In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Wednesday, May 31, 2017

Idea menu berbuka puasa: Resipi Gulai Lemak Kobis dan Kacang Panjang

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

rajin pulak sya update ginih kan. hehehehe

saja nak share menu berbuka puasa. punca nya sebab sya pon kadang-kadang blurr nak masak apa. so start harini kita share la menu kalau kita sempat masak and sempat update blog. ngeee

so anyone yang tengah mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka puasa, boleh la kita sharing is caring kat sini, ok.

so ni menu untuk berbuka puasa semalam


menu semalam:

1. ikan kembung goreng salut tepung bestari
2. sambal sotong
3. gulai lemak kobis campur kacang panjang

sya share sekali recipe gulai lemak kobis yang tersangat la simple, cepat dan confirm sedap, versi bujang (sebab bahan-bahan dia express je. hahahahahahahaha)

-------------------------

 Resipi Gulai Lemak Kobis & Kacang Panjang (kuning)

bahan-bahan
1 biji bawang merah (blender)
4 bawang putih (blender)
kunyit 1 inci (blender)
kobis (potong kasar)
kacang panjang (potong la ikut suka)
1 ketul kiub ikan bilis (haaa.. ni orang malas punya style. hahahaha)
santan pekat @ santan kotak kara (setengah kotak)

cara-cara
masukkan semua bahan diatas kecuali kobis dan kacang panjang.
bila dah masak blup blup, masukkan sayur kobis dengan kacang panjang.
kacau sampai masak.
ikot selera, sebab ada yang suka lembik, ada yang suka rangup-rangup sikit.
macam sya, kobis sya suka lembik, kacang panjang tu sya sya kuranggg sikit kalau dia lembik. so sya masukkan kobis dulu, kacau kejap, then baru masukkan kacang panjang.
pastu masukkan garam.

settle.

-------------------------

ada yang suka hiris je bawang tu, taknak blender. pon boleh.
sya ikot mood. even gulai lemak ni pon kadang-kadang sya buat gulai lemak putih je..

macam semalam, sebab sya blender bawang/bahan-bahan untuk buat sambal sotong tu, so alang-alang, sya masukkan je sekali bawang/bahan-bahan untuk gulai lemak nih.
senang kerja! hahahaha

ok, tu je untuk harini.

ok bye.



Monday, May 29, 2017

korang pilih chatime ke tealive?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

salam ramadhan. puasa tak tu? hehehe

harini sya ingat nak share recipe. sekali terjumpa pasal post ni, so alang-alang, sya share kat blog dulu.

korang tau tak yang chatime dan tealive adalah 2 brand yang berbeza
ye-ye je sya ingat kan chatime tukar nama pada tealive. rupanya BUKAN ok.

jom baca post dari Abu Mu'aaz Munir Azizan

---------------------------------------------------

Nak pilih Chatime ke Tealive? 

Mungkin ada yang tanya, "Bukan Chatime dah tukar nama ke Tealive ke?". 

Jawapannya - TAK! 

=====

Bayangkan tengah shopping raya, tiba-tiba terperangkap dalam shopping mall sebab hujan lebat. 

Lagi 5 minit dah nak azan Maghrib. 

Rasa teringin nak berbuka puasa dengan bubble tea :) 

Bila tengok kat directory shopping mall, ada dua pilihan - Chatime & Tealive. 

Nak pilih yang mana satu? 



Sebelum cerita pasal nak pilih bubble tea yang mana satu, kita cerita pasal mitos Chatime dah tukar nama kepada Tealive, ok?

Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia. 

Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni). 

Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi... 

... Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak. 

Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan. 



Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding? 

La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa. 

Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal. 
Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal. 

Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive. 

Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive. 

La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia. 



Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime. 

Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group - sebuah syarikat Bumiputera. 

Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia. 

Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah. 


Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa... 

Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia. 

Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia. 

Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia - padan la mahal. 



Sekarang, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia. 

Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik. 

Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini. 



Kembali kepada persoalan asal - Nak pilih Chatime ke Tealive? :) 

Secara peribadi, aku pilih Chatime :) 

Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah... 

Dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup "cut corners" untuk jimat duit. 

Dan Will Group yang menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa. 

