In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Showing posts with label MAEPS. Show all posts
Showing posts with label MAEPS. Show all posts

Tuesday, December 6, 2016

tips and review: maha 2016, maeps serdang

asaalamualaikum wbt

dear diary

siapa dah pergi MAHA 2016, angkat tangannnn !

(sya tengah angkat tangan. hahahahaha)


siapa yang dah pergi tu, nak tanya sikit.

apa yang best nya maha 2016?
awat gigih sangat meredah jem &
lautan manusia nak masuk dalam maeps ni.
ce cite ce cite.
hahahahaa

ok, nak share review and tips sikit la.
bukan la tips, kira macam hack la.
eh. hahahahahhahaha

ni untuk yang datang ke maha 2016, maeps serdang time weekend.

first, maha jem time weekend.
tips 1 : try avoid masuk guna main entrance. ada entrance lain lagi.
nak explain payah. tapi korang tanya la sapa yang expert pasal maeps ni.
actually boleh masuk ikot jalan lain jugak.



pastu, maha ni luas gila.
tips 2: sila datang awal kalau nak explore semua tempat.
sila standby payung.
its raining cats and dogs. hahahahahaha

kalau tak plan nak explore semua then 
tips 3 : sila paham kan peta maha nih.
(sya tak paham. sekian)

tips 4: tak taw bertanya. paling expert, orang yang beniaga tu. dorang hafal maha nih.




dalam ni macam-macam jualan. dari yang organic natural healthy sampai la ke makanan homemade / processed, etc.

tips 5: food tester berlambak. sila cuba.
"cuba" ok. jangan bedal sampai kenyang. considerate sikit.

orang ramai gila. serious.
kalau anak jenis tantrum, standby la apa yang patut.
kalau spouse jenis cepat hangin, alert sikit.
nampak pasangan korang tu macam dah ada hint-hint nak jadi hulk, gosok-gosok sikit.
bagi la kata-kata semangat sikit contoh "sabar sayang. saya ada. kita hadap sama-sama K"
bhahahahahahahahahahaha




dah alang-alang kat sini, tengok la pokok-pokok and macam-macam yang ada.

cantik. suka tengok.



pisang dorang bagi try, free je.
try la. walaupon dah taw rasa apa. rasa pisang la kan..
bhahahahahahhahhahahaha




dalam ni adam macam-macam jenis transport.
setiap jenis transport ada designated place / location yang dorang akan bawak.
macam kadang-kadang korang nampak bus kecik tu jalan menonong je tak benti, then tu maknanya tempat korang tu bukan station dia.
mohon jangan complain @ maki bus / driver tu.
dorang tak bersalah.
hehehehehe



nak naik bus kena beratur panjang.



ni contoh. beratur panjang weh. nampak tak canopy / bumbung putih tu?
ni beratur sampai ke canopy putih tu taw.

tips 6: dont judge the book by its cover.
nampak macam beratur panjang gila, macam tak efficient, confirm lembap nak mamp,
tapi sebenarnya TAK.
cepat je sebenarnya.

so jangan menggelabah, jangan moodie, jangan buat muka ketat.
chill la!

yang paling penting, jangan nak potong barisan.

tips 7: awas. manusia kurang sivik dimana-mana.

yes, please expect few manusia tak bersivik yang akan potong barisan.
dorang standby je. bus datang je tiba-tiba muncul dari celah-celah.
ada kadang tu siap kiri kanan pimpin anak lagi.
gigih nak potong.
so korang nampak kan, legasi potong barisan ni memang takkan pupus malah membiak dan spread dengan jayanya.

ok, melalut.

banyakkan mengucap.
jangan bergaduh. lantak kan aje. kita nak fun.

takpe, kita manusia normal, makpak hantar sekolah kan?
so beratur elok-elok.
okay?

high5!



ok, ada banyak benda la dalam ni.


sya jeling dari jauh je.hahaha. 



sila masuk. macam-macam ada.

ok, ni pulak dalam main hall.


macam-macam ada la.


madu kelulut is my majorrrrrr interest dalam ni.
tapi unfortunately, masa mencemburui kita.
Z pulak dah lapo. Z kalau lapo takleh hold.
bhahahahahhaahha


ok, now kita masuk tempat paling febret sya dalam maha 2016 ni.

nampak tak signage suruh pegi conference hall tu?


dah masuk dalam conference hall, ambik escalator belah kiri, turun bawah.
ada apa??

ada empayar makanan.
jiyeahhhh!
hahahahahahhahahahahaha



memang penuh la sebab time weekend kan.

tapi tempat banyak je. jangan risau.



cuci mata. ada banyak sebenanrnya gamba tapi malas nak taruk watermark punya pasal. huhu











goreng cempedak bersaiz ibu jari.
5 ketul RM2.
memang celah gigi. tapi rasa not bad.

sya order nasi ambeng.
3 bintang. rasa biasa je..
sedap lagi nasi berlauk kampung tu.


udang sanggul.
seketul RM 2.50.
sedaaaappp. sebab rangup. yang udang dia biasa je.
tai tepung dia tu serious sedap.
4 bintang.



the famous pau cendawan putrajaya.
apa yang sedap nya weh sampai viral kat facebook tu?
sampai sekarang tak paham apa yang sedap sangat.
ke kagim dengan rupa die tu je?
3 bintang. so-so


satay. biasa je. no comment.


