In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Remarkably Adam. Show all posts
Showing posts with label Remarkably Adam. Show all posts

Wednesday, August 29, 2018

tips jaga anak kecik-kecik or anak rapat-rapat

assalamualaikum w.b.t.

lama tak update blog kan.

Aydan dah setahun. yeayyyyyy. cepat nye la masa kan.. ingat lagi dulu time Adam, masa umur setahun je both Z and Sya decided nak ada adik.
Hahahahhahahaha

But this time idok la. challenging sungguh ada 2 ketol dobot ni.

ada jugak orang tanya, macam mana jaga bila ada anak rapat-rapat ni.
masa kitorang ada Aydan, abang Adam baru setahun 9/10 bulan cmtu. of course memang challenging + hectic ohoiiiiiiii. hahahahahahhaha

so berbalik pada persoalan, macam mana handle anak rapat-rapat ni?

ok, sharing session. jawapan yang pertama is...

sila beli play yard. hahahhahahhahahahahhaa


sebenarnya nak buat review pasal playyard.
sya guna haenim play yard.

tapi nak review pon macam tak sempat je, so kita share gamba je la eh.
ngeeeeeee

ok la. nanti kita sembang panjang. rindu pulak dekat 2 ketol dobot ni.



Thursday, July 13, 2017

seni mengajar / mendidik anak umur 2 tahun (dan kebawah)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

selamat hari rayaaaaaa..
baru habis cuti raya nih. hahahha. sebelum ni still mood raya. harini masuk office ada internal audit, terus balik ke dunia nyata. hahahhaha

harini saja nak membebel. pastu ada selit cerita raya sikit.

punca nya tadi baca kat facebook, kawan-kawan share.
first, pasal viral kes karies gigi. budak umur 2 tahun dah patut stop susu. or kurang kan
viral kes karies gigi punca nya time tido pon melekat dengan botol susu. boleh rosak gigi.


ok, ni kitorang kena take note. sebab kitorang masih lagi study jurus-jurus menggosok gigi anak. ustaz adam kalau nak gosok gigi dia, macam nak ajak gaduh! sebab dia taknak, so die ketapp mulut dia. sya memang surrender part ni. selalu nya request Z  tolong. tapi sama je hasil dia sebenarnya...

ok, second, pasal mengajar anak umur 2 tahun. which one is more important, potty training ke ajar abc.
sya, no comment. pasal adam tak start lagi potty training. abc pon ikut masa.
btw, adam setahun lebih, belum pandai abc / 123 lagi (in case ada yang tanya. hohohoho)

sya baca-baca / observe jugak. budak-budak progress dorang tak sama kan.. ada budak-budak progress dia cepat. kadang tengok kat ig kawan-kawan, budak umur baru setahun lebih, fluent betul mengeja, count 1-10, baca abc.
kadang tu ada jugak rasa macam, "alamak, adam tak hafal abc lagi" so jerit panggil adam, baling kereta dari tangan dia pastu ajar "adam, look. A for apple. B for ball.. "
dan-dan ajar adam ABC. hahahaha.
untuk seminit pertama tu dia focus la. siap repeat lagi (bunyi tak sama langsung. contoh A for Apple. adam jawab "kaaaa". takpe,, ini progress.. kan kan kan??
but a min later, dia dah sibuk cari kereta dia balik.
Nak paksa jugak sampai Z for Zebra?? hmmm.. memang drama habes lah!


ok, next pasal salam.
kadang-kadang kan macam comel je tengok budak-budak baru setahun dah pandai salam.
bila kita cakap "salam auntie.. salam auntie cepat!" dia pon salam..
alahaiii.. melting.

adam? hmm.. sebelum ni kalau kita cakap salam auntie - dia geleng.
amin uncle.. cepat.. amiinn - dia buat hal dia (ignore)
ada jugak yang sya perasan hulur tangan kat adam, push towards his face (salam kan.. nk bagi cium), kemain adam tu! dia buat keras tangan dia.. sya pon tak tau camne nak ajar salam.

