In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, December 26, 2017

salt and pepper bangi

Assalamualaikum  w.b.t.

biru betul hari selasa sya ni. sebab cuti panjang sempena christmas kan.. 

btw, apa projek cuti haritu? kitorg packed betul. huhu. tp best sebab weekend well spent kan. ada la aktiviti #adamaydan takde la terperap je kat rumah. hehehehe

ok, nak share pasal restaurant the salt and pepper bangi.
sebab kitorang baru makan kat sini kelmarin.


ni la kedai dia. simple je. tak besar sangat pon. just nice la..


ni kat dalam. sorryyyyy terselit pulak tangan si dobot tu. hahahaha


menu kat salt and pepper bangi

actually sya ada ambik picture almost every page tapi internet pagi ni tak mengizin kan sya upload semua la. huhu

kitorg tak order banyak pon haritu sebab makan bertiga je (Z, adam and sya. aydan belum start makan lagik. haha)

sya share kat sini apa kitorang makan kat salt and pepper haritu.


lamb grill RM29.90

sya tak makan kambing so masa sampai-sampai je sya pandang camtu je la.
Z offer pastu siap cakap "tapi ayang tak makan punya ni. sebab bau dia kuat sikit."
memang taaaak la sya nak rasa. huhu
so sya tak boleh komen la..


sya order spaghetti carbonara beef bacon RM16.90

order ni sebab kena share dengan abang dobot adam tu. kalau tak, takde makna nya sya nak order ni. haku masak lagi ngancamm. ecewahhhh.
hahahhahhahahahhaha

sya kalaw beef bacon tu sya suke crispy sikit. lembik kembang dalam kuah ni sya kurang sikit. tapi still sedap jugak. licin gak ni actually. hahahaha


ni ha.. mana pergi orang panggil shaolin soccer. sebab botak,
sya memang suka botak. syok. licinnnnn.. 
nasib Z takmo botak. kalau x, dengan Z skali sya soh botak kasi licin. hahahha

ok sambung balik.

pastu kitorang order burger, kongsi 2 orang. ok, nak cerita pasal burger..
salt and pepper bangi ni popular la dengan burger dorang.
digambar kan bahawa burger kat sini mempunyai tahap kepedasan yang merencik hawau (betul ke ayat sya ni? hahaha)

Z tanya kat staff yang attend kitorang tu and dia suggest/recommend yang ni:


explosive inner core burger RM16.90
hot level 5

so, sedap ke burger ni?


nampak macam innocent je burger nye kan.
tapi haruuuuuuu wehhh rasa dia.
pedas rasa nak mencarot! hahahhahhaha

sya dah tak rasa apa dah kat lidah except pedas dia tu. pedas pahit taw tak.
kalau nak buat challenge suka-suka boleh la makan. tapi kalau tengah lapar, potong gila rasa dia punya pedas tu.
macam samyang 2x pedas tu. haruuu kan rasa dia. memang la boleh telan tapi macam takde motif rasa kalau pedas tahap camtu. tak rasa dah yang lain.

yang ni disebab kan pedas level 5 (pedas teruk), so sya tak boleh nak komen rasa burger especially patty dia tu. dry ke moist ke, lidah tangkap rasa pedas je.
memang tak la nak order lagi pasni.
next time level 1-3 pon cukup dah kot.

tapi kalau dah nama pon kaki pedas, licin gak burger ni. hahahaha


ni amende ni? tak sedap ah! hahahha. jujur nye la haaaaai..
hopefully salt and pepper tuko la side ni pada lain. fries ke, hot dog ke, pape la. yang ni sya suap kat adam, laju je dia kuar kan balik. saba je la..

kesimpualnnya, untuk the salt and pepper, sya bagi 4 bintang kot.

ok la. tu je nak share harini.
nak sambung meng-index article.
fuhhh.. senak perut nak kejar kpi hujung-hujung ni.
moral of the story, lain kali jangan beranak hujung tahun. fuhhh

ok bye!


