In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Monday, November 19, 2018

Resipi biskut kacang peas paling senang, mudah dan sedap

assalamualaikum w.b.t.

harini nak share recipe.
memandangkan sya ni tak pandai sangat masak, kebanyakan menu super senang memang sya akan simpan / share kat blog.

harini nak share resipi biskut mazola kacang peas @ biskut kacang peas yang sangat senang, sangat cepat and sangat sedap. tripple sangat. hahahahhahahahaha.
sumpah tak tipu.
yang ni resipi biskut kacang peas sukatan cup tau.

------------------------

bahan-bahan

1 cup tepung kacang peas 
1 cup tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung (optional)
1/2 cup gula aising 
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam @ agak-agak la
1/2 cawan minyak mazola @ minyak jagung
kuning telur (untuk hiasan)

cara-cara

1. campurkan semua bahan kering dalam satu bekas. gaul rata.

2. masukkan minyak mazola @ minyak jagung, uli sikit sampai jadi doh. uli manja je..

rupa doh

3. bentuk kan ikut bentuk yang kita suka. sapu kuning telur (kalau nak ada effect kuning kat atas kuih la. kalau taknak tak pe..)

4. bakar dalam oven suhu 150c selama 15-20 mins.

------------------------

sya buat biskut ni weekend haritu. saje je buat aktiviti dengan adam time cuti.

oh, ni ha ghupenye hasil tangan anak beranak.

tadaaaa


bentuk bulat ada, bentuk love ada, bentuk bunga pon ada.
hahhahahahahaha.

tak kisah la. janji sedaapppppp.

ok, korang try la tau
dah buat nanti jangan lupa sya pulak.

ok bye!


Thursday, November 1, 2018

Pembentangan Bajet 2019

Assalamualaikum w.b.t.

Esok insyaallah, ada Pembentangan Budget 2019. 

Apa perasaan??

...


suspen...





Wednesday, October 24, 2018

Masak Bayam Brazil @ Brazilian Spinach

Assalamualaikum w.b.t.

nak share pasal sayur. pagi tadi masa sampai office, dari jauh nampak akak-akak tengah bersidang kat tepi mini garden library ni.

tadaaa


mak-mak sungguh lahaiiii aktiviti tu.
pagi-pagi dah meng-harvest hasil mini garden. hahaha.
rupanya tengah pakat ambik hasil pokok bayam brazil.

Sya first time tengok & dengar. mula-mula macam was-was jugak, betul ke boleh makan. sebab pokok dia cantik.
untuk meng-convince-kan diri sendiri, sya google pasal bayam brazil ni.
rupa-rupa nya macam-macam boleh masak. makan gitu buat ulam pon best orang cakap sebab sayur dia rangup crunchy gituu

Sya share some pictures and idea masak bayam brazil sya dapat dari group

1. sup bayam brazil


bayam brazil dengan suhun


sup sayur campur bayam brazil

2. gulai lemak bayam brazil

 ha.. gulai lemak ni memang sya punya forte la. bhahahahhahahahahahahha
angkat bakul. takde lah, sya suka gulai lemak. so selalu la masak.


gulai lemak bayam brazil dengan udang


gulai lemak bayam brazil dan labu

3. tumis bayam brazil


4. bayam brazil goreng belacan


5. bayam brazil goreng tepung

ha yang ni simple tapi mengancam


merembes tengok kan


uuuu dappppp nye...


ok, balik ni nak buat la.


nyesal pulak ambik banyak ni je tadi. adoii

takpe, kite try dulu. kalau paduuuu, esok kita petik lagi.
tak saba!

ok bye.



Tuesday, October 16, 2018

Resipi sauteed pea sprouts @ tumis pucuk kacang yang paling simple senang cepat dan sedap

assalamualaikum w.b.t.

harini nak share resipi senang gila. hahaha.
sebab ada yang tak familiar dengan pea sprouts ni, so sya nak share resipi pea sprouts yang senang sungguh la haaaaaii. kira kalau memang nak kejar masa malas nak masak renyah-renyah kat dapur, sila beli pea sprouts ni!
contohi lah saya.
hahahahhahahahaha

pea sprouts ni jenuh sya pikir apa nama melayu dia. rupanya pucuk kacang (translate gitu je ghupe nye. haha). boleh google camne rupa dia. 

ok, so ni dia resipi tumis / goreng pucuk kacang (sauteed pea sprouts)