sekali hari raya haritu. hari pertama kan kita pergi beraya rumah orang. every rumah, sampai-sampai kena salam. nak balik, dapat duit raya kena salam. kadang orang datang rumah pulak. kena salam.
so masuk hari raya kedua, adam dah pandai salam. bila kita cakap "salaaammm" sambil hulur tangan, dia pon sambut, cium tangan kita. semua orang la camtu. pantang kita sebut je "salam" dia tau dah..

masa mula-mula tau yang adam dah pandai salam, sya macam whoaaaaaa...
raya punya pasal, sehari je terus pandai salam! ini hebat!

pastu terfikir, mungkin sebab kita repetitively ajar dia salam dalam sehari, so dia pon pandai salam. OR, memang Allah dah susun dia pandai salam time tu. hari raya + duit raya cuma asbab je. cewah.

so, sampai sekarang sya pon tak tau nak jawab. which one should come first. ajar anak ABC ke 123, ajar colours dulu ke, ajar shapes.
and sya pon tak tau, patut paksa / push ke, patut biar dia belajar natural ke, kita provide environment yang support dia belaja je ke, etc.

wallahualam..



ok la.. nak membebel je harini.

xoxo
from mak yang tengah belajar...
 



Monday, April 3, 2017

parents kena alert. pasal chewing gum kat mall.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini sebenarnya plan nak share pasal trip konon backpacker, tapi sebab sya tengah mode nyaris trauma, so nak share kat blog dulu.

semalam kitorang satu team pergi keluar family outing. kebetulan ada MPH bookfair kat PICC. harus la sya merembes nak pergi kan. takpe, nanti kita share pasal bookfair. 

lepas dah dapat apa yang dicari kat bookfair tu, kitorang pergi IOI city mall, putrajaya - port kitorang la tu. nak beli serbuk kari pon, singgah ioi. gigih kan.

ok sambung**

last aktiviti sebelum kitorang balik was pusing-pusing dalam tesco untuk grocery shopping.
when it goes to grocery shopping, adam memang kitorang make sure duduk dalam stroller je, Z yang tolak, while sya - like typical mak-mak malaysia - tolak stroller cari barang sampai la ke cashier.
adam memang kitorang tak lepas kan berjalan sendiri sebab dah satu hal pulak kitorang nak marathon dalam tesco.
**sorry adam. nak berlari pergi padang ok. takpon masa kita pergi kidzoona.

ok sambung lagi**

masa sya tengah sibuk-sibuk kat cashier tu, Z pon busy tolong angkat barang pe sume, luckily Z glanced dekat adam yang senyap je dalam stroller.

korang taw apa adam tengah buat?

dalam mulut dia ada chewing gum and dia tengah tarik-tarik chewing gum tu keluar dari mulut dia. panjanggggg je chewing gum tu. 

sya punya terkejut + tergamam.

Z terus "eh, adam! apa ni?
sambil korek keluar kan chewing gum. warna putih, dah kenyal (maksud nya dah lama kena kunyah)

bayang kan chewing gum kenyal macam ni masuk mulut anak? uwaaaaaaaa.. keji nya perangai manusia lekat chewing merata-rata =(

ngeri tak? sya sambil settle kan kat cashier tu, sambil tu kepala macam jammed! try nak digest apahal anak aku boleh ada chewing gum kenyal dalam mulut.

mana dapat?

mustahil dia kutip kat lantai sebab adam bukannya kitorang biar berlari / berjalan dalam tesco tu.

sah la ada species makan chewing gum, lepas tu lekat kan kat mana-mana,
kitorang pulak lalu kat area orang tu lekatkan chewing gum keji dia tu, and adam nampak, terus kutip masuk mulut.

