In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Tuesday, November 29, 2016

siapa terjebak dengan black friday sales? angkat tangan !

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

yesterday was a hectic monday.
fuhh. meeting dari pagi.
tp ok la, productive monday kan. hehehehe

nak tanya, siapa sini terjebak dengan black friday, angkat tangan !

sya??
syukur alhamdulillah..
bhahahahahahahahahahhaa

bila dah lepas black friday sales ni, rasa macam tamat la dugaan ..
sekali bukak facebook, telegram, dorang extend pulaaaaaaaakk.
habis laaaaa....

sya ada few items yang mmg ada dalam list tapi kutahankan demi kesejahteraan poket.

antaranya


philips steam iron. brand tefal pon best.



yang ni recaro young sport hero

baby car seat.
sebab adam macam dah tak muat dalam carseat carrier die.
uwaaaaaaa




noxxa multi-functional pressure cooker
merembessss.. walaupon malas masak tapi suka ni!



nescafe dolce gusto


ada few models, tapi yang mini pon ok dah..
colour merah cantik kan.

yang ni memang favourite. nak beli jugak one day.
sekarang price dalam dua ratus lebih je,
tapi nak beli tu macam kena fikir banyak sekali
sebab..
sebab..
sebab..
dapur dah penuh !
huhuhuhuhu

ok, tu je yang merembes sempena black friday sales haritu.
barang kecik-kecik macam jam ke apa ke, sya tengok macam tak merembes sangat sales nye tu.
discount tak berapa best sebab rasa macam boleh dapat harga tu time promotion biasa.
ke sya yang jumpa seller yang offer harga runtuh?

ntah. lantak lah. 
hahahahahahaha

pape pon, fikir dulu sebelum shopping.
kena control sikit nafsu shopping tu !

tapi kan..
sya perasan.. lately nafsu shopping sya tersangat la under control
kalau dulu, hari2 order barang online.
lately ni jangan kata nak beli, nak cuci mata pon tak rajin sangat.

hmmm.. mengapakah..?
bhahahahahahahahhahahahahahahahaha

ok bye (dato aliff syukri)




Friday, November 25, 2016

baby toiletries. sabun and shampoo baby paling best: zwitsal

assalamualaikum w.b.t

dear diary

happy fri-yayyy!
i loveeeeeee friday. tak sabar nak tunggu wekeend.

harini quick update.
pasal baby toiletries.
nak share sabun and shampoo baby favourite sya.

tadaaaaaaaaa ....



zwitsal natural.

actually picture sabun @ baby bath takde dalam ni sebab dah letak dalam toilet. hahahahaha
shampoo memang saja beli extra pasal susah nak dapat.
so beli buat stock siap-siap.

----------

yang kiri sekali tu zwitsal natural baby bath 2 in 1.
sya beli size kecik utk travel.
tapi tak la kecik mana pon. bertahun jugak baru habis tu.
sebab memang guna bila travel je.
lepas tu sya suka sebab dia 2 in 1 kan, so senang. dari kaki sampai la kepala kita boleh tenyeh kat baby.
bhahahahahhahahahaha


zwitsal natural baby bath
picture from google

yang ni sya ambik gambar dari google image je sebab malas nak masuk toilet semata-mata nak amik picture.
sya beli yang baby bath ni masa baby expo kat mid valley rasa nya.
harga RM10 dapat 1 botol size 300 ml and free refill pack sekali.
murah la pada sya.
sya beli dua, satu letak umah babysitter adam, satu kat rumah kitorang.
sampai sekarang tak habis lagi.
hahahhahahahahaha


zwitsal natural baby shampoo
adalah suatu bentuk kesukaan (ayat ape nih?)
sya sukaaaaa gile zwitsal baby shampoo ni.
dalam banyak-banyak, yang ni feberet sya !
bau dia tahan.
tak tau la kot kepala adam jenis menyerap bau shampoo ke apa kan, tapi kalau dah mandi petang tu, sampai kemalam ada bau lagi.
kite sukeeeeeee.. hiks

----------

sebelum ni adam pakai tropika. dari toiletries sampai la ke minyak, lotion bagai semua brand tropika. tapi bau dia tak berapa mengancam.
takpe la, yang tu next time kalau rajin sya share.

tapi harini nak bagitau, sya suka zwitsal.
kalau ada yang tengah bercadang nak beli toiletries baby, try la zwitsal.

