In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Monday, August 5, 2019

Review Port Mengopi: San Francisco Coffee @ SF Coffee

assalamualaikum w..b.t

rajin pulak update blog lately kan. hahahahha. actually lately macam sya selalu google review makan la, tips la, so alang-alang, kita update la blog kita sambil-sambil tu. nanti dah busy memang senduuu la takde pape update kan.

ok, sya suka coffee. Z suka tea. so kitorang jarang la lepak tempat-tempat mengopi ni. sebab sya perasan, port-port mengopi ni walaupon kopi dia sedap uuuyehhh tapi harga makanan dia macam over sikit la. pastu tak berapa sedap. macam nak buat syarat gitu. macam starbucks tu, sya rasa mahal makanan dalam tu. sandwich dia kadang-kadang rasa nak hentak kepala kat bucu meja. kopi dia ok. bhahahahhahahhaha

so daripada membazir makan kat port2 kopi ni tapi kepuasan nye takde, baik la sya tapau je coffee and cari port makan lain pulak. gituuuu

taaapiiii..! ha ni sya nak share sebuah tapi. hoho
sya rasa korang semua mesti biasa dah dengan San Francisco Coffee or kalau malas nak sebut, boleh panggil SF coffee, ni kan. nak kata special sangat SF ni, takde la.. tapi Sya suka. selain sebab dia ada kopi yang kena dengan tekak Sya, ada 2 sebab lain.

1st - sebab SF coffee suka buat promo

korang try la singgah. rasa macam tak pernah takde promotion la kat SF Coffee ni. Buy 1 Free 1, collect cop dapat free drinks la, guna debit/credit card  dapat discount la, eh macam-macam.
Buy 1 Free 1 promo dorang ni quite selalu jugak Sya tengok. dah macam manjang ada kata orang perak. So, saya suka! hiks


2nd - harga makanan dia affordable

so kalau nak minom coffee hangkot member yang tak suka coffee, banyak drinks @ makanan lain to choose from, and harga dia OK. macam Sya kalau hangkut budak-budak, takde la rasa ralat sangat sebab pastries dia pon murah, portion pon ada yang just nice, sesuai untuk kids gituuuu.

 
Fettucine carbonara
ni antara yang wajib kitorang order. sebab semua peringkat umur boleh makan. sambil makpak makan, boleh suap anak sekali kekdahnye.



Tandoori Chicken Sandwich
ni kira menu baru dorang introduce. try la sementara masih ada. haha
tapi pada Sya tak sedap sangat Tandoori Chicken Sandwich dia.
Sedap lagi Tandoori Chicken Subway.
ni kitorang saja nak try sebab baru kan. Sya tak recommend pon. nak try silakan, taknak, abaikan.. 


Fettucine Carbonara sekali lagi ye sebab sepinggan memang tak cukup. haha


gambar pastries takde sebab dobot ni dah bedal dulu. pastu tak cukup buat muka. hala hala halaaa.. naseb la kecik lagi. tunggu beso sikit, baru kau tahuu nasib mu. bhahahahahhaha
#MakGarang

not in the picture: hot Caramel Latte
punca: Mak tak sabo. dapat je terus hirup. pastu tak gamak rasa nak amik gambo. hahaha

btw, this month birthday si dobot ni. sya tengah pikir nak celebrate kat rumah ke kat taska. hmm

ok, la. nak buat kerja. saja share kot ada yang tengah contemplate nak try SF kopi ni ke tak, Sya recommend korang try wehh. insyaallah layannnnnnnn.. hehe

okbye.


Saturday, August 3, 2019

Review Nasi Lemak McD & Ayam Goreng McDonalds 3x PEDAS

Asslamualaikum w.b.t.

harini nak share review simple.

review Nasik Lemak McD & Ayam Goreng McD Extra Spicy!

OK, ni simple review yang super jujur taw.
---------------------------
Ayam goreng mcD baru tu sedap ke?
Jawapan : Sedap weh!
 
Betul ke ayam goreng mcD 3x spicy tu pedas gile?
Jawapan: Pedas gila kalau ko rasa ayam goreng mcD yang biasa tu pedas.
Kalau ko rasa ayam goreng mcD yang biasa tu level biasher2 je, then ayam goreng mcD baru ni tak de la pedas mana..

Dia ikut level pedas seseorang tu. kalau level pedas ko tahap budak darjah 1, memang ko akan rasa dia pedas gile la cerita dia.

Sya punya experience and personal opinion, ayam goreng McD baru ni tak pedas sangat la. OK, just nice. pedas sedappp + layannnnnn kata orang melayu. 

Betul ke ayam mcD baru ni buat orang asek ke toilet, cirit birit??
Jawapan: Majoriti yang makan cakap memang bercinta la ko dengan toilet nanti. Effect dia depends pada tahap sensitiviti perut ko. Kalau jenis sensitipp, memang tak lama lepas makan tu, perut ko pon mula la bertindak balas dengan ayam dalam perut tu. Kalau jenis perut tak sensitip sangat, effect mungkin lambat or hanya sekadar lawas yang lebih sikit je dari biasa.

