In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, April 28, 2017

hukum mengeringkan anggota wuduk selepas berwuduk

Assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hukum mengeringkan anggota wudhu'

ok, sya share kat sini sebab sya pon baru, ada yang berpendapat tak boleh lap anggota wudhu'
masa sya kat vietnam, sya perhatikan kawan sya, masa tu kitorang berdiscuss la..
tapi just gitu-gitu je.

then tiba-tiba sya ternampak update dari mufti wilayah persekutuan pasal hukum mengeringkan anggota wudhu'.
terus whatsapp darina! hahahahhahahaha


so sya share kat sini. moga semua boleh benefit from this info, k.

------------------------------------------

Apakah hukum saya mengeringkan anggota wuduk selepas berwuduk, seperti mengelapnya dengan menggunakan tuala dan tisu atau dengan menggunakan alat pengering ? 


Jawapan: Para fuqaha secara asasnya berbeza pendapat berkenaan isu ini kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka mengatakan bahawa perbuatan tersebut dibolehkan. Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa hukumnya makruh bagi seseorang untuk mengeringkan anggota badannya setelah berwuduk.

Pendapat yang mengharuskan perkara ini menyatakan bahawa asal hukum bagi sesuatu perkara itu adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharamannya. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab usul feqh: 

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة 
Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus.

Maka mereka berpendapat bahawa selagi mana tidak terdapat nas yang melarang perbuatan ini, maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu keharusan. Pendapat ini dipegang oleh tokoh besar seperti Imam Ahmad dan selainnya. Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah mengatakan: Tidak mengapa untuk seseorang itu mengelap anggotanya dengan kain sapu daripada lebihan-lebihan wuduk dan air mandian.

Manakala pendapat yang kedua, yang menyatakan bahawa menyapu atau mengeringkan anggota badan setelah berwuduk adalah makruh, mereka berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah R.anha beliau berkata:

 فَأَتَيْتُهُ بِخِرْقَةٍ، فَلَمْ يُرِدْهَا، فَجَعَلَ يَنْفُضُ بِيَدِهِ 
Maksudnya: Aku membawakan kepada Nabi S.A.W secebis kain (setelah baginda mandi junub), maka baginda tidak menerimanya. Lalu baginda menghilangkan sisa-sia air di badan baginda menggunakan tangannya. 
Riwayat Al-Bukhari (274)

Di sisi para fuqaha al-Syafiéyyah, di sana terdapat beberapa pendapat sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah.
Kata beliau: Pendapat yang pertama menyebut bahawa tidak dimakruhkan mengelap anggota wuduk akan tetapi disunatkan untuk meninggalkannya. Inilah yang dipegang oleh jumhur ulama Iraq, al Qadhi Husain, Imam al-Baghawi, Imam Al-Haramain, dan ditarjihkan oleh Imam Al-Rafi’e.

Kesimpulan
Setelah kami meneliti beberapa pendapat para fuqaha yang dikemukakan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskan perbuatan mengeringkan anggota wuduk dengan menggunakan tuala dan seumpamanya selepas wuduk.
Ini mengambil kira perbuatan Rasulullah S.A.W yang mengelap anggota baginda menggunakan tangan, selain kenyataan Al-Syeikh Al-Mahamili bahawa para ulama sepakat bahawa perbuatan itu tidaklah diharamkan, serta terdapatnya keperluan untuk mengelap anggota wuduk bagi mengelakkan perasaan tidak selesa dalam beribadah.

Semoga Allah S.W.T memberikan kepada kita kefahaman dalam memahami agama-Nya. Ameen.


------------------------------------------

sharing is caring kan.

ok bye !