keji gila.
uwaaaaaaaaaaaa =(

geli gila imagine chewing gum orang dah kunyah sampai kenyal masuk mulut anak ko.
tapi lagi ngeri membayangkan kalau adam tertelan chewing gum.
tak boleh nak imagine.. what if he can't breath lepas tu kitorang confirm la takde idea kan.. and what if..
eh banyak la sya punya if dalam kepala.

so lepas ni kitorang kena extra alert.
kena glance setiap 30 saat gamak nya kalau kat tempat public.
lagi-lagi sebab dorang dah pandai kutip barang.
macam adam, kalau kitorang shopping ke apa memang kena careful sebab kadang-kadang laju je tangan dia gapai barang kat shelves kiri kanan, but of course kita nampak + dengar kan.

tapi kutip chewing gum??

ni kepada yang perangai jijik makan chewing gum tak reti nak buang dalam tong sampah,
gila jijik kot perangai makan chewing gum pastu pergi lekat merata-merata.

like in my case, sya syak orang tu lekatkan najis chewing gum dia tu either kat shelves barang dalam tesco tu, atau pon dekat area cashier.
tapi sya rasa macam kat area cashier. sebab kitorang lama kat area cashier tu; due to orang depan problem apa ntah.
so time tu je adam macam ada chance nak kutip pape kalau mata dia nampak anything.

pada yang makan chewing gum pastu pergi lekat/ buang merata-rata, eeeeeeeeee.. malas nak curse pagi-pagi.

buang la elok-elok weh.
kalau malas gila nak buang tong sampah, balut ngan tissue. wrap ngan kertas.

kalau tu pon tak boleh, jangan makan chewing gum.

eeeeeee.. rasa nak curse je rasa.

sabar syafinaz.. sabar..
eeeeeeeeee.....!



ok bye.



Wednesday, March 1, 2017

sonotron. betul ke boleh membantu? atau satu lagi propa orang melayu?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morning. the earth says hello! :)

sekarang sya susah sikit nak update blog, facebook, instagram, etc. sebab tersangat la busy. dengan kerja kat office, dengan ada few things nak kena settle, macam-macam la.

tapi harini sya spare sikit time untuk update pasal sonotron.
tu pon sebab rasa tangan ni panassss je nak update sesangat.


yang ni sya ambik dari facebook root of science

Mesin Sonotron. Betul ke mencairkan kahak?

Sonotron merupakan mesin yang telah dipatenkan pada tahun 1991 oleh penciptanya iaitu Alfonso Di Mino. Ia adalah salah satu mesin yang boleh menghasilkan Corona Discharge Beam iaitu sejenis gelombang electromagnetic yang berfrequency tinggi. Gelombang inilah yang dikatakan mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah asma, luka yang tak sembuh disebabkan kencing manis, angin ahmar, kanak-kanak yang mempunyai masalah batuk dan kahak, gastritis, sakit sendi dan banyak lagi.(1)

Jika kita lihat pada maklumat yang ditulis oleh orang yang mencipta mesin ini, dengan jelas ia menyatakan bahawa sonotron adalah sejenis terapi yang menggunakan haba sahaja(thermotherapy)(2). Thermotherapy adalah sejenis therapy yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan sakit terutamanya sakit sendi dan otot. Sebab itu selalunya jika otot kita sakit, sapuan krim yang memberikan rasa panas pada kulit dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian tersebut. Dalam paten tersebut juga, ia fokus memperkatakan  berkenaan dengan rawatan sakit sendi dan juga sakit otot. TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES. 

-------------------------------------

sebelum kita share experience, jom tengok beberapa comments yang menarik perhatian sya.



alang-alang kan, sebab sya rasa majoriti yang baca blog sya ni bukan orang lain. kawan-kawan jugak kan..

mohon rakan-rakan kat sini supaya hentikan lah mengomen yang kurang bijak lagi-lagi kalau page / status tu public.
semua orang nampak kot.
cuba komen semenggah sikit, yang nampak la macam ko baca issue tu sampai habis.
jangan asal orang kecam, ko pon nak kecam jugak.
ngeri taw perangai gitu.
takmo dah pasni k.
takmo takmo.

ok, sambung.

ok, so kalau kita baca betul-betul, TIDAK DINYATAKAN mesin ni membantu ke tak untuk kes baby batuk, cairkan kahak baby, etc.

tapi sya nak tanya, berapa ramai parents kat luar sana yang pernah bawak anak / baby dorang pergi sonotron?
angkat tangan.

jangan malu-malu. sila mengaku.

ok, tarik nafassss...

