In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Friday, August 2, 2019

Perlu ke Qada Zakat yang Tertunggak

Assalamualaikum w.b.t.

Sya nak share 1 knowledge dengan kawan-kawan tentang Soal Jawab Zakat.

Newspaper cutting tentang Qada Zakat. [Sumber: Utusan Malaysia] 

Kat bawah ni Sya share penerangan detail tentang Qada Zakat.
Source: WAZAN UPM

----------------------------------------

Soalan :
Selama ini saya tidak pernah membayar zakat. Jika dihitung, kira-kira 20 tahun saya langsung tidak membayar zakat, sama ada zakatpendapatan atau mana mana zakat harta. Saya pernah menerima teguran Allah, namun saya masih leka dengan kemewahan yang saya nikmati. Sehingga kini, perniagaan yang saya bina sejak tahun 2000 mula merundum. Sehinggalah saya mendengar sebuah kuliah zakat, lalu saya sedar dan insaf bahawa saya tidak menunaikan zakat pendapatan seperti yang diperintahkan-Nya. Bagaimana cara saya hendak mula membayar zakat? Bila dan bagaimana saya hendak mula qada zakat yang tertunggak?
Jawapan :
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertunjuk-Nya dan membimbing kita menuju kejayaan. Alhamdulillah jika sudah ada cetusan perasaan dan kesedaran dalam kewajipan zakat. Ini adalah tepat dan sudah pasti ia dinamakan qada zakat. Bahkan jumhur ulama menyatakan, berdosa besar bagi sesiapa yang sudah cukup syaratnya namun melengahkan zakat. Maka, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang baharu insaf atau tersedar atas kesilapan, adalah seperti berikut :
1.    Menghitung kembali segala kekayaan cukup syaratnya yang lalu dan menunaikan zakatnya hari ini juga.
2.    Jika dia mampu, maka diqada secara tunai. Jika tidak mampu, qadalah secara beransuran.
3.    Dalam masa yang sama, wajib baginya memohon ampun (bertaubat) atas kelekaan.
4.    Menjaga agar tidak leka lagi dalam menunaikan kewajipan zakatnya pada setiap tahun.

Dalam kes saudara, saya dapat membayangkan sedikit sebanyak kekangan yang ada. Namun percayalah, ambillah gesaan Allah SWT :“Dan apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (keazaman) maka berserah dirilah kepada Allah (akan natijahnya). (ali-‘Imran: 159).
Nabi turut berpesan, daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.(riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Tunaikan qada zakat itu walaupun dengan jumlah RM50 sebulan, inshaAllah, jika saudara ikhlas dengan benar-benar mengharapkan keampunan dan keberkatan daripada Allah, maka Allah SWT Maha Berhak memberikannya tanpa sesiapa pun lagi dapat menahannya.
Semoga dengan berzakat, perniagaan saudara kembali pulih dan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, InshaAllah. Wallahua’alam

NISAB 2019 : RM13,950.00

“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

----------------------------------------

So clear kan. Kalau kita ada zakat tertunggak due to whatever reason la, kita wajib bayar balik zakat tertunggak tu secara lump sum atau kalau tak mampu, secara ansuran pon boleh.

Sya dengar Tanyalah Ustaz kat TV3 yang lepas subuh tu, ustaz tu cakap hukumnya harus meminjam duit untuk menyelesaikan zakat, dengan syarat - mestilah mampu untuk menggantikan duit yang dipinjam tu.

wallahualam.

ok korang, salam jumaat.
bye!


Thursday, July 18, 2019

REF: CERAI. Kalau bukan kita nak tolong, siapa lagi?

Assalamualaikum w.b.t.

Lama betul tak update blog. Harini Sya nak share, nak mintak tolong kawan-kawan sekali.


Untuk pengetahuan korang, Syed Azmi adalah antara orang yang aktif dalam kerja-kerja amal. Moga dipermudah kan.
------------------------------------------
Sila ambil iktibar.
Bantu mana yang boleh.

"Sebabkan saya 29 tahun, saya tahu saya tak layak mohon ke Rumah Bonda. Baru lepas kena cerai bulan 4. Saya takde mak ayah dah. Ni tengah tunggu hari untuk bersalin. Saya ada anak seorang setahun 3 bulan. Masa kena cerai tu saya dah 6 bulan mengandung. Tapi tak sangka jadi camni. Bekas suami tinggal. Talak 3 sebab masalah kewangan. Dia bekerja. Tapi sebab dia cakap duit tak cukup. Saya tak tau tanggungjawab untuk cari duit atas siapa kalau dah kahwin. Tergamak dia lepaskan saya camtu je. Saya tak sangka hidup jadi camni. Saya risau sangat keadaan saya nanti kalau bersalin. Saya sendiri tak tau mampu camne. Tapi maaf kalau nak tanya. Bayaran berapa? Kalau ikut dalam bank saya ade 300 je. Malu saya, dengan nak bersalin lagi."