#sayaTAKjual

ok bye (dato aliff syukri)




Thursday, November 24, 2016

nescafe 3 in 1 yang paling best dan sedap?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

good morninggg
dah breakfast?
sya baru lepas having bigggggg breakfast. hehehehe

ni sya nak share dari haritu tapi nak mood nak menaip tu tak berapa ada.
so terperam je la..
harini semangat datang balik. yeay

nak share pasal nescafe 3 in 1.

kat dalam bilik sya ni memang ada satu designated cabinet untuk sya simpan coffee je.
bilik kat office pun dah macam kat rumah dah rasa. hahahahahaha
tu belum campur dengan tempat makanan lagi.
lantak la. kita nak kerja kena selesa kan.. kan kan..
ngeeee


ok ni antara coffee yang memang wajib ada kat office.
not in the picture : nescafe latte coconut.

dah amik gambar baru perasan terlupa nak selit nescafe coconut.
malas nak amik balik !

ok, sya komen sikit. sikit je tak banyak.

1. nescafe hazelnut white coffee

nescafe 3 in 1 paling sedap !
sumpahtaktipu
bila bancuh, bau dia ... perghhh..
berbuih halus lak tu.
ok, pause jap. nak bangun bancuh coffee. hahahahaha


2. nescafe latte caramel

nescafe kedua sedap pada sya.
sesuai kalau minum petang-petang ke sebab rasa coffee tak strong.
so takde effect mata terbeliak aka tak boleh tido.
siap kalau minum mungkin boleh menyebabkan mengantuk lagi.
lagi-lagi kalau sambil cicah biscuit !
best kalau makan (celup) biscuit julie's peanut / cheese.
biscuit febret. paling suka - julie's cheese 


3. nescafe blend & brew MILD

saja capslock yang mild tu. hehe
untuk nescafe blend & brew biasa ni ada 3 jenis kan, merah (regular), kuning (mild) & green (rich)
warna merah yang standard tu rasa biasa-biasa je.. nama pun regular kan.
yang warna hijau tu pasal dia strongg coffee so pahit sikit.
sesuai untuk students yang nak stay up siapkan assignment last minute or study last minute bila esoknya nak test. hahahahaha (been there, done that !)
nak minum-minum santai cicah coffee, tak sesuai.
ok, yang kuning ni sedap pada sya, yang ni pon wajib ada kat office.
sebab dia pack kecik, tak macam latte or white coffee.
pack comel-comel je. portion kecik sikit.
sesuai la untuk hilangkan addict coffee time pukul 3-4 pm tu
(sebab pagi dah minum coffee kan. petang kena control caffeine sikit.
paham tak?)

4. nescafe latte mocha

bukan favourite sya. tapi beli sebab kadang-kadang tekak rasa macam nak minum coffeee ber-chocolate, so standby la mocha kat office satu pack.
ni sesuai untuk orang yang tak berapa suka rasa coffee yang strong. dia punya rasa chocolate tu lagi power dari coffee tu.

nescafe mocha (can) sedap, kalau nescafe mocha 3 in 1, kurang sikit

berbeza dengan nescafe mocha tin (bukan latte),
rasa coffee dia stronger than rasa chocolate tu. ni sya suka !
banyak pulak sya membebel pagi nih ! huhu


5. nescafe white coffee original


ok la. standard white coffee. nothing special sebab memang dah tau rasa camtu.
tapi yang penting, rasa dia faaaaar better than oldtown white coffee 3 in 1 tu ! 
ntahpape rasa dia.


