In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Wednesday, March 1, 2017

sonotron. betul ke boleh membantu? atau satu lagi propa orang melayu?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morning. the earth says hello! :)

sekarang sya susah sikit nak update blog, facebook, instagram, etc. sebab tersangat la busy. dengan kerja kat office, dengan ada few things nak kena settle, macam-macam la.

tapi harini sya spare sikit time untuk update pasal sonotron.
tu pon sebab rasa tangan ni panassss je nak update sesangat.


yang ni sya ambik dari facebook root of science

Mesin Sonotron. Betul ke mencairkan kahak?

Sonotron merupakan mesin yang telah dipatenkan pada tahun 1991 oleh penciptanya iaitu Alfonso Di Mino. Ia adalah salah satu mesin yang boleh menghasilkan Corona Discharge Beam iaitu sejenis gelombang electromagnetic yang berfrequency tinggi. Gelombang inilah yang dikatakan mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah asma, luka yang tak sembuh disebabkan kencing manis, angin ahmar, kanak-kanak yang mempunyai masalah batuk dan kahak, gastritis, sakit sendi dan banyak lagi.(1)

Jika kita lihat pada maklumat yang ditulis oleh orang yang mencipta mesin ini, dengan jelas ia menyatakan bahawa sonotron adalah sejenis terapi yang menggunakan haba sahaja(thermotherapy)(2). Thermotherapy adalah sejenis therapy yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan sakit terutamanya sakit sendi dan otot. Sebab itu selalunya jika otot kita sakit, sapuan krim yang memberikan rasa panas pada kulit dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian tersebut. Dalam paten tersebut juga, ia fokus memperkatakan  berkenaan dengan rawatan sakit sendi dan juga sakit otot. TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES. 

-------------------------------------

sebelum kita share experience, jom tengok beberapa comments yang menarik perhatian sya.



alang-alang kan, sebab sya rasa majoriti yang baca blog sya ni bukan orang lain. kawan-kawan jugak kan..

mohon rakan-rakan kat sini supaya hentikan lah mengomen yang kurang bijak lagi-lagi kalau page / status tu public.
semua orang nampak kot.
cuba komen semenggah sikit, yang nampak la macam ko baca issue tu sampai habis.
jangan asal orang kecam, ko pon nak kecam jugak.
ngeri taw perangai gitu.
takmo dah pasni k.
takmo takmo.

ok, sambung.

ok, so kalau kita baca betul-betul, TIDAK DINYATAKAN mesin ni membantu ke tak untuk kes baby batuk, cairkan kahak baby, etc.

tapi sya nak tanya, berapa ramai parents kat luar sana yang pernah bawak anak / baby dorang pergi sonotron?
angkat tangan.

jangan malu-malu. sila mengaku.

ok, tarik nafassss...

SYA.
sya dah 3 kali bawak adam datang sonotron.
3 kali wehhhh!

so sya nak share sikit pasal sonotron dari pengalaman sya.

adam batuk more than 3 days.
tiap kali batuk teruk, muntah. doctor ckp muntah tu bagus sebab kahak keluar.
ok la. tp kalau dah asyik muntah je.
malam lak tengah tidur terbatuk-batuk.
so time tu la ada kawan introduce sonotron.

boleh baca senarai clinic yang ada buat sonotron.
sya ulang, clinic taw.

sya tengok ada yang komen kemainnnn macam la rawatan sonotron ni buat dalam pondok kecik atas pokok pines dalam hutan amazon.

eeee.. sabo je la.. sebenarnya hangin baca komen taw. hahahahaha

pengalaman sya?
(malas nak cerita panjang)
berkesan tak sonotron?
so far alhamdulillah.
berkesan dengan kuasa allah..
lepas balik sonotron memang nampak la beza.

pasal yang komen kata machine tu panas gila tak takut terbakar kulit anak / baby ke?
based on experience, memang adam cool watlek watpeace je during the treatment.

satu lagi, machine tu bukan hala kat kulit ko sejam taw.
dia ada masa dia. sya rasa tak sampai seminit kot (tak sure. nanti sya check masa sekali)
dorang akan buat, then stop, pastu buat balik, then stop.
lepas tu ubah position, sambil buat tu staff tu akan monitor time. macam tu la..

adam sepanjang buat rawatan sonotron tu memang alhamdulillah ok je dia. tak ada menangis meraung sambil jerit hot hot ke apa.
cuma sekarang bila dah reti berjalan, memanjat, memang bising la adam dalam tu. sebab dia taknak duduk diam. siap berebut dengan staff tu sebab dia nak pegang yang pointer machine tu. urghhh

satu lagi during the treatment, baby kena diam tak boleh gerak-gerak. so parents kena pegang baby la.
kalau baby below 1 yo, memang takde masalah.
tapi kalau dah masuk setahun atas tu, mencabar la nak bagi dorang "diam" tak gerak-gerak kan..