Chatime pilihan yang lebih berkualiti. 
.
Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa. 
Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura. 
Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime :) 

---------------------------------------------------

sya baru tau..
sorry lambat. mesti korang dah tau lama kan.

never mind, tadi bukak facebook chatime malaysia, nampak ada special chatime sempena ramadhan:
#chatimeyusuftaiyoob

macam best je especially kurma milk tea tu.

uwaaaaa.. kena cari nih.

jom kita serbu chatime !




selamat berpuasa!
bye.


Friday, May 26, 2017

Pablo Cheesetart, IOI City Mall Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

happy fri-yayyyy !
harini sya nak share sikit review pasal pablo cheesetart.

pada yang suka sesangat, cheesetart, orang kata wajib pergi pablo cheesetart ni. orang la kata...

haritu kemain viral kat facebook.
sebab haritu sempena grand opening dorang, dorang buat promotion buy 1 free 1. sya tengok die punya beratur tu.. perghhh...
ada sumber mengatakan untuk hari pertama tu, ada yang beratur sampai 4 jam weh. awak sanggop??

sya tak sanggop. hahahahaha
so sya tunggu sampai habis promotion grand opening dorang tu, baru la sya terjah. hehehehe


gini la suasana masa grand opening tu.
sya idok leee.. mau ada yang kena buat cpr kat situ. hahaha


ni pulak suasana masa sya pergi semalam.


seee... aman damai. baru la nak beli pon hati tenang. eceh!

jom cuci mata sikit.




ok, yang ni sya tak berkenan betul.
buat la semenggah sikit paperbag tu.
leceh nak bawak sebab takde tempat handle.
paling tak pon tebuk la lubang sikit, boleh gak selit jari, barula senang nak bawak kesana kemari.

ok, jom rasa pablo tart ni.
apa yang best sangat dengan pablo cheese tart sampai beratur kemain tu??


pablo cheesetart RM 8.90
kita start dengan the famous pablo cheesetart ni.


betol la macam dia dok share dalam facebook bagai tu.
memang cheese dia meleleh.
taaaapiiiii..
cheese dia maca tak cukup paduu pada sya.
crust/pastry luar tu keras =(
sya rasa, compare pablo cheesetart dengan hokkaido cheese tart , sedap lagi cheese tart hokkaido!

pablo chocolate tart. RM 9.90
next, pablo chocolate mini tart.

ni sedap.
yang ni kalau compare dengan hokkaido, pablo punya lagi sedap!


pablo matcha tart. RM 9.90
pablo matcha mini tart.
yang ni pon not bad.
kalau korang bukan peminat tegar matcha, boleh makan ni. sebab rasa matcha dia tu tak strong sangat.
tapi kalau korang suka matcha, mungkin macam tercari-cari rasa matcha tu.
rasa matcha dia macam light gitu..
tak tau nak cakap sedap ke tak.

so, best tak pablo cheesetart ni?
pada sya ok la..
kalau tak pernah try, boleh la try. sebab sya rasa benda ni subjective. ada yang kata pablo laaaaagi sedap dari hokkaido. ada yang kata hokkaido lagi sedap.
ada jugak yang kata "cheese tart mak aku buat lagi sedap"
so depends pada selera.

contoh macam si dobot adam ni.
suka pulak dia dengan pablo cheesetart.


berselera betul dia dengan pablo cheesetart.
maknanya lain orang lain selera la. kan kan kan..
hehehehehehhee

tapi dengan ekonomi sekarang ni, sya rasaboleh tahan jugak harga mini tart dekat RM10 seketol.
sekali-sekala boleh la..

ok la. tu je untuk harini.

sya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua yang melawat blog sya ni.
kalau ada salah silap, sya mintak maaf. 0-0 ok.
moga ramadhan kali ni, lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni, aamiin..

xoxo

Thursday, May 25, 2017

It's payday. Let's celebrate!

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini inbox berderet dapat newsletter dengan tema
"payday"

sya tarik nafas je tengok taw.
jangan la... saiya tak kuad.. bhahahahahahahahaha

cakap pasal payday, masa awal-awal kerja kat sini, sya selalu lupa taw pasal payday ni sebab kalau tempat lama sya dulu (private), senang. payday is on the laaastttt day tiap-tiap bulan.
contoh kalau bulan tu ada 30 hari, 30hb la salary masuk.
kalau bulan tu ada 32 hari, 32 hb la jawab nya. kalau...
senang kan..