cendol jagung. Z kalau belikan makanan memang meriah sikit.
jangung punya banyak. request letak 1 tin ke apa?
hehehehehehe



ada banyak lagi makanan tapi takde dalam gambar.

ayam golek sedap. RM28 sekor.

laksa buyung - horror !
memang mampu makan satu sudu je.
sedih... taktau kenapa camtu rasa laksanya. laksa kan senang je nak buat.
apasal disaster sangat ni.

careful kalau nak beli laksa buyung kat dalam ni.
kalau nak try jugak, ikot la.

sebenarnya sya ada motif paling utama pergi maha ni.

tadaaaaa


farm fresh kurma !
dah lama teringin.
thank you Z. laplap. hiks

ok tu je. nak sambung buat kerja.
kpi of kpi... uwaaaaaa


ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, May 12, 2016

pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2016, MAEPS serdang

assalamualaikum wbt

dear diary

entry ni dah ada dalam draft dah lebih seminggu dah

nak share pasal KL international book fair 2016 kat maeps last week. 
nama "KL" tapi buat kat maeps. hehehe.
tapi sya suka. tak hectic sangat. ample space especially parking. cuma sebab die ada different hall, macam pening-pening sikit la. 
(kalau la BBW pun buat kat sini.. heavennn weh! hahahhaha)

sya pergi jumaat lepas, ditemani oleh kembar si janna nick! hehehehe

so tips kalau nak shopping buku kat dalam maeps ni (kalau book fair dalam ni) is: bila dah nampak yang berkenan, beli je
kalau still rasa 50-50, nak survey dulu ke apa, sila jot down hall mana, booth berapa. 
kalau tak, melilau-lilau la jawab nya.

 sya suka buku. suka gila
although sekarang memang super duper busy plus super duper penat, tapi sya still suka buku. cuma kalau kat rumah tu, belum ada masa lagi nak duduk and baca dengan tenang. nanti la sya cari kan strategi nak baca buku kat rumah. cewahh

few pictures yang sempat ambik










































buku-buku yang sya dan si kembar janna nick beli. 
time ni tak habis beli lagi sebenarnya.. 
syok pegi ngan kembar janna nick pasal sama-sama gila buku. 
tapi kitorang berbeza genre la! hahahahaha

buku apa yang sya beli?
nanti la share. baca bagi habis dulu pastu boleh komen sikit. 
ewahhh. hahahaha

ok lah. harini hari khamis, malam karang jangan lupa baca yassin!

ok, bye (dato aliff syukri) 

Monday, April 11, 2016

Mega Festival MAEPS Serdang

Assalamualaikum wbt

dear diary

Quick update sebab dah tekad tak nak bagi blog terbiar.

Semalam plan dengan Z nak balik Ampang. Tapi macam biasa la, semua pon bergolek-golek depan tv, last nya Ampang ntah ke mana, shopping (grocery) ntah kemana. Plan postponed. Huhu.

Sya bukak instagram kebetulan nak tengok update from MAEPS Serdang pasal Pesta buku (i love booooooksss), sekali tengok dorang tengah kemaen update pasal #megafestival. Sya mula-mula macam biasa je, takde la minat sangat pasal Sya bukan nye hijabista lalala. Tapi tengok dorang update banyak sangat booth makanan, macam-macam ada, so ini tak boleh jadi..!!

Cam biasa, Sya proposed kat Z, Z ok, so solat asar laju-laju (bukan solat yang laju taw, tapi pakai telekung laju-laju, bentang sejadah laju-laju, #cover. huhu)

So, ke MAEPS la kami on sundayy eveninggg. 

Sya save gambar kat sini. Sebab pasni nak delete dalam handphone. Memory almost full. pffttt.

naik ni seronok. sumpahtaktipu. first time naik ni. parking jauh, so shuttle service memang available untuk hantar kita straigh to tapak event tu. pastu takyah risau tunggu lama sebab memang cepat pun. paling lama pun tunggu 5 mins kot. suka suka! 


 boring! 

boring lagi!

haaa.. yang ni febret. dari jauh dah memanggil-manggil! hahahahaha

So beli apa kat Mega Festival ni?? 
Kitorang beli beef wrap, kambing grill, ayam goreng amazy, air, senang cite, makanan la! 

Sya tak beli apa pon sebab memang tak berapa kena ngan jiwa. Plus, Sya memang tak reti pon nak bungkus shawl kat kepala. Next time.. (sebab ada project sikit. ecewaahh).

ikut kan banyak je booth yang orang-kata-best contoh macam Owl by ND, rina salleh, minaz, wawa clothing, tudung ruffle, benang hijau, atita punya booth (sya tak ingat nama apa. haha), simplysiti pon ada (ramai lak tu. serious tak faham). shawl jangan cakap la. macam-macam. sya sampai tak faham apa yang mahal sangat shawl nih. pastu rasa macam semua pon sama je. hahahaha

kesimpulan dia, hijabista je paham apa yang best dengan brand-brand cengginih. orang yang layan kangaroo cam sya nih mampu tengok je la.. hahahahahaha

pssst: sekarang tak boleh nak pakai baju beria sikit, japgi tengok Z punya ayat, baekk punya! urghhh