so, adakah sya akan buat rawatan sonotron untuk ustaz adam lagi pasni?
wallahualam.. mungkin buat masa ni sya stop dulu.
yang penting, sya kena study lagi pasal sonotron ni.

lagipon macam ayat dalam page root of science "TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES."

so sya rasa, perlu nya more studies pasal sonotron untuk discover sama ada sonotron treatment does help in healing those penyakit mentioned, or tak membantu.

"TIDAK DINYATAKAN" tu tak cukup paduuuuu..

by the way, thanks fb page pseudoscience watch and root of science.
sya memang set 2 pages ni "see first".
kalau dorang update, memang naik atas sekali.
cuma yang sya tak berapa suka, orang yang mengomen dalam tu.
lebih kurang je macam pengomen page merann fans tu.
aptb.

ok tu je untuk harini.

owh, sya ada update dalam instagram video ustaz adam during sonotron.
hehe


ok bye (dato aliff syukri)


7 comments:

  1. betul. side effect, adverse effect, healing crisis, common terms kite jumpe. banyak kena study lagi. lagipun dalam research, when it's not mentioned, doesn't mean the study denies any +ve / -ve connection towards sesuatu tu, cuma taht relationship does not covered in the research. that's why sya kata, "tidak dinyatakan" tu sangatla menunjukkan the needs /potential for future studies.

    sekian penutup chapter 5 saye. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. yui igtkn sinetron indon.hehe. bc betoi ohh lain.hehe

    ReplyDelete
  3. Bash baru tau pasal sonotron ni bila sya update. Tengok ig pastu macam what is this.... dah baca blog baru tau. Thanks for sharing, sya.

    ReplyDelete
  4. Nak cuba juga rawatan sonotron ni.Harap berkesan utk baby saya.

    ReplyDelete
  5. Rsenye mak2 yg ade anak yg batuk tak berkesudahan je tau psl alternative treatment ni. Yelah puas cari jalan nak tengok anak sihat, semua ku redah. Yup mmg mostly klinik2 yg buat sonotron ni. First time buat sonotron kat klinik wgsa maju. Mahal sikit berbaloi. Sebab ape berbaloi, first time bwk anak demam tgh tinggi tambah batuk teruk, puas mkn ubat Dr tak kebah2..lepas sonotron terus muntah kahak dgn byknye dpan Dr. So slpas Tu diorg bg minyak sapu kt dada. Dah lame tak pegi sane cause a bit pricy, kmi pegi sonotron shafa kt Sri gombak, murah sikit dlu rm30 skrg dah rm40 skali rawatan. Done share my part of experience. insha'Allah Moga takdelah side effect yg harmful. So far alhamdulillah all is well.

    ReplyDelete
  6. Yup2 sy dah byk kali bawak anak pg rawatan sonotron ni Alhamdulillah berkesan setakat ni.. Dua ke tiga kali pergi dkt klinik sonotron shafa di Gombak..

    Sy xtaulah nk ckp mcm mn tp kita sbg ibu bapa nak yg terbaik utk anak2 kita dan setahu sy, abg sy seorang doktor homeopathy dan die pun ada sebuah machine yg die gunakan gelombang yg dimasukkan ke dalam ubat2an die.. Cuma yg berbezanya disini, kaedah rawatan die gelombang masuk dlm ubat, tp sonotrn gelombangnye terus/direct.. Yg PASTInye persamaan mereka adalah tidak menggunakan DRUGS.. Itu yg penting..

    ReplyDelete
  7. Salam...

    saya rasa terpanggil nak komen pasal kes bayi (atau lain peringkat umur) yang batuk tak henti-henti tu. Mengikut Doktor dan Inspektor Kesihatan, kes TB semakin meningkat, dan ramai yang tak pergi buat saringan untuk kepastian.

    Satu lagi, Doktor berpesan JANGAN makan antibiotik yang bernama ERYTHROMYCIN yang memberi kelegaan sementara (fake relief) sambil menyorok simtom jangkitan kuman TB.

    Natijahnya, kalau batuk berterusan lebih dari dua minggu, sila pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk dapatkan saringan TB. Tembak haba Sonotron sudah pastinya tak dapat bunuh kuman TB.

    Terimakasih kerana izinkan saya menyampuk :D

    ReplyDelete