tempat sekarang ni, ntah. kejap 24, kejap 25. kejap awal sebab ada festival A, pastu ada pulak festival B, pon awal jugak salary masuk. hahahahahaha

ok, takmo membebel panjang. sya ada training nih.
training laaaagiii. uwaaaa

ada yang tengah shopping ke tu?
ke cuci mata dulu kat lazada lah, 11street la, shopee la.. :p
tak kisah la, tapi jangan lupa claim cashback taw!

ok lah, kalau ada yang best share sekali eh! hahahahhaaha



ok bye !!! (dato aliff syukri)



Tuesday, May 23, 2017

Ho Chi Minh, Vietnam 2017: Review Xavier Hotel

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sebulan sya peram entry pasal trip ke Ho Chi Minh City, Vietnam nih.
sebab rasa macam panjang sangat entry. bukan sebab apa, sebab macam banyak sangat gambar. hehehehe

nanti lah bila ada masa free kita siap kan sikit-sikit sampai complete entry vietnam tu.
untuk hari ni, kita share pasal hotel dulu.
sebab haritu kawan sya ada dm kat instagram tanya pasal hotel, so alang-alang, kita sambung membebel pasal hotel kat sini. hehe


punca teringat pasal entry vietnam. hahahahahhaa

ok, sya pergi vietnam hujung bulan april 2017,
pergi berdua dengan kawan sya, darina.
memang kitorang gamble je pergi tu.
luckily Z bagi. yeayy.
muah gracias muchomuchomuahh
bhahahahahahhahahaha

memang gamble je pergi berdua dengan tak tau apa nya.
kitorang pergi ke vietnam berbekal kan apa sya baca kat blog and sikit belanja Z  bagi. eh! hahahahahaha. macam ayat novel zaman sekolah.

ok, yang pasal kat vietnam nanti cerita.
ada few tips sya nak share sebab ada few benda yang sya tak tau, tak cerita dalam blog tapi masa kat sana baru tau sendiri. gitu rupa nya..
huhuhu

so insyaallah, dalam minggu ni sya siap kan entry full.

sambung pasal hotel**

sya book xavier hotel  thru booking.com
takde kena bayar pape pon.
bayar masa kat hotel nanti.

ok, hotel kat ho chi minh dorang accept currency VND. ada yang accept usd tapi most hotels memang nak VND la cerita dia.
so make sure dah standby duit VND cukup-cukup. jangan terbelanja semua pulak (macam kitorang. hahahahahhaa)



ni lah rupa depan xavier hotel.
kecik je hotel nya..

kitorang stay ni untuk 3 hari 2 malam.
total kos 3 hari 2 malam kat sini RM 277 @ USD 64

murah ke mahal? ntah.
hehehehe


kitorang ambik bilik standard je.
memang muat-muat je wehhh.
ada katil size queen ni, then ada ruang secoet, lepas la untuk solat pe sume, and other basic facilities macam tv, fridge, toilet sah la ada kan.. hahaha

masuk hari last kitorang kat sini, penuh terus bilik, sampai nak solat pon kena angkat barang sikit letak atas katil. bayang kan la... betapa sempit nya @ betapa banyak nya kitorang membeli.
antara 2..
tapi sya rasa bukan sebab banyak shopping, tapi sebab bilik kecik sangat. eceh.

toiletries semua ada. dont worry.

iron dorang tak provide. 
tapi dorang ada ironing service. yang ni sya suka.
dorang charge RM 3.
so nak iron tudung ke, baju ke, RM 3 sehelai.
tapi kalau nak bayar dalam VND dorang charge 10,000.
murah pulak bayar dalam vnd. hahaha

scale provided kat hotel ni.
just call and staff dorang akan hantar ke bilik kita.
so before balik tu boleh la check/timbang dulu barang kita takut terlebih muatan pulak.
airasia sekarang dah straight kemain. huhuhu.

hotel ni jugak ada offer service airport transfer. mahal sikit la nak compare dengan kalau kita call sendiri teksi vinasun tu kan.
tapi yang best nya service airport transfer nih sebab kita tak payah pening kepala.
lepas tu confirm teksi datang on time.
and yang paling best, barang yang kita shopping untuk sekampung tu, staff hotel tu akan angkatkan sampai la ke dalam bonet teksi tu. hehe

bismillah tours kat malaysia street tu pon ade service airport transfer jugak (kalau nak option yang murah sikit)


tapi macam sya cakap, sya malas nak pening kepala.
so memang sya request hotel arrange kan je. nanti dorang masukkan dalam bill hotel kita.
simple. settle. hehe

oh satu lagi, hotel bayar masa check out nanti.