1. panas kan 3-4 sudu minyak (minyak masak @ minyak olive)
2. masukkan bawang putih. halia, bawang (bawang optional. ikut selera korang la. sya kadang-kadang letak, kadang-kadang tak letak)
4. bile dah naik bau, masukkan sos tiram & pucuk kacang @ pea sprouts.
5. biar dalam 1 minit camtu sampai nampak daun dia layu sikit.
6. siap dah. dah boleh masuk mangkuk.

pea sprouts ni tak sedap kalau overcooked. so jangan goreng sampai layu sangat pulak.



ni masa mula-mula masuk dalam kuali.


ni dah boleh makan dah.



boleh la mix and match dengan pape lauk pon. time dalam gambar ni sya masak tomyam je.
nampak tak dia macam penyeri kat situ. cewahhhh.

pinggan mangkuk ni semua hadiah time kenduri kawen dulu. sampai sekarang guna. sapa la yang bagi haritu eh.. ngeee

ni contoh mix and match dengan lauk sambal ikan cencaru.
sambal ikan cencaru tu sebenarnya ter scroll ig tengok orang update makan sambal cencaru, dah sya pon terjebak sekali. huhu

ok, la. nak share tu je.
sya share recipe yang simple, cepat and confrm jadi je. kot la boleh benefit orang yang macam sya jugak. ngeeee

ok, makan pea sprouts ingat sya tau.
lebiu.

ok bye!

Monday, October 8, 2018

Unifi, Maxis Fiber buat promotion kaw kaw. Habis kita yang subscriber sedia ada ni macam mana?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

saja nak share apa jadi last week.

sya pernah update kat sini, pasal unifi vs maxis fibre. then sya decided utk subscribe maxis fibre. tiba-tiba last week kawan sya whatsaapp, promote TM unifi. kata nya ada promo gile-gile


TM Unifi

30 mbps - RM 79
100 mbps - RM 129

tersembur air kopi woiii
apahal murah ni?

tapi sya tak boleh easily lompat ke unifi. sebab maxis fibre sya tak cukup 2 tahun lagi.
since ada 24month-contract, kalau terminate, mau RM 600 - RM 700 gak penalty dia kan. ntah

so sya cool down dulu. takpe, kita study slow-slow.
sya pon tukar pada mode nerd, dah get ready nak study, buat kira-kira semua, bila sya bukak website maxis fibre...
hamikkkk !


maxis fibre 

30 mbps - RM 89
100 mbps - RM 129

what theeeeee....

korang tau tak berapa harga plan maxis fibre sebelum ni?


ni ha!

sya amik yang plan 30 mbps, sebulan RM 189 exclusive gst taw (merasa la kejap haritu takde gst)
RM 189 ! ni dia boleh buat promo selamberrr RM 89 tapi yang kita current subscriber ni lagi selamberr bayar dekat RM 200 bulan-bulan. apahal??
mak mendidihhhhh!

time ni tak fikir apa dah. 
teros whatsapp Z kata kita pegi maxis center balik ni. apa nak jadi, jadi la.
sya nak tukar yang harga baru ni.
kalau dia tak bagi, kita terminate maxis fibre!

gituuu. punya firm. hehe. Z pon on je la pasal dia taw bini dia tengah mode mendidih kot. kalau tak ikut kan, maw kemurungan. hahahaha

bila Z kata "OK", tetiba rasa lega sikit.
rasa macam, separuh dah settle.
so sya pon godek-godek website maxis fibre, baca FAQ semua, then terbaca yang ni:
----------------------
Can I upgrade/downgrade from my existing Maxis Fibre Internet service (4Mbps/6Mbps/10Mbps/30Mbps)?

Yes, you can choose to migrate to the new Home Fibre Internet package. The contract will be refreshed and restart for another 24 months.

Can I upgrade/downgrade from the current Maxis Fibre Internet service (10Mbps/20Mbps/30Mbps)?

Yes, you can upgrade from a lower speed plan to higher speed plan without any additional charge. Alternatively, you can also downgrade from a higher speed package to a lower speed package with a charge of RM50. The terms of your contract will continue.
----------------------
perghhhh.. 
lagi rasa tak sabor-sabor nak serang maxis center ni.

so sya punya plan:  nak request tukar package @ plan. kalau susah sangat, kita upgrade je. ambik 100 mbps. baru RM 129. 
(gigih susun ayat dalam kepala)

sampai je kat maxis center alamanda, sya pon start susun ayat.
"saya punya plan lama, plan baru sekarang..."
(baru nak membebel)
tak sempat habis ayat, staff tu terus tanya, "puan nak tukar ke plan baru?"