Thursday, April 27, 2017

kronologi / fakta kes allahyarham adik thaqif

assalamualaikum w.b.t.


sya rasa malaysians semua tengah shocked with what happened to allayarham adik thaqif. sya sendiri tak expect benda jadi sampai camtu. wallahi sya ingat he would survive =(

sya tak study banyak pasal kes adik thaqif. baca from link newspapers. certain sources macam oh media, etc. sya avoid untuk baca sebab takut ada tambah salt and pepper.

semalam masa dapat tahu allahyarham meninggal, sya terus google berita.
masa dinner sya tanya Z, memang he had no idea la kan sebab tak ikut issue ni.
sya pon gigih cerita and we discussed about this.
masa tengah sembang tu, tiba-tiba keluar kat berita tv3 yang polis klasifikasi kes kematian adik thaqif sebagai kes bunuh. read here


bila sya dengar je pasal tu, terus sya study sikit kronologi adik thaqif.
macam mana kes asal: pembantu warden yang "denda" pelajar boleh lead to kes bunuh. bukan senang nak sabit sampai kes bunuh.

then from there sya jumpa satu-satu pasal allahyarham adik thaqif.
about his diary.. read here
catatan allahyarham .. read here
sedihnya..



sya baca update/post sebelum ni dari facebook ibu allahyarham thaqif.
baca pasal post anak syurga.
serious sedih..

sya nak tulis macam-macam kat sini sekali sya terbaca satu post kat facebook.
sya share sebab sya rasa dia dah tolong sampai kan apa yang terbuku kat hati ni.

-----------------------

This whole Thaqif tragedy, you mean to say no one knows anything till the boy was hospitalized? Action shouldn't be taken cause only one staff did it? Bullshit.
The boy was in the school for two months. He jot down the abuse in his notebook. (http://www.thestar.com.my/…/pupil-i-cannot-stand-it-anymor…/) He didn't tell anyone? Or did he tell someone and the adults chose not to believe him? The other kids, they didn't say or notice anything? There's only 110 students in the school between 11 to 17 years old (http://www.freemalaysiatoday.com/…/school-refuses-comment-…/). There are 15 staff including six teachers. Only six. No one notices their students having difficulty to hold a pencil and walk?
It's tempting to open and shut case by assigning blame completely on the suspect. Let's look at the facts and follow the logic. The school hired an assistant warden with a criminal record (http://www.thestar.com.my/…/pupil-i-cannot-stand-it-anymor…/). Okay fine, second chance whatever. But hiring a former convict to be with 11-years old KIDS?? Regardless whether they know (in that case they knowingly put the kids at harm's way) or didn't (they fail to conduct background check), the school's action is tantamount to negligence.
Poin saya, look at the big picture. Kes ini tidak harus diingat sebagai seorang warden memukul Thaqif hingga mati. Kes ini membangkitkan *soalan* untuk kita. Mengapa budak-budak yang kena dera tu tak nak cakap kepada pengetua atau ibubapa? Bukan seorang je yang kena pukul, why no one says anything? Or if they did, kenapa tiada seorang yang percaya pada mereka? Abused victims usually leave a trail of hints. Adakah kes ini satu pengajaran kepada masyarakat kita yang tidak percaya apabila kanak-kanak berkata mereka didera? Teringat kes sebelum ini, budak-budak sekolah agama yang didera secara seksual. Isolated and unrelated incidents, atau satu gambaran besar tentang tragedi yang menimpa masyarakat yang mudah sangat percaya pada "senior figure/religious authority" sampai tidak boleh bayangkan mereka melakukan sesuatu terhadap kanak-kanak?
Ini bukan soal hentam sekolah agama Islam. Kes dera kanak-kanak oleh Catholic Church (banyak sangat mangsa!) sangat berleluasa kerana sebab yang sama: serahkan kanak-kanak kepada manusia yang dilihat maksum dan assume no harm can be done. Sebenarnya, precisely this assumption that leaves the kids with the most risk of exploitation.
I pun tak faham, ibubapa demographic macam mana yang hantar anak-anak baru 10, 11 tahun ke boarding schools? Sangat tidak digalakkan kerana budak-budak semuda itu tidak tahu mempertahankan diri dan terlalu mudah mengikut arahan senior figure. If you are a parent, your 11 year old kids should be at home with you, not away in a strange place with strangers where they could not/unable to protect themselves.