SYA.
sya dah 3 kali bawak adam datang sonotron.
3 kali wehhhh!

so sya nak share sikit pasal sonotron dari pengalaman sya.

adam batuk more than 3 days.
tiap kali batuk teruk, muntah. doctor ckp muntah tu bagus sebab kahak keluar.
ok la. tp kalau dah asyik muntah je.
malam lak tengah tidur terbatuk-batuk.
so time tu la ada kawan introduce sonotron.

boleh baca senarai clinic yang ada buat sonotron.
sya ulang, clinic taw.

sya tengok ada yang komen kemainnnn macam la rawatan sonotron ni buat dalam pondok kecik atas pokok pines dalam hutan amazon.

eeee.. sabo je la.. sebenarnya hangin baca komen taw. hahahahaha

pengalaman sya?
(malas nak cerita panjang)
berkesan tak sonotron?
so far alhamdulillah.
berkesan dengan kuasa allah..
lepas balik sonotron memang nampak la beza.

pasal yang komen kata machine tu panas gila tak takut terbakar kulit anak / baby ke?
based on experience, memang adam cool watlek watpeace je during the treatment.

satu lagi, machine tu bukan hala kat kulit ko sejam taw.
dia ada masa dia. sya rasa tak sampai seminit kot (tak sure. nanti sya check masa sekali)
dorang akan buat, then stop, pastu buat balik, then stop.
lepas tu ubah position, sambil buat tu staff tu akan monitor time. macam tu la..

adam sepanjang buat rawatan sonotron tu memang alhamdulillah ok je dia. tak ada menangis meraung sambil jerit hot hot ke apa.
cuma sekarang bila dah reti berjalan, memanjat, memang bising la adam dalam tu. sebab dia taknak duduk diam. siap berebut dengan staff tu sebab dia nak pegang yang pointer machine tu. urghhh

satu lagi during the treatment, baby kena diam tak boleh gerak-gerak. so parents kena pegang baby la.
kalau baby below 1 yo, memang takde masalah.
tapi kalau dah masuk setahun atas tu, mencabar la nak bagi dorang "diam" tak gerak-gerak kan..

so, adakah sya akan buat rawatan sonotron untuk ustaz adam lagi pasni?
wallahualam.. mungkin buat masa ni sya stop dulu.
yang penting, sya kena study lagi pasal sonotron ni.

lagipon macam ayat dalam page root of science "TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES."

so sya rasa, perlu nya more studies pasal sonotron untuk discover sama ada sonotron treatment does help in healing those penyakit mentioned, or tak membantu.

"TIDAK DINYATAKAN" tu tak cukup paduuuuu..

by the way, thanks fb page pseudoscience watch and root of science.
sya memang set 2 pages ni "see first".
kalau dorang update, memang naik atas sekali.
cuma yang sya tak berapa suka, orang yang mengomen dalam tu.
lebih kurang je macam pengomen page merann fans tu.
aptb.

ok tu je untuk harini.

owh, sya ada update dalam instagram video ustaz adam during sonotron.
hehe


ok bye (dato aliff syukri)


Friday, January 20, 2017

susu formula (fm): bila patut tukar dari step 1 (0-12 months) ke step 2 (6-12 months)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

ni entry khas untuk mak-mak yang anak die minum formula milk.
tak kisah la fully fm ke, campor-campur dengan ebm ke, etc.