----------------------------------------------


ok, cukup pasal xavier hotel. sya nak share pasal hotel in general kot ada yang tengah mencari hotel untuk ke HCM nanti.

ini senarai hotel kat malaysian street je taw.
kalau lorong belakang2, sya tak sure.

xavier hotel ok je pada sya.
tapi kalau sya pergi lagi, sya takkan pilih xavier hotel ni,.
sya akan pilih hotel yang lagi dekat dengan pasar malam / pasar ben thanh tu.
ok jom sya share sikit hotel-hotel yang korang boleh pilih sepanjang malaysian streeet ni.

cari yang dekat sebab dah jadi trend kalau kat HCM tu, kita akan shopping pastu balik bilik letak barang, mandi, solat, then keluar balik shopping.
most of the time, memang jalan kaki.
so kena bijak pilih hotel. huhu

sebenarnya takde la jauh mana pon.
sebab dorang ni semua satu deret je. 
tapi bila dah penat berjalan and shopping tu, mula la terasa indah nya kalau yang ni hotel aku (sambil berjalan nak ke hotel kita yang paling hujung sekali tuuu. huhu)

ok, sya susun gambar ikut jarak. paling hujung (jauh sikit) sampai la yang paling dekat dengan pasar malam / pasar ben thanh ni.



blessing 1 hotel (paling hujung)
hoang gia huy hotel
queen central hotel


thanh thu hotel
saigon pink 2 hotel
alagon western hotel

kat hujung tu tu la ada pasar ben thanh. malam nanti bukak pasar malam pulak. so lagi hujung lagi jimat la tenaga nak berjalan kaki

gia huy hotel (lagik)
an tam hotel

rasa nya ada lagi kat hujung tu..

so boleh imagine tak?
kira nya dalam list yang sya bagi kat atas ni, an tam hotel tu paling dekat la dengan pasar malam / pasar ben thanh
so kalau shopping rasa-rasa dah tak muat tangan, naik hotel jap letak barang dulu. camtu la kekdah nya..

xavier hotel?

hmmm.. die nuuuuuunnn extra sikit kena jalan kaki.
dalam list hotel kat atas ni, blessing 1 hotel la paling jauh (takde la jauh sangat tapi sebab dia lorong paling hujung kan..)
tapi xavier lagi atas lagi. fuhhh

so kalau sya pergi lagi vietnam next time, sya memang ambil hotel yang dekat-dekat je.  huhuhu

malaysian street ni best nya.
barang dah murah-murah.
tak payah nak tawar menawar pon.
ada kedai yang memang dorang tak bagi pon nak bargain.
nanti sya share shopping apa kat sana dengan harga sekali.
tudung / shawl naelofar, bokitta, ariani, duckscarve, telekung (telekung siti khadijah tu pon kemain banyak kat sana)
yang ni sya masukkan dalam entry penuh - itinerary and budget trip HCM vietnam nanti.

ok la, tu je la dulu.

till then,
xoxo



Wednesday, May 17, 2017

resipi kek batik paling senang, cepat, mudah, dan confirm sedap !

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini sya nak share satu recipe kek simple tapi dekat dihati. ecewah

resipi kek batik.
yeayyyy! (kite pulak terlebih happy. hehe)

ni baru buat last week. tak sampai bapa hari dah licin.
yang bedal sya dengan Z.
ustaz adam dia tak layan. dia layan secret recipe je.
bhahahahahahahahaha

ok, ni recipe kek batik paling simple, cepat and confirm jadi dengan sedap nya. hiks!

--------------

bahan-bahan

1 pack biskut marie (patah kan. sya patah 4)
1 packet milo (dalam 200 gram. lebih sikit pon takpe)
 1 ketul butter yang kecik tu (250 gram)
1/2 tin susu pekat
 serbuk koko (dalam 2-3 sudu. ni optional. kalau ada, cantik sikit kejadian kek batik tu. kalau tak dia macam malap sendu sikit warna dia. tapi ikot la..)
telur 2-3 biji (optional. tak nak letak pon takpe. tapi kalau letak, dia gebuuuu sikit)

------------------------------

cara-cara

panas kan butter sampai cair (api slow)
masukkan je semua bahan kecuali biskut marie dalam kuali.
kacau jangan berenti. kalau lenguh, tukar tangan.
kacau sampai keluar bubble blup blup blup tu (maksud nya dah masak la)
masukkan biscuit marie. kacau / gaul sekata.
masukkan dalam bekas. tekan-tekan supaya dia jadi padat.
tunggu sejuk sikit, then masuk dalam fridge.
lepas tu potong, serve.

