In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Monday, May 29, 2017

korang pilih chatime ke tealive?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

salam ramadhan. puasa tak tu? hehehe

harini sya ingat nak share recipe. sekali terjumpa pasal post ni, so alang-alang, sya share kat blog dulu.

korang tau tak yang chatime dan tealive adalah 2 brand yang berbeza
ye-ye je sya ingat kan chatime tukar nama pada tealive. rupanya BUKAN ok.

jom baca post dari Abu Mu'aaz Munir Azizan

---------------------------------------------------

Nak pilih Chatime ke Tealive? 

Mungkin ada yang tanya, "Bukan Chatime dah tukar nama ke Tealive ke?". 

Jawapannya - TAK! 

=====

Bayangkan tengah shopping raya, tiba-tiba terperangkap dalam shopping mall sebab hujan lebat. 

Lagi 5 minit dah nak azan Maghrib. 

Rasa teringin nak berbuka puasa dengan bubble tea :) 

Bila tengok kat directory shopping mall, ada dua pilihan - Chatime & Tealive. 

Nak pilih yang mana satu? 



Sebelum cerita pasal nak pilih bubble tea yang mana satu, kita cerita pasal mitos Chatime dah tukar nama kepada Tealive, ok?

Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia. 

Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni). 

Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi... 

... Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak. 

Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan. 



Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding? 

La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa. 

Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal. 
Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal. 

Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive. 

Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive. 

La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia. 



Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime. 

Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group - sebuah syarikat Bumiputera. 

Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia. 

Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah. 


Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa... 

Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia. 

Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia. 

Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia - padan la mahal. 



Sekarang, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia. 

Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik. 

Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini. 



Kembali kepada persoalan asal - Nak pilih Chatime ke Tealive? :) 

Secara peribadi, aku pilih Chatime :) 

Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah... 

Dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup "cut corners" untuk jimat duit. 

Dan Will Group yang menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa. 

Chatime pilihan yang lebih berkualiti. 
.
Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa. 
Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura. 
Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime :) 

---------------------------------------------------

sya baru tau..
sorry lambat. mesti korang dah tau lama kan.

never mind, tadi bukak facebook chatime malaysia, nampak ada special chatime sempena ramadhan:
#chatimeyusuftaiyoob

macam best je especially kurma milk tea tu.

uwaaaaa.. kena cari nih.

jom kita serbu chatime !




selamat berpuasa!
bye.


6 comments:

  1. thanks for info. ana pun ingatkan chatime tukar nama.

    ReplyDelete
  2. haha saya lagi tak tau apa, ni baru tahu. selama ni minum Chatime je. Tealive tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tealive banyak sekarang. sbb most chatime outlets yang dulu tukar pada tealive. yang remain chatime je susah nak jumpa. huhu. tp kalau boleh pilih, sya pilih chatime. tp sebab tak boleh pilih (chatime limited), so layan je la tealive. harap banyak la outlet chatime lepas ni..

      Delete