Friday, December 22, 2017

PNB umum jumlah dividen dan bonus ASB 2017 8.25%

assalamualaikum w.b.t.

lama tak update sebab tengah hectic dengan KPI. hahahaha

quick update pasal dividen asb 2017 

--------------------------------

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan dividen 7.00 sen sesaham, beserta bonus 0.25 sen sesaham dan 'bonus istimewa ulang tahun' sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ini menjadikan jumlah pulangan unit pelaburan itu sebanyak 8.25 sen sesaham bagi 2017, peningkatan 12 peratus berbanding jumlah pulangan tahun lalu.

Tahun lalu, PNB mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen sesaham bagi ASB beserta bonus 0.50 sen sesaham, menjadikan jumlah pulangannya 7.25 sen sesaham.

Penyertaan 'bonus istimewa ulang tahun' tahun ini juga menjadikan 2017 satu-satunya tahun di mana pulangan ASB terdiri dari tiga komponen, berbanding dua komponen sebelum ini.

sumber : awani

--------------------------------

Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB 2017


bonus istimewa tu capped at RM 100 taw. ok la.. sape nak bagi RM 100.
cakap thank you cepat! haha



so, happy tak?
mummy senyum tak??
hahahahahahaha

ok bye





Tuesday, December 5, 2017

eczema dan tentang bulan

asalamualaikum w.b.t.

harini nak membebel je. kak anne a.k.a. jiran sebelah tengah cuti, so bosan pulak duduk dalam bilik pandang dinding. so kita cerita kat sini je la eh.

aydan start ada flares-up kat pipi, kulit kepala, starting friday camtu. sebelum-sebelum tu dah ada scratches kat pipi dengan kulit kepala but takde pon merah-merah. tapi friday tu merah habis kat pipi, dahi, kening. monday morning masa hantar aydan pergi rumah babysitter, kesian gila tengok merah je muka dari jauh. sya pon terkejot sebenarnya

malam tadi masa tengah pump susu kat meja sambil main hp, sya check la calendar, notes, buat record keeping sikit (delete segala benda yang dah taknak, tidy folders, etc.), then sya teringat nak check. bukak apps and nampak ni:


stresss nya..
macam mana sya boleh terlepas pandang benda ni..
bulan penuh! uwaaaaaa

sorry aydan =(


full moon

and as of today..
masih bulan penuh..

sigh.



Monday, December 4, 2017

moogoo starter pack yang tengah murah

asalamualaikum w.b.t.


semalam sya pergi ioi city mall sebab nak cari cream aydan. gigih cari caring pharmacy. kat putrajaya cuma ada 2 outlets je : ioi city mall dengan suria mall putrajaya.

dekat dalam caring tu punya la ramai manusia. ok, biar la..

nak share ni:


moogoo eczema starter pack yang tengah murah kat caring pharmacy.
hahahahhaha.
gigih sya kat blog kan..

haaaa... actually share ni sebab sya tak tau kot ada yang lagi murah sebab so far kat lazada, shopee, 11street semua still sya tak tak jumpa yang below RM 150. so sya rasa ni murah jugak la.

lagi 1, size dia besar la kalau nak compare dengan buds organics, etc. dalam starter pack moogoo ni ada 4 items:

- 1x Milk Wash 500g
- 1x Irritable Skin Balm 120g
- 1x MSM Soothing Cream 75g
- 1x Udder Cream 120g

sya rasa ramai yang tau kot apa yang best nya moogoo ni.
ke tak tau?? hehehehe

ok la. tu je.
kata sharing is caring..
kan.

ok bye !


