung balik.
sebelum ni sya pakai toaster @ pembakar roti hadiah time kawen dulu.
alhamdulillah.. syukur sangat sebab time sya kawen dulu, hadiah boleh kata semua pon membantu pastu yang paling best, hadiah boleh kata semua tak sama. sya pernah baca orang share hadiah kawen die, periuk nasik je dekat 10 bijik. ha kooooo...
ape nak buat dengan periuk nasi sampai 10 tu??
macam-macam sebenarnya.. hahahahaha. tapi tu next time punya cerita la eh. haha

berbalik pasal toaster sya, satu benda yang sya macam tak berapa berkenan dengan toaster sya tu is, dia punya tempat letak roti tu macam terdedah. so kalau lama tak pakai, macam ngeri sikit la. lagi-lagi kalau anda sejenis overthinking cam sya ni. huhu
tu haaaa... kan macam tempat letak roti tu ternganga gituuu... so kalau lama tak guna. mula la sya imagine ada semut masuk la, ade habuk la, berkulat la.. eh macam-macam la!

sya tak sure orang lain simpan camne, tapi kitorang simpan dalam plastic je. bungkus dengan plastic, masuk kotak balik.

on second thought, sya rasa toaster camni boleh je kalau simpan dalam kotak clear @ clear box tu kan? lagi kemas, and hygiene terpelihara. semut pon tak boleh masuk.
ala.. bekas camni ha.. 
adoi, awat la sekarang ni baru terfikir. haha

bekas macam ni kalau kat ikea tu berlambak kan. dari kecik sampai ke besar sampai kita pun muat dalam tu.
cuma kecik-beso kecik-beso je haku tengok kalau yang kat ikea tu pasal jual asing-asing ngan cover/lid. semalam pergi ikea, ter-menyumpah jugak la bila beli bekas, bekas harga lain, penutup/ cover harga lain. menyirappppp mak. hoho

ok, sambung balik.
so sape yang guna toaster macam toaster lama sya tu, jenis terbukak tu, boleh la cari bekas plastic clear macam gambar kat atas. simpan toaster dalam tu bila dah taknak guna. insyaallah selamaat..

tapi macam sya cakap la, sya haritu ngeri sikit dengan toaster lama sebab dah lama tak pakai kan. so sebagai manusia yang malas nak pikir panjang, sya cari toaster baru je.

so misi meng-google pon bermula (see... i told you! sya memang active meng-google. haha)

sebelum tu, nak bagitau, sya tak suka toaster @ pembakar roti jenic macam ni

haaaa jenis ni. sya tak suka. nanti roti sya terkepit, pastu ada garis.
tak suka tak suka.
tapi kalau orang buat kan, sya bedal je. hoho

jom sya share toaster @ pembakar roti yang berkenan naw kat hati ni..

philips toaster HD2581

gigih letak model. hahahahaha.
btw, ni adalah toaster yang sya paling merembesss @ berkenan la. siap hantar gambar kat Z untuk meng-convince kan beliau yang wife dia ni memang nak sesangatttt toaster philips ni.
last nya Z pon pasrah and tolong pilih kan colour. hahahahhahahaha
sya mintak approval Z bukan nak paw die ke apa (hahahahahha), tp sebab taknak ia bising pasal toaster lama tu ada kan. ni dah dapat approval senang, toaster lama tu sya suruh dia letak kat pantry office die je. settle.

both colour hitam & putih tu pon sya suka.
ya alllahhhhh.. sukar nya membuat pilihan..
hahahahahhaaha

ni features toaster philips yang sya sesangat tu:


dia punya basket ke apa panggil tu eh, yang tempat kita masukkan roti tu, boleh angkut terus bawak keluar. so kerja-kerja pembersihan senang dijalankan. ecewahh

pastu kalau korang perasan, dia punya tempat letak roti tu ala-ala tempat nak bakar ikan kan? hahaha. so senang kalau kita nak buat roti bakar ber-inti meriah, so tak risau inti dia luruh/tercicir ke bawah. eh paham tak apa sya cakap ni? huhu


boleh letak sepasang roti terus kat 1 slot tu. tengah2 tu boleh letak siap-siap tomato, pepperoni, cheese, or pape la. uuuuuu daaaap nye. rasa nak makan subway pulak
#tetibe

power kan? selalu toaster kita tu kita letak butter kaya nutella jam je kan kan kan..
ni kita boleh buat macam sandwich tu. uuuuu.. osemmmm! haha

yang ni feature yang macam takde motip pada sya tapi takpe, kita share jugak la.
toaster philips ni jugak boleh panas kan roti ke or pape la dengan cara macam dalam gambar kat atas ni. hmmmm... pape la..

