assalamualaikum w.b.t.
lama tak update sebab tengah hectic dengan KPI. hahahaha
quick update pasal dividen asb 2017
--------------------------------
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan dividen 7.00 sen sesaham, beserta bonus 0.25 sen sesaham dan 'bonus istimewa ulang tahun' sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ini menjadikan jumlah pulangan unit pelaburan itu sebanyak 8.25 sen sesaham bagi 2017, peningkatan 12 peratus berbanding jumlah pulangan tahun lalu.
Tahun lalu, PNB mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen sesaham bagi ASB beserta bonus 0.50 sen sesaham, menjadikan jumlah pulangannya 7.25 sen sesaham.
Penyertaan 'bonus istimewa ulang tahun' tahun ini juga menjadikan 2017 satu-satunya tahun di mana pulangan ASB terdiri dari tiga komponen, berbanding dua komponen sebelum ini.
sumber : awani
--------------------------------
Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB 2017
bonus istimewa tu capped at RM 100 taw. ok la.. sape nak bagi RM 100.
cakap thank you cepat! haha
so, happy tak?
mummy senyum tak??
hahahahahahaha
ok bye
No comments:
Post a Comment