----------------------- 

untuk his last point tu, sya 50-50.
Sya tak totally against the idea of sending our 10-11 yo kids to boarding school.
ramai je budak-budak yang cemerlang agama nya hasil didikan awal maahad / tahfiz school.
cuma, mungkin kena extra alert kot..

teringat adik bongsu sya masa masuk boarding school.
we visited him every week, kadang-kadang weekdays pon kitorang melawat (bahana adik bongsu masuk sekolah asrama dekat dengan rumah, kalau sya dulu, jangan harap la)
sya dah ada experience sekolah asrama kan, so memang everytime datang sya bekal kan makanan extra, biscuit kadang-kadang 3-4 kg, maggie sampai 5-6 set/bungkus (darab la dengan 5/6), pesan banyak kali "bagi kat kawan-kawan"
sebab awal-awal tu sya nak dia blend dengan kawan-kawan/senior kan..
end up adik sya buat bisnes maggie pulak kat asrama dia. sabar je la..

but papepon, to all parents yang plan to send their 10-11 yo kids to boarding school, doa banyak-banyak moga Allah permudah kan semua, insyaallah..
lepas ni kena selalu tanya update from anak.
kalau nampak macam they are hiding something, kita probe sampai dia cerita.
(cakap pandai padahal anak sendiri baru setahun lebih. huhu)

tapi sya percaya, lepas ni semua sekolah tahfiz, maahad, akan lebih careful.
sya percaya kes allahyarham adik thaqif ni akan jadi eye opener untuk banyak pihak.
insyaallah.

alfatihah untuk allahyarham..


Friday, April 21, 2017

5 perkara yang buat hidup kita susah

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

muhasabah jumaat..

---

Kenapa hidup kita susah? 

1. Syirik 

2. Derhaka ibu bapa

3. Solat tidak sempurna

4. Zina 

5. Harta haram

kadang-kadang kita rasa dekat dengan Allah, kadang-kadang kita rasa jauh..
audit diri. jom cuba sama-sama.


Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,
(Al-Muddaththir. Ayat 38)

Wednesday, April 19, 2017

review : Unifi vs Maxis Fibre

Assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini nak share pasal internet / wifi kat rumah.
ingat tak post sebelum ni sya share pasal cara tukar dari postpaid ke prepaid?
well, salah satu sebab nya; sya pasang internet kat rumah.
so sya rasa tak perlu dah commit dengan postpaid plan sebelum ni.

sya bukan la heavy internet user.
guna internet pon untuk facebook, shopping dengan whatsapp.
owh, satu lagi, untuk google. sebab sya suka meng-google.
tengah tengok tv tetiba rasa sakit perut, terus google
"lower abdomen pain"
over kan. bhahahahahhahhahaha

ok, untuk internet kat rumah ni, sya dah plan lama jugak.
kadang-kadang tu tengok Z main game pastu membebel pasal tak boleh connect la, internet slow la..
tu belum kalau sya guna hp dia, tengok-tengok tengah bukak internet speed test.
nampak naww laki den tengah frust ngan internet speed.
so sebagai seorang wife mithali, akhirnya sya decide nak pasang je kat rumah.
adam boleh tompang sekaki tengok minion.

ok, sambung**

untuk wifi, sya study dua ni:
unifi and maxis fibre.

ni sya share maxis home fibre plan yang sya dapat dari website maxis.

lowest plan is RM 139 untuk 10 mbps.
oleh sebab sya plan nak ambil yg laju sikit, sya aim plan untuk 30 mbps.

maxis fibre ada 2 plans untuk 30 mbps.
plan pertama, RM 179 - voice call kena bayar.
plan kedua, RM 189 - unlimited / free voice call.



untuk unifi pulak, RM 199 untuk plan 30 mpbs.
tapi untuk voice call, kena bayar.