6. nescafe latte coconut (not in the picture pasal terlupa)


tak sedap.
sya suka coffee, and sya suka coconut jugak, tapi yang ni tak kena ngan sya.
rasa macam kelapa hangit sikit.
ntah la.
sya tersilap beli sebenarnya .. nak beli hazelnut, terbeli coconut.
dah plastic sama colour hijau. hampeh!


ok, yang no. 7 and 8 ni special sikit.
tak boleh compare sebab memang dia lain sikit.
minum pon ikut occasion la..
harga dia pon mahal sikit. sikit je la.. hehe


7. nescafe mountain wash (DECAF)
sya beli sebab suka naww dengan bekas tin tu. hahahaha

yang ni decaf. siapa yang tak boleh tolerate caffein tu, boleh try yang ni.
rasa dia ok la. decaf kan.. macam ada something missing je.
susah nak explain. hahahahhahahahahaa

8. nescafe gold blend 3 in 1

bau mengancam.
rasa strong sikit.
ok la. sesuai la untuk orang addict coffee. tapi jangan selalu.
tak kena kalau nak buat cicah ngan biscuit. ngeeeee

ok tu je pagi ni nak share.
gigih tau kita cerita siap attach gambar. hoho

so yang mana satu nescafe 3 in 1 paling sedap and best pada korang?

kalau sya, nescafe hazelnut white coffee (ulang lagik. hahaha)


ok bye (dato aliff syukri)




Wednesday, November 23, 2016

tips kebahagiaan anak dari prof muhaya

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

----------------

jom amalkan 10 tips dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah.
Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!
Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya.
Maksudnya kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar,
sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya.
Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa
walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.
Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya.
Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

----------------


mode : missing my one-year-old baby,
dan apak nye.
eh. hehehehe

jom, sama-sama !



Tuesday, November 22, 2016

Pancake Krabi Noah, Dagang Avenue Ampang

assalamualaikum wbt

dear diary

harini nak share pasal pancake banana krabi yang kemain populer kalau korang pegi krabi tu.
sya tak pernah pergi krabi.

tapi dari dulu lagi teringin naw nak makan pancake krabi nih pasal ramai orang share kan.
kebetulan haritu ada keluar kat jalan jalan cari makan tv3, pasal pancake krabi noah original ni.
boleh pulak location kat dagang avenue je kan.
memang wajib try la.
jalan kaki pon dah sampai dari umah umie sya.

ok, sambung balik**


ni yang paling special la kat situ.
dia ada telur kat dalam.
so cancel.
tak kena dengan tekak sya.

so sya order banana pancake nutella



ni ha rupe die..

rasa dia sedap jugak la..
pisang kalau kahwin dengan nutella, mana pernah fail.
hahahahahaha

tapi dia punya base tu macam roti canai serap minyak la pada sya.
lain macam minyak dia.
asal ntah. ke memang camtu rasa dia.
yang krabi punya pon gitu eh?
pastu yang kurang sikit sebab pisang macam limited jek.
(sya suka pisang)

ok, sya compare dengan banana pancake nutella yang sya makan masa kat hatyai last week (hari-hari kot makan menda nih. hahahhahaha)



ok, yang ni versi hatyai. size dia besa lagi.



lepas tu, pisang dia banyak.

dia punya roti canai tu (sya panggil roti canai je la eh, pasal pancake macam lain jek teksture dia. hoho) macam lagi lembut and nipis.
walaupon masa dia tebar tu nampak macam berminyak berbutter-margerine bagai, tapi dia takde la rasa macam berminyak kaw-kaw masa makan tu.

ntah la.

nak kena cari ni kat mana ada jual banana pancake ala krabi yang sedap.

ok, tu je nak share harini.
nak pergi bank jap. hehe

ok bye (dato aliff syukri)








Monday, November 21, 2016

kandungan intipati bajet 2017 bagi penjawat awam

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

lama pulak rasa tak update blog.
baru balik bercuti satu family. celebrate birthday ustaz adam sekali. hiks!
nak share sikit kat sini sekali hp tak boleh connect dengan internet.
benci!
takpe la, esok-esok la kita share.

harini sya nak save & share info sikit je.
punca nya sebab semalam dalam kereta sya tanya Z
"kita dapat bonus tak tahun ni?"
Z cakap sejak bila pulak government servants ada bonus?
(gila bosan kan..)

sya baru join government (actually badan berkanun sebenarnya),
and benda paling terasa sekali is part bonus la.
dulu tempat kerja lama dapat la jugak bonus 2 bulan, boleh la nak makan kfc ke apa ke kan kan kan..
now takde bonus. uwaaaaaa

sambung balik**

tak puas hati punya pasal, sya google pasal budget 2017.
betul ke staff government tak dapat bonus?

alang-alang dah jumpa info ni, sya paste kat sini terus la. walaupon cerita dah lama, tapi valid lagi nih.