Thursday, November 30, 2017

buat hal betol la nescafe ni

assalamualaikum w.b.t.


sya punya blog berderet entries dalam draft, semua nak siap kan tapi tak sempat. busy betol kat office sekarang. kat rumah jangan cakap la.. having 3 baymax, all 3 pon demanding your full attention+energy, maka nya masa kat rumah tu lagi la tak boleh kacau.

so, just quick sharing / mumbling this morning (sebab tengan panasss)

anyone kat sini peminat nescafe?
sya is kipas besarrrrrrr (huge fan) nescafe.
buit since i met wonda kopi tarik, to be honest, sya jarang betul beli nescafe dah (except their 3 in 1)

yesterday masa keluar beli barang, sya teringat nak beli 1 coffee nak bawak pegi office (my wonda stock dah licin. sobsob), unfortunately wonda takde pulak. so terpaksa la chose apa yang ada.
so sya ambik la nescafe mocha.

kalau ada yang pernah @ suka minum nescafe mocha (can) ni masa zaman dulu-dulu (like 5-6 years ago), nescafe mocha ni sedap gila taw.
lagi sedap dari kopi tarik tu. pekat gila coffee dia, choc taste dia pon macam compliment rasa coffee, eh panjang la nak explain.
masa sya study master dulu, dalam kelas wajib usung nescafe mocha tin ni taw.

tapi sekarang. epic fail ah rasa dia.


what happened nescafe? you used to be my favourite (intonasi ala-ala lagu hotline bling). now kalau jual 5 posen per can pon belum tentu sya nak beli. tapi kalau orang bagi free, amik la.. hahahahahahhaa

nescafe mocha sekarang - cair ya rabbi !
rasa coffee ada takde je.

buat hal betol la nescafe ni !

eeeeeeeeeeeeeee... sambung complain dalam hati.

ok, nak kena sambung meng-index. ada 2 ratus lebih rekod nak kena buat index. ni pon buat hal jugak ni. next month dah start appraisal. urgh!


ok bye!


Wednesday, November 15, 2017

being a mother.. of TWO !

assalamualaikum w.b.t.

longgggggggg hiatus !
tak tau nak start dari mana. macam-macam nak share kat blog, but one thing at a time la. karang muntah pulak.

by the way, heloooooo everybody
(baca macam nada Gru dalam cerita Despicable Me, taw)

where to start eh. hahahhahahahaha. tanya lagi.

ok. camni..

Adam dah ada adik. yeay.
nama adik Adam; Aydan (oh rindu nye )

alhamdulillah.. Aydan was born on mid Aug haritu.
cerita delivery nanti sya share sebab masa dekat-dekat nak bersalin haritu, gigih sya cari review / experience bersalin dengan doctor @ hospital yang sya pilih tu, tapi semua entry lama-lama. so nanti kita share ye.

tak boleh nak taip panjang sebab tengah tepu. banyak sangat dalam kepala.
harini second day kat office. misi mengejar KPI. go go sya !!! (sendiri cheer)

ok la. tu je. nak cakap, rinduuuuuuuuuuuuuuuuu....

ok bye !

missing my dobots



Thursday, July 13, 2017

seni mengajar / mendidik anak umur 2 tahun (dan kebawah)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

selamat hari rayaaaaaa..
baru habis cuti raya nih. hahahha. sebelum ni still mood raya. harini masuk office ada internal audit, terus balik ke dunia nyata. hahahhaha

harini saja nak membebel. pastu ada selit cerita raya sikit.

punca nya tadi baca kat facebook, kawan-kawan share.
first, pasal viral kes karies gigi. budak umur 2 tahun dah patut stop susu. or kurang kan
viral kes karies gigi punca nya time tido pon melekat dengan botol susu. boleh rosak gigi.


ok, ni kitorang kena take note. sebab kitorang masih lagi study jurus-jurus menggosok gigi anak. ustaz adam kalau nak gosok gigi dia, macam nak ajak gaduh! sebab dia taknak, so die ketapp mulut dia. sya memang surrender part ni. selalu nya request Z  tolong. tapi sama je hasil dia sebenarnya...