Saya benarkan dia masuk ke Rumah Bonda dengan bayaran RM100.
Menangis dia sebenarnya. 
Buku Merah semua dah buat.
But she needs support.

To anyone yang nak membantunya, please do so melalui Rumah Bonda.
Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur-
CIMB 
800-99-666-86
REF: CERAI.

Kami akan gunakannya untuk preparation dan penjagaan anak sulungnya.

Please help.

Thank you.

Syed Azmi.
------------------------------------------




Moga dijauhkan diri kita & zuriat keturunan kita dari perkara-perkara macam ni. Aamiin

Jom sama-sama bantu apa yang mampu.

#WomenEmpoweringWomen

Friday, April 28, 2017

hukum mengeringkan anggota wuduk selepas berwuduk

Assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hukum mengeringkan anggota wudhu'

ok, sya share kat sini sebab sya pon baru, ada yang berpendapat tak boleh lap anggota wudhu'
masa sya kat vietnam, sya perhatikan kawan sya, masa tu kitorang berdiscuss la..
tapi just gitu-gitu je.

then tiba-tiba sya ternampak update dari mufti wilayah persekutuan pasal hukum mengeringkan anggota wudhu'.
terus whatsapp darina! hahahahhahahaha


so sya share kat sini. moga semua boleh benefit from this info, k.

------------------------------------------

Apakah hukum saya mengeringkan anggota wuduk selepas berwuduk, seperti mengelapnya dengan menggunakan tuala dan tisu atau dengan menggunakan alat pengering ? 


Jawapan: Para fuqaha secara asasnya berbeza pendapat berkenaan isu ini kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka mengatakan bahawa perbuatan tersebut dibolehkan. Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa hukumnya makruh bagi seseorang untuk mengeringkan anggota badannya setelah berwuduk.

Pendapat yang mengharuskan perkara ini menyatakan bahawa asal hukum bagi sesuatu perkara itu adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharamannya. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab usul feqh: 

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة 
Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus.

Maka mereka berpendapat bahawa selagi mana tidak terdapat nas yang melarang perbuatan ini, maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu keharusan. Pendapat ini dipegang oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad dan selainnya. Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah mengatakan: Tidak mengapa untuk seseorang itu mengelap anggotanya dengan kain sapu daripada lebihan-lebihan wuduk dan air mandian.

Manakala pendapat yang kedua, yang menyatakan bahawa menyapu atau mengeringkan anggota badan setelah berwuduk adalah makruh, mereka berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah R.anha beliau berkata:

 فَأَتَيْتُهُ بِخِرْقَةٍ، فَلَمْ يُرِدْهَا، فَجَعَلَ يَنْفُضُ بِيَدِهِ 
Maksudnya: Aku membawakan kepada Nabi S.A.W secebis kain (setelah baginda mandi junub), maka baginda tidak menerimanya. Lalu baginda menghilangkan sisa-sia air di badan baginda menggunakan tangannya. 
Riwayat Al-Bukhari (274)

Di sisi para fuqaha al-Syafiéyyah, di sana terdapat beberapa pendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah.
Kata beliau: Pendapat yang pertama menyebut bahawa tidak dimakruhkan mengelap anggota wuduk akan tetapi disunatkan untuk meninggalkannya. Inilah yang dipegang oleh jumhur ulama Iraq, al Qadhi Husain, Imam al-Baghawi, Imam Al-Haramain, dan ditarjihkan oleh Imam Al-Rafi’e.

Kesimpulan
Setelah kami meneliti beberapa pendapat para fuqaha yang dikemukakan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskan perbuatan mengeringkan anggota wuduk dengan menggunakan tuala dan seumpamanya selepas wuduk.
Ini mengambil kira perbuatan Rasulullah S.A.W yang mengelap anggota baginda menggunakan tangan, selain kenyataan Al-Syeikh Al-Mahamili bahawa para ulama sepakat bahawa perbuatan itu tidaklah diharamkan, serta terdapatnya keperluan untuk mengelap anggota wuduk bagi mengelakkan perasaan tidak selesa dalam beribadah.

Semoga Allah S.W.T memberikan kepada kita kefahaman dalam memahami agama-Nya. Ameen.


------------------------------------------

sharing is caring kan.

ok bye !



Friday, April 21, 2017

5 perkara yang buat hidup kita susah

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

muhasabah jumaat..

---

Kenapa hidup kita susah? 

1. Syirik 

2. Derhaka ibu bapa

3. Solat tidak sempurna

4. Zina 

5. Harta haram

kadang-kadang kita rasa dekat dengan Allah, kadang-kadang kita rasa jauh..
audit diri. jom cuba sama-sama.


Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,
(Al-Muddaththir. Ayat 38)

Saturday, September 24, 2016

kasihan seorang perempuan

kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan-- 
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami. 

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.

------------------------------------------------


alhamdulillah.. insyaallah...

credit : fynn jamal