In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label Ampang. Show all posts
Showing posts with label Ampang. Show all posts

Tuesday, May 2, 2017

restaurant taiwan house, ampang point

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sya saja share kat blog padahal restaurant ni bukannya baru bukak ke apa. lama dah..

restaurant taiwan house @ ampang point.

sya first time makan sini masa tahun 2010 dengan kawan-kawan.
masa tu terus macam tersuka.
padahal sya bukan la peminat soup.
tapi kat sini sedap. #sumpahsedap

lepas dah makan situ, terus ajak Z try jugak. so Z pon terjebak sekali.
maka nya, kitorang pon jadi pengunjung tegar start tahun 2010.. hehehehe

dulu restoran taiwan house ni sebelah restoran korea. Gomonae Korean Restaurant kalau tak silap. tak sedap kedai tu (kalau tekak sya la..).
dengan bau yang agak tak berapa kena dengan hidung.
tapi ada yang suka, sebab sya tengok kedai tu pon selalu penuh jugak.

sya dengan Z dari dulu lagi panggil kedai ni "kedai busuk".
sebab ada satu bau tu, datang dari kedai korea sebelah rasanya. hahahahaha.
ampponnn kalau ada peminat makanan restaurant gomonae terbaca ni.


lepas tu taiwan house dah pindah tempat,
so ok la. takde dah la bau tu.

tapi nama tu still tak boleh tukar.
contoh semalam Z tanya "nak makan apa?"
sya dengan pantas dan confirdent "nak kedai busuk !"



sooooo... semalam, lepas jugak mengidam kat beef ball glass noodle sedap ni. yeayy.

beef ball glass noodle. letak 3 bekas cili, memang mengancam la. meleleh air mata punya sedap + pedas. hahahahaha

selain dari beef ball glass noodle, sya suka jugak dry beef noodle @ glass noodle, dry beef ball noodle, eh semua pon sedap la!



dry beef noodle. sedaaaaappppp

chicken noodle soup



butter pancake pon sedap tapi semalam tak sempat nak ambik gambar, dah potong sebab ustaz adam dah boring tunggu makanan sampai.

so kesimpulannya restoran taiwan house memang & maintain sedap.

motif tiba-tiba buat review?
sebab baru lepas makan malam tadi and sampai sekarang teringat-ingat.
uuuuuuu...dapnye !

ok tu je untuk harini.
jom sambung buat report.


ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, December 15, 2016

sedap weh! restoran home town yong tow foo, ampang

ok assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morninggggg. 

dah breakfast? sya pagi ni makan nasik lemak sambal ayam berapi. hiks

ok, quick review**

pasal restoran home town yong tow foo, ampang

sya bukan  peminat yong tau fu. makanan healthy takde minyak nih memang tak kena dengan tekak sya. hehehehehe

dari haritu lagi kitorang satu family nak pergi sini tapi ada je aral.
ada sekali tu, dah pergi tapi tutup.
family mentua sya dah selalu pergi sini. dorang pon dah boring agaknya.
sya je baru excited.

punca dia apa taw.

ok, tengok menu dulu lah.


menu biasa je kan. sekeping je menu macam sendu jek. bhahahahahahahahahaha




tapi bila sampai makanan, masuk je mulut, best woo.
sumpah sedap.

yong tau fu goreng nih.
serve panas-panas. kalau jenis excited macam sya, memang boleh terbakar lidah.
hahahahahahahahaha


yang ni versi yang bajet-bajet healthy.

tauhu basah tu untuk ustaz adam.
excited dia makan. selalu makan makanan plain takde garam bagai kan.
makan yang ni teros macam cultural shock dia. hahahahahahahahah

ok, so kesimpulan nya, sya memang terjebak habis la dengan home town yong taufu ni.
asek ajak Z datang sini jek.
nasib la Z rajin je melayan nafsu sya.
bhahahahahahahahahahahahahhahahaha

ok jom sambung buat kerja.

kpi korang dah achieve ke belom?
uwaaaaaaaaaaaaa

ok bye (dato aliff syukri)




Tuesday, November 22, 2016

Pancake Krabi Noah, Dagang Avenue Ampang

assalamualaikum wbt

dear diary

harini nak share pasal pancake banana krabi yang kemain populer kalau korang pegi krabi tu.
sya tak pernah pergi krabi.