ok, second, pasal mengajar anak umur 2 tahun. which one is more important, potty training ke ajar abc.
sya, no comment. pasal adam tak start lagi potty training. abc pon ikut masa.
btw, adam setahun lebih, belum pandai abc / 123 lagi (in case ada yang tanya. hohohoho)

sya baca-baca / observe jugak. budak-budak progress dorang tak sama kan.. ada budak-budak progress dia cepat. kadang tengok kat ig kawan-kawan, budak umur baru setahun lebih, fluent betul mengeja, count 1-10, baca abc.
kadang tu ada jugak rasa macam, "alamak, adam tak hafal abc lagi" so jerit panggil adam, baling kereta dari tangan dia pastu ajar "adam, look. A for apple. B for ball.. "
dan-dan ajar adam ABC. hahahaha.
untuk seminit pertama tu dia focus la. siap repeat lagi (bunyi tak sama langsung. contoh A for Apple. adam jawab "kaaaa". takpe,, ini progress.. kan kan kan??
but a min later, dia dah sibuk cari kereta dia balik.
Nak paksa jugak sampai Z for Zebra?? hmmm.. memang drama habes lah!


ok, next pasal salam.
kadang-kadang kan macam comel je tengok budak-budak baru setahun dah pandai salam.
bila kita cakap "salam auntie.. salam auntie cepat!" dia pon salam..
alahaiii.. melting.

adam? hmm.. sebelum ni kalau kita cakap salam auntie - dia geleng.
amin uncle.. cepat.. amiinn - dia buat hal dia (ignore)
ada jugak yang sya perasan hulur tangan kat adam, push towards his face (salam kan.. nk bagi cium), kemain adam tu! dia buat keras tangan dia.. sya pon tak tau camne nak ajar salam.

sekali hari raya haritu. hari pertama kan kita pergi beraya rumah orang. every rumah, sampai-sampai kena salam. nak balik, dapat duit raya kena salam. kadang orang datang rumah pulak. kena salam.
so masuk hari raya kedua, adam dah pandai salam. bila kita cakap "salaaammm" sambil hulur tangan, dia pon sambut, cium tangan kita. semua orang la camtu. pantang kita sebut je "salam" dia tau dah..

masa mula-mula tau yang adam dah pandai salam, sya macam whoaaaaaa...
raya punya pasal, sehari je terus pandai salam! ini hebat!

pastu terfikir, mungkin sebab kita repetitively ajar dia salam dalam sehari, so dia pon pandai salam. OR, memang Allah dah susun dia pandai salam time tu. hari raya + duit raya cuma asbab je. cewah.

so, sampai sekarang sya pon tak tau nak jawab. which one should come first. ajar anak ABC ke 123, ajar colours dulu ke, ajar shapes.
and sya pon tak tau, patut paksa / push ke, patut biar dia belajar natural ke, kita provide environment yang support dia belaja je ke, etc.

wallahualam..



ok la.. nak membebel je harini.

xoxo
from mak yang tengah belajar...
 



Friday, June 23, 2017

Checked! Full episode andainya takdir.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

siapa kat sini wall facebook penuh dengan update drama andainya takdir, angkat tangan !
hahahahahahaha

sya tertengok 2-3 episodes sebelum ni. best jugak cerita nya. tapi sya takde layan sangat. sebab kalau cerita episode ni payah sikit nak follow. kitorang ada macam-macam aktiviti malam-malam.

tapi sebab hot sangat cerita ni, sya pon terjebak sekali nak tengok ending.
walaupon baru tengok 2 episodes, tapi cerita ni senang nak faham. kita dah boleh tau the whole story nya macam mana.



petang semalam kawan sya share kat facebook pasal ending cerita ni (tak silap based on novel kan?)
ending dia tihah tu mati accident.
hokoloh. sya macam wt# mati gitu jek? cliche gila sya rasa.
buat ending mati, konon-konon laki tu esok2 insaf. big NO. tak best ending camtu!

