In the name of ALLAH.. The Most Gracious and Most Merciful

I seek Your refuge from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men. Aamiin.

Thursday, June 30, 2016

review: halford playpen

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

quick review. pasal playpen.

honestly masa mula-mula dulu sya dilema jugak. nak choose sama ada nak belikan adam baby cot or playpen. plan asal nak baby cot. sebab comel.

sya siap berangan macam ada satu designated baby room, letak playpen, install special lights, pasang wallpaper, yadayada

luckily berangan sekejap jek. almost nak beli masa pergi ikea dulu. siap dah nak order dah complete set untuk babycot dekat sorang seller ni.

then sya study sikit and ukur baju kat badan sendiri. finally sya chose playpen.

sebab apa playpen?

first, sebab playpen ringan.
sya boleh move / lift sambil tangan sebelah dukung adam.

second, jimat ruang.
nak pakai, assemble. tak nak pakai, simpan balik masok bag.

third, boleh fold and usung pergi mana-mana.
contoh kalau nak balik kampung, boleh je masok dalam bag, then angkut sekali. tapi sya tak buat camtu pon. sebab adam dah ada adik sepupu. kalau balik kampung, sya gasak je barang adik sepupu adam tu (anak adik perempuan sya. hahaha)

then, confused nak pilih playpen pulak. brand, design, etc.
ala.. mak-mak mengandung kan suka berangan. mengidam macam-macam. zaman dulu ye la, orang pregnant mengidam makan rambutan la ape la. zaman sekarang dah advance. orang pregnant mengidam stroller. bottle susu pon kadang-kadang masuk dalam list mengidam. hahhahaha. 
ok. guro guro.. eee..jangan la emo!
hahahahahahaha

sya tak minat kartun-kartun. sya tak minat colour yang meriah sangat.
haa..yang ni penting.

dulu masa beli barang adam sya selalu survey dengan si kembar janna nick. dia tau sangat dah sya punya taste. even baju adam pon sya tak suka colour yang meriah, colourful sangat. hahahahhaaha

sya minat nuna sena. tapi ekonomi gawat kan. ukur baju kat badan sendiri (again). dah tau size dah.. so terpaksa reject nuna sena.

sobsob. bye nuna sena.. takde jodoh..

then sya terus kan pencarian.

after baca review kat internet, and tanya opinion seller, sya decide halford untuk adam.


camni la ghupa dia.
sya suka sebab simple.
colour dia pun sya suka.
this is sooooo adam. hiks.





sejuk hati tengok.
tak ada kartun hatta sekelumit corak pon.
hahahahahahahaha

tu gambar dari google. gambar playpen adam?

nah!

mana datang bantal purple tu ntah.
hahahahahahaha

so best tak halford playpen ni?

best la..
nak kata best sangat, ni the only playpen yang sya ada. tak boleh nak compare. tapi still rasa best sebab playpen ni meet all the requirements yang sya nak, macam sya list kat atas tu.

ok bye (dato aliff syukri)






Wednesday, June 29, 2016

ko ada anak? anak ko ada facebook?

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

sorry. tajuk propa.
sebenarnya pagi ni ternampak kawan sya share satu post.

sejak jadi mak-mak, benda-benda camni agak menyeram kan la pada sya.
and mem-panass kan hati kalau baca.
sya share kat sini supaya semua orang boleh alert.

oh before that : according to webmd (tempat sya selalu refer problem. huhu)

"A pedophile is a person who has a sustained sexual orientation towards children, generally aged 13 or younger"

"Not all pedophiles are child molesters"

"Child molesters are defined by their acts; pedophiles are defined by their desires"

ok, ni yang sya jumpa pagi ni.




























biadab!

some improper words yang this guy guna dalam conversation kat atas, even kita yang dah hidup berpuluh tahun ni pon tak pernah dengar / guna.
ini pulak budak baru darjah 4.

biadab!

ko cakap topic tak senonoh.
guna perkataan tak senonoh.
pada budak yang baru darjah 4.

biadab!

ok, tak boleh nak taip dah.
emo pagi-pagi!

semoga adam sentiasa dilindungi, membesar jadi anak taat, soleh, berjaya dunia & akhirat.
aamiin..

Tuesday, June 28, 2016

now you see me 2

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

morningggg.
how's your day so far?
baru 15 mins sampai office dah tanya. hahahahahaha

entry terlambat publish. tapi nak publish jugak.
hehehehe

siapa sini kipas-susah-mati (die hard fan) movie now you see me?
angkat tangan!
hehehehehehe

sya peminat gedabak (huge fan) jesse eisenberg.
so masa movie now you see me mula-mula keluar, memang excited la kan.


ngeeee

sya suka dia since dia berlakon cerita social network
yang pasal facebook tu.
dalam movies, sya suka watak-watak genius mulut macam lahar nih.
dalam movie la..
hahahahahaha

sorang lagi yang pegang watak genius yang sya suka is
matthew gray gubler.
yang pegang watak dr spencer reid dalam the criminals mind
owhhhh
(buat mata kedip-kedip. hahahahahahaha)

hi dr reid!
hiks

**sambung balik**


hi atlas!
eh! hahahahahaha

dalam now you see me 2, isla fisher (henley) takde.
sya down habis.
isla fisher ni dulu sya selalu confused dengan amy adams.
pasal muka dorang iras-iras.