untuk plan 30 mbps, maxis fibre memang dari segi harga.
lepas tu download dengan upload, both 30 mbps.
untuk unifi, walaupon plan 30 mbps, tapi download je 30 mbps.
upload 10 mbps je.
(although it depends on coverage jugak kan..)
so, maxis fibre wins.

dari segi free gift / items included dalam package,  unifi lagi best.
sebab dapat free DECT phone.
maxis fiber pulak, walaupon ada plan yg offer unlimited calls, tapi dia tak bagi phone.
so kita pulak kena sediakan sendiri.

lepastu unifi ada free hypptv.
tapi ntahpape la channel yang dia bagi free tu kan..

so untuk benda-benda free ni, unifi menang.

tapi maxis offers unlimited/free iflix access untuk plan 30mbps and ke atas.
menarik...

dari segi installation, sama je. both foc, takde charge pape pon.
tapi ada jugak sya baca kat website pasal wiring/cabling ke camne ntah.
kalau lebih/panjang, ada additional charge.
yang ni kena check balik.

oh, satu lagi, both maxis home fibre and unifi ada contract 24 bulan @ 2 tahun.
so kalau terminate awal ada penalty.
and kalau korang pindah rumah, korang nak dorang install balik kat rumah baru kan, automatically contract korang tu dorang reset balik.
so start balik contract 24 months tu.

setelah ber-discuss laki-bini, kitorang decided ambil maxis fibre.
sya pon apa lagi, terus google review la apa la pasal maxis fibre ni.
sya study review users maxis fibre kat putrajaya. so far semua komen kata puas hati.

kat website maxis ada la meng-highlightkan pasal Maxpert setup la bagai.
sya study la sikit pasal maxpert.



ini je rupenye
tapi ok la. kalau orang noob macam sya, sya suka services ginih.
memang kita interrogate la orang yang datang install tu.
tapi sebab ada Z, so sya biar Z handle.
let him talk / discuss dengan staff maxpert tu.
sya pulak?
sya duduk diam-diam, jaga diri, jaga ikhtilat.
bhahahahahahahahahhahaahhaha

ok, masa nak subscribe maxis home fibre ni, sya ada terbaca yang maxis ada offer add-ons. tapi cuma untuk pengguna maxisOne plan.

maxisOne plan tu apa?
maxisOne plan tu pengguna maxis postpaid.
macam sya. hiks!

apa add-ons yang maxis offer?
dengan cuma tambahan RM 1 @ sehinggit, kita boleh dapat chromecast and wifi extender.

so sya apa lagi, sehinggit je wehhh!
sampai kat maxis center tu, orang tu takde cerita pon pasal add-ons ni, sya yang buat-buat tanya.
padahal memang dah tekad.

sya share sikit kat bawah pasal chromecast and wifi extender.

----------

chromecast

Just Plug and Play Connect Google Chromecast to the HDMI port on your TV and you’re good to go! Be in control of the content that appears on your TV with just a push of a button on your devices, be it a smartphone, tablet or laptop. Whether it’s music, movies or TV series, you can now enjoy them all on the biggest screen in your home with friends and family!

dia sama macam apple tv.
sebelum ni kitorang guna apple tv je kalau nak play apa-apa dari hp.
tapi sya suka lagi chromecast ni.
sebab macam laju je.
or maybe sebab apple tv tu kadang-kadang sya pening sikit kot.
nak kena connect wifi la apa. kadang-kadang disconnect sendiri la.
yang chromecast ni sebab staff yang install tu dah setting kan siap-siap, so everytime sya nak play pape kat tv from hp, just connect je dari hp. settle.
cepat, pantas, syok.

pastu chromecast kecik comel macam pendrive dobott.
apple tv pulak size mcm powerbank versi transformer. sebab dia sleek gituuu.
ok, xpaham takpe. haha

wifi extender


 wifi extender ni sesuai kalau rumah besar.
macam kitorang tak perlu pon sebenarnya.
tapi sebab tambah RM 1 dapat both, so harus la grab kan.