malam tadi was the final episode andainya takdir. pukul 10 malam start, tapi pukul 10 tu sya dah start ngantuk. tak larat nak tengok. plus adam tengah layan cerita kartun apa ntah.
maka nya, pagi ni la baru kita tengok. hahahhahaha

oleh sebab sya dah get ready dengan ending tak best konon si tihah mati, tiba-tiba ending dia tihah tak mati, sooooo i would say i'm sooooo happy. hehehehhe

so yeay! sya suka ending dia. kesimpulannya, both kena muhasabah balik. 


ok, tu je nak cerita. hahahhaahahaha. siapa yang nak tengok final episode cerita andainya takdir ni, boleh tengok kat sini .

oh, dont worry kalau tak pernah layan or pernah tengok 1-2 episodes je (kita sama! haha), cerita ni tak perlu pon nak tengok dari awal untuk faham kan.

sya nak kena sambung buat kerja ni. boring nya kena kerja when everybody in the office dah bercuti. uwaaaaa

ok bye.



Thursday, June 15, 2017

Sushi King Ramadhan Buffet, Alamanda Putrajaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morninngggggggg!
harini sya lambat sikit update sebab baru lepas berdiscuss dengan akak bilik sebelah. hahahahahahaha.

ok, kalau sebelum ni share pasal recipes la apa, harini nak share pasal ramadhan buffet pulak. Mana la tau kot ada yang tak tau nak masak apa untuk menu berbuka, and plan nak gantung kuali. ha, jom try kat sini.

Sushi King Ramadhan Buffet.
hahahahahhaha. ingat kan apa la tadi kan..

OK, first kalau korang nak enjoy buffet sushi king ni, korang kena check dulu outlets mana yang ada, sebab bukan semua outlets offer ramadhan buffet.


nah, senarai outlet.



ni pulak harga ramadhan buffet kat sushi king.
harga ni tak termasuk gst and service charge.

please note that ada beza harga untuk member and non member.

untuk senarai menu yang available, boleh refer dekat website / facebook sushi king malaysia.

so, best ke ramadhan buffet sushi king ni?

ok, kita cerita sikit eh.

kena walk in booking. tak boleh book online, or via phone call.
boring kan? tapi most restaurants pon camtu..


sya request Z book kan dulu while sya siap-siap barang adam sume.
masa Z book ni, table semua dah penuh. so duduk la macm bar setting ni. 

dah nama pon buffet kan, so semua sushi atas belt tu korang boleh pilih je. so far syok sebab memang dorang refill cepat. takde la macam tertunggu-tunggu contoh nya - bila la inari boat nak lalu ni.
haa..takde macam tu. don't worry. pantas je.

buffet setting untuk bento/rice meal, sya tak ambik gambar sebab dia kat sebelah hujung. ada meja dorang susun semua rice meal atas tu.

untuk air pulak, ada 2 options - Honey Lemon Tea & Blackcurrant Lemon
sya suka honey lemon tea tu.
kalau nak sky juice, or air green tea (hot/cold) boleh request dengan waiter/waitress. nanti hantar.

ok, jom tengok apa sya makan.

round 1:

edamame tu favourite ustaz adam. wajib ada tu. hehe
untuk round 1, sya makan rice meal ni. sorry gambar tak berapa semenggah. hahaha
sya amik rice meal yakiniku. ni memang favourite la.
selalu kalau makan bento, kita pasrah je dengan portion beef, or ayam (tori karaage) or salmon tu kan, but bila buffet ni, boleh adjust ikot selera.
macam sya, semangkuk rice meal tu, sya makan dengan 3 plates tori karaage and yakiniku. puas hati betol. hahahahahhahahaha



yakiniku.
rice meal nya semangkuk je, tapi lauk-lauk yang banyak.
best la pada sya, sebab boleh customize ikut selera.