so ni la toaster paling berkenan.
dah survey harga, dalam RM 85 kot paling murah. maybe kalau ada electronic sale ke apa boleh dapat murah lagi.

tapi...
tapi tapi tapiii..

tengah sya nak check out / bayar toaster philips ni. tetiba tangan tergatal google pasal toaster lagik.
and sya terjumpa la toaster ni ha

philips HD2595
masalah nya, toaster philips toaster HD2595 ni tak jumpa pulak kat malaysia (time sya nak beli tu la)

masa tu sya dah macam ralat nak  beli toaster philips tadi. sebab teringat motipp utama beli toaster baru adalah kerana hygiene toaster lama yang tidak menepati piawaian sya.
so kalau sya beli toaster philips tadi, problem sama jugak - tempat bakar roti tu ternganga.

so sya search balik model lain. this time, misi kita mencari bread toaster with lid cover @ pembakar roti dengan penutup.

huh, sekali taip terus jumpa! hahaha


ha, settle terus problem!

harga pulak cuma RM 45 je.
hahahhaha

sya terus order dari shopee!
tak sampai 3 hari dah selamat sampai kat rumah.

tadaaaaaa...!!!


sempoi je kan 


dia ada penutup @ lid cover tu. so tak payah risau berhabuk ke apa ke.
pastu boleh bukak bawah dia tu kalau nak cuci @ buang sedak roti ke apa.

tapi paling suka part lid dia tu la..


boleh kata hari-hari la buat roti bakar. hahahahahahaha.

senang cite, memang puas hati la toaster ni!
harga pun murah.
suka suka suka!
hiks

ok, so siapa yang ada suka roti bakar pastu nak cari pembakar roti yang best and hygiene terpelihara, sya highly recommend morgan toaster MTS-22C ni! sekali dengan model sya share sekali. hahahaha

ok, bye!


Thursday, July 18, 2019

REF: CERAI. Kalau bukan kita nak tolong, siapa lagi?

Assalamualaikum w.b.t.

Lama betul tak update blog. Harini Sya nak share, nak mintak tolong kawan-kawan sekali.


Untuk pengetahuan korang, Syed Azmi adalah antara orang yang aktif dalam kerja-kerja amal. Moga dipermudah kan.
------------------------------------------
Sila ambil iktibar.
Bantu mana yang boleh.

"Sebabkan saya 29 tahun, saya tahu saya tak layak mohon ke Rumah Bonda. Baru lepas kena cerai bulan 4. Saya takde mak ayah dah. Ni tengah tunggu hari untuk bersalin. Saya ada anak seorang setahun 3 bulan. Masa kena cerai tu saya dah 6 bulan mengandung. Tapi tak sangka jadi camni. Bekas suami tinggal. Talak 3 sebab masalah kewangan. Dia bekerja. Tapi sebab dia cakap duit tak cukup. Saya tak tau tanggungjawab untuk cari duit atas siapa kalau dah kahwin. Tergamak dia lepaskan saya camtu je. Saya tak sangka hidup jadi camni. Saya risau sangat keadaan saya nanti kalau bersalin. Saya sendiri tak tau mampu camne. Tapi maaf kalau nak tanya. Bayaran berapa? Kalau ikut dalam bank saya ade 300 je. Malu saya, dengan nak bersalin lagi."

Saya benarkan dia masuk ke Rumah Bonda dengan bayaran RM100.
Menangis dia sebenarnya. 
Buku Merah semua dah buat.
But she needs support.

To anyone yang nak membantunya, please do so melalui Rumah Bonda.
Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur-
CIMB 
800-99-666-86
REF: CERAI.

Kami akan gunakannya untuk preparation dan penjagaan anak sulungnya.

Please help.

Thank you.

Syed Azmi.
------------------------------------------




Moga dijauhkan diri kita & zuriat keturunan kita dari perkara-perkara macam ni. Aamiin

Jom sama-sama bantu apa yang mampu.

#WomenEmpoweringWomen