wifi extender ni memboleh kan coverage internet / wifi korang lagi luas la.
contoh cam rumah 2 tingkat ke, or rumah macam ada pulak wings kiri kanan ke, or kalau ada pulak macam bilik tersorok/tercerok ke..

now dah ada maxis fibre ni, kalau kat rumah bila boring-boring je layan iflix sambil lipat kain. memang syok lah.

sekarang tengah mood layan tv series charmed.
ingat tak cerita zaman kita kecik-kecik dulu.
sukaaaaaaaa!


sya suka naww cole turner.
tapi yang sya tengok ni baru season 1.
uwaaaaaaaa
layan je la.. 


ok bye (dato aliff syukri)



Tuesday, April 18, 2017

of being a parent

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

gigih pagi tadi sya meng-draft review tapi tiba-tiba rasa macam nak share yang ni dulu. esok la kita share review tu
entry pasal trip vietnam bulan lepas pon tak sempat nak siapkan.
yang tu memang amik masa sikit.

by the way, siapa sini dah jadik parent, angkat tangan.
angkat tingi-tinggi sebagai tanda betapa "syok" dan energetic nye menjadik parent. bhahahahaahahahahahahahahahaha

nahhh sya share sikit pasal pengalaman parents kat luar.
ada yang sya pon experience sama, ada yang belum. hehe


sebenarnya lain sangat apa yang kita expect @ bayangkan sebelum ada anak, and selepas ada anak.

dulu konon macam dah study habis la.
sekali bila ada anak, lainnnn wehhh.
ada yang boleh pakai, ada yang tak seswai langsung.
i believe every child ni unik.
even sesama siblings pon tak sama kekdah dorang nih.

sya ingat masa adam baru berapa hari, sya snap picture poopoo adam and whatsapp akak office tanya
"normal tak adam berak camni"

everyday kita akan learn a new lesson bila ada anak nih
(untuk first time mak /apak la)

ni over. idaaak la gini kekdah nye kan..
eh wait, cengginih ke kalaw ada toddler and newborn baby at the same time?
gulp.


indeed !
masa adam newborn baby dulu, memang ni benda paling seram la.
sekarang? heh!
mak potong kuku anak sambil mulot kunyah roti ngan tengok cite minion.
**buat gaya berlagak


ni pon experience time zaman adam still a newborn baby masa tu.
kalau boleh letak tu kena slow gila, lepas letak jek teros lompat keluar. jangan toleh belakang dah!
hahahahahhahahahaha

sekarang? heh
(sambung berlagak. hahahhahahahahaha)

rasa macam satu achievement bila berjaya tidokan baby / newborn
hahahaha


ok yang ni experience dulu-dulu la.
sekarang adam jadi alarm kitorang time weekend je.
hari biasa, dia pon sama-sama lena macam kitorang jugak. hehehe



ok, ni kitorang experience masa adam newborn baby la.
awal-awal dulu.
once dia dah 3 bulan macam tu, makin ok.
sekarang? heh!
petik jari jek.
berlagak lagiiikkkkkk** hahahaha

adam kitorang train dia tidur dalam bilik sorang-sorang start masa dia umur 10 bulan macam tu.
ada yang kata macam kejam, tapi so far it works for us.
adam pon happy je tido sorang-sorang dalam bilik.
tutup semua lampu, lena la dia.
lagi dia suka ada sebab dapat conquer space besar. 1 bilik tu dia punya kot !

jjyeahhh!
are you ready, parents? well, they dont care.
huhu

yang ni sya selalu baca ada parents yang tak berapa suka.
macam meng-compare anak kata nya,
tapi maybe sebab sya baru anak sorang, so far i never felt offended kalau kita sembang pasal anak and another parent cakap "anak saya tak macam tu"
selalu sya akan respond "serious?? buat camne tu"

ye la.. kita new parents kan..
so experience parents lain kita cedok la sikit-sikit.
mana boleh guna, kita apply/adapt dalam cara kita.
mana tak boleh / tak kena ngan jiwa / tak logic tu, buang je. apa susah. hehe

yang selalu melambat kan sya apa taw,
bila pagi-pagi nak tukar pampers, sekali dia popoooooo
uwaaaaaa
why adam whyyyyy??
dibuuuuu dah lambattttt...

