In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, October 27, 2016

resipi cekodok pisang sedap paling senang mudah pejam mata jek

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

simple update.
pasal cekodok pisang.

sya suka pisang. cekodok pisang lagi la sya suka.

kat rumah memang sya suka beli pisang sebab senang nak bagi adam makan kalau tetibe dia lapar ke, nak mengunyah ke. kadang-kadang tu sampai jadi terlebih masak sebab pisang lambat makan.

contoh macam semalam. ada 2 bijik pisang tak habis. masak sangat.
so apa lagi. kita mengcekodok la.

bahan-bahan

1. pisang
2. tepung gandum
3. gula
4. soda bicarbonate (optional)
5. garam


cara- cara

semalam ada 2 bijik pisang terlebih masak.

kupas kulit pisang. letak dalam mangkuk

rupa pisang terlebih masak

lenyek. nak bagi hancur halus ok, nak bagi ketul-ketul sikit pon ok. ikot selera la..

pisang lenyek

masukkan gula 3 sudu  (gula merah ke putih ke tak kisah la),
soda bicarbonate secoet (lebih kurang secubit dua, sya taruk kat hujung sudu), 
garam secoet (secubit dua), and masukkan tepung gandum.
gaul rata.

macam mana nak agak banyak mana tepung?
sya pon tak pandai. hahahahahaha.
so mula-mula kita masukkan 2-3 sudu tepung dulu. 



bila dah kacau semua, kalau tekstur dia still cair sangat / watery (sebab sya pakai pisang cavendish. dia macam berair sikit), then tambah tempung 2-3 sudu lagi.

tambah tepung lagi sebab macam cair

sampai la dapat tekstur yang kita berkenan.

rupa bancuhan cekodok pisang yang dah ready

lepas tu, kalau still tak confident, buat pilot test dulu.
hahahahahahahahha

macam sya, sya goreng dalam 2 ketul dulu.
macam dalam gambar ni ha..

seketul dah masuk mulut untuk acara food testing

pastu rasa la.
kalau puas hati, then goreng la semua. kalau tak puas hati macam lembik sangat ke, then tambah tepung. kalau keras kenyal, tambah pisang balik (sebab dah terlebih tepung. hahahahaha)

macam sya, ni dah kira terbaik la. memang selera sya.
sya suka cekodok banyak pisang. lembut.
baru syok.

gambar dah siap goreng semua sya tak ambik, sebab adam dah bosan teman sya goreng cekodok kat dapur. hahahahhahahahaha

eh jap, apa kes cekodok pisang pon nak share recipe? budak tadika pon tau kot!
hahahahhahahahaha
well, saja je.. korang semua pandai buat cekodok eh?

ok bye (dato aliff syukri)




8 comments:

  1. Replies
    1. hahahha. buat jgn x buat k! xpon beli je. senangg ... hehe

      Delete
  2. kak mila pandai makan cekodok pisang seriesly kak mila xpernah buat cekodok pisang n tak pernah terpikir pun nak buat cekodok pisang, gila teruk betul la haha..padahal cekodok pisang paling senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. try la kak. lps buat kompem xnak beli dah pasal boleh adjust sendiri kan..

      Delete
  3. ni kalau makan pepanas ni dappppp

    ReplyDelete
  4. Alahaiiiiii sedapnyer... terliur la pulakkkk

    ReplyDelete