adam dia start minum fm masa hari first discharge. hehehe
masa tu tak pandai nak pump pe sume, so bagi dia formula milk dulu. masuk hari ke2 susu dah banyak. alhamdulillah.. so sya start fully breastfeed.
tapi tak lama. sampai adam 6 months+ je..

ok sambung**

adam minum enfalac a+ step one.
step 1 ni dari umur 0 bulan sampai la 12 months.

but then sya perasan jugak ada enfalac a+ step 2 yang warna pink tu.
untuk umur 6-12 bulan.

confused tak? hehehehe

oleh sebab adam ok je dengan susu enfalac a+ step 1, so sya continue je dengan step 1 tu sampai la adam 9 bulan macam tu.

masa pergi check up, berat adam boleh tahan..
bmi pon dah masuk kategori kuning weh. which means dah terlebih la. hahahahahaha

adam memang bambam pon. hehehehehehe


adam. 9 mo. dalam bakul diy. hiks.

picture ni masa 9 mo.
owh, sya memang suka botak kan adam.
sebab rasa syok licin.
syok kalau nak kiss.
bhahahahahahha

satu lagi sebab sya tak suka panas.
so bila botak ni sejuk sikit kepala.
so jangan terkejut kalau jumpa adam harini ada rambut,
tiba-tiba next week licin. hiks
nasib la daaaammmm...

ok, sambung balik.
so sya pon study la sikit pasal nutrient baby ni kan.
macam adam, sya perasan ada 2 punca kenapa berat dia naik.

first, sebab dia kurang makan (blame me! uwaaaaaa)
ni menyumbang kepada faktor kedua which is adam kuat betol minom susu.
yang ketiga, nurse kata sebab adam belum berjalan lagi. once dah berjalan nanti, dia akan lose weight la. ok yang ni kita tak boleh buat pape la kan..

so, solution dia, first - introduce dia pada variety of food (adam 9 bulan still sya gigih bagi puree buah jek. adoi)
second, tukar susu.

ok, bercakap pasal susu, lama jugak sya duduk kat aisle susu baca label satu-satu. tengok part gula la, nutrients lain, etc.
yet still enfalac a+ is the best. dari segi DHA dia, pastu ada la lain, sya pon tak ingat.

so sya rasa, maybe its time, to change from step 1 to step 2.

masa adam 10 bulan, adam start minum enfalac a+ step 2.
alhamdulillah. ok je dia.
actually adam semua susu dia bedal.
hahahahahahahhahahaha

ok, now adam dah setahun 2 bulan, 
dah tukar pada enfagrow step 3.
so far ok.

so berbalik pada soalan, patut ke tukar step 1 ke step 2. 
well, ada banyak pendapat..

first, kalau takde problem, anak serasi, then boleh maintain guna step 1 sampai setahun.
second, ada kurang, ada lebih dalam both step 1 and step 2.
sya baca articles, discussions kata step 2 ada lebih iron. tapi masa sya refer kat label tu, macam step 1 ada macam-macam lagi. like more DHA (balik2 DHA. hahahaha)
but maybe step 2 dia kurang kan certain tu sebab baby dah start makan solid food kot.
kan kan..

ok, tu je.
eh, membantu ke entry nih?
hehehehehhe

takde nak share experience sya and adam je.. kenapa sya tukar from step 1 ke step 2.

haritu check up setahun alhamdulillah. walaupon berat adam still kategori juara untuk umur dia, but alhamdulillah, bmi normal.
good job baby.
high5!

ok lah. tu je untuk harini


ok bye (dato aliff syukri)
















Wednesday, January 11, 2017

pengalaman naik malindo air KUL-KBR

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

dah breakfast?
sya baru lepas makan roti canai 2 keping. hiks!

pagi ni saja nak share pasal experience naik malindo air masa pergi kota bharu haritu.
mesti ada yang kata, eleh, pegi kb pon sebok nak share kat blog. orang pergi merata tak kecoh pon.