pernah jugak terjadi bila dah siap, last sekali masa nak tukar pampers tengok penuh, terus tanggal tudung, sandar kat sofa sekejap, ambik hp, whatsapp boss-
"puan, saya masuk lambat pagi ni. saya ambil time off"
sebab dah taw dah confirm takkan sempat sampai office on time !
uwaaaaaaaaa

Nooooooo! I object this. hohoho

ha yang kat bawah ni pulak kalaw parents yang ada anak dah besar sikit or anak yang dah pandai cakap.
yang dah reti menjawab.
hahahahahahahahhahahaha
sya belum lagi.
pretty sooooooooooon ;)


hahahahahahaha. teringat akak-akak office cerita pasal anak-anak.
comel budak-budak ni bila dah pandai menjawab. hehehe



luckily adam tak specify nak sapa. so boleh buat-buat pandang Z. haha



yang ni comel.
comel apa when they repeatedly show you things though benda tu over and over again
(belum jadi, pandai la cakap. hahahahahahhaa) 




hahahahahahahahahahhahaha



yang ni sya selalu jadi kat sya.
adam jenis tak suka makan.
kadang-kadang beria kita masak / belikan something yang pada kita dah sedap dah tu, sekali dia rasa pon taknak.
bila pujuk tak berjaya, paksa pon tak lepas,
then memang mak meletop la
fineeeee! tak nak makan sudah !

hahahahahaha. kelakar bila ingat.
selalu Z la jadi ala-ala penyelamat.
kadang-kadang Z punya method menjadi.
tapi kadang-kadang sama-sama fail.
bila fail tu, we either sama-sama hangin, tak pon sya pulak bahan Z.
seee.. seee... toldyou !

yang ni selalu jadi kat Z !
kadang-kadang sya tengah masak ke kemas rumah ke, dengar la dialog dua beranak ni.
ayat cliche Z; "Adam, macam-macam dalam bilik Adam ni ayah beli. toys ada, kereta ada, buku ada, vespa ada, takkan boring lagi??!!
ayah dulu kecik-kecik takde pon bla..bla..."
dia start membebel pasal zaman dia dulu-dulu.

time tu sya lantak kan aje.
pandai-pandai la korangg.
hahahahahahahahhhahahaha

and last sekali....


ini tersangat la kitoranggggg.
hahahahahahhahaahhahahaha

so yeahhh, syok kan jadik parent !
bhahahahahahahahahahahahahahaha


ok bye (dato aliff syukri)


Monday, April 17, 2017

durian at soon huat durian ampang

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

goood morning. the earth says hello!
hehehehehehhehe

harini excited nak share pasal durian.
sebab apa? sebab baru lepas makan durian.
hahahahahahaha

ikutkan sekarang bukan la musim durian kat tempat sya.
kalau tengah musim tu, kat  pasar malam pon orang jual berlonggok-longgok.
since sekarang durian tengah tak banyak, so nak mencari tu leceh sikit la..

tapi sya macam biasa la.. selera tak ikut musim.
lepas tu sya punya style kalau nak satu benda tu (lagi-lagi makanan),
asik nak bercerita je.
pastu mula jadi obses.
contoh macam durian. sya cakap kat Z sya teringin makan durian.
sementara nak tunggu dapat makan durian tu, habis semua fb page pasal durian sya like/follow.
sampai profile picture whatsapp sya pon picture durian!
hahahahahahahaha

ingat kan takde orang perasan. sekali ada pulaaaak member-member tegur.
comel la korang ni. suka durian jugak eh :p hehe

ok, sambung**
semalam Z bawak makan durian. kebetulan balik ampang.
actually kalau kat area rumah mentua sya, memang ada 3-4 kedai durian kat situ. memang terbaik la durian dorang.