tapi dari dulu lagi teringin naw nak makan pancake krabi nih pasal ramai orang share kan.
kebetulan haritu ada keluar kat jalan jalan cari makan tv3, pasal pancake krabi noah original ni.
boleh pulak location kat dagang avenue je kan.
memang wajib try la.
jalan kaki pon dah sampai dari umah umie sya.

ok, sambung balik**


ni yang paling special la kat situ.
dia ada telur kat dalam.
so cancel.
tak kena dengan tekak sya.

so sya order banana pancake nutella



ni ha rupe die..

rasa dia sedap jugak la..
pisang kalau kahwin dengan nutella, mana pernah fail.
hahahahahaha

tapi dia punya base tu macam roti canai serap minyak la pada sya.
lain macam minyak dia.
asal ntah. ke memang camtu rasa dia.
yang krabi punya pon gitu eh?
pastu yang kurang sikit sebab pisang macam limited jek.
(sya suka pisang)

ok, sya compare dengan banana pancake nutella yang sya makan masa kat hatyai last week (hari-hari kot makan menda nih. hahahhahaha)



ok, yang ni versi hatyai. size dia besa lagi.



lepas tu, pisang dia banyak.

dia punya roti canai tu (sya panggil roti canai je la eh, pasal pancake macam lain jek teksture dia. hoho) macam lagi lembut and nipis.
walaupon masa dia tebar tu nampak macam berminyak berbutter-margerine bagai, tapi dia takde la rasa macam berminyak kaw-kaw masa makan tu.

ntah la.

nak kena cari ni kat mana ada jual banana pancake ala krabi yang sedap.

ok, tu je nak share harini.
nak pergi bank jap. hehe

ok bye (dato aliff syukri)








Thursday, October 6, 2016

pampas burger, setiawangsa kl

assalamualaikum wbt

dear diary

3 hari tak update. terus blur nak tulis apa.

harini first kerja after longggg holidayyyy.
tak puas golek dengan baymax lagik.
sobsob

pampas burger, anyone?

korang pernah try?

sya suka burger dorang. tak suka pasta dorang.




sila try.

#serioussedap wehh.

sya boleh habis kan 1 1/2 burger dorang. punya nak cite sebab sedap.
hehehehehehe

pampas burger ni kat dataran jelatek.
sya suka situ sebab macam tak hectic sangat.
aman damai je nak makan. staff pon 40 kali dok tanya ok tak.
pantang ko berkerut dahi sikit, sampai la staff dorang kat meja tanya "ok tak"

ok, hyperbola.
bahahahahahahhahahahahahha

kalau nak book ke boleh contact dorang dulu:
03-4265 4229


------

ok la.. tu je harini. sya nak amik mood kerja jap.

ok bye (lemauuuuuu)




Wednesday, July 13, 2016

nana cafe, axis atrium ampang

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

harini back to normal. resume to work after longggggg holiday.
yeayyy (#thefakeyeay)

saja nak share kat sini.
nak update dah lama pasal nana cafe ni tapi asik lupa je.

sya suka roti canai.
suka kawkaw la senang cite.
dulu tak suka kawkaw. hahahaha
start pregnant, teros terjebak dengan roti canai.
tapi sya nak roti canai yang crispy kat luar, lembut kat dalam.
roti canai level buat tampor @ libas kat muka orang sya tak makan (roti canai dry / keras)

one of my favorite places makan roti canai is nana cafe, dalam axis atrium.
sya panggil nana tanjung. hehe
kira kalau pergi axis for grocery shopping (matahari),
sya akan singgah nana cafe ni.
dulu time pregnant almost everyday Z bawak sya makan roti canai kat sini.
order 2 keping, teh panas 2 cawan, settle craving.

mohon jangan cakap "banyak nye sya makan.."
sebab dah cliche sangat ayat tu.
hahahahahahahahaha

dekat nana nih bukan roti canai je yang power.
lain pon sedap tau.
serious!


roti canai mesti maww. hahahahaha
jangan order 2 keping sekaligus.
nanti sekeping lagi sejuk.
order sekeping, agak-agak dah tinggal separuh, order satu lagi.
tu kalau species kuat makan macam sya la..