ala.. biar la.. kita first time naik malindo air nih.
chill tau.
lap u. xoxo

ok, sambung**

sya first time beli ticket malindo nih, so terkial-kial sikit.
dengan tak choose seat nya.
masa dapat ticket tu, terkejut sya tengok sya dengan Z kemain jauh tercampak.
nangissss.

luckily, masa naik tu, banyak gila empty seats.

tadaaaaaaa


tempat kosong banyak. ada few seats je yang occupied.

so apa lagi, memang conquer la 3 seats.
puas hati!

seat dia pon luas as compared to air asia / mas.
lagipon dorang ni kira baru jugak, so cantik la pada sya.



si dobot adam ni macam biasa,
masa duduk je dia sebuk explore macam-macm.
screen tu kejap dia on kejap off. sabar je la..

kebetulan flight kitorang time subuh, so memang kat luar gelap je la..

bila flight departure je, both adam ngan Z berjemaah tidor.
sya pon tak paham dengan dua beranak nih.
asal naik flight je tidor.
tak sampai 5 minit pandang luar, settle dua-dua.
flight nak landing baru bangun.



since 2 baymax nih dah tidor, sya pon layan je la apa yang ada.
movie macam-macam ada tapi punya la bohsan.
kalau abah ada ni mesti layan movie tamil nih.
boleh la gang ngan bash! hahahahhhaaha


lastnya main je la game apa yang ada.
ni game paling senang. lain tu macam ntahpape je.

actually flight kul - kbr cuma dalam 50 mins camtu.
tapi since kitorang departure time subuh, sempat la tengok sunrise kat atas tu
cantik =)
alhamdulillah..

ok, nak share tu je.
insyaallah next time boleh try malindo air lagi.
staff cute (dia punya kain tuu, bhahahaha), seat pon selesa.
insyaallah kalau ada rezeki..


ok bye (dato aliff syukri)



Friday, January 6, 2017

breast pump paling best

assalamualaikum w.b.t

dear diary

semalam hari paling penat.
punya la ramai kat bank. sebab tu tak update blog. huhu

the moment Z balik je, terus sya dengan excited nya bukak pintu
sambil cakap
"B, ada benda nak cerita. cepat-cepat. sambil tu picit kepala eh"

so sambil-sambil duduk depan tv tu, sya cerita la pasal bank yang ramai gila orang. tu je nak cetiya sebenarnya.
lepas tu sya bukak facebook, bukak group. ada kawan-kawan share.
breast pump baru. memang style la.
tapi tak sampai malaysia lagi. baru nak launch kat market.

sya bila nampak je, terus tunjuk kat Z dengan excited nya.

"B.. B.. look !"
Z buat muka tenang pasal dah boleh predict bini dia nak "membeli" lagi.



"ni breast pump baru. tak payah pegang. senang kan. tak payah pakai freemie tu."

"hmm.. style. beli lah."

"Harga dia dekat 2 ribu camtu B"

"Haaaaa??!!"

dia punya haaaa tuuu.
bhahahahahahahahahhaha

seriously, kalau tahun ni masuk Malaysia, sya nak beli.
kalau next year, tak payah. Adam dah 2 tahun pon.
yang kat rumah sampai dua breast pump tu nak buat ape? erk.

btw, sya share sebab tahu ramai mak-mak kat sini.
details pasal breast pump tu kat sini

please please please...
#wishlist2017


Friday, November 25, 2016

baby toiletries. sabun and shampoo baby paling best: zwitsal

assalamualaikum w.b.t

dear diary

happy fri-yayyy!
i loveeeeeee friday. tak sabar nak tunggu wekeend.

harini quick update.
pasal baby toiletries.
nak share sabun and shampoo baby favourite sya.

tadaaaaaaaaa ....



zwitsal natural.

actually picture sabun @ baby bath takde dalam ni sebab dah letak dalam toilet. hahahahaha
shampoo memang saja beli extra pasal susah nak dapat.
so beli buat stock siap-siap.

