assalamualaikum w.b.t.
dear diary
semalam lepas dinner, sya kemas-kemas dapur, lepas tu tidur kan 2 orang baymax kat rumah. sempat la sya kemas barang-barang office sekali. kalau 2 orang ni tak tido, tak jalan kerja. huhu
masa sya tengok berita. terkejut betul bila tau pasal budak 3 tahun jatuh escalator. berderau wehh
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas dipercayai terjatuh dari eskalator di Kompleks Bukit Jambul di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dipercayai didukung oleh bapanya di bahu sambil menaiki eskalator sebelum terjatuh. Bapa mangsa dikatakan menundukkan kepala, menyebabkan anaknya yang berada di bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata mangsa masih kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.
sumber : berita harian
----------
kisah nya dorang satu family (4 orang) tengah jalan-jalan kat dalam mall kat bukit jambul, penang.
ayah dukung anak perempuan dorang macam gambar kat atas.
masa naik escalator, tiba-tiba tangan anak pertama dorang tersepit kat escalator macam tu la.
ayah dia panik and secara tak sengaja berlaku la macam dalam video yang viral tu, budak perempuan tu terjatuh dari tingkat satu.
budak 3 tahun tu sekarang parah.
dalam berita semalam ada cakap, budak tu ada pendarahan dalam kepala, retak tempurung kepala.
semoga cepat sembuh. aamiin
harap mak and ayah budak ni bersabar. aamiin
----------
ramai yang komen kata ayah budak ni yang salah, lalai.
ntah la.. benda nak jadi kan.
maybe hari-hari main dukung macam tu, haritu pulak yang jadi tragedi.
susah la nak cakap.
kita belajar je la.. kena ingat, jadi parents ni, hari-hari kita belajar benda baru.
moga anak-anak kita selamat, walau kat mana pon. aamiin
moga mjd pgjrn kpd semua.. dlm berhati-hati..
ReplyDeletemoga adik ni cpt smbuh
Betul kata sya.. Jadi parents ni hari-hari belajar benda baru. Walaupun nak masuk anak kedua sekalipun tak semestinya sama perangai macam anak pertama kan. Apa pun memang menjadi pengajaran pada semua.
ReplyDelete