dalam now you see me 2, dorang masukkan watak baru - lula (lizzy caplan)

 lula kurus keding. atlas potong rambut pendek naw.

macam-macam first impression sya pasal now you see me 2.
rasa macam malas nak tengok sebab hangin.

sekali tengok trailer, jaw dropped.
sebab ada jay chou.
jom pergi macau! hahahhaahahhahahahhahahahaha

malas cerita banyak,
nak cakap sya kipas susah mati now you see me 2 jugak.
best.
suka.
nak beli nanti kat astro first.

and lula yang sya tak suka tu..
now become my favourite dalam now you see me 2 (after atlas lah..hahaha)

siapa belum tengok, sila tengok.
tak pon, tunggu keluar astro.
hehehehehe

sya beli tumbler ni haritu

p/s: ni first movie kitorang lakibini lepas ada anak. sya dengan Z tak tengok movie since last year kot. ok, dah lepas gian nak tengok wayang! hehehehehe

ok bye (dato aliff syukri)





Monday, June 27, 2016

baby nenas madu thailand

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

happy mondayyyyy (yawning)

siapa pernah makan baby nenas madu ni? 

sya ni baru first time try pagi ni.

semalam (ahad) pergi bazar ramadhan ttdi,
kebetulan ada pasar malam.
ternampak ada sorang auntie ni jual
sya teringin nak makan baby nenas madu ni since pregnant lagi.
sekarang baru dapat.
hehehehehe

alhamdulillah..


baby nenas madu @ RM10
ada 4 biji per packet

haritu dekat whatsapp group nampak ada sellers promote nenas madu ni jugak.


kecik betul.
comel je.
hahahahahaha


sedap ke baby nenas madu thailand ni?
pada sya, sedap wehhhh!!
manis.
setengah orang suka cicah ngan kicap la serbuk asam la, etc.
tapi sya kalau makan buah prefer makan macam tu je.

habis ni confirm cari lagi.
hehehehehehehe
tapi nak kalau ada kawan or sedara-sedara yang jual.
senang.
plus bila lagi nak support business kawan-kawan/sedara kan
ngeeeee

ok bye (dato aliff syukri)


Friday, June 24, 2016

festival ramadhan putrajaya 2016

assalamualaikum w.b.t.
dear diary

saja nak share pasal festival ramadhan putrajaya 2016 yang tengah berlangsung dekat presint 3, putrajaya.

sya first time pergi sana kelmarin. tu pon kebetulan, bukak facebook ternampak update dari facebook page Perbadanan Putrajaya, so sya pon ajak Z pergi sana.

so apa yang tengah ada sekarang sempena festival ramadhan putrajaya 2016 ni?

-----

first, laman iftar dekat dataran putrajaya.
ni rasa nya ramai tau kot. sebab banyak updates kat facebook kan.
serious memang ramai.
tapi seronok.


ni kalau ada mak abah sya ni, confirm dorang excited betul.
parents sya suka aktiviti camni.
lagi-lagi abah sya.
lepas tu habit abah sya, orang belakang, kiri kanan, semua dia nak tegur.
confirm!
hahahahahahahaha


fullhouse.

sya cakap kat Z, bila tengok ramai-ramai kumpul kan, mesti rasa macam something.
macam tak tau nak describe feeling tu.
senang cerita, "bersyukur malaysia masih aman"
hehehehe.
nope. bukan sarcasm taw. serious. alhamdulillah..
sya cakap kat Z, suka tengok ramai-ramai kumpul
rasa macam aman damai je..
ngeeee


yang ni favourite.

foodtruck!
hehehehehehe


foodtruck ada sepanjang jalan tu taw.
so jangan risau kalau tak bawak makanan, beli je pstu bersila kat dataran tu.

pastu jangan tamak.
beli sikit dulu, makan, rasa tak cukup, bangun beli lagi.
food truck ni betul-betul depan dataran tu.

-----

second, jualan gudang the store dekat auditorium cempaka sari (perbadanan putrajaya)
jualan gudang nih sampai 3 july 2016.
buka dari 10 pagi sampai 11 malam.


tau je la the store kalau buat sale, memang murah kan.


tapi best lagi kalau pergi the store sendiri kot.
sebab sini macam limited sikit.
sya sempat la memborong undergarments sebab skiva pon ada sale.
tapi takde la sale sangat. tapi ok la. dari bersesak kat sogo tu.
(tetiba petik sogo. hahahaha)


skincare products, toiletries pon ada yang tengah sale.


jangan tanya dalam shopping basket kitorang ada apa.
hahahahahahahahaha

lepas tu ada barang-barang macam set cadar la, bantal la, comforter la, toto la, etc.
yang tu kitorang tak tengok pon.

-----

third, jualan raya home ekspo putrajaya 2016.
yang ni sampai ahad ni je (26 june 2016).
dekat dalam dewan seri siantan putrajaya.
ekspo ni bukak dari pukul 11 pagi sampai 10 malam.


ostrich tu asal comel naw.
hahahahahaha
selekeh.

best ke? murah ke?
nanti ada masa sya review yang ni.

-----

and finally, yang paling syok sekali - ekspo aidilfitri dekat booth/khemah sepanjang jalan tuu!
hahahahahahhaa

sya suka bukan apa tau, sebab dia macam tersusun.
pastu tak se-crowded macam jalan tar dan sewaktu dengannya.
tak crowded makna nya takdela bergeseran dengan berlainan jantina.
tetiba.

tapi serious taw.
sya tak suka ada satu species lelaki ni, kalau terlanggar ke apa, instead of apology, dia pergi buat muka macam jijik sambil tepis-tepis baju or mana-mana part kat badan dia yang terlanggar kita tu.
ala.. macam tak tau la kot coverline ke..
or that's their way of showing memang dorang takde intention nak terlanggar kita ke apa ke,
but seriously, hanattt je rasa!
sya tak suka betul!
mula la sebakul kejian sya dedicate kat species ni.
tapi dalam hati je la.
huhu
cuba ikut cara gentleman yang kalau terlanggar kita ke apa, sama-sama cakap "eh, sorry awak" or "maaf en/cik/puan" or paling simple, soooo malaysian - cakap "sorry sorry"
terluah perasaan pulak!
adoiii
hahahahahha

tapi species ni dah lama tak jumpa dah.
alhamdulillah..
dah pupus agak nya..

**ok sambung balik**
kat sini tak crowded sangat maybe sebab awal lagi kot.
or maybe sebab bukan weekend.
kalau dari segi harga and pilihan, rasanya jalan tar lagi banyak and lagi murah.
tapi setakat beza 10 hengget, dapat bershopping dengan aman damai sambil tolak stroller anak, baik la shopping sini je kan..
hehehe
unless kalau apa yang kita nak tu takde, then boleh la serang jalan tar or geng2 crowded yang lain.
hehehehehehe


gambar dari facebook perbadanan putrajaya.

so far kat sini kitorang dah beli jubah kurta, kasut, baju, tudung, eh macam-macam la.
harga pon ok.
pendek kata best la.
senang nak shopping satu family.

-----

so jom la korang!

siapa nak pergi nanti update sya.
kita jumpa di sanaaaaaaa
ecewah.

ok bye (dato aliff syukri)



Thursday, June 23, 2016

baby eats by justlixa (BeBJ)

assalamualaikum w.b.t.

dear diary

post ni untuk mommy yang tengah pening nak bagi solid food kat baby.
hiks

adam dah 7 months old.
dah pandai macam-macam.
dah pandai cakap "adam saaayang ibuu"
ok yang ni sya tipu.
hahahahhaa

adam dah start solid food masa genap 6 bulan haritu.
like other ordinary, typical, semangat berkobar-kobar - moms,
sya pon study macam-macam pasal solid food.
healthy. start with fruit, veggie, the 4-day rule, organic, yadayadaa..
last nya tak start pon.

sampai la one day, kitorang satu team tengah breakfast,
adam ternganga tengok kitorang lakibini makan (sorry, sya hati kental. nganga la macam mana pon kalau benda tu memang anak tak boleh makan, sya memang tak suap)
taaapiiiiii
Z suap!
maka adam officially merasmikan his 6 months dengan roti bakar nutella.
uwaaaaaaa...

the next day pon sama!
Z dah acah-acah suap benda lain pulak.

ini tak boleh jadi.
oleh sebab preparation nak buat solid food sendiri belum complete, sya pon cari solution paling bernas.

solution nya is

beli homemade puree baby eats by justlixa (BeBJ)
yeay!



almost sebulan jugak la adam makan puree ni.
gigih sya beli tau!



1 bekas RM5.
amik package 12 bekas RM58 (jimat la 2 hinggit..)



ni antara flavour yang ada.

so kalau ada mommy yang busy, tak sempat nak prepare puree or makanan untuk baby, boleh la try BeBJ ni.

tapi kalau tanya honest opinion sya, quite costly gak la..
kalau buat sendiri lagi jimat kan.
ni kes mommy tak sempat la..

tapi sya ada satu lagi sumber lagi jimat untuk mommy yang tak sempat nak buat.
nanti sya share!

ok bye (dato aliff syukri) 

Wednesday, June 22, 2016

hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang bercinta

assalamualaikum w.b.t.

dear diary.

harini cuti so sya berehat kat rumah golek-golek dengan my 2-baymax.
alhamdulillah..

tiba-tiba sya terjumpa ni and sya rasa sya wajib simpan and kongsi dengan semua orang.


Allah..

jom audit diri kita.
muhasabah balik.
bila kita bercinta, Allah kita letak kat mana?

astaghfirullah..

dah masuk waktu zuhur.
"pergi solat sayang"