assalamualaikum w.b.t.
dear diary
tajuk kat atas tu kira kesimpulan apa yang sya paham.
semalam, masa sya tengah kemas-kemas dapur, 2 baymax tengah duduk kat depan tengok tv. sya terdengar pasal berita lelaki bunuh bakal abang ipar. dah set dalam mind nanti nak check apa cerita.
so pagi ni dah viral pon kat facebook.
---------
Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu
- Sepasang kekasih dan abang si perempuan pergi ke pejabat agama.
- Ini kerana abg kandung wanita tersebut mengesyaki yang lelaki itu sudah berkahwin.
- Si wanita tidak mempercayai kata-kata abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin.
- Pejabat agama sah kan lelaki tersebut sudah mempunyai dua isteri..berlaku lah perang mulut dalam bilik kaunseling.
- Sampai tempat parking, si kekasih adik yang tak puas hati, telah menikam abang kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri.
- Suspek masih diburu oleh pihak polis.
---------
kesian nya kat perempuan ni..
dah la kena tipu hidup-hidup.
abang sendiri meninggal sebab nak defend dia.
moga roh arwah abang perempuan tu dicucuri rahmat,
moga perempuan tu selamat, tenang, dunia akhirat.
aamiin
---------
lelaki tu pulak.
jahat nye wehh.
ni kes kaki penipu tahap immune semua benda nih. sebab kalau manusia normal. dah tau awak tu berbini, sampai dua orang pulak tu, rasa nya tak berani nak pergi pejabat agama.
ni tak.
dia pergi kot.
ko rasa?
penipu paling power !
lepas tu, tak tau malu.
tak padan muka gitu, ada hati nak bini sampai 3.
lepas tu tak malu, dah kantoi menipu, boleh pulak nak bertengkar bergaduh bagai.
patut dah tau muka selenge macam gitu, kantoi pulak tu, senyap-senyap bawak diri.
ni tak, pergi bergaduh / bertekak pulak dia.
makna nya, memang takde rasa malu langsung die nih.
paling horror, ko yang salah, ko bunuh orang.
jahat gile die nih.
kesiannya dekat his two wives tu..
---------
nauzubillah..
mintak dijauhkan diri kita serta zuriat keturunan kita dari manusia-manusia macam ni.
aamiin..
---------
kesiannya..si abang sayang pada adiknya, tapi akhirnya abang yang menjadi korban, entah macammana lah keadaan adiknya tu bila jadi macam ni..
ReplyDeletetu la.. kesian kan.. tersilap langkah, jumpe org jahat. mintak jauh..
Deletelg kesian kaka ipar dia yg jadi janda.. tgk mengandung pulak tu. aduhai...kalo la jadi kt saya, mmg smpai mati tak maafkan adik dia tu. :(
ReplyDeletesbb adik dia yg punca segalanya. huhuhu.. bnyk pula typo.
Deletetu la kan nolly, cannot imagine jadi kakak ipar die tu. da la tgh pregnant, laki meninggal sbb kene bunuh. mesti macam sedih, marah sume ade kot. ntah la. wallahualam
DeleteMuka pecah rumah lelaki tuu .. Memang patut lena balasan ..
ReplyDeleterumah pecah pon tak gitu. ni rumah pecah dilanda banjir pulak nih *emo*
Delete