round 2: amik rice meal yang kedua pulak.
pastu macam biasa, customize lagi. hehehe


ebi fry nigiri
round 3: baru la sya makan sushi pulak.
tapi tak banyak la.. time ni dah start sengkak dah. hahahha
semalam sya tak makan sushi salmon langsung. sebab ntah. macam takde rasa pulak. huhu

pada yang minat salmon, don't worry, ada je salmon sushi tu ;)



dessert kitorang makan ice cream.
sya suka betul matcha ice cream ni.
kadang rasa nak beli letak kat rumah tapi tak tau kat mana nak cari,
ada idea tak kat mana nak beli ice cream matcha sedap?
huhuhuhu


refill matcha ice cream buat kali ke-sejuta.

kalau time biasa, payah sikit nak order matcha ice cream ni sebab dia cuma boleh add on kalau kita order bento.
so kalau pergi sushi king, sya mesti tanya Z, "nak bento tak?"
motif nya sebab nak tumpang add on ice cream je. hahahahaha
kalau Z taknak, sya macam alaaaaa....

so bila time buffet ni, memang heaven ah melayan ice cream.
adam pon tompang sekaki.

so, best tak buffet ramadhan sushi king?
pada sya best, although ada few benda / menu yang boleh di improve.

berbaloi tak?
kalau korang species makan macam kitorang, i would say memang berbaloi. hehe


ni yang sya sorang makan.

tak termasuk Z. kalau korang tengok Z punya plates, lagi puas hati.
hahahahahahahhaha

so kalau ada sesapa yang nak try sushi king buffet ramadhan; memang recommended la.

ok, tu je untuk harini.
jom sambung buat kerja.

ok bye!




Wednesday, June 14, 2017

nak potong bawang pon boleh jadi hal ke??

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

ok, tajuk over sangat kan.. huhu

sebenarnya ternampak kawan sya share kat facebook.
pasal cara potong bawang.
sebenarnya setiap masakan ada cara potong bawang dia.
macam sya, sya amalkan cara- ikut suka laaa nak potong camne pon. 
tapi kalau yang strict tu, dorang memang follow.
ada yang kata cara potong bawang ni mempengaruhi rasa masakan. 
mak aihhhhhh... gitu sekali. huhu



haa... ni haa....

menung kejap sya..
pasal sya tumis sayur potong separuh bulat.
sya masak sambal pulak potong bulat.
tak ke tunggang langgang, acanerr tuh.
hahahahahahahahahahahahhahahhahaha

tak kisah la. janji kena selera kita lakibinianakberanak, layaaaaannn...

tapi esok-esok kalau terigat, sya follow la style potong gini.
boleh?

ok, nak share tu je sebab baru ternampak tadi.

ok bye.


Tuesday, June 13, 2017

Resipi cendawan enoki goreng yang sangat senang, cepat and confirm sedap

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

hi semuaaaa. puasa tak? =)

lama tak update kan sebab busy campur penat. serious penat bulan puasa ni. tak tau la kenapa. pastu mengantuk je kat office sebab tak dapat coffee kan.. lagi satu bila dah masuk #teammakmak ni kena bangun prepare sahur bagai. ok, tu, next time kita sembang-sembang.

harini nak share recipe simple sebab sya baru buat. kebetulan ada cendawan enoki dalam peti ais. asal nya cendawan tu nak buat tomyam
tapi sebab tak jadi, kita tukar menu.

ni dia recipe cendawan enoki goreng yang super simple, senang gila, cepat kot, plus confirm menjadi dengan jaya nya.