Sya punya experience, makan time lunch pukul 1. dia punya effect datanng pukul 12 tengah malam.bayangkan la tengah syok golek-golek pelok bantal, tiba-tiba terjaga sebab perut memulas.
bayangkan duduk dalam toilet dengan mamai nya. bila dah settle, baring balik, setting bantal semua, datang balik memulas tu.
repeat lagi duduk dalam toilet cuma beza nya this time memang tak mamai dahh. memang memulas kawwww perut tu.
adakah scene duduk dalam toilet habis disitu?
tidak ye rakan-rakan. ulang 4kali keluar masuk toilet. haruuuuuuuu

ok, ni sya nak share / review special sikit.
ayam goreng mcD baru tu sya rasa OK je. yang betul-betul padu is Nasi Lemak mcD.
perghhhhhh pedas gila sedap gile wehhhh!

Nasi Lemak Ayam Goreng McD Extra Pedas yang baru tu.
camni ha ghupe dia. nampak macam biasa je kan.
taaapiiiii... luar biasa wehhh! kalau dapat telur goreng separuh pasang lagi ohsemm! haha
cuba jangan tak cuba.
nasik lemak di kawenkan dengan ayam goreng mcD extra pedas bahagian wing. krup krap krup krappp sebab rangup. 
uuuuuuuuu padu babbe!

kalau korang suka nasik lemak pedas, korang wajib try!
cuma yang tak syok, effect dia malam tu pedih ulu hati teros. Z dah membebel sebab kena picit kepala bini dia di tengah-tengah malam.
isk.. orang bagi dia pahala lebih pon taknak. nih lah dia suami-suami zaman sekarang.
bhahahahhahahhahahaha
ampooonnn.. guro2! thank you picitkan kepala. sorry susahkan, tapi ala.. bukan lama pon lagi. pasni takde nye scene sakit kepala, sakit kaki, sakit belakang at least dalam 4-5 tahun ni la. hahahaha

ok la. tu je.
korang wajib try nasi lemak & ayam goreng extra pedas mcD ni.
walaubagaimanapun, ingin saya copy paste disini tagline mcD sebagai peringatan semua:
Eat At Your Own Risk.
HARUUUUUU

okbye


Friday, August 2, 2019

Perlu ke Qada Zakat yang Tertunggak

Assalamualaikum w.b.t.

Sya nak share 1 knowledge dengan kawan-kawan tentang Soal Jawab Zakat.

Newspaper cutting tentang Qada Zakat. [Sumber: Utusan Malaysia] 

Kat bawah ni Sya share penerangan detail tentang Qada Zakat.
Source: WAZAN UPM

----------------------------------------

Soalan :
Selama ini saya tidak pernah membayar zakat. Jika dihitung, kira-kira 20 tahun saya langsung tidak membayar zakat, sama ada zakatpendapatan atau mana mana zakat harta. Saya pernah menerima teguran Allah, namun saya masih leka dengan kemewahan yang saya nikmati. Sehingga kini, perniagaan yang saya bina sejak tahun 2000 mula merundum. Sehinggalah saya mendengar sebuah kuliah zakat, lalu saya sedar dan insaf bahawa saya tidak menunaikan zakat pendapatan seperti yang diperintahkan-Nya. Bagaimana cara saya hendak mula membayar zakat? Bila dan bagaimana saya hendak mula qada zakat yang tertunggak?
Jawapan :
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertunjuk-Nya dan membimbing kita menuju kejayaan. Alhamdulillah jika sudah ada cetusan perasaan dan kesedaran dalam kewajipan zakat. Ini adalah tepat dan sudah pasti ia dinamakan qada zakat. Bahkan jumhur ulama menyatakan, berdosa besar bagi sesiapa yang sudah cukup syaratnya namun melengahkan zakat. Maka, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang baharu insaf atau tersedar atas kesilapan, adalah seperti berikut :
1.    Menghitung kembali segala kekayaan cukup syaratnya yang lalu dan menunaikan zakatnya hari ini juga.
2.    Jika dia mampu, maka diqada secara tunai. Jika tidak mampu, qadalah secara beransuran.
3.    Dalam masa yang sama, wajib baginya memohon ampun (bertaubat) atas kelekaan.
4.    Menjaga agar tidak leka lagi dalam menunaikan kewajipan zakatnya pada setiap tahun.

Dalam kes saudara, saya dapat membayangkan sedikit sebanyak kekangan yang ada. Namun percayalah, ambillah gesaan Allah SWT :“Dan apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (keazaman) maka berserah dirilah kepada Allah (akan natijahnya). (ali-‘Imran: 159).
Nabi turut berpesan, daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.(riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Tunaikan qada zakat itu walaupun dengan jumlah RM50 sebulan, inshaAllah, jika saudara ikhlas dengan benar-benar mengharapkan keampunan dan keberkatan daripada Allah, maka Allah SWT Maha Berhak memberikannya tanpa sesiapa pun lagi dapat menahannya.
Semoga dengan berzakat, perniagaan saudara kembali pulih dan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, InshaAllah. Wallahua’alam

NISAB 2019 : RM13,950.00

“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

----------------------------------------

So clear kan. Kalau kita ada zakat tertunggak due to whatever reason la, kita wajib bayar balik zakat tertunggak tu secara lump sum atau kalau tak mampu, secara ansuran pon boleh.

Sya dengar Tanyalah Ustaz kat TV3 yang lepas subuh tu, ustaz tu cakap hukumnya harus meminjam duit untuk menyelesaikan zakat, dengan syarat - mestilah mampu untuk menggantikan duit yang dipinjam tu.

wallahualam.

ok korang, salam jumaat.
bye!