one of favourites sya - soon huat durian.
sambil taip ni pon dah terbayang rasa durian semalam.
dapnyeeee...

picture dari facebook page dorang
kalau tengah musim durian, macam ni la havoc dia.
tapi semalam sya pergi, takde la ginih.
ada la 3-4 meja je yang ada occupants.

meh sya nak list kan senarai durian favourite sya kat sini.

---------------------------

1. D101 @ ioi

Ni paling favourite. Tak tau kenapa. Hahahahahaha


colour dia pun mengancammmmm.

2. Musang King

yang ni macam everyone's favourite je kan!

source: google image

3. udang merah

source: google image

4. super XO

ok, yang ni baru masuk dalam list.
tak pernah makan sebelum ni.
first time makan semalam.
selalu kalau makan memang sya aim IOI je.

tapi lepas makan, sedaaaaaapppp



ni picture sya amik semalam.
sorry gambar tak clear sangat sebab ambik waktu malam.

---------------------------

ikut kan semua durian yang sya suka nih share satu tabiat yang same which is : isi lembikkk!
hahahahahhahaa

sya suka isi durian yang lembik, manis.
sya kurang sikit kalau jenis yang pahit tu. so memang sya cari jenis yang kurang gas.
sebab tu sya suka IOI daripada musang king.
tapi musang king sedap jugak.
eh, semua pon sedap la !

uuuuuuuuuu....teringat-ingat sampai sekarang..

thank you Z!
xoxo

so, siapa nak makan durian?
jom!

p/s: nanti nak pergi ss2 lah! jom koranggggg!

Friday, April 14, 2017

resipi rendang ayam senang, mudah, cepat lagi sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini nak share recipe rendang ayam senang gila sesuai untuk orang yang nak cepat @ student / orang bujang yang duduk umah sewa.
ikut kan resipi rendang ayam berlambak kat internet kan.
tapi ni sya nak share versi rendang express yang tak payah nak pakai banyak bahan.
senang gile kompem lelehhh. ecewahh

------------------------------------------
bahan-bahan
(ni kuantiti untuk makan 1 - 2 orang)

- ayam 3 ketul (sya guna bahagian ribs yang size kecik. potong kecik-kecik, cepat masak, senang nak makan)
- 2 bijik bawang merah (blender / tumbuk)
- 2 bijik bawang putih (blender / tumbuk)
- halia 3cm (hahahha. selalu orang guna inci kan. blender/tumbuk jugak)
- 1 batang serai (tumbuk. ikut suka nak tumbuk hancur ke nak tumbuk separa hancur)
- 3 sudu cili kering blender / kisar (cili boh pon boleh. tapi kalau guna cili boh tak payah masukkan asam keping dah)
- 1/2 sudu kerisik
- 1 asam keping
- setengah kotak santan tak kisah brand apa (sebab sya masak 3 ketul ayam je)
- garam & gula

cara-cara

1. tumis semua bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
2. masukkan cili kisar /blender @ cili boh. tumis sampai cili masak.
3. masuk kan kerisik, sambung tumis.
4. masukkan ayam. tambah air sikit. (kalau terbanyak air, jangan panik, buat api kuat sikit, tunggu sampai air kering sikit. hehehehe)
5. agak-agak ayam dah nak masak, masukkan santan and asam keping.
6. masukkan garam dan gula. tak nak gula pon takpe. santan tu dah lemak-lemak manis dah.

settle.
------------------------------------------

kalau ada daun kunyit, boleh potong-potong tabur.
nampak la berseni sikit kan..