---------------------------------------------

Recipe Cendawan Enoki Goreng senang gila.

bahan-bahan

1. cendawan enoki 1 / 2 packet
2. tepung goreng serbaguna (sya guna tepung goreng serbaguna bestari)
3. telur sebijik
4. serbuk pati ayam (separuh sudu kecik je sya letak)
5. blackpepper (optional)

tepung goreng serbaguna bestari.

cara-cara

1. potong akar cendawan enoki. pastu basuh bersih-bersih.
2. celup cendawan dalam telur, lepas tu salut dengan tepung tadi. 
ikut la style macam mana pon.
kalau kreatif nak buat sebatang-sebatang pon boleh.
sya tak berapa rajin, ambik segenggam, celop teros dalam telur, terus golek dalam tepung.
hahahahhaa
3. pastu goreng kan dalam minyak panas.

dah siap, angkat dan serve.


ni rupa cendawan enoki goreng sya.

don't judge the book by its cover.
nampak je macam tak semenggah lagi tak consistent, tapi rupa dia sedap ok.
hahahahhaha

yang kaler gelap tu bukan apa, tu yang last-last dah tu. minyak dah gelap sikit. hahaha
yang nampak macam tebal dari orang lain tu sebab sya nak habis kan tepung.
nampak tak kat situ, tak kisah cmne style pon, rasa dia tetap sedap.
(confident)

ok, yang ni wajib try taw.
kalau korang nak masak tapi macam lauk takde campur malas, korang masak cendawan enoki goreng ni je. makan ngan nasik panas. potong cili, letak kicap.
nak upgrade nampak semenggah sikit? standby sambal ikan bilis goreng.
fuhhhhh.. confirm hancur diet. hahahaha

ok, la. tu je untuk hari ni. 

dah ada idea nak masak apa untuk berbuka nanti?
=)



Friday, June 2, 2017

Kerajaan umumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 sempena Aildilfitri 2017

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

tadi ternampak kawan share yang kerajaan dah announce pasal Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri 2017 kepada penjawat awam satu malaysia.

-------------------------

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.
Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

-------------------------



So tamat lah sudah persoalan pasal "bonus" raya tahun ni. hehehhe
pada sya, ok lah. syukur alhamdulillah.. lepas la nak pergi makan sedap-sedap.
nak beli baju kurung sepasang dua kat jalan tar tu pon boleh ni rasa nya. hehe

dulu masa awal-awal masuk government, menung jugak bila mengenangkan pasal bonus nih.
ye la.. duduk private bonus memang syok la kan.. berbulan-bulan dapat.
tapi kerja government pon syok jugak.
dapat ramai kawan =)


ok, lah. nak share tu je. harini nak masak apa eh untuk berbuka..

ok bye (dato aliff syukri)

Thursday, June 1, 2017

Resipi pasta bolognese yang super simple, cepat dan mudah. Idea menu berbuka.

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

harini kita share lagi menu berbuka puasa kot ada yang mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka nanti.

ni menu yang simple sangat, sesuai kalau tengah tak berapa ada energy tapi kena masak jugak. hehehehe. yang penting nak prepare pon cepat. tak payah bersilat kat dapur.
sya suka masak pasta ni sebab tak payah spend masa lama. tapi sebab tekak kampung, seminggu sekali makan pasta pon sya rasa macam dah kerap sangat. kalau boleh nak nasik jugak!

jom sya share recipe pasta bolognese yang simple, senang dan cepat ni.

------------------------------

bahan-bahan

pasta (ikut la nak pasta apa pon)

4 ulas bawang putih (cincang/potong dadu)
1 biji bawang merah (cincang/potong dadu)
daging / ayam cincang
hot dog (optional)
tomato puree / sos bolognese prego
capsicum
oregano / italian herbs / blackpepper (ikot selera sendiri)
susu full cream / fresh milk (optional)
garam

cara-cara

rebus pasta. tos kan. then letak tepi pasta ni dulu.
boleh pilih nak guna spagheti ke, macarroni ke, spiral pasta ke, etc.

untuk kuah:
1. Mula-mula panas kan minyak sikit. nak guna olive oil boleh, nak guna minyak masak traditional tu pon boleh.
2. Tumis bawang merah and bawang putih yang dicincang.
3. Masukkan tomato puree @ sos prego bolognese. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kering kisar dalam 1-2 sudu.
4. Masukkan oregano @ italian herbs @ blackpepper. Ni ikot selera masing-masing. Macam sya, sya masukkan tiga-tiga ni sekali. hehehehhee
5. Bila dah masak blup blup tu (hehe), masukkan hot dog and capsicum. capsicum ni depends, kalau suka rangup, tak payah masak lama sangat.
6. Masukkan susu full cream @ fresh milk. Ni kalau nak bagi rasa ada lemak-lemak gitu. Sya ikot mood. Macam kalini, sya masukkan sikit, Dalam setengah kotak susu full cream tu.
7. Masukkan garam. Gula tak payah la.. Kalau nak masuk jugak, masuk je la.. Takde sapa nak marah.