haaaaaa.. yes! that's it ! u read my mind bro. den nak plan yang baru tuuuu. 
hahhahahahhhhhahahhaa
ni dalam hati je la. haha

so, kita pendek kan cerita, akhirnya berjaya la tukar ke plan yang baru.
plan yang sama sebenanrnya, speed sama, harga je baru. tu yang penting. ngeee

staff tu cakap, dia akan submit semua, tapi kena tunggu dah approved dulu, then automatically sya akan follow (harga) plan yang baru.

lepas tu kitorang dapat tukar router baru sekali sebab router kitorang version lama. yang penting FOC. yeay !

hari selasa kitorang request untuk tukar plan maxis fibre kitorang tu, hari sabtu dapat notification

"You've updated your MaxisONE Home Broadband rate plan. Account XXXXX on 06/10/2018, 05:55."

double yeay.

so instead of bayar RM 189 sebulan, now bayar RM 89 je.

so pada siapa yang guna unifi @ maxis fibre tapi still harga lama, sila serang TM center @ maxis center berdekatan untuk tukar plan korang tu.

i is happy. hiks

sekarang tengah tunggu maxis rep call untuk set date nak pasang router. eee... tak sabar..!



ok bye.

Tuesday, September 25, 2018

Jom makan makanan Jepun kat Family Mart, IOI City Mall Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

sya ada benda nak share ni! ngeee
tapi kita siap kan entry ni dulu sebab dah lama peram kat dalam draft.

harini nak share pasal Family Mart dulu. pada yang tak tau or maybe dah tau, sya still nak bagitau, Family Mart dah ada kat Putrajaya. yeay!

Family Mart ni sebenarnya kedai serbaneka macam 7e tu. tp sebab dia asal dari jepun, so banyak barang / makanan minumam jepun yang boleh dapat kat sini.

tapi yang best nya dia sebab dia ada banyakkkkkkk makanan jepun.
ada onigiri, bento, ada sandwich, snacks air kopi @ ice blended pon ada.
paling special kat sini sya rasa soft ice cream and oden dia.

aaaaaaaaa. sambil taip ni sambil membayang kan sedap nye oden panas-panas. makan bersila atas sofa sambil tengok tv.
ok, ni hyperbola. yang ni sebenarnya oden versi buat sendiri.
kita cerita sekarang ni pasal oden family mart!

ok , sambung balik

sya first time makan oden family mart ni masa kat sunway velocity.
amaaannnnn.. takde la panjang sangat orang beratur,

tapi kat ioi mall @ putrajaya..

nahhh!

panjang queue


panjanggggggggggg


sya cuba beratur for 5 minutes. tapi give up.

nasib baik ada express lane.
tapi kaunter express ni bukan untuk order oden eh. barang lain boleh.

so disebab kan tak nak mensia-sia kan 5 minit masa yang beratur tu, sya pergi express lane and order je ice cream.
next time ok oden. next time..


 ni ha!
soft ice cream matcha / green tea and melon.
both sedap.

nanti kita repeat makan oden.

sekarang still beratur panjang tak hingattt.
or maybe next time kat tempat lain la. 

ok lah. tu je..
makan oden family mart jangan lupa sya taw!
hiks!

ok,bye!

Wednesday, August 29, 2018

tips jaga anak kecik-kecik or anak rapat-rapat

assalamualaikum w.b.t.

lama tak update blog kan.

Aydan dah setahun. yeayyyyyy. cepat nye la masa kan.. ingat lagi dulu time Adam, masa umur setahun je both Z and Sya decided nak ada adik.
Hahahahhahahaha

But this time idok la. challenging sungguh ada 2 ketol dobot ni.

ada jugak orang tanya, macam mana jaga bila ada anak rapat-rapat ni.
masa kitorang ada Aydan, abang Adam baru setahun 9/10 bulan cmtu. of course memang challenging + hectic ohoiiiiiiii. hahahahahahhaha

so berbalik pada persoalan, macam mana handle anak rapat-rapat ni?

ok, sharing session. jawapan yang pertama is...

sila beli play yard. hahahhahahhahahahahhaa


sebenarnya nak buat review pasal playyard.
sya guna haenim play yard.

tapi nak review pon macam tak sempat je, so kita share gamba je la eh.
ngeeeeeee

ok la. nanti kita sembang panjang. rindu pulak dekat 2 ketol dobot ni.



Thursday, April 19, 2018

JJCM: House of Kambing, MAEPS Serdang

assalamualaikum w.b.t.

Gru says, "helllooooooooo everybody !"
hehe

harini nak share pasal makan. kena update cepat kalau tak nanti terperam dalam draft lepas tu lupa!

siapa sini suka makan kambing ??!