----------

yang kiri sekali tu zwitsal natural baby bath 2 in 1.
sya beli size kecik utk travel.
tapi tak la kecik mana pon. bertahun jugak baru habis tu.
sebab memang guna bila travel je.
lepas tu sya suka sebab dia 2 in 1 kan, so senang. dari kaki sampai la kepala kita boleh tenyeh kat baby.
bhahahahahhahahahaha


zwitsal natural baby bath
picture from google

yang ni sya ambik gambar dari google image je sebab malas nak masuk toilet semata-mata nak amik picture.
sya beli yang baby bath ni masa baby expo kat mid valley rasa nya.
harga RM10 dapat 1 botol size 300 ml and free refill pack sekali.
murah la pada sya.
sya beli dua, satu letak umah babysitter adam, satu kat rumah kitorang.
sampai sekarang tak habis lagi.
hahahhahahahahaha


zwitsal natural baby shampoo
adalah suatu bentuk kesukaan (ayat ape nih?)
sya sukaaaaa gile zwitsal baby shampoo ni.
dalam banyak-banyak, yang ni feberet sya !
bau dia tahan.
tak tau la kot kepala adam jenis menyerap bau shampoo ke apa kan, tapi kalau dah mandi petang tu, sampai kemalam ada bau lagi.
kite sukeeeeeee.. hiks

----------

sebelum ni adam pakai tropika. dari toiletries sampai la ke minyak, lotion bagai semua brand tropika. tapi bau dia tak berapa mengancam.
takpe la, yang tu next time kalau rajin sya share.

tapi harini nak bagitau, sya suka zwitsal.
kalau ada yang tengah bercadang nak beli toiletries baby, try la zwitsal.

#sayaTAKjual

ok bye (dato aliff syukri)




Wednesday, November 23, 2016

tips kebahagiaan anak dari prof muhaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

----------------

jom amalkan 10 tips dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah.
Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!
Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya.
Maksudnya kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar,
sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya.
Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa
walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.
Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya.
Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

----------------


mode : missing my one-year-old baby,
dan apak nye.
eh. hehehehe

jom, sama-sama !



Friday, October 14, 2016

mengajar "manners" pada anak-anak

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

salam jumaat semua.

sya suka hari jumaat. ngeeeeeee

nak share apa sya baca kat facebook pagi tadi.
sya simpan sini sebab boleh ingat. kalau save / share kat facebook kadang-kadang tak terbaca (sebab banyak sangat).

nak share pasal cara ajar / didik manners pada  anak-anak.

----------------------

How to inspire manners to your children 

1. When entering the house greet your children with salams and kisses. This should help develop their sense of love and mercy. 


2. Be good to your neighbours and never backbite. Never speak ill of other drivers when on the road. Your children listen, absorb and emulate. 

3. When calling your parents, encourage your children to speak to them. When visiting your parents take your children with you. The more they see you take care of your parents the more they will learn to take care of you. 

4. When driving them say to school, don't always play albums or cds (even if my cds!). Rather, tell them the stories yourself. This will have a greater impact - trust me!

 5. Read to them a short hadith a day – it doesn't take much time, but very impactful in creating strong bonds and wonderful memories. 



6. Comb your hair, clean your teeth and wear presentable cloths even if sitting at home and not going out for the day. They need to learn that being clean and tidy has nothing to do with going out! 


7. Try not to blame or comment on every word or action they say or do. Learn to overlook and let go sometimes. This certainly builds their self-confidence. 

8. Ask your children's permission before entering their rooms. Don't just knock and enter, but then wait for a verbal permission. They will learn to do the same when wanting to enter your room. 

9. Apologize to your children if you made a mistake. Apologizing teaches them to be humble and polite. 


10. Don't be sarcastic or make fun of their views or feelings, even if you "didn't mean it" and was "only joking". It really hurts. 