Settle, boleh serve.

------------------------------

 macam sya, sya suka pedas. so kalau bolognese ni, at least 2 sudu cili kering blender tu sya akan masukkan. OR, kalau malas nak masukkan cili kering (sebab malas nak tunggu cili tu masak), sya masukkan sos cili extra pedas. Sos ni memang kaw kaw dia punya pedas taw. Bukan macam sos cili biasa tu.

Lepas tu, yang lagi power, sya masukkan cili padi sekali. bhahahahahahha.


haa... cenggini lah rupa kuah bolognese sya.
fusion sangat dengan ada cili padi nya tuu.

capsicum untuk Z, cili padi untuk sya. hahahahahahaha



time ni sya masak pasta penne. penne ni sya beli brand apa ntah, punya la besar size dia. hahahahaha.
sebab spaghetti bolognese selalu sangat, tu yang try penne bolognese.
sama je rasa dia, rupa je lain.

ok, lah. tu je nak share.

so dah idea nak masak apa untuk berbuka nanti?

ok bye.


Wednesday, May 31, 2017

Idea menu berbuka puasa: Resipi Gulai Lemak Kobis dan Kacang Panjang

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

rajin pulak sya update ginih kan. hehehehe

saja nak share menu berbuka puasa. punca nya sebab sya pon kadang-kadang blurr nak masak apa. so start harini kita share la menu kalau kita sempat masak and sempat update blog. ngeee

so anyone yang tengah mencari idea nak masak apa untuk menu berbuka puasa, boleh la kita sharing is caring kat sini, ok.

so ni menu untuk berbuka puasa semalam


menu semalam:

1. ikan kembung goreng salut tepung bestari
2. sambal sotong
3. gulai lemak kobis campur kacang panjang

sya share sekali recipe gulai lemak kobis yang tersangat la simple, cepat dan confirm sedap, versi bujang (sebab bahan-bahan dia express je. hahahahahahahaha)

-------------------------

 Resipi Gulai Lemak Kobis & Kacang Panjang (kuning)

bahan-bahan
1 biji bawang merah (blender)
4 bawang putih (blender)
kunyit 1 inci (blender)
kobis (potong kasar)
kacang panjang (potong la ikut suka)
1 ketul kiub ikan bilis (haaa.. ni orang malas punya style. hahahaha)
santan pekat @ santan kotak kara (setengah kotak)

cara-cara
masukkan semua bahan diatas kecuali kobis dan kacang panjang.
bila dah masak blup blup, masukkan sayur kobis dengan kacang panjang.
kacau sampai masak.
ikot selera, sebab ada yang suka lembik, ada yang suka rangup-rangup sikit.
macam sya, kobis sya suka lembik, kacang panjang tu sya sya kuranggg sikit kalau dia lembik. so sya masukkan kobis dulu, kacau kejap, then baru masukkan kacang panjang.
pastu masukkan garam.

settle.

-------------------------

ada yang suka hiris je bawang tu, taknak blender. pon boleh.
sya ikot mood. even gulai lemak ni pon kadang-kadang sya buat gulai lemak putih je..

macam semalam, sebab sya blender bawang/bahan-bahan untuk buat sambal sotong tu, so alang-alang, sya masukkan je sekali bawang/bahan-bahan untuk gulai lemak nih.
senang kerja! hahahaha

ok, tu je untuk harini.

ok bye.