Assalamualaikum w.b.t.
Sya nak share 1 knowledge dengan kawan-kawan tentang Soal Jawab Zakat.
Newspaper cutting tentang Qada Zakat. [Sumber: Utusan Malaysia] |
Kat bawah ni Sya share penerangan detail tentang Qada Zakat.
Source: WAZAN UPM
----------------------------------------
Soalan :
Selama ini saya tidak pernah membayar zakat. Jika dihitung, kira-kira 20 tahun saya langsung tidak membayar zakat, sama ada zakatpendapatan atau mana mana zakat harta. Saya pernah menerima teguran Allah, namun saya masih leka dengan kemewahan yang saya nikmati. Sehingga kini, perniagaan yang saya bina sejak tahun 2000 mula merundum. Sehinggalah saya mendengar sebuah kuliah zakat, lalu saya sedar dan insaf bahawa saya tidak menunaikan zakat pendapatan seperti yang diperintahkan-Nya. Bagaimana cara saya hendak mula membayar zakat? Bila dan bagaimana saya hendak mula qada zakat yang tertunggak?
Jawapan :
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertunjuk-Nya dan membimbing kita menuju kejayaan. Alhamdulillah jika sudah ada cetusan perasaan dan kesedaran dalam kewajipan zakat. Ini adalah tepat dan sudah pasti ia dinamakan qada zakat. Bahkan jumhur ulama menyatakan, berdosa besar bagi sesiapa yang sudah cukup syaratnya namun melengahkan zakat. Maka, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang baharu insaf atau tersedar atas kesilapan, adalah seperti berikut :
1. Menghitung kembali segala kekayaan cukup syaratnya yang lalu dan menunaikan zakatnya hari ini juga.
2. Jika dia mampu, maka diqada secara tunai. Jika tidak mampu, qadalah secara beransuran.
3. Dalam masa yang sama, wajib baginya memohon ampun (bertaubat) atas kelekaan.
4. Menjaga agar tidak leka lagi dalam menunaikan kewajipan zakatnya pada setiap tahun.
Dalam kes saudara, saya dapat membayangkan sedikit sebanyak kekangan yang ada. Namun percayalah, ambillah gesaan Allah SWT :“Dan apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (keazaman) maka berserah dirilah kepada Allah (akan natijahnya). (ali-‘Imran: 159).
Nabi turut berpesan, daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.(riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Tunaikan qada zakat itu walaupun dengan jumlah RM50 sebulan, inshaAllah, jika saudara ikhlas dengan benar-benar mengharapkan keampunan dan keberkatan daripada Allah, maka Allah SWT Maha Berhak memberikannya tanpa sesiapa pun lagi dapat menahannya.
Semoga dengan berzakat, perniagaan saudara kembali pulih dan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, InshaAllah. Wallahua’alam
NISAB 2019 : RM13,950.00
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
----------------------------------------
So clear kan. Kalau kita ada zakat tertunggak due to whatever reason la, kita wajib bayar balik zakat tertunggak tu secara lump sum atau kalau tak mampu, secara ansuran pon boleh.
Sya dengar Tanyalah Ustaz kat TV3 yang lepas subuh tu, ustaz tu cakap hukumnya harus meminjam duit untuk menyelesaikan zakat, dengan syarat - mestilah mampu untuk menggantikan duit yang dipinjam tu.
wallahualam.
ok korang, salam jumaat.
bye!
ReplyDeleteAdmin numpang promo ya.. :)
cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
banyak kejutan menanti para temen sekalian
cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
F4ns Bett1ng
"JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM
DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^
Jom melawat Muzium Warisan Melayu https://sciencepark.upm.edu.my/summer-uploads/20201112235714blobid0.jpg
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete