In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Bags. Show all posts
Showing posts with label Bags. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

piko-piko backpack by sometime. final restock august 2016

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sya pernah share dulu pasal my first piko-piko backpack.


harini sometime nak restock for the last time, lepas ni takde dah.

yang mana terlepas haritu, boleh beli lagi harini.

ada 9 colours to choose from.

pilih la warna yang berkenan. nak beli all sembilan warna pon boleh.
hahahahahahahha

sya berkenan tengok warna amber tu.
rasa macam nak beli je. tapi kalau beli ni, confirm Z bising.
bags kat rumah ada yang duduk dalam dust bag, tak pernah keluar tengok dunia lagi.
tapi macam naaak.

aaaaaaaaa... nak beli sorok-sorok?
dah sah-sah Z yang tolong collect kat post office nanti.
nak buat-buat macam orang lain punye? kita tolong belikan je?
logic ke?
aaaaa... dilema..



#sometimebag #pikopiko #perfectbucketbag


piko-piko final restock on 30 august, 11 am

sila-sila...

selamat bertempur.

ok bye (dato aliff syukri)


Monday, July 18, 2016

clutch purse : yang mana satu ni?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

last weeks sya keluar lunch dengan kembar janna nick.
lepas tu masa jumpa kat tempat parking, si kembar janna nick tegur
"sya, rajin nya bawak handbag"

sya cakap sebab bilik sya dekat pintu.
so malas nak tinggal kan handbag.
plus, sya ni careless. kalau bawak purse dengan phone, kebarangkalian salah satu ni tinggal sangat la tinggi.
so nak senang, usung handbag.

tapi kembar janna nick cakap "kalau kita, kita tak kuasa la bawak handbag2"
eeeee...saja je taw!

sya terfikir lama dah..
kalau macam pergi talk ke, keluar lunch ke, macam beria je bawak handbag kan.. kan..
tapi purse dengan phone kena bawak jugak. kan kan..
so sya nak beli clutch purse.
weekend haritu gigih la sya meng-google tips on how to choose a clutch purse. gigih!

harini sya share kat sini sebab sekarang ni sya tengah cari personal shopper yang boleh offer the best price untuk bakal clutch sya. 
cewahhh. hahahahaha

-----------------------------

1. consider body size

sebelum beli tu timbang berat dulu. kira bmi. tengok body shape, masuk category pear ke, hourglass ke, apple ke, etc.
over kan interpretation sya?
hahahahahahahaha

kurus tinggi
kategori ni macam semua pon masuk kan.

berisi.
bukan gemok eh. ni asal ada isik lebih sikit je kata gemok.
nyampah.

petite.
sya sakit mata tengok leopard print ni.
cantik tapi kena pandai.
salah style, nampak cam 20 tahun lagi tua pastu macam hidup takde hala tuju.
ah, merapu dah.
senang cerita sebelum beli leopard print, try dulu. ajak kawan-kawan yang mulut lahar, suruh dorang komen.
tapi kalau dah suka sangat pastu berpegang pada prinsip "who cares. hidup kalau asyik nak fikir orang lain je yadayada.." then pakai la..


2. consider your stuff
kena tengok apa barang nak letak dalam tu.
kalau handphone gedabak, duit berkepol, takkan nak beli clutch cinonet kan?
tu je la yang sya paham.
hoho


kalau gini baik letak toothbrush, darlie tak pon colgate sekali.
macam-macam..


3. pockets /compartments
sambungan dari atas, kalau banyak barang nak bawak, better beli clutch yang ada pockets, or several compartments.
nak cari kunci kereta pon senang.
kalau tak tu... paham-paham je la.. 
(nak imagine pon stress. gitu sekali stress nya kalau tak jumpa kunci kereta. hahahahahaha)

ni bagos nih.
boleh letak cards sekali. tersusun jek. kalau berterabur jugak memang parah la..


4. pick a quality material
nak yang tahan lama, cari yang berkualiti.
kalau nak pakai kejap-kejap, dah bosan nak campak, cari yang biasa-biasa je, kat pasar malam pon ok what. dulu kecik-kecik beli bag kecik kat pasar malam, sampai besar ni kalau carik balik kat umah kampong, rasanya boleh jumpa balik!

yang ni men clutch.
kemas je kan..


5. choose appropriate colour
cari colour semenggah sikit. tak payah nak colour blocking sangat kot.
ye ke? ntah betol ntah tidak pemahaman sya nih.
hahahahhaha
tapi kalau sya, sya cari yang category earth colour, boleh masuk dengan semua baju.

colour paling selamat selain dari colour hitam.
hehehehe


6. consider a clutch with a strap / handle
senang kalau ada tali / handle, takde la tercicir masa cedok lauk.
kalau tengah jalan-jalan tu, kadang-kadang kalau member buat lawak selekeh, kalau gelak beria takde la tercampak clutch tu.
kan kan
lepas tu nak pergi toilet pon senang.

yang ni biasa jumpa kan.. simple. kemas.

ring handle.
simple je kan. make sure yang jenis quality. 
kalau tak, tengah syok jalan sambil hayun-hayun, tercabot ring tu, terpelanting clutch.
tak ke haruuu... malu lagik.
isk

clutch with a handle.
gambar yang kanan ni kan, cara cate ni pegang clutch tu dah macam harry potter tengah pegang stick sambil cakap "alohomora"
kan kan..
ke sya je yang rasa cmtu?


7. versatile clutch
yang ni ikot orang la. definition "versatile" kita tak sama kan..
macam sya, clutch carlo rino dah kira versatile dah.
ada setengah orang carlo rino ni level celah kaki dia. lagi-lagi kalau dari sogo.
hahahahahahahahhaahha
ada setengah orang pulak versatile kena leather. ikot la.
bayar pakai duit sendiri kan..
ni karang ada la yang lurus bendul kata "sya pakai clutch carlo rino eh?"
ewahh.. ada jugak yang kena libas pakai clutch kang! haa....
hahahahahahaha

men clutch.
sya rasa macam nak beli men clutch je.
clutch perempuan kenapa banyak jenis yang tali dia macam flimsy eh?
tapi kalau beli men clutch karang Z ingat sya beli untuk dia pulak.
karang sampai-sampai tetiba Z cakap "thank you sayang sebab belikan clutch"
haa...tak ke terkujat-kujat kat situ??
haruu haruu..

-----------------------------

ok, tu je..

so sya tengah nak cari personal shopper yang boleh offer the best price.
ada few brands dalam kepala.
eh, of course sya cari yang murah-murah! (ko dah kenapeeee)
hahahaha

ok bye (dato aliff syukri)

disclaimer:pictures from pinterest


Thursday, July 14, 2016

basta bag by alia bastaman

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

pukul 11 sekejap lagi sometime nak launch basta bag by aliabastamamkl

merembes tak?
huhuhu

dari jauh nampak macam longchamp kan.

semalam sya berkobar-kobar kot nak beli.
harini macam 50-50 pulak.

i got less than an hour to decide

anyone nak beli #bastabag jugak?


basta bag alia b.

to buy, or not to buy..
confused ah!

ok bye (dato aliff syukri)

----------------------------------------

UPDATE : ALL COLORS SOLD OUT IN LESS THAN 10 MINUTES


HAHAHAHAHAHAHA
(gelak pasal memang dah decide tak nak beli)

tapi serious weh.
tak rasa ke yang kecoh-kecoh kat facebook pasal gst la, harga barang naik la, minyak naik la, rakyat hidup melarat la..
macam tipu je kan.
kelmarin sya makan kat fish & co, penoh kot
haritu lalu depan tony romas, nandos, tgi, pon ramai.
ramai dengan orang-orang kita la.
sya syak yang komen kata rakyat hidup terbeban la apa tu, bukan rakyat malaysia kot.
walaupon yang komen tu orang malaysia, statement dorang tu refer pada rakyat lain kot.
rohingya maybe?
kan.. kan..

ok bye (dato aliff syukri lagi. suka naww sya ngan dia. hiks)




Tuesday, May 31, 2016

sofina 3 clutch available at sometime and fashion valet

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sya memang kipas susah mati vivy since i read her blog.
pastu dulu zaman layan cerita "raikan cinta", lagi la merembes dekat vivy ni

now ramai orang kenal dia sebab dia buat cerita apa ntah.
sya takde astro kat rumah.
plus, sya bukan kaki tengok tv.
sya tak layan drama semua tu.
movie sya tengok but not very up-to-date la lagi-lagi since dah ada adam ni.

eh, dah merapu.

*sambung balik*

years ago, kawan sya masa matrix asyik update dekat instagram pasal handbag sofina by vivy.
sya tak minat.
although sofina dengan syafinaz dekat-dekat bunyi nya,
ok takde kaitan.
hahahahaha

sya tak suka sebab besar gedabak.
then released pulak sofina mini.
sya suka tapi time tu sya gengster lagi.
handbags ni not my taste la.
ecewahh

sekarang dah mak-mak, suka pulak dekat sofina.
tapi yang mini lah

pagi nih terbaca kat fashion valet kata dah release sofina 3 clutch
sya macam, hmm.. nak beli ke tak nak eh..
sekali hamik kau!










sofina 3 clutch dekat fashion valet semua sold out weh!
hahahahahahaha
(gelak pasal memang tak nak beli. hahahahahahaha)

fret not, sofina 3 will be made available for purchase dekat website sometime starting pukul 11 am jap lagi.
so siapa yang nak, get ready hokkay. 

make sure internet stable.
credit card, hp, semua kena ready ok.
release je teros click, add to cart, check out.
tak payah ngengada nak baca description la, nak click-click tengok comel ke tak, compare colour la hape, memang mendapat laaa..
tak pasal-pasal masa nak check out tetiba website tu mintak ampun kat kita "sorry, product is no longer available"
panas panas..
hahahaha

ok, good luck.

sya? 
no no no!
syafinaz not suitable wearing sofina.
(walaupon nama dah dekat! hahahaha)
ni clutch..
pegang-pegang sya malas. kang tercicir.
nak buat macam sling bag tak sesuai pasal maaak badan beso.
clutch ni cinonet pada sya.
hahahahahaha

ok, good luck.

xoxo

cantik ke wehhh? tak paham la sya..
well, lain orang lain taste kan
uhuk uhuk
hahahahahahahahahahhaa


ok bye (dato aliff syukri)


Friday, May 20, 2016

piko-piko made available in fashion valet

assalamualaikum wbt

dear diary

happy fri-yayyyy!!!

ingat tak sya pernah post pasal piko-piko sebelum ni? 

haritu kan nak beli tak sempat, so this time when they announced that these bags will be made available in fashion valet, harus la sya merembes.

this time dah tekad dah, nak grab 3 colours. 
ha ko. sampai 3! 
actually satu tu nak bagi as a gift to someone. 

six colours available.  ada satu colour ni sya aim tapi takde pulak. 
nevermind..





so what happened this time?











ni antara colours yang sya dah aim. 

again, sya lambat 5 minutes..
so these colour harus la sold out kan.

uwaaaaaaa...

but... fret not. sya dapat secure satu. though sya paling merembes yang warna hitam, tapi yang ni pon one of favorite colours jugak.

ok, tak sabar nak tunggu sampai.

owh, these bags can be purchased offline too. 
boleh terus pergi fashion valet bangsar. 

so, siapa dah beli piko-piko? 
jom pakai sama-sama. 
sepp sikit! 
yeayyy

ok, bye (dato' aliff syukri)


Thursday, April 28, 2016

piko-piko backpack

Assalamualaikum wbt

dear diary

semalam tak update blog sebab tengah frust.

frust frust frust. mencik.

piko-piko bucket backpack
(sebelom ni yang niko-niko sya tak minat sebab takde cover tu. macam tak safe jek)

sya dah semangat terpacak dari kol 10.30 pg.

10.58 am adam nak susu pulaaaak.

11.06 am sya dah kelam kabut. select mana yang berkenan, teros masok cart. sya choose 3 colours. black, hazelnut dengan amber. pastu masa nak proceed to check out...




lambat 6 minit je wehh..

6 minit hokkay!

kencing pon x sempat 6 minit tu!!!

well, thank you sebab bagi harapan. 

pfftt!!!

Wednesday, April 20, 2016

review : skip hop duo signature diaper bag

assalamualaikum wbt

dear diary

sya update blog ni. japgi ada la yang tanya, kat office takde keje eh? pffttt

ok, pasal diaper bag. ada macam-macam diaper bag sekarang.

sya beli dua je. so review satu-satu ok. start dengan skip hop.

sya chose skip hop duo signature. ada banyak designs dah sekarang, boleh tengok kat website skip hop sendiri.

ni antara designs yang ada

bag besar so banyak barang boleh bubuh. tapi daper bags sya rasa kebanyakan nya memang size gedabak kan..

ok, so syok tak skip hop? syok! 
gitu je review nya. boleh?? hahahahahhahahaha

compartments banyak. syok. 
tapi walaupon compartments banyak, still bila nak cari kunci kereta dekat setengah jam jugak. kadang-kadang rasa nak tonggeng semua barang dalam bag tu. hahahaha. ok, jangan tiru!


kemaen cantik dia susun barang-barang baby dalam ni kan.
sya pon cenggini sebenarnya.. cewah. tapi awal-awal la.
bila dah kt luar tu, 10 kali ko bawak keluar barang pastu masuk balik, dia dah tak ghupe gini dah.. hoho



bila dah banyak sangat barang kita sumbat, barang kita lagi, plus botol susu anak, pampers, wet tissue, air standby, etc., boleh senget jugak bahu. Lagi pulak kalau species kuat berjalan macam sya. 
so boleh la sangkut je bag tu kat stroller cam gini haa...

kalau taknak sangkut, kot la for safety reason ke hape, boleh la request suami pegang kan bag.
bak kata kak ecah, suami yang siuman insyaallah akan tolong..

tapi kalau ikot sya, usung je bag walaupon berat. insyaallah.. pahala dapat, lengan pon makin sado. tak gitu? hiks

skip hop duo signature ni comes with changing pad
yang ni favourite sya! pasal senang kat luar nak tukar pampers baby. kadang-kadang kalau terdesak ke apa, sya guna je changing pad ni as lapik bagi adam baring. contoh macam kalau pergi kenduri ke, pergi open house ke..



camni la ghupe kalau sya yang pakai. 
sya punya design onyx tile
sya crop muka sya pasal nak suruh tengok bag. karang bag orang tak pandang, muka kite pulak di-komen nye suruh pakai bedak la, pakai lipstick la .. 
(mak sya setiap kali sya nak keluar mesti tanya "ko tak pakai lipstick ke long?" hadoiii)

sambung balik.

sekarang senang, pergi office ke pergi jalan-jalan ke, sya hangkut je diaper bag skip hop ni. buat masa ni tak rajin nak tukar-tukar, pakai handbag pulak ke apa. even pergi kerja pon memang guna diaper bag ni siap package dalam ada wet tissues, pampers, macam-macam la. hahahaha

bag sya ni je berat lebih 2 kg sya rasa. serious. owh, ni satu lagi sebab napa sya suka skip hop duo signature. dia tahan.

lepas tu tali yang kat bahu tu dia kan padded kan, so takde la melecet even bag kita tu berat macam bawak batu. tapi lenguh tu of course la kan.. pasal dia berat. yang tu takdapat la nak nolong.. huhu

harga? memang mampu milik. tak silap, sya beli haritu dalam RM 300 include postage. ke tak sampai 300 pon. sangat berbaloi untuk sebuah bag yang boleh dilenjan kawkaw.

tu je..

ok bye (dato aliff syukri)

disclaimer: pictures from skip hop website