----------

Kandungan Intipati Bajet 2017 Bagi Penjawat Awam

- Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana

Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari

Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.

Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000

Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000 

Pegawai ‘contract of service & contract for service’ yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi

Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar

Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016

Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak

Tiada pemberian Bonus Penjawat Awam Bonus, bagaimanapun Kerajaan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 untuk penjawat awam serta pesara kerajaan sebanyak RM250 yang akan dibayar pada awal Januari 2017 

----------

betul la takde bonus.
uwaaaaaaaaaaaaaaaa

tapi dapat RM500 awal bulan januari nanti.
jadi la..


lepas la makan kfc kan kan..

ok bye (dato aliff syukri)




Monday, November 14, 2016

Resepsi Amyra Rosli dan Amar Baharin. Kenapa cantik sangat ni ??

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

dari semalam sya belek-belek gambar amyra rosli ni.
cantik nya ...  meltingggggg ..

cuci mata jom











alololo meltingggggg ..



ni yang rasa nak kurus nih.

mula-mula ingat nak layan dulu badan macam rhino nih,
konon-konon nak acah before-after la,
tapi tengok amyra rosli ni, teros rasa nak humban semua lemak ni dalam plastic hitam.
camne nih?

iskk

hahahahahahhahahahaha

moga kekal hujung nyawa k !

xoxo

ok bye (dato aliff syukri)




pening pulak tengok elly mazlein nih !

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

lepas elly mazlein keluar gegar vaganza, sya macam malas nak tengok dah.
tapi lepas tu rasa macam ok jugak.
ameng pon best jugak.
subhanallah ..
hahahaha. comel je sya rasa.

zur eda ni kalau pakai tudung mesti sweet.

ah, banyak pulak membebel pagi nih.

ada member share video pasal elly mazlein berebot si azmi hatta tu dulu-dulu.
katanya elly pon lebih kurang si faye kusairi jugak dulu.
ntah ye ntah tidak ..
memandai je taw.
hoho

sya nak tengok video ni tapi internet slow.
simpan kat blog dulu.
nanti nak hadam kan.




ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, November 10, 2016

jamu vs suplement. yang mana satu?

assalamualaikum w.b.t

dear diary

lambat update harini sebab baru habis meeting\
(meeting laaagik ! )

ok, harini nak share sikit pasal jamu and supplement.

honestly, sya bukan la "celik" sangat bab-bab penjagaan kesihatan ni.
tapi sya start concern sikit (sikit je la) masa tahun 2013-2014 camtu.
masa tu baru sya ada kesedaran nak makan supplement nih.

punca dia apa taw?
sebab liat nak bangun pagi ! hahahahahhahaha
lepas tu kawan sya recommend suruh ambil supplement sebab kadang-kadang kalau kita penat and tak cukup nutrient, boleh jadi punca susah bangun pagi.

so sya start dengan vitamin C (brand blacksmores tu), lepas tu sya ambil B complex.
dua tu je sya makan..



time pregnant, of course macam-macam supplement ambil kan.
folic acid, calcium, omega, iron, eh macam-macam supplement la.

kisah jamu pulak start masa sya dalam pantang ..

masa dekat-dekat nak deliver, mak sya dah start tanya, "dah beli jamu?"
sya tak plan nak makan jamu-jamu ni sebab orang cakap "panas". sya kalau sebut "panas" je terus terbayang sembelit + buasir. teros pangkah besar jamu nih ! hahahahahahaha

sampai kan mak call cakap tanya,
"nak tak mak belikan jamu sebab ada kawan mak jual satu jamu ni"
(hmm .. pancing nak suruh anak dia ambik jamu. mak mana ada kawan jual jamu ! ceh )
sya kata tak payah. sya makan supplement je (shaklee)

tapi bila dah dekat-dekat nak deliver, study sikit pasal supplement vs jamu nih, then sya terbukak hati nak beli nona roguy (nr). so beli la set bersalin nona roguy nih

phytonatal dia memang savior ah!
lawassssss
hahahahahahhaa
eh, ni kira jamu la kan? kan kan..



