Assalamualaikum w.b.t.
biru betul hari selasa sya ni. sebab cuti panjang sempena christmas kan..
btw, apa projek cuti haritu? kitorg packed betul. huhu. tp best sebab weekend well spent kan. ada la aktiviti #adamaydan takde la terperap je kat rumah. hehehehe
ok, nak share pasal restaurant the salt and pepper bangi.
sebab kitorang baru makan kat sini kelmarin.
ni la kedai dia. simple je. tak besar sangat pon. just nice la..
ni kat dalam. sorryyyyy terselit pulak tangan si dobot tu. hahahaha
menu kat salt and pepper bangi
actually sya ada ambik picture almost every page tapi internet pagi ni tak mengizin kan sya upload semua la. huhu
kitorg tak order banyak pon haritu sebab makan bertiga je (Z, adam and sya. aydan belum start makan lagik. haha)
sya share kat sini apa kitorang makan kat salt and pepper haritu.
lamb grill RM29.90
sya tak makan kambing so masa sampai-sampai je sya pandang camtu je la.
Z offer pastu siap cakap "tapi ayang tak makan punya ni. sebab bau dia kuat sikit."
memang taaaak la sya nak rasa. huhu
so sya tak boleh komen la..
sya order spaghetti carbonara beef bacon RM16.90
order ni sebab kena share dengan abang dobot adam tu. kalau tak, takde makna nya sya nak order ni. haku masak lagi ngancamm. ecewahhhh.
hahahhahhahahahhaha
sya kalaw beef bacon tu sya suke crispy sikit. lembik kembang dalam kuah ni sya kurang sikit. tapi still sedap jugak. licin gak ni actually. hahahaha
ni ha.. mana pergi orang panggil shaolin soccer. sebab botak,
sya memang suka botak. syok. licinnnnn..
nasib Z takmo botak. kalau x, dengan Z skali sya soh botak kasi licin. hahahha
ok sambung balik.
pastu kitorang order burger, kongsi 2 orang. ok, nak cerita pasal burger..
salt and pepper bangi ni popular la dengan burger dorang.
digambar kan bahawa burger kat sini mempunyai tahap kepedasan yang merencik hawau (betul ke ayat sya ni? hahaha)
Z tanya kat staff yang attend kitorang tu and dia suggest/recommend yang ni:
explosive inner core burger RM16.90
hot level 5
so, sedap ke burger ni?
nampak macam innocent je burger nye kan.
tapi haruuuuuuu wehhh rasa dia.
pedas rasa nak mencarot! hahahhahhaha
sya dah tak rasa apa dah kat lidah except pedas dia tu. pedas pahit taw tak.
kalau nak buat challenge suka-suka boleh la makan. tapi kalau tengah lapar, potong gila rasa dia punya pedas tu.
macam samyang 2x pedas tu. haruuu kan rasa dia. memang la boleh telan tapi macam takde motif rasa kalau pedas tahap camtu. tak rasa dah yang lain.
yang ni disebab kan pedas level 5 (pedas teruk), so sya tak boleh nak komen rasa burger especially patty dia tu. dry ke moist ke, lidah tangkap rasa pedas je.
memang tak la nak order lagi pasni.
next time level 1-3 pon cukup dah kot.
tapi kalau dah nama pon kaki pedas, licin gak burger ni. hahahaha
ni amende ni? tak sedap ah! hahahha. jujur nye la haaaaai..
hopefully salt and pepper tuko la side ni pada lain. fries ke, hot dog ke, pape la. yang ni sya suap kat adam, laju je dia kuar kan balik. saba je la..
kesimpualnnya, untuk the salt and pepper, sya bagi 4 bintang kot.
ok la. tu je nak share harini.
nak sambung meng-index article.
fuhhh.. senak perut nak kejar kpi hujung-hujung ni.
moral of the story, lain kali jangan beranak hujung tahun. fuhhh
ok bye!
Thanks for sharing, sya! Dekat je dengan rumah kedai ni tapi macam biasala.. yang dekat tak pergi. Pergi yang jauh jauh je 😄
ReplyDeleteGila pedas hawaunya..menyesal order
ReplyDelete