nasi ayam penyet sedap nangesss..
serious sedap.
sya kalau order, ayam wajib request bahagian dada
(dah kata kan sya kuat makan, harus ayam nak isi jek. tulang buat ape?? hahahahahaha)
lepas tu sambal tu sya akan request dalam 2-3 bekas (sya kuat pedas)


tomyam cendawan.
yang ni sya first time rasa.
sedap wehhh.


mee ladna.
yang ni sedap tapi tak pedas.
anything not spicy sangat la bukan sya. ngeeeee
nak sedap mintak cili padi potong. perghhhhhh.. (terbayang..)


ayam goreng.
tips: kalau nak sedap, request dia panas kan.
ni kitorang order dah sejuk, rasa average je pada sya.

not in the picture: tomyam campur.
pon sedap.
hahahha

gambar air sya tak upload.
rasa sama je mana-mana pon kan.
hehehehe

so kalau anyone yang duduk ampang tu, tolong try.
sedap
#sumpahtaktipu


Tuesday, June 7, 2016

malindo steak house ampang

assalamualaikum w.b.t.


harini mengantuk terok.
urghhh

ok, nak share pasal malam semalam.
sya craving chicken chop.

mana nak cari chicken chop sedap murah kat ampang?

well sya pernah share and review pasal dorang kat sini kan.


so sya pon ajak la my teammate serang malindo steak house buat kali kedua.

ok, nak share pictures. makan berdua. so ni je yang kitorang order.
lagipun time ni makanan banyak kat rumah, cuma sya nak jugak chicken chop kan.
craving punya pasal.
layan je hokkay



barley ais @ RM2.50



kopi panas @ RM1.50
untuk selera orang kampong
macam sya. hiks


chicken gordon blue @ RM10.90


chicken chop @ RM8.90

macam biasa la.
blackpaper sauce wajib asing. taknak banjir.

antara gordon blue dengan chicken chop biasa tu,
sya still rasa chicken chop biasa tu yang sedap.
dah la besar. kalah gordon blue tu size dia.
hahahahaha
sorry, sya makan macam membela sekarang.

ok bye (dato aliff syukri)









Monday, April 25, 2016

malindo's steak haus, ampang

assalamualaikum wbt

dear diary

sebenarnya sya dah lama plan nak makan kat malindo's steak house ni sebab ternampak member share kat facebook. eh, takde la lama sangat, 2 minggu lepas je pon. hehehe

sya dah inform umie siap-siap cakap weekend kali ni kita wajib try malindo! hahahahaha.
umie siap wsap, inform abah dah tolong survey kan location. hahahaha. yang ni klaka. nampak sangat sya over excited. nak pergi tapi location tak tau. sabar je la..

so sya share kat sini la in case ada yang species cam sya (nak pergi tapi haramm tak tau jalan). malindo's steak haus ni kat belakang restaurant menate tu. sebab tu cari-cari tak jumpa. nyorok kat belakang rupa nya! betol-betol mengadap tapak bazar ramadhan muhibbah tu.

semalam kitorang pon pergi la try malindo ni. plan asal abah ikot sekali. tapi bola punya pasal, cancel. hahahaha. so abah amik shift jaga dak adam. hahahahahaha

yang pergi, sya, mil and sil (sil tengah cuti sem. syok betol. kalau nak pergi mana-mana tau dah nak ajak sape teman! yeay! hehehe)

sambung balik..
bertemakan charlie's angel, kitorang bertiga pon pergi la malindo's ni dengan semangat berkobar-kobar.


time sampai kat sini dah pukul 12 pagi. meja memang banyak kosong. actually ade 2 tables je kot yang ada occupants.


nah sya letak picture menu.

orang kata malindo's steak haus ni murah.

pada sya harga dia kategori affordable la.. murah sangat tu idak laaa.. 

tapi air dia murah-murah. sebab ada kedai-kedai western ala-ala hipster nih kadang-kadang harga air tak berapa logic sikit. hahahahaha

lepas tu kalau datang time pukul 12 pm sampai 6 petang, dorang bagi air percuma


green tea. RM 3.50
sedap. pasal sya memang suka naww dengan green tea. hehehehe
tapi ni pada sya murah la. pasal dia gelas besar. memang puas minom..



