In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, May 2, 2019

Young Living vs Narinar vs Ronella. Korang pilih yang mana?

Assalamualaikum w.b.t.

harini ada masa sikit nak update pasal task terbaru yang tengah menyemakkan kepala Sya. tak semak sangat sebenarnya, tapi kalau species memang survey beria, memang sedikit semak tu tak boleh nak avoid la. hoho

kisah nya, Aydan kerap betul batuk + flu. rasa nya dari baby, dah 2 kali kot warded sebab ni. Abang Adam dulu, jarang sangat nak batuk / flu. dulu time Adam, Sya guna krim Tropika. lepas mandi sapu kat dada and tapak kaki. tak tau la kalau minyak tropika tu yang bagus or memang Adam sejenis yang susah nk batuk/flu (Sya rasa faktor yang kedua ni)

Tropika Baby Herbal Cream. Sekarang dah tukar packaging dah.
 tapi Aydan, dia tak sesuai dengan krim Tropika tu. Aydan ada problem sensitive skin, ada eczema yang quite severe masa baby dulu (now alhamdulillah), kalau sapu krim tropika ni, macam melepuh kulit die. uwaaaaa


sya pernah try jugak minyak tenang anakanda, sama jugak.
kulit dia tak sesuai. merah lepas sapu tu.
minyak ni ramai jugak share/recommend kata minyak ni bagus.

lepas tu Adam dulu, kalau batuk selsema lebih 3 hari, Sya bawak pergi sonotron terus. kat Bangi. Alhamdulillah, Adam serasi dengan sonotron. 

tapi Aydan, adoiiiii...
ni la nak cite ni. Sya pernah bawak Aydan sekali pergi sonotron. turned out, memang Aydan tak boleh langsung. masa tu dia baby lagi, kebetulan kat muka ada sikit-sikit flare eczema, balik tu hamikkkkkk... muka naik biji-biji macam ada air tu. bile pecah, jadi la eczema basahhhhh. merahhh pipi. fuhhh.. mencabar kan dobot seketol tu.

sya join group eczema mommies. selalu discuss pasal eczema dalam tu. macam-macam tips la dapat.
latest ni Sya macam terjebak dengan essential oil. ramai jugak mommies yang share kata essential oil ni bagus / serasi dengan anak dorang.

setelah mengumpul survey dan reviews dari real PENGGUNA (takmo review or testimoni from sellers / agent. huhu), sya shortlisted kan 3 brand essential oils yang sya berkenan.


1. YOUNG LIVING

 Young Living Essential Oils (YLEO )

young living ni rasa nya tak payah introduce kot. macam semua orang kenal.
yang best nya young living ni selain products and brand dia yang memang dah well-known, sya ada kawan-kawan yang jadi agent sah YL. so senang kalau nak beli / refer cara guna ke apa.

cuma yang sya macam serabut tu, bila sya tengok kawan-kawan sya macam campur-campur EO ni. kira EO blend baru, custom ikut function yang dorang nak. menarik.. tapi untuk orang yang tak tau pape macam Sya, pening la pulak.

lepas tu, Sya tengok kawan-kawan Sya yang terjebak, tu diaaaaa...
dorang punya koleksi yleo penuh 1 box.
interesting, tapi Sya boleh bayangkan kalau Sya terjebak sekali apa jadi.
mau la Z peninggggggg sekali. hahahahaha.

so kalau Sya beli Young Living, Sya kena menuntut teknik-teknik memblend minyak dia supaya boleh dapat result tiptop macam kawan-kawan Sya yang selalu share kat ig/fb tu.


2. NARINAR


Narinar ni pulak Sya dengar dari mommies dalam group eczema.
dari dulu lagi selalu dengar, tapi biasa la.. Sya ni tak berapa convince sangat dengan essential oil ni sebenarnya.. takkan la minyak titik-titik gitu je pon boleh powerrr sampai boleh bagi tido la, boleh hilang batuk la, gitewwww..
ni dulu punya cite la.. haha

sampai la bila join group, kadang-kadang naik topic essential oil ni, then mak-mak share experience dorang, sya terbukak sikit la hati nak explore sikit.

ok, sambung pasal Narinar..
Narinar ni yang syok dan tak syok nya, dia ada 4 jenis je essential oils. hahahahahaha

gambar 4 jenis essential oils dengan fungsi of each eo.
sempoi je kan. hahahhahahahaha.

baru ni Narinar launched satu lagi essential oil baru which is Roselove


macam menarik kan, tapi Sya tak suka color pink. ngeeee
 yang ni special untuk orang perempuan especially mak-mak because kate nye, bagus untuk hormone kita yang senang haywire ni. hahahhaa
promote good mood, and macam-macam la function dia. wallahualam..

ada mommies yang share kata bau rose dia best. ha yang tu sya suka.
sya suka bau air mawar mustika ratu. dulu time sekolah pernah terbeli toner mustika ratu, bau rose. wangi gileeeeeeeeee.
tapi breakout muka lepas pakai. mencik!

 
3. RONELLA


yang ni sya berkenan dengan baby series dia.



selain essential oils, balm pon ada
 


 simple, straighforward, tak confused, rasa nak beli semua kan.
hahahahhahahahaha

-------------------------

OK, habis dah.

so ada 3 brands yang Sya berkenan. banyak lagi brands kat luar sana cuma macam Sya cakap la, 3 brands ni Sya shortlisted kan sebab real experience dari kawan-kawan and mommies kat group.

kalau korang pon tengah fasa nak membeli macam Sya, Sya nasihat kan beli la dari kawan-kawan yang jadi agent. kita support each other. dengan kawan-kawan ni senang sebab papehal korang boleh tanya je takyah lapik-lapik. lagi best kalau member kamceng, kot kalau tak best ke, boleh sound terus. bhahahahhahahahahahahahahaha #jangantiruyangni

kalau takde kawan yang jadi agent @ seller, beli lah dari agent yang sah ye..

Sya???
 haaa... Sya tengah study lagi ni. nanti dah beli kita update kat sini dengan review sekali. ok?

ok bye!

No comments:

Post a Comment