lepas tu mak still jugak suruh sya makan jamu.
alasan, time berpantang memang kena panas.
so sya beli la online jamu mak dara gold.
sempat la habis 2 botol.


baru-baru ni pulak adik ipar sya cerita pasal amirna plus.
dia pengguna tegar amirna plus. katanya bagus untuk tenaga.
kira takde la lemau kalau makan jamu ni.
sebab ada baby ni kena full of energy.
pagi-pagi nak menapak dukung baby, tengah-tengah malam nak kena bangun lagi, etc.

amirna plus berkesan ke tak?
wallahualam ..
yang ni sya tak sure sebab dah beli, ada kat rumah tapi tak makan lagi.
tak sempat lagi..



sambung balik**

lepas pantang sya makan supplement shaklee je.
yang ni je sya confident.
tu pon ada missed. sebab banyak kot nak makan.
tu yang lupa tu. hehehehehe


tapi alfafa tu sangat la tak sesuai dengan sya.
orang cakap boleh bagi susu banyak kan?
sya makan, bengkak susu terus.
so stop.
tak sanggup ah.
hazabbb weh bengkak susu.

so kalau compare jamu dengan supplement,
sya pon sebenanrnya tak sure which one better.
ikot masing-masing kot.

lately sya peratikan banyak betul produk jamu kat market.
jamu susuk dara, mak dara, kekal dara, nak dara, anak dara, kakak dara, semua dara-dara lah ada!
tu belum dengan jamu yang highlight pasal ketat pulak.
point semua nak ketat.

teringat status by kak aishah (bbc) pasal trend nak ketat ni.
orang perempuan kalau ketat semata, tapi tak siuman (meroyan), tak guna jugak.

moral of the safety, while kita sebok menjaga asset kita,
jangan lupa satu lagi asset berharga kita tu - kepala otak!
jom sama-sama jaga kepala otak.
say NO to meroyan.

tak kisah la jamu ke, supplement modern ke, niat kita satu, kesihatan menyeluruh.
kann.. 

love you guys ! take care.

ok bye (dato aliff syukri)


that feeling when you finish your report

assalamualaikum w.b.t.


dear diary

dah berapa hari dah mengadap report je.

finallyyy, before solat asar tadi sya berjaya jugak meng-submit report kat boss. keluar je dari bilik boss, feeling dia macam terapung. tapi sya jalan control lagik.

bila sya sampai je kat bilik sya, terus...


ha...

gitu sekali ko!

punya bahagia rasa. hahahahahaha

ok, sekarang ni, dah boleh clear kan meja.


kertas-kertas tak guna dah boleh masuk dustbin.
buku-buku yang dah habis refer, dah boleh return.

yang paling pentinggggg sekali..

tadaa ... !!


ada project sikit.
dah macam projek pendidikan seni budak sekolah pon ada.
hahahahahahaha. lantak la.

sya suka buat projek pendidikan seni kat office ni bukan apa..
sebab Z boleh supply barang.
hahahahaha
nope, bukan amik kesempatan !
ni nama nya support project bini!

kan kan kan ...

ok, nanti sya share apa jadik
(kalau jadik .. kalau tak share tu makna nya tak jadik la tu. bhahahahahaha)

ok, see yahh (too happy) !

ok bye (dato aliff syukri)




Saturday, November 5, 2016

terima kasih Cinta .. :)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

----------

Cintaku tak berdusta

Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu

Cintaku tak berdusta

Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Tak ada seribu janji
Hanya bahagia utk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan utk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini

Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku 

Mencintaimu tak mengenal waktu

Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu




alhamdulillah ..

insyaallah k :)
#teamsgoal