assalamualaikum wbt
dear diary
(panjang nye tajuk. haha)
pernah tak bila jadi something yang korang rasa macam - ni suratan or kebetulan? lebih kurang gitu la
semalam terbaca, pasal satu cerita. cerita muhasabah.
dia ada satu senario ni. lebih kurang camni la (sya nak cari balik tak jumpa pulak. terpaksa la gigih taip)
--------------------------------------------
ada sorang lelaki ni. suami. ayah.
pagi before nak pergi kerja, anak dia tertumpah kan kopi. kena baju kerja dia. dia marah so dia mengamuk kat anak dia.
wife dia try tenang kan dia, tapi dia marah juga. so wife dia ambil anak dia.
dia pulak kena salin baju kerja baru.
lepas tu, dia tak bercakap dengan wife dia. anak dia pergi sekolah muka monyok, tak kiss ayah dia.
lelaki tu terlambat pergi kerja. terpaksa rush bawak kereta. sampai tempat kerja kena marah pulak and ada la lagi. Senang cerita, haritu memang hari tu kira macam bad day + spoil habis la untuk lelaki tu.
--------------------------------------------
Persoalannya, apa punca haritu jadi bad day?
sebab lambat pergi office? sebab rushing masa drive? sebab anak tak kiss ayah dia? sebab wife terasa? sebab kopi tumpah?
cuba bayang kan kalau dari awal, masa kopi tumpah, ayah dia nasihat kan anak dia elok-elok, lepastu tukar baju and teros pergi office. Would it make any difference?
moral of the story : cara kita react pada sesuatu situation tu sebenar nya mempengaruhi diri and hari kita.
.....................................
OK, sekali semalam, Sya pulak kena "test" dengan satu situation lebih kurang ni.
Masa nak tido, Sya perasan Z dah masuk kan all dirty clothes dalam washing machine. OK la. dalam hati dah berbunga "alhamdulillah.. rajin Z kite"
tiba-tiba terperasan, eh, mana baju kurung baru Sya? Mana shaper Spanx Sya?
tanya Z, masukkan dalam machine ke?
Z cakap, a'ah.
masa tu rasa macam angin masuk dalam badan teros naik kepala.
Sya cakap, baju Sya tu tak boleh masuk machine Z...
Sya boleh rasa tone suara Sya slow tapi berat. Macam korang cuba tahan emosi. Boleh imagine?
and trust me, ada 1 million words muncul dalam kepala, sesak. tunggu nak hambur keluar.
i was mad.
masa tu Sya pikir satu je, i need to shower.
masa shampoo rambot, sya berdialog dalam kepala. like how frustrated I am. I just bought that baju kurung, wore it only once, seller siap pesan kain baldu so jangan masuk machine, and I can imagine the baldu sekarang confirm dah berbulu!
and then, Spanx.
my Spanx shaper. which cost me nearly RM400.
RM400 untuk sehelai shaper! memang mustahil la nak beli a 400bucks-new-shaper time tengah ekonomi gawat nih.
Sya boleh imagine shaper tu confirm out of shape. dia punya features confirm habis. settle. arwah.
Sya bayang kan Spanx tu masa kena spin. dawai berpusing-pusing. fabric kena tarik-tarik.
I was then jadi super duper mad.
then, I picture myself, bringing this issue up. Confronting Z sebab masukkan baju kurung ngan shaper tu. sepatah Sya cakap, confirm berpatah-patah jawab nya.
then?
would it change anything? will i get my shaper back? baldu berbulu boleh balik macam asal?
Lepas tu slowly, dari marah, the emotion tukar jadi sedih. And from sedih, tukar jadi satu bentuk determination pulak.
Sya ambik wudhu'. Tarik nafas, pergi kat ampaian sebab nak check condition both.
Dalam hati, Sya sebut banyak kali "Sahaja aku menahan diri aku dari marah, kerana Allah taa'la"
ulang banyak kali. sampai tertido.
This morning, I woke up. Z and Adam still tido. Adam dah macam superman. conquering as many spaces as he can.
Bila dah siap semua, Sya kejot Z, "Sya nak pergi kerja dah. Sya dengan Adam pergi dulu."
And then macam biasa la, follow normal routine before pergi kerja.
Selangkah keluar dari rumah, rasa macam semua perasaan malam tadi Sya tinggal kan kat belakang.
Mungkin memang bukan rezeki Sya..
Tapi sekurang-kurang nya, Sya tak dapat "bad day" harini. Kan?
-----------------------------------------------------------------------------
Actually Sya nak share 1 tips ni sebenar nya.
Tips yang Sya baru amal kan. Sejak dah ada Adam.
It really helps taw!
macam ni..
Bila kita rasa tak best, and bila kita choose untuk ambil tindakan positive, instead of yang negative, yet hati kita membangkang tak puas hati (contoh macam nak bergaduh ke, nak maki orang ke, nak sondol kete yang slow gile kat lane kanan ke, nak lari dari rumah ke..ni contohhhh.. hahaha), niat kan dalam hati, aku buat semua ni, aku buat macam ni, lilla hi taa'la.
niat kan benda yang kita buat tu, kita harap kan yang baik datang dari Allah nanti. harap kan balasan dari Allah. sebab semua nya datang dari Allah kan.
OK bye! (sambil buat gaya Dato Aliff Shukri tu)
Goodbye Spanx. Kita takde jodoh.. sobsob