--------------

part potong dengan serve ni sya fail sikit.



rupa kek batik kitorang.
senget-senget sya potong. biar la.. janji rasa bau dan warna tu maintain. hehe

#serioussedap..

tu je untuk harini. jom sambung buat kerja!


ok bye (dato aliff syukri)


Monday, May 15, 2017

akademi kepimpinan pendidikan tinggi (AKEPT), bandar enstek

assalamualaikum w.b.t.

goood morning sunshine
=)

harini nak share pasal akademi kepimpinan pendidikan tinggi (AKEPT)

sebab nya sya baru balik dari 2 hari bengkel kat sana.
saja gigih buat entry ni kot ada yang macam sya.
sya haritu sebelum pergi, kemain google taw. sebab sya tak familiar dengan kawasan ni.

AKEPT ni located at bandar enstek.
cantik jugak bandar enstek ni.
tenanggg je siang-siang. sya tengok bandar enstek ni macam tak havoc sangat. rumah pon banyak yang baru nak naik and cantik-cantik.
tapi of course tenang lagi putrajaya kan.. hahahahahhaha

tapi malam-malam pulak boleh tahan havoc. hiks


dalam kawasan akept.
cantik je.. sya rasa tempat ni guna bila ada bengkel or activities je kot.
sebab time kitorang pergi tu, macam takde orang je.
tapi serious cantik kawasan sini.


sampai-sampai sya register and ambik kunci bilik dulu sebab nak letak barang semua.
actually takde barang pon sebab sya tak plan nak stay kat sini.
datang bawak laptop je. hehehe


masa tengah ambik mood nak check in bilik..



ni bilik sya. ok la kan.. 


bilik kat sini memang selesa. sesuai la untuk orang yang datang nak focus.
ecewah! hahahahahahhaha


sebab semua orang datang sini atas urusan kerja, maka nya kawasan ini adalah penting!



ni toilet dia. bersih and kemas. kat belah kanan tu actually ada ruang lagi tapi tak kuasa la nak ambik gambar the whole toilet.
of course toiletries were all provided kan.
so anyone yang bakal berbengkel kat sini, tak payah susah-susah nak bawak sabun ke shampoo ke toothbrush bagai (sambil nyanyi lagu toothbrush)


ok,  ni pulak lobby akept.
berkilat berkilau semua la.
senyap sunyi aman damai jeeee... suka betol sya tempat nih! hehehehe


masa sya haritu, kitorg kat level 2.

--

now kita masuk part makan pulak.

part makan ni memang heaven la kalau pergi training apa-apa pon kan..
hahahahahahahha


breakfast on the first day.
memang menguap la lepas tu.
ada menu lain lagi macam bihun / mee, roti bakar egg toast, macam-macam la.
tapi mesti la sya chose nasik lemak dulu kan.
irresistible! hahahahahaha


ni lunch. bersepah!
ada air cendol bagai. menyandar lepas makan! hahahaha



ni pulak lunch second day.

sehari makan sampai 5 kali.
nasib la bengkel 2 hari jek.
kalau seminggu, sebulan?? boleh imagine? hahahahahahha

jangan tanya mana saucer. pindah tempat sebab kak nida ajak duduk sini. angkot yang muat tangan je. hahaha

ni picture masa minum pagi, day 1.
suka view kat sini. amannnn (ulang lagik! hahahahahhahhaa)

sya datang sini berdua dengan colleague. 
tapi sebab time ni Z outstation, so sya tak boleh nak stay.
kalau tak, sya dah hangkut Z dengan adam sekali stay sini dengan sya.

kebetulan colleague sya dapat bilik level 2, sya pulak dapat level bawah. 
so sya bagi je kunci bilik sya kat colleague sya.
sebab habis training je day 1 tu, sya terus balik sebab kena ambil adam kat rumah babysitter.
luckily from putrajaya to bandar enstek cuma dalam 40 minit macam tu. so ok la..
the next day dalam pukul 7 pagi sya gerak datang bandar enstek balik.

so ok la. pada yang bakal berbengkel dekat akept ni, selamat berbengkel.

ok la, sya ade talk pulak pagi ni.


ok bye (dato aliff syukri)