sirloin steak. harga RM 19.90
yang ni fail la malam tadi..

sya saja pilih sirloin.. sebab dalam kepala dah imagine sirloin steak yang juicy, succulent (kesan MKR tu still ada sampai sekarang. haha), tapi bila sampai, liat. dah la cara cut tu macam tak berapa berseni. ewaahhh, kemaen ko! hahahahaha

ni boleh improve lagi nih.. chaiyok chaiyok!



sizzling chicken. harga RM 13.90
sedap. boleh order lagi
taaapii.. 
eh, yang tapi-tapi kita letak kat bawah la


chicken chop. harga RM 8.90
yang ni memang win malam tu sya rasa.
portion besar, sedap.. 
walaupon sya tak suka chicken chop berendam dengan blackpaper (sya suka kalau asing gravy, baru crispy dia tak hilang), tapi yang ni still sedap.
confirm next time kalau datang lagi (insyaallah), sya order chicken chop ni. dah la murah (ulang lagikkk... hahahaha) 

taaapiiii...
ha nih nak share yang tapi nya pulak..
roti memang kena tolak tepi. sebab keras sikit. 
kalau roti tu soft, fluffy, mesti best.
mashed potatoes pon fail sikit malam tu. blend taste, pastu texture dia pon macam out sikit.
maybe malam tu je kot. kebetulan kot kan..
pastu baked beans kena asing tepi tapi tu sebab sya memang tak suka. ngeee

paling best
owner kedai ni bagus. peramah, baik je.
pastu service pon cepat gila (mungkin jugak pasal kedai nak tutup plus kitorang last customer kot. kalau lambat memang ajaib la pasal dah takde orang lain lagi dah, takkan boleh lambat kan.. hoho)

sya letak kat sini info Malindo's Steak Haus for future reference;

.......................................

Malindo's Steak Haus
alamat : B3-10-G, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana Ampang
waktu operasi : 11 pagi sampai 1 pagi
contact no. : 0162637769 
(nak book ke, komen ke tanya jalan ke, hai2 ke boleh text/wsap/call dorang K)
facebook: https://www.facebook.com/malindosteakhouse
Instagram : @steak_haus
.......................................

ok, bye (dato aliff syukri)

Friday, April 15, 2016

klinik kanak-kanak ong, ampang point

assalamualaikum wbt

dear diary

saja nak share / simpan kat sini.  in future senang nak refer.

few weeks ago, adam kena demam. first time demam ni. package ngan batuk flu bagai. sadis gila rasa. punca nya sya demam. pastu transfer kat adam. transfer kat Z sikit tapi sikit je la.

mula-mula bawak pergi klinik kita, doctor cakap tak perlu ubat. babies dia tak recommend sangat makan ubat. tp kena monitor suhu. selalu lap badan. ada la few tips doctor share. mostly on cara nak regulate suhu. tapi yang penting kena monitor la.

balik rumah, makin panas pulak. so malam tu, kitorang pergi pulak klinik gomez. dapat la ubat demam, flu dengan phlegm. ok, so kitorang pon bagi la ubat.

lepas tu demam dah ok. tapi flu ngan batuk tak hilang lagi. especially batuk. time tido pon terbatuk-batuk. stress sya!

so kali ni nak bawak pergi klinik kanak-kanak. so yang paling dekat is klinik kanak-kanak ong. plus, banyak positive review sya baca.


ok, sya suka klinik ni. sebab dah nama pon klinik kanak-kanak kan, cara doctor tu check memang mesra kanak-kanak betol la! hahahahaha. doctor pon memang check thoroughly pastu dia akan consult kita in detail. puas hati la dengar explanation dia. siap tunjuk gamba macam-macam nak bagi kita faham. pastu doctor soft spoken. sejuuuuukkk je hati dengar.

operating hours klinik kanak-kanak ong. dorang closed on public holiday je.

dah settle semua. so charge dia camna?

sya tak sure rate harga ubat berapa. sebab adam haritu tak dapat ubat pun. dia kata adam ok je. normal and dia akan baik sendiri nanti.

untuk adam haritu, kene baya RM 60. consultation sahaja. untuk ubat kena check balik. ngee

ok, tu je. bye!