Sya - hmmm tak suka! hahahahahahhaha

tapi tak bermakna sya tak jejak port-port makan kambing ni (angkat kening)
harini sya ikut misi menjejak menu kambing sedap kat the House of Kambing (MOK), MAEPS Serdang.

kalau siapa yang nak try datang sini, location dia memang dalam MAEPS.
lepas masuk main entrance tu, nanti belok kiri. lepas tu ikut je la signage.
takat MAEPS tu kalau sesat dalam tu takde ape pon. bukan nya jem ke apa. lain la kalau time MAHA. Nauzubillahhhh..  hoho

OK, sambung balik**


Ni picture from FB House of Kambing

unik tempat dia. aman damai kan..


HOK ni kalau nak pergi time weekend kena book dulu tau.
macam harini sya pergi, still ada 3-4 tables yang kosong. ni weekdays. kalau weekend, mau la fullhouse kan..


comel je kedai dia ni. konsep buluh betung (betung tu apa?)

dah tengok-tengok kedai. jom tengok menu and harga pulak, apa yang best kat sini.


harga makanan kat sini pada Sya berpatutan la..
sesuai kalau nak buat makan ramai-ramai.









kalau tengok menu dia, macam semua pon sedap-sedap.
even Sya yang tak makan kambing ni pon tengok gambar macam whoaaaaaa...

tapi since Sya makan dengan orang-orang yang makan tak banyak, so order pon tak banyak la.
(sya paling kuat makan dalam ramai-ramai tu. sigh..)

ni yang kitorang order.
sya share sikit la pasal apa yang kitorang order ni eh..


sya punya je lain. sebab tak makan kambing kan..
so sya order nasi kukus ayam bakar - RM6

presentation dia memang out sikit la.
ayam dia bahagian isi. memang kena dengan jiwa sya.
pada yang tak suka ayam bahagian isi ni, maybe boleh request kat staff kot. ke tak boleh? ntah. huhu

rasa dia, OK la..
sambal hijau tu walaupon rupa dia macam erkkk, tapi tu la penyelamat dish ni. sebab pedas kan.
must request extra sambal next time.

ayam tu rasa macam ayam masak kicap je. nothing special.
ayam lembut, tak crispy. bhahahahahaha. ok, gurau.

untuk harga RM6, ok la pada Sya..
tak mahal, tak murah.
Sya prefer nasik kak wok kot dari nasi kukus ayam HOK ni.

verdict: 2 bintang.



kalau order set untuk kambing bakar @ grill, nasi dia macam ni.
ada nasi kukus, sambal hijau, ulam-ulam and kuah kari kambing tu.

untuk review menu-menu kambing ni, datang from partners in crime di hari kejadian. pasal Sya kenot-go dengan kambing kan.. hoho

ok,  first, kari kambing macam dalam gambar kat atas ni.
kuah dia cair je. ala-ala roti canai punya kuah. dalam kuah ni cuma ada dna kambing. so jangan korek-korek mengharap kan terjumpa secebis daging kambing pulak. karang hampa.

kuah dia light, tak pedas, tapi manis (potong sikit la)
tapi pada yang tak suka pedas and suka manis, maybe ok la kot rasa dia ni.

verdict: 3 bintang @ so-so.

haaa... tapi yang ni pulak memang signature dish la kat kedai tu.

tadaaaaaaa...

signature marinated lamb

grill out mini - RM40
500g kambing grill dengan 2 set nasi kukus.

semua agree yang kambing grill dia sedap.
kuah dia best. kemain semua gigih nak ambil kuah dia tapi semua malas nak mintak sudu. last nya semua pon kuis-kuis, cicah-cicah la dengan timun la, daging kambing la.. hahahahhahahahahaha
Sya peratiii je taw.. klaka betol akak-akak office ni.
hahahahhahahahahahah

verdict: yang ni boleh bagi 4 bintang.

kat sini daging unta pon ada taw.
nak try la nanti.
nanti kalau sya try daging unta grill dia, sya share review kat sini.

now, air pulak. gigih air pon nak share tau. hehe.
sya share gambar dengan harga sekali.


nescafe blended - RM3

sedaaaaaaapppp !
wajib order kalau datang sini.
tapi kalau tak minat nescafe tak payah la..


soda mina - RM5
campuran air sprite, lemon, limau kasturi and pudina.
boleh potong rasa kambing tadi. ye ke? dorang la cakap... hehe


HOK special - RM5.50
campuran sprite, tembikai, lemon, limau kasturi and pudina.
yang ni layaaaannnn. ada isi tembikai potong kiub-kiub comel dalam ni.

