assalamualaikum w.b.t.
harini nak share recipe.
memandangkan sya ni tak pandai sangat masak, kebanyakan menu super senang memang sya akan simpan / share kat blog.
harini nak share resipi biskut mazola kacang peas @ biskut kacang peas yang sangat senang, sangat cepat and sangat sedap. tripple sangat. hahahahhahahahaha.
sumpah tak tipu.
yang ni resipi biskut kacang peas sukatan cup tau.
------------------------
bahan-bahan
1 cup tepung kacang peas
1 cup tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung (optional)
1/2 cup gula aising
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam @ agak-agak la
1/2 cawan minyak mazola @ minyak jagung
kuning telur (untuk hiasan)
cara-cara
1. campurkan semua bahan kering dalam satu bekas. gaul rata.
2. masukkan minyak mazola @ minyak jagung, uli sikit sampai jadi doh. uli manja je..
rupa doh
3. bentuk kan ikut bentuk yang kita suka. sapu kuning telur (kalau nak ada effect kuning kat atas kuih la. kalau taknak tak pe..)
4. bakar dalam oven suhu 150c selama 15-20 mins.
------------------------
sya buat biskut ni weekend haritu. saje je buat aktiviti dengan adam time cuti.
oh, ni ha ghupenye hasil tangan anak beranak.
tadaaaa
bentuk bulat ada, bentuk love ada, bentuk bunga pon ada.
hahhahahahahaha.
tak kisah la. janji sedaapppppp.
ok, korang try la tau
dah buat nanti jangan lupa sya pulak.
ok bye!
No comments:
Post a Comment