In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, October 28, 2016

adab membaca al-quran (menurut imam al-ghazali)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

adab membaca al-quran

---------------------

Imam Al-Ghazali telah menggariskan 11 garis panduan adab ketika baca Al-Quran :- 

1. Disunatkan baca Al Quran sesudah berwudhu.
2. Mengambil Al Quran dengan tangan kanan, tapi lebih baik memegangnya dengan kedua belah tangan.

3. Disunatkan baca Al Quran di tempat yang bersih.

4. Disunatkan baca Al Quran menghadap ke kiblat.

5. Ketika baca Al Quran, mulut hendaklah bersih dan tidak berisi makanan.

6. Sebelum baca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang berbunyi: A'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim.

7. Disunatkan baca Al Quran dengan tartil, iaitu dgn bacaan yg pelan-pelan dan tenang.

8. Bagi yang sudah mahir dengan erti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan tentang ayat yang dibacanya itu.

9. Dalam membaca Al Quran itu hendaklah benar-benar diresapkan erti dan maksud ayat-ayat didalam hati.

10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang merdu

11. Janganlah diputuskan bacaan Al-Quran itu dengan hal-hal yang tak sepatutnya seperti berhenti sebentar kerana nak bersembang perkara yang sia-sia ataupun lain-lain.

Selamat Beramal

---------------------

harini hari jumaat
:)




6 comments:

  1. Sekarang bc quran dengan fon ja...kalu amik quran...ammara sibuk nak pegang....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. same la.. kite pon adam sebok nk join tp kite biar je. hehehehe. pakai phone kite xleh. tradisional sket :)

      Delete
  2. TQ sharing knowledge Sya....
    Tulah tu.....bukan susah sangat sebenarnya nak baca Al quran ni tp tulah kalau Allah tak lapangkan masa kita, belum tentu kita dapat baca kan Sya

    ReplyDelete