11. Show respect to your children's privacy. Its important for their sense of value and self-esteem. 


12. Don't expect that they will listen or understand the first time. But be patient and consistent.

----------------------

so camne? mampu tak???

kita try jom!

ok bye (dato aliff syukri)




Thursday, October 13, 2016

insurans prudential untuk baby / anak

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

rasa macam dah bertahun tak update.

harini simple update pasal insurans.

#sayaTAKjual

kang ingat sya promote / nak kumpul komisyen pulak. bahahahahaha

insurans ni pade sya tersangat la penting.
dulu masa sya mula-mula kerja, insurans pertama yang sya ambik is life insurans. masa tu fikir kalau jadi pape, nak tinggalkan sikit duit belanja kat family, kat Z (gedik kan. kawen pon belum dah selit nama Z dalam nominee. bahahahahahahhahaha. gedik betul bila ingat)
pastu maybe sebab dulu kerja private, so ada la sikit awareness pasal insurans ni.
bila dah join government, dah start rasa macam takde la penting sangat pon.
bahahahahahahahahaha

macam haritu sya bersalin kat hospital putrajaya. ward ok. ward yang ramai-ramai tu pon selesa.
masa deliver dapat stay kat 2-bedded room, pon ok sangat dah pada sya.
cuma tu la.. ada la few things yang buat sya rasa macam kena buat tabung sepital nih. hoho

ok, panjang naw intro.
nak cerita pasal insurans je pon..

pasal insurans untuk anak / baby.

sya start ambik insurans untuk ustaz adam lambat sikit.
plan nya amik masa tengah pregnant lagi, tapi time tu busy sikit.
agent sya pon kemain busy.
last nya delay sampai dah deliver. 
lepas deliver, berpantang kat kampung, dah kena tunggu sampai habis pantang baru balik rumah balik, delay lagi..

last nya masa adam dah berapa bulan ntah, baru la sempat kitorang settle kan hal insurans adam.

lega betul rasa bila dah settle.

sya amik yang simple je. dia kalau nak coverage lagi banyak, lagi tinggi la premium / monthly commitment kita.
sya ambik ikut keperluan je..
esok-esok adik-adik adam pon nak kena ada insurans jugak kan. so baik mak berjimat dari sekarang.
alasan.. padahal mak kuat shopping lately. bahahahahahhahahaha

untuk adam, sya ambik prudential healthEnrich + vital ni.
lepas dah adjust ikut kesesuaian sya ngan adam (ok salah. adjust ikut selera mak), last nya kitorang kitorang ambil yang ni.
RM 200 per month.

kalau korang mampu / ada extra allocation untuk insurans, then boleh la ambik higher premium untuk baby / anak-anak korang.
tak rugi pon.. macam sya, sya rasa RM 200 ni cukup la buat masa ni.


gigih sya amik gambar pagi tadi taw.
entry ni dah terperam berbulan-bulan. malas ambuk gambar punya pasal. sya tak suka entry takde gambar nih.

ok, jangan lupa ambik insurans untuk anak taw.

jangan delay2, nanti jadi cam sya. nasib baik adam so far alhamdulillah..

ok, tu je..

ok bye (dato aliff syukri)



Sunday, October 9, 2016

sakit dan bawang. power eh bawang nih!

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

yang ni kawan sya share kat facebook. sebab adam tengah flu, sya ingat nak try japgi ni.




kisah the power of bawang merah.


*KES PERTAMA*

Seorangg doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran-jiran mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit.

Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah.

Doktor amat tertarik dan meminta utk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.




*KES KEDUA*

Disebuah kedai gunting rambut yg banyak dikunjungi pelanggan.
Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya.

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yg telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

*KES KETIGA*

Seorg yg terkena pneumonia menemukan artikel yg mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yg berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteria dan antiseptik yg amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dgn cara yg betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

peringatan**

bawang yang dah digunakan tak boleh dimasak / dimakan.


ok, harap info nih berguna.

and yang paling penting, harap-harap ustaz adam sihat dari flu. aamiin..
tak suka flu! sobsob

ok bye (dato aliff syukri)