kerisik tu takde pon takpe.
sya dulu tak letak kerisik pon sebab tak jumpa kat mydin. rupanya tempat dia tersorok sikit.
tapi kalau ada kerisik tu, rasa la macam rendang professional sikit. 
hahahahahhaha

kepekatan rendang tu ikot selera / tekak sendiri.
macam sya, ada hari sya suka pekat-pekat. so sya lebih kan bahan-bahan tumis tu.
ada hari sya nak cair sikit.
ada hari sya suka rendang berapi punya pedas. so sya siap ketuk 4-5 batang cili padi, humban sekali dalam tu.
ada hari sya suka extra santan. ada hari sya suka light je santan nye.
ikot mood la.
tu yang syok kalau masak sendiri tu.

tapi kalau dah kawen kena la tanya teammate korang tu.
contoh macam sya ada hari sya memang nak kawkaw punya pedas, memang pasrah la tengok Z time makan tu.
tu belum kalau dia ulang-alik toilet lagi,
so kalau dah kawen, sila kawteam ngan partner dulu hokkay.

btw, gambar rendang dah siap dalam kuali sya tak sempat nak ambik
gambar masa tengah makan ada la.

nahhhhhh.. hasil rendang ayam senang gila tapi sedap masak malam tadi.


ni picture masa makan malam tadi.

family sya datang dari perak, abah siap bakar kan lemang lagi.
heaven wehhhh!

so far lemang terbaik dalam hidup is lemang abah buat.
sebab : santan memang heaven punya.
lepas tu abah memang particular time buat lemang 
dulu kecik-kecik masa tolong selalu kena marah sebab ada je tak kena contoh masa masukkan pulut terhentak buluh tu la. tu pon abah bising! hahahahahahahhaa. klaka!)
masa bakar lemang tu memang tak boleh tinggal.
kena mengadap lemang tu.
monitor api, pusing-pusing kan so that semua bahagian masak sekata.
memang takde kerak lemang lah! 

sedap nyaaaa.. baru makan malam tadi tapi dah teringat balik. 


ok bye (dato aliff syukri)




Thursday, April 13, 2017

cara tukar dari postpaid ke prepaid

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

lama nya tak update, ada ke yang tunggu update sya?
*perasan*
hahahahaha.

sya suka update blog pagi-pagi, tapi pagi-pagi la macam-macam benda dalam to-do-list nak kena settle kan jugak. last nya tak sempat nak update.

ok, harini nak share benda simple je.
sebab haritu sya pernah google / cari info pasal ni tapi dapat jawapan yang kurang memuaskan.
so marilah kita update kat blog sendiri je.
yeay

siapa kat sini pengguna postpaid tak kisah la maxis ke, celcom ke, digi ke, u mobile ke, bercadang nak switch from postpaid to prepaid?
bahasa orang kampung sya, nak tukar dari line/bil ke topup.
hahahaha

haritu sya baca kat forum ada yang share kalau maxis tukar dari postpaid to prepaid kena bayar RM25.

tapi semalam sya pergi maxis center kat alamanda, tak kena apa-apa charge pon.
which means, boleh je tukar from postpaid ke prepaid without kena bayar pape.
cuma kena reload / topup la..
and nanti dapat simcard baru.

macam kes maxis (postpaid), nanti akan tukar ke hotlink (prepaid).
slekeh je rasa.
hahahahahahahahhaha

so siapa yang nak tukar / wtich from postpaid to prepaid, sila ke center telco anda.
kena pergi center kalau nak cepat sebab untuk prepaid tu, kita kena pakai simcard baru.
so nanti after successfully switched to prepaid, staff akan replace simcard lama kita tu.
kalau buat online, maybe lambat nak tunggu simcard baru sampai.
lagi-lagi kalau korang deal dengan digi (eh, sempat lagi. hahahahahahha)

lepas ni kalau nampak ada miscall from sya, mohon call balik eh.
sebab sya "takde credit"
(ayat cliche zaman study dulu)
bhahahahahahahahahahahahhahahahahhahaha

picture from google image

rindu pulak dengan aktiviti menggores ni.
hahahahahhahahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)