In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Friday, May 26, 2017

Pablo Cheesetart, IOI City Mall Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

happy fri-yayyyy !
harini sya nak share sikit review pasal pablo cheesetart.

pada yang suka sesangat, cheesetart, orang kata wajib pergi pablo cheesetart ni. orang la kata...

haritu kemain viral kat facebook.
sebab haritu sempena grand opening dorang, dorang buat promotion buy 1 free 1. sya tengok die punya beratur tu.. perghhh...
ada sumber mengatakan untuk hari pertama tu, ada yang beratur sampai 4 jam weh. awak sanggop??

sya tak sanggop. hahahahaha
so sya tunggu sampai habis promotion grand opening dorang tu, baru la sya terjah. hehehehe


gini la suasana masa grand opening tu.
sya idok leee.. mau ada yang kena buat cpr kat situ. hahaha


ni pulak suasana masa sya pergi semalam.


seee... aman damai. baru la nak beli pon hati tenang. eceh!

jom cuci mata sikit.




ok, yang ni sya tak berkenan betul.
buat la semenggah sikit paperbag tu.
leceh nak bawak sebab takde tempat handle.
paling tak pon tebuk la lubang sikit, boleh gak selit jari, barula senang nak bawak kesana kemari.

ok, jom rasa pablo tart ni.
apa yang best sangat dengan pablo cheese tart sampai beratur kemain tu??


pablo cheesetart RM 8.90
kita start dengan the famous pablo cheesetart ni.


betol la macam dia dok share dalam facebook bagai tu.
memang cheese dia meleleh.
taaaapiiiii..
cheese dia maca tak cukup paduu pada sya.
crust/pastry luar tu keras =(
sya rasa, compare pablo cheesetart dengan hokkaido cheese tart , sedap lagi cheese tart hokkaido!

pablo chocolate tart. RM 9.90
next, pablo chocolate mini tart.

ni sedap.
yang ni kalau compare dengan hokkaido, pablo punya lagi sedap!


pablo matcha tart. RM 9.90
pablo matcha mini tart.
yang ni pon not bad.
kalau korang bukan peminat tegar matcha, boleh makan ni. sebab rasa matcha dia tu tak strong sangat.
tapi kalau korang suka matcha, mungkin macam tercari-cari rasa matcha tu.
rasa matcha dia macam light gitu..
tak tau nak cakap sedap ke tak.

so, best tak pablo cheesetart ni?
pada sya ok la..
kalau tak pernah try, boleh la try. sebab sya rasa benda ni subjective. ada yang kata pablo laaaaagi sedap dari hokkaido. ada yang kata hokkaido lagi sedap.
ada jugak yang kata "cheese tart mak aku buat lagi sedap"
so depends pada selera.

contoh macam si dobot adam ni.
suka pulak dia dengan pablo cheesetart.


berselera betul dia dengan pablo cheesetart.
maknanya lain orang lain selera la. kan kan kan..
hehehehehehhee

tapi dengan ekonomi sekarang ni, sya rasaboleh tahan jugak harga mini tart dekat RM10 seketol.
sekali-sekala boleh la..

ok la. tu je untuk harini.

sya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua yang melawat blog sya ni.
kalau ada salah silap, sya mintak maaf. 0-0 ok.
moga ramadhan kali ni, lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni, aamiin..

xoxo

6 comments:

  1. Nampak sedap je adam makan.tu..

    Akk tak pernah makan, tp ye la masing2 punya selera kan, setiap orang tak sama.

    Selamat berpuasa sya...akk juga mohon maaf andai ada salah silap masa komen dkt blog sya ye.

    InshaAllah akk doakn sya dapat baby girl nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiinnn. hrp2 ade rezeki 2-3 tahun lagi nak dpt baby girl. sekarang belom boleh tambah quota lagik. hehehehe

      selamat berpuasa kak =)

      Delete
  2. tak baik tau fesday puasa disiang haru dah tayang makanan sedap2 ginih.... hahhahahaha adehh nape BW ari semua bab resepi makanan sedap2 semua..ini tidak adil!!

    hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha. kt ig lagi la.. skrg kan ig ntah cmne ntah kdg2 pos 2-3 hari lepas pon boleh naik kt home. dah penoh ngn pictures makanan. haruu haruuuu...

      Delete
  3. Jgn kata pablo..hokaido cheese tart pun belum rs lg.setakat cheese tart moncit jiran2 buat tu je la saya dpt rasa..agak2 bila la ipoh ni nk jd cam kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tp ipoh ade hokkaido kan. try la hokkaido dlu. dapdap jugak =)

      cheese tart moncit jiran buat klw sedap, xyah try dah yg nih. hehehehehehe

      Delete