dekat sini, waiter tu recommend susu kambing blended (RM6).
dia cakap susu kambing blended dorang memang fresh dari ladang, tak ada bau, dijamin layaaannnn.
so kalau ada yang nak try susu kambing fresh, boleh datang sini taw.
ladang dia betul-betul depan kedai je.

susu kambing ni bagus untuk orang pregnant tapi sya kenotgo. so cam biasa, sya harus la order nescafe walau dimana berada. hehe

ok la.. tu je la review jalan-jalan cari makan untuk harini.

by the way, siapa yang nak cari port best makan kambing, boleh la singgah kat House of Kambing (HOK), Maeps Serdang ni.
yang penting, tempat syok. aman damaii... surrounded by pokok-pokok, nyamaaaannnnn.. hehehe

OK la. till next entry, kayy.

ok bye!

Wednesday, March 21, 2018

#syaboughtthis : mombella baby teether

assalamualaikum w.b.t.

harini saja ambik masa sikit sapu sawang. hahahhahhahaa

saja nak share pasal teether.

masa time Adam, teething toys ni bukan la satu keperluan pada Sya. tapi time Aydan kalini, lain sikit. sebab teething toys ni perlu untuk sya distract Aydan from menggaru. hahahahaha. btw, pada yang tak tau, aydan ada mild eczema. mild je ikut kan tapi sebab on-off yang quite kerap, so i need help la. lagi satu, eczema baby ni macam ada satu habit taw - menggaru. bila stress or nangis ke, mula la tangan tu nak menggaru telinga. hadoi.

ok, sambung pasal teether, at first sya plan nak beli Sophie the giraffe tu.



comel kan. jangan kata baby, mak baby pon rasa nak geget. hahahaha

tapi tengah syok-syok survey nak beli kat mana, sekali banyak pulak post pasal mold dalam Sophie the giraffe ni.

ni haaaa


pastu ada banyak la lagi yang share pictures kulat dalam toys ni.

ni Sya quote sikit apa Sya baca from The Sun Online

-----
Dr Ackerley, The Hygiene Doctor, told The Sun Online that black mould can produce toxins that can cause allergic reactions. Moulds can produce toxins such as mycotoxins which are poisonous and which can cause allergic reactions in some people so it is best not consumed, particularly by babies.

She recommends buying toys that can be easily disinfected and dried after it has been washed to avoid it becoming stagnate inside.
-----

then, tak jadi la beli si sophie nih.

lepas tu dah malas nak fikir, Sya google je best teethers for babies.
Keluar la semua recommended teethers dengan review and price nya sekali. Settle! hahahahaha

Sya beli mombella baby teethers.
Ada 2 jenis Sya beli:
Mombella dancing elephant teether & Mombella teether mushroom


tadaaaaa... mushroom soothing teether colour orange, dancing elephant teether tu colour blue.


So, best ke mombella teether ni?

dari segi nak basuh, sya rasa senang. lepas tu Sya suka dancing elephant tu sebab macam best pulak bend dia, picit-picit, hahaha. tapi Aydan lagi suka mushroom.

cuma yang tak syok nya, dia main gigit-gigit 3-4 minit, sekali dia ternampak baby wipes / wet tissue, terus campak teether, merangkak nak ambik wet tissue pulak. iskkkk..

still can't beat this - Aydan's favourite.
pantang dapat, mesti nak masuk mulut, gigit+hisap hujung tu. uwaaaaaa

ok, sya nak share tu je harini.

ok,bye !

Friday, February 2, 2018

Wonda Mochaccino yang #serioussedap

assalamualaikum w.b.t.

salam jumaat semua. tak sabar nak weekend. hahahahaha

ok, nak share 1 benda (current addiction)

tadaaaaaaa...


wonda mochaccino

gigih taw kalau keluar ngan Z mesti ajak singgah petronas nak beli
sebab so far sya tak jumpa lagi kalau kat tesco ke aeon ke. mydin lagi la takde. hoho

punca sya terjebak dengan wonda mochaccino ni sebab haritu sya masuk petronas mesra sekejap sebab nak beli roti. since sya kipas-susah-mati wonda kopi tarik, sya mesti la nak grab 1 tin kan..
tiba-tiba ternampak wonda new arrival

cam ni haaaaa


yang botol ni ade 2: wonda mochaccino & wonda milk coffee

sya beli both. but milk coffee tu tak berapa kena la dengan selera sya
tapi wonda mopchaccino tuuuuuuu.. isk.

ok la. malas membebel panjang. kopi je pon. hahahahahahaha

korang dah try?
kalau belum, wajib try taw.

minum mochaccino ingat sya eh. eh.
hiks!

ok bye!