assalamualaikum w.b.t.
dear diary
alhamdulillah.. my best friend baru deliver baby boy last week.
welcome to the club...!!!
club orang penat-penat, emo kadang-kadang, tapi serious, memang bahagia.
yang ni sya berani confirm. ngeee
tapi, untuk orang bersalin, ada satu mimpi ngeri yang kalau kena, memang ngeri.
which is - jahitan terbukak. lagi dugaan kalau kena jahit balik.
macam mana nak buat? patut ke jahit balik jahitan yang terbukak?
macam mana nak baik kan luka / jahitan epi without kena jahit balik?
nah sya share some tips / apa patut buat kalau jahitan epi terbukak.
1. amalkan baca ayat ni
ni paling penting
2. jahit balik.
ni option paling basic. paling simple. paling menjadi.
tak payah pening kepala. serah diri, jahit balik.
ramai kata sakit gila. takde bius. jahit hidup-hidup.
but that is not true. please la jangan takut kan mak-mak yang memang sedia takut nih. huhuhuhu
zaman mak-mak kita memang jahit hidup-hidup. abah sya cerita, mak sya jerit gegar satu hospital. jerit panggil "mak" pulak tu. bukan panggil abah sya.
hehehe.
dulu dengar gelak-gelak. bila dah rasa sendiri, ko akan rasa satu perasaan sedih kat dalam hati palingg dalammm ah, rasa macam serba salah, rasa nak mintak ampon, sujud kat kaki mak :(
ok, banjir dah.
**sambung balik**
sakit ke jahit balik?
sakit. TAPI bearable pain.
doctor akan inject ubat tahan sakit. ada panggil bius. ikut suka la nak panggil apa.
sebenarnya kita panggil local.
insyaallah, benda ni akan kurang kan sikit sakit. sikit je la.. huhu
maksud nya???
maksud nya, insyaallah korang boleh hadap. insyaallah tak meraung-raung ke apa.
or maybe sya je kot memang jenis kalau sakit tak meraung. bila sakit "sikit" tu, sya jadi senyap, air mata meleleh.
macam sya. masa jarum tu masuk je, sya automatic pegang tangan doctor. bukan sambar taw. pegang.
kalau ada mak / suami kat sebelah, boleh la pegang tangn dorang kan.
ni dah takde, doctor pon jadi la.
alhamdulillah. doctor baik. senyum je.
sambil cakap "ok, ni jahitan pertama. saya nak jahit yang kedua ye"
hmm...
ok, please note that sya taip benda ni dengan sangat emo.
bersalin, sedih kalau ingat..
kita akan appreciate mak kita.
jangan sedih kalau ada yang suami species tak appreciate ke apa,
tp ingat. insyaallah.. ada reward dari allah.
ok, emo **
3. dapatkan antibiotic
yes, pergi clinic, mintak antibiotic.
lagi bagus kalau clinic yang expert bab2 ni.
biar diorang tengok luka / jahitan tu and prescribe accordingly,
get second advice, request antibiotic paling bagus.
antibiotic SANGAT MEMBANTU.
4. sitz bath / rendam dengan air garam
rendam kalau boleh hari-hari.
tak payah panas-panas. buat suam sejuk pon takpe.
kalau leceh nak buat, contoh kalau berpantang sendiri, beli je yang dah siap kat pharmacy.
kalau nak jimat, guna besen je. tapi kena cari size yang betul la..
5. dermacyn
thank you fadh .. saaaayyyyyaaaanggg awak.
hiks.
yang ni lebih kurang macam air garam jugak sebenarnya.
guna untuk cuci luka.
5. ubat kuning
doctor tak bagi dah sekarang. boleh beli kat pharmacy.
beli la 2-3 bottles.
cara guna : curah je kat pad.
**note:
IKUT DOCTOR. ada doctor bagi. ada doctor tak bagi.
**tips:
kalau korang nak pergi check luka /jahitan, JANGAN GUNA ubat kuning start sehari sebelum. sebab nanti doctor tak nampak betul. nanti dorang akan cuci balik kesan-kesan kuning, which agak hmmm.. seram and ngilu sikit la.
so, kalau tak nak, TAK PAYAH guna ubat kuning, guna suggestion yang seterusnya.
next
6. minyak herbanika nona roguy
yang ni bagus.
tuang dekat luka tu?
cara:
lepas dah cuci bersih bahagian luka /jahitan, KERINGKAN,
lepas tu baring menghadap ceiling, tuang kan je,
dia akan meleleh sampai bawah.
rasa mint. tak pedih.
jangan nak takut sangat! ok?
i feel you. huhu
7. minyak berubat herba nona roguy
sama jugak. bila minyak herbanika NR dah habis, guna minyak berubat herba NR pon boleh.
jimat sikit. minyak herbanika mahal.
boleh tuang atas pad teros.
takde kajian pon yang menunjukkan minyak herbanika NR lagi cepat baik ke apa. lebih kurang je.
so beli 2-3 botol. baby / satu family pon boleh guna.
sila google fungsi minyak ni.
8. makan orange at least sebiji sehari @
makan vitamin C
ni untuk cepatkan luka baik.
boleh elakkan kena flu @ demam.
makan taw..
macam-macam brand ada. blacksmores ni contoh nya. ada yang makan vitamin c shaklee la.. tak kisah la janji vitamin C. cari yang murah pon takpe. pergi je pharmacy.
9. solcoseryl jelly
NI PALING POWER.
tolong beli.
sya walaupon jahit terbukak, sya informed doctor sya cuci and apply solsoceryl jelly.
doctor cakap kat kawan dia, "no wonder la luka dia cantik. dia guna solcoseryl jelly."
then doctor suggest continue je.
PLEASE NOTE THAT, another doctor kat perak bagitau sya yang solcoseryl jelly ni BUKAN guna untuk tempoh masa lama.
contoh macam sya, sya guna 3-4 tubes ko.
doctor cakap, dia promote growth pada luka. memang helpful nak bagi luka cepat cantum, tapi kalau terlebih, takut nanti ada extra daging pulak tumbuh (colloid ke ape ntah name).
kira macam overgrowth pulak.
tu advice dia. wallahualam.
-------------------
pada semua mommies kat luar, yang tengah pening, tengah down, tengah stress,
sya nasihat kan banyak-banyak sabar.
fikir satu je, benda ni kita akan tempuh, and 3-4 bulan dari sekarang, everything will be fine.
cuma hadapp je dulu yang sekarang ni.
insyaallah kita boleh.
--------------------
to Z,
alhamdulillah.. thank you so much taw bang. eh b. eh bang. (hahahaha)
moga kita setia hujung nyawa,
and semoga adam dan bakal adik-adik adam sihat, cerdas, jadi anak-anak soleh-solehah and berjaya dunia akhirat.
aamiin..
------------
minggu ni sya try update pasal tips-tips and cerita bersalin.
senang.. alang-alang tengah advise kawan sya ni, sya share balik dengan semua yang baca blog sya ni. harap-harap membantu. insyaallah.
ok, bye korang